24 December 2012

Coba.

Sudah banyak hal dan banyak perkara sudah aku temui dan aku kenali. Dalam banyak hal dan juga perkara itu jugalah sudah berkali-kali aku berdiri, aku jatuh aku bangkit, aku jatuh lagi dan aku cuba untuk berdiri lagi. Semua itu bukan mudah untuk aku lakukan sebenarnya. Tapi aku cuba belajar, belajar dari semua kesilapan, belajar dari kepayahan, dan aku cuba. Selama aku hidup ini, aku dah banyak lakukan kekhilafan, tanpa aku sedari, segala kekhilafan itu telah memakan diri aku sendiri sehinggakan aku sendiri tidak tahu lagi macam mana untuk melangkah ke hadapan. Seakan semuanya kaku.

Aku. Harapan. Aku dan harapan. Aku pernah menaruh harapan dan meletak harapan yang sangat tinggi. Di satu tempat yang sangat tinggi dan paling mulia. Tapi sayangnya, ada benda yang telah melanggar tempat mulia aku itu lalu harapan aku telah jatuh berderai dari tempat yang paling teratas, hancur musnah di bawah, terhapuslah segala harapan. Aku cuba untuk membaiki harapan itu balik, tapi malangnya, tiada apa apa yang boleh digantikan dengan harapan itu.

Cintaku dibalas begitu kejam, cintaku hanyalah dipersiakan begitu sahaja, kasih sayangku diperlekehkan, hati yang suci ini sudah terlalu rapuh. Lalu aku nekad, aku tak mahu ia bertambah luka. Ya Allah, tolonglah temukan aku jalan yang sebetulnya. Cukuplah selama ini aku menahan. Aku cuma tidak mahu perkara yang sama terulang. Tolonglah temukan aku orang yang tepat. Bukan dengan orang yang salah lagi. Aku tak pernah pinta luka ini datang tapi aku tahu ini cubaan dariMu supaya aku bisa belajar dari semua kekhilafan dan kesakitan. Dan disini, aku hanya berdoa kepadaMu ya Allah, berikanlah aku peluang untuk aku mengubah segala hal agar hidupku lancar kayak orang lain. Temukanlah aku dengan seorang pria yang mampu membawa aku ke syurga, seorang pria yang mampu menjadi imamku kelak. Biarlah bukan seorang pria yang hanya sempurna dimata, itu tiada ertinya, tapi aku cuma mahu seorang pria yang sempurna dihati yang mampu memberi kebahagiaan untuk aku. Dengan nama Mu ya Allah aku meminta, amin ya rabbal alamin.

06 November 2012

Permudahkanlah.

" Ya Allah ya tuhanku. Kau tunjukkanlah aku jalan keredhaanMu. Kau bawalah aku ke jalanMu. Kau tunjukkanlah cahaya sinarMu agar aku bisa melihat segala keindahanMu. Ya Allah, telah aku jalani segala kemanisan dan kepahitan yang telah Kau berikan pada aku. Sesungguhnya kepahitan itu teramatlah perit untuk aku tempuhi dan sesungguhnya aku akui kemanisan itu adalah satu kebahagiaan yang tersangat sukar untuk aku dapatkan sehingga aku betul-betul takut untuk kehilangannya. Ya Allah, Kau kembalikanlah kebahagiaan aku. Kau berikanlah petunjuk disebalik semua kesulitan ini ya Allah. Tunjukkanlah jawapan yang terbaik agar aku bisa bangkit. Ya Allah ya tuhanku, Kau temukanlah aku dengan seseorang yang bisa menjaga aku sampai ke akhirnya, yang bisa membimbing aku, yang bisa bawa aku ke syurga. Jika dia memanglah untukku, Kau tunjukkanlah aku yang dia memang untuk aku, bukan untuk orang lain. Jika dia memang  pembimbingku, Kau jagalah kami. Hanya kepada Mu ya Allah aku meminta, berikan yang terbaik, agar aku tidak jatuh lagi. Aku cuma mahu dekat dengan sayang aku sebenar dah jodoh aku sebenar. Kalau emang dia, bantulah kami dalam semua ini. Amin. "

03 October 2012

" Cuma mohon Allah itu maha adil dan maha mendengar. Cuma pinta keajaiban itu ada. Biar hidupku lancar semuanya. Amin. "

30 September 2012

"Aku cemburu saat kamu disampingnya karena aku mencintaimu, tapi aku bahagia melihatmu dengannya karena aku mencintaimu" 

Cinta itu boleh muncul bila-bila masa sahaja tanpa kita rancang. Cinta ini bergelonjak dan senang memberontak.

Disini hatinya berkata, kemarilah wahai si penghibur hati, yang sentiasa tersenyum dengan senyumanku. Yang berkongsi airmataku. Yang mendamaikan jiwa laraku. Yang menghapuskan gelisah hatiku. Badai hati tidak terkata. Gelora jiwa sangat terasa. Sukarnya hidup berseorangan sahaja. Kala cabaran-cabaran datang menerpa. Mungkin sahaja diri akan tumbang. Seandai teman tiada disisi.

Resah, gelisah, berpusing-pusing payah. Siapakah yang mendengar suaraku? Kemarilah, bantulah aku! Suaranya memberontak bergetar jiwa. Katanya lagi, wahai hati yang meronta. Aku hati memahami. kondisimu yang tersepit ini juga kurasai. Tetapi bukankah lebih baik kau tidak menyempit diri. Pandanglah dengan keluasan, apa kau telah bergerak dengan kesediaan?

Lalu hatinya berkata lagi, aku tidak sanggup lagi menahan seksa hati ini. Luka ini tidak mampu aku ubati. Tapi disini aku hanya mampu mendoakan kesejahteraan kamu dan kebahagiaan kamu. Kebahagiaan kamu dengan si dia, bukan aku. Mungkin perjalanan kita hanya terhenti di separuh jalan kerna mungkin cuma ini yang tuhan mahukan. Jika perjalanan kita masih ada sambungnya, aku bersyukur kerna aku masih meminta pada yang Maha Esa moga ada satu keajaiban untuk kita satu masa kelak. Untuk kita bersama lagi satu saat nanti walaupun kita terpaksa bertemu di pintu syurga. Kamulah satu-satunya hati aku dunia akhirat.


04 September 2012

Meminta ;

' Dengan nama-Mu ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami. Sesungguhnya kami tersangat hina. Kami adalah dari golongan yang kotor. Hati kami kotor. Jadi kami pinta Kau sucikanlah kembali hati kami supaya kami dapat kembali ke jalan yang diredhai-Mu ya Allah. Dengan nama-Mu ya Allah kami menyembah, kami pinta Kau permudahkanlah segala urusan-urusan kami. Kau berikanlah kami segala dugaan yang mampu kami pikul dengan segala kekuatan yang telah Kau berikan kepada kami. Ya Allah ya tuhanku, hanya kepada-Mu kami meminta, tiada tuhan melainkan Allah, kami bersujud kepada-Mu, kami memohon agar keajaiban itu ada. Dengarlah doa-doa kami. Kami pinta hanya Kau lah satu-satunya yang Maha Pendengar lagi Maha Kuasa. Maka Kau jualah yang mampu membantu kami dengan segala hal. Bantulah kami hamba yang lemah lagi hina ini, bantulah kami. Kami mohon, keajaiban itu akan ada kelak. Terimalah doa kami ini, sesungguhnya hanya kepada-Mu Ya Allah kami meminta. Amin ya Rabbal Alamin. '

21 July 2012

Salam Ramadhan. Moga di bulan mulia ini Allah memberkati segala hal dan mempermudahkan segala urusan. Ya Allah Kau ampunilah segala dosa-dosa ku. Ampunilah dosa-dosaku dengan dia. Kau permudahkanlah untuk kami. Amin.

16 July 2012

Cinta Sampai Syurga

Cinta sebetulnya, cinta sampai syurga. Itu baru namanya cinta, itu baru namanya sayang. Maka, apakah usaha untuk cinta itu kekal sampai ke syurga?

" Cinta itu mahal. Bukan semua yang bisa mengerti apa itu makna cinta. "

Cinta yang sebenar, cinta yang menembusi akhirat. Apa guna cinta di dunia sahaja, kemudian di akhirat bermusuhan. Masing-masing menyalahkan. Manusia akan menyalahkan manusia lain kerana mengheretnya melakukan dosa.

Pada hari penghabisan kelak, tidak bermakna langsung cinta-cinta yang diperkatakan manusia. Cinta mereka tidak menembus ke akhirat. Bertahan di tebing kubur sahaja, kemudian tertinggal. Cinta itu bukan hanya sekadar ucapan, " I Love You. " Cinta bukan semudah tiga perkataan. Cinta yang sebenar adalah taat kepada tuhan. Mkaa cinta kepada manusia, berdiri atas ketaatan. Bukan untuk berseronok, tetapi cinta juga adalah ibadah dalam kehidupan. Mustahil ibadah boleh berasimilasi dengan kemaksiatan.

Bahagia di dunia tetapi sengsara di akhirat sana. Cinta itu datang dengan tanggungjawab. Tanggungjawab membahagiakan pasangan kita. Bukan bahagia di dunia semata. Tapi bahagia hingga ke akhirat sana. Cinta itu tiada ertinya jika melontarkan pasangan ke dalam neraka.

Cinta itu memerlukan sepenuh hati. Cinta sepenuh hati adalah hanya untuk Ilahi. Daripada cinta kepada Ilahi inilah, terbinanya cinta antara insani. Cinta yang asanya iman dan takwa, cinta yang matlamatnya hendak mencari keredhaan Allah.

Cinta tidak bersalah. Jatuh cinta bukan jenayah. Persoalannya, bagaimanakah bercinta, kenapa bercinta dan untuk apakah bercinta?

Dan kini aku mengerti cinta adalah ibadah. Bukan untuk memuaskan perasaan sahaja. Oleh itu cinta itu tersangat mahal tidak boleh dijual beli oleh manusia. Moga kita sama sama ke syurga kelak. Amin.


" Walau jarak yang telah memisahkan kita, tapi hati kita tetap bergabung menjadi satu. Moga Allah selalu mempertahankannya dan menjauhkan dari segala malapetaka. Aku sayang cinta kamu. "

13 June 2012

Take Care

Maka besok aku akan berangkat pergi ke Kuantan menyambung pelajaran aku. Jadi aku harap orang-orang yang aku sayang terutama orang tua aku, saudara terdekat, kekasih hati dan kawan-kawan boleh jaga diri semasa ketiadaan aku. Aku harap korang semua takkan lupakan aku semasa di tempat orang. Buat Mak Abah, sumpah saya berat hati sangat sebab saya sedar yang kita memang tak pernah duduk berjauhan. Jadi kali ni saya pergi dari Mak Abah. Cuba belajar hidup berdikari. Aku harap aku boleh berdiri di atas kaki sendiri. Buat kekasih hati, Fauzy, aku harap kau boleh jaga diri kau sebaiknya. Ingat semua pesanan aku untuk kau. Kau kena tahu, yang aku akan selalu sayang dan cintakan kau. Takkan ada yang bisa menggantikan kau dihati aku. Cuma kau selamanya. Dan aku janji aku akan pegang segala janji-janji aku dengan kau semasa keberadaan aku disana. Yang penting kita saling menyayangi, saling percaya, saling jujur dan saling setia moga Allah perkuatkan hubungan kita. Walau jarak memisahkan kita, tapi hati kita tetap bersatu. InsyaAllah akan aku menjaga diri ini dengan sebaiknya di tempat orang. Moga Allah permudahkan segala jalan untuk aku. Amin.

05 June 2012

Untuk malam ni, hanya satu yang ingin aku sampaikan. Aku rindukan Nur Amalia. Tetiba rasa pilu dan aku pun tak tahu apa penyebabnya. Mungkin dia rapat dengan aku dan bila dia jauh dari aku, aku mula merasakan jarak tu teramat jauh. Saya rindu bie saya. Dekat sana bila dapat kawan baru, jangan lupa teman di sini ya. Jaga diri sana. Sayang selamanya.  :(


(MARA)


Pada 26 Mac 1994, saya dilahirkan dan diberi nama Nur Iwani binti Mohammed. Seorang perempuan pastinya. Bersyukur kepada Maha Esa, saya dapat melihat dunia dan cahaya tanpa apa-apa pancaroba juga sekaligus berasa berbangga kerana dapat berpijak di bumi yang nyata ini. Dapatlah ibubapa, kaum kerabat saya menarik nafas lega. Hospital Besar Kuala Terengganu atau kini digelar Hospital Sultanah Zahirah ialah tempat saya dilahirkan. Di sana lah juga tempat saya membesar, kenal budaya dan warna dunia. Boleh kira saya ini boleh diklasifikasikan sebagai anak jati Kuala Terengganu, Terengganu. Cerita tentang Terengganu, tiada apa yang besar. Tiada apa yang megah. Indahnya terletak pada alam semulajadi ciptaan tuhan, keindahan lapisan masyarakatnya yang pelbagai umpama pelangi. Kini, Bandar Kuala Terengganu juga dalam pembikinan maju setapak dan telah diiktiraf sebagai Bandaraya Pesisir Air.
Saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Tidak mewah, dan tidak papa. Betul-betul di tengah. Utamanya, keluarga saya mempunyai enam anggota keluarga termasuk saya. Dihitung mengikut hieraki, saya ada ayah, ada ibu, seorang kakak, dua orang abang, dan saya sebagai anak terakhir melengkapkan koleksi keluarga bahagia.  Bercakap tentang pekerjaan, bapa saya hanyalah seorang anggota polis yang sedang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu dan ibu saya hanyalah menjadi suri rumah sepanjang masa yang sentiasa menjaga makan minum kami sekeluarga. Mereka selama ini menampung hidup kami empat beradik semenjak kecil. Kembali ke atmosfera pembelajaran, saya mendapat keputusan yang agak baik sewaktu menduduki peperiksaan UPSR. Tetapi, dari ujikaji selidik saya selama beberapa tahun saya hidup, lagi lanjut umur, lagi teruk keputusan saya. Sekarang adalah masanya untuk saya berubah. Masa untuk serius dalam belajar dan menggunakan masa sebaik-baiknya.
Melanjutkan pembelajaran ke University College Shahputra selama tiga tahun dalam bidang Seni Lukis dan Seni Reka (Industri) Program Kerjasama (UITM) di Kuantan, Pahang. Tamparan yang besar bagi saya kerana tidak pernah berjauhan dengan keluarga saya. Demi masa depan, saya tidak akan berundur ke belakang walaupun setapak kerana ia adalah keputusan terakhir saya iaitu pergi ke sana. Jujur kata, saya akan merindui Terengganu. Semuanya, keluarga, kawan-kawan dan tempat. Bila terserempak dengan orang, mereka akan bertanya, “ Kenapa ambil kos Art & Design ? Memang minat atau paksaan ibu bapa ? “ Terkumat-kamit saya menjawabnya. Bagi pendapat saya, memilih sesuatu kos itu minat adalah penting dalam mengekalkan hati kita tetap dengan kos itu. Art & Design (Industry) juga mempunyai banyak profesion.
Dalam masa yang sama, mengajar memahami trend masa terkini disamping dunia makin hari makin maju. Pembangunan semakin pesat membangun. Jadi biarlah kemajuan negara kita berjalan dengan seiring industri di Malaysia. Selain itu, saya suka dengan bidang ini dan suka mencari benda baru dalam hidup.

Selepas habis belajar, kebanyakkan pelajar akan menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. Cakap bidang pekerjaan, pelbagai sektor  kerja yang ada. Saya akan cuba mencari kerjaya yang sesuai dengan saya dan sesuai dengan apa yang saya belajar. Tambahan juga saya dapat kerja sebagai design consultants, design managers, designers in the marketing dan manufacturing sectors. Rezeki itu ada dimana-mana tidak kira dimana kita berada, akan ada peluang kerja itu jika tidak pernah putus asa untuk berusaha. Jika punya kudrat, saya akan membuktikan bahawa industri bumiputra juga boleh berjaya biar boleh berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.
Saya menyimpan setinggi-tinggi harapan, agar pihak MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) meluluskan permohonan pinjaman saya selama tiga tahun pengajian saya di University College Shahputra di Kuantan, Pahang. Saya memilih (MARA) adalah kerana keyakinan saya terhadap MAJLIS AMANAH RAKYAT dan semoga kerjasama dari pihak (MARA) dapat membantu melancarkan pengajian saya. Akhir kalam kerjasama dari pihak (MARA) amat saya sanjungi dan hargai.
Sekian, terima kasih.

-DONE-

23 May 2012



Persahabatan atau sesuatu perkenalan itu bukanlah tentang siapa yang hadir dahulu dalam hidup kita, namun tentang siapa yang datang dan tak pernah meninggalkan kita sendirian. Siapa yang lebih memahami kita dan siapa yang lebih menghargai kita.

17 May 2012

" Bertunang tak perlu. Macam-macam benda boleh terjadi. Buang masa semua tu. Nikah terus kan senang. " kata-kata yang sering si Fauzy cakapkan.

Kita tak perlu berharap, sebab takut apa yang kita harapkan itu akan mengecewakan kita kelak. Cuma kita hanya perlu terus berdoa dan meminta kepada-Nya agar keinginan kita berjalan seiring dengan kemahuan-Nya. InsyaAllah.


Till Jannah !

Seriously occupied. May should be fine. I need to remake myself physically and mentally. Andai aku bisa putar masa, ingin aku putar masa ke masa dahulu tika kita semua masih bersama. Moment kita. Tapi kerana masa telah menjarakkan kita, kita harus membawa diri masing-masing. Membawa diri untuk mengenal dunia lain. Kita punya langkah masing-masing. Kita punya hala tuju sendiri. Kita punya impian kita sendiri. Walaupun sejauh mana kita pergi, walau kemanapun jiwa kita pergi, kalau memang tuhan tetapkan kita untuk selamanya, walau apa carapun InsyaAllah dengan izin tuhan selamanya kita akan kekal bersama. InsyaAllah till jannah. Perkenalan kita ini adalah sesuatu yang terindah. Moga semuanya sukses dengan cara masing-masing. Biarlah langkah kita ke jalan yang betul dan biarlah kita sering tergelincir di landasan yang benar, yang diredhai-Nya. I love you all. Jaga diri di tempat orang. Pray for things to go well. Amin.

Gembira sedih sebak semua tu bercampur-baur dan tak boleh untuk ditahan lagi. I am going to run, a lot. Semua ni rasanya pedih sebab banyak benda yang bakal dirindui. And it hurts because we are just being human. At the end, we need to be unhappy sometimes, so we can really appreciate how good it feels when we are happy. Seriously, akan rindu moment kita semua, FRIENDS...








Macam kata Syazwani, " Lagenda Budak Setan versi SHAMS tahun 2007-2009. "

03 May 2012

" Biarkan selamanya kita saling merasa. Kerana hari-hari yang kita lewati terlalu indah walaupun terkadang ada titik jenuhnya. Terima kasih pelangi indah. Indah sungguh hidup kami. Terus disini ya. "

30 April 2012

Rasa Kita, Cuma Kita.

Menangis, ketawa, kita dah terbiasa. Perih, gembira, kita saling merasa. Kita, antara kita ada banyak rasa. Cuma rasa itu, cuma kita yang bisa merasainya. Cuma kita yang bisa tebak gimana rasanya. Apa indah, atau apa pahit. Cuma kita yang tahu. Kerna semua ini, cuma dan cuma antara kita. Berdua.

Dan yang pastinya, kau seolah-olah telah memberi aku bunga yang tersangat mekar, yang harus disiram tiap-tiap hari, yang harus sering mendapat sinar mentari agar tidak mati, dan yang paling penting harus dijaga agar terus kekal mekar. Bunga itu kayaknya seperti cinta. Kenyataannya cinta itu masih mekar di dalam hati. Akan ku selalu baja rasa cinta ini biar tidak layu.

Segala rasa. Sayang, cinta, gembira, rindu. Biarlah terus disini. Biar hati terus tersenyum, agar hati tidak celaru, dan agar bahagia buat engkau aku.

" Aku tak punya awek, tapi aku punya seorang kekasih. Kekasih yang halal untuk aku satu hari nanti. " -fs


weh aku sayang cinta kamu bodoh

28 April 2012

Pria Didustai

Dulu pernah aku didustai oleh seorang wanita,
Begitu banyak racun yang dia berikan kepadaku,
Sehingga ada suatu ketika aku tak mampu bertahan lagi,
Tapi aku pasrah mungkin dia bukan untukku.

Cintaku dibalas begitu kejam,
Cintaku hanyalah dipersiakan begitu sahaja,
Kasih sayangku diperlekehkan,
Hati yang suci ini sudah terlalu rapuh,
Lalu aku nekad, aku tak mahu ia bertambah luka.

Tapi ada suatu saat,
Tuhan mempertemukan aku dengan seorang wanita,
Wanita yang cukup indah bagiku,
Bagiku dirinya lain daripada yang lain,
Melihatnya senyumannya, begitu manis tidak mampu ku ucapkan,
Hatiku seperti disentuh lalu aku cuba mendekatinya.

Hati aku seolah-olah telah dicuri olehnya.
Ada suara kecil menyuruhku mengambilnya sebagai yang halal.
Tapi layakkah aku untuk dia ?
Sempurnakah aku untuk lengkapi hidupnya ?
Ya Allah, sumpah aku cinta dia.
Tapi aku seolah-olah bertepuk sebelah tangan.

Perihnya, wanita itu seperti angin.
Dia hanya singgah sebentar bermalam dihati kecilku,
Lalu kini dia sudah terbang hilang entah kemana,
Baru ku sedar, aku bukan siapa-siapa dia.

Aku yakin aku boleh berikan kebahagiaan,
Tapi tiada satu pun yang mahu singgah dihati aku buat selamanya.
Bodoh benar kau wahai si wanita lepaskan lelaki yang cukup-cukup ikhlas mencintai kau,
Sepertinya kau membuang permata yang bakal menyinari hidup kau,
Dan kau lebih memilih duri yang hanya akan mencederakan diri kau.
Bisa aku kata kau adalah wanita bodoh ?

Kau masih tidak dapat menilai cinta yang suci,
Kau buta, buta segalanya.
Kau hanya merugikan diri kau sendiri.
Kau telah menolak seorang lelaki yang tulus dengan kau.

Untuk kali kedua, adakah hati aku memang layak untuk disakiti ?
Wanita yang aku cintai seolah-olah sering memperlekehkan hati aku.
Apa aku memang tidak pantas untuk mendapat sinar bahagia ?
Apa memang tidak ada sedikitpun cahaya melintasiku ?

Biarlah, aku pasrah lagi.
Biarlah, biarlah aku mengenang malang yang tidak mahu pergi dari hidupku.
Aku harap kau jualah wanita yang halal untuk aku suatu hari nanti.
Datanglah untuk aku, percayalah cintaku ini setia.

Mungkin juga belum tiba masanya,
Aku percaya cinta ada untuk semua,
Cuma belum tiba masanya untuk aku betul-betul rasa dan nikmatinya.

-MI-
Pengalaman yang berharga umpama mutiara dalam kehidupan manusia. Dan pengalaman itu adalah guru sejati buat kita.

10 April 2012

Selamat satu tahun enam bulan Fauzy. Moga perhubungan kita sentiasa direstui tuhan. Terima kasih untuk segala rasa yang kau telah curahkan untuk aku. Akan selalu sayang dan cinta sama kamu bodoh.

-Si bodoh kamu, wani-

05 April 2012

Orang Keji Kita, Kita Puji Orang

Suara kecil mula menyeru, membisik di lorong-lorong kecil telinga,

" Woi ! Berpijaklah pada kenyataan. Kerna itulah hakikatnya. "

Suara kecil itu mula turun ke jiwa. Menusuk jiwa. Tangan sedang melambai-lambai. Kaki menghentak-hentak pada bumi. Woi kesian bumi kau hentak-hentak. Apa kau buat ? Terfikir sejenak, apa mereka sedang memerli aku ? Mengutuk aku ? Mujurlah kaki tanganku tidak bisa berbicara.

Tapi.. Jika mereka bisa berceloteh, apa mereka akan sering berkata buruk tentangku ? Apa mungkin ? Hentak lagi-hentak lagi, kaki ni masih menghentak bumi. Aku dapat merasakan sepertinya dia menyuruhku berjalan kehadapan sana, perjalanan masih jauh. Bukan berhenti disini. Tapi ? Dimana jalan ? Yang aku nampak cuma lorong kecil yang dipenuhi dengan kegelapan. Woi aku takut. Takut ada penjahat. Penjahat yang bakal memusnahkan hidup aku. Kalau dah musnah, payah nak bercantum semula.

Biarlah. Teruslah mengutuk. Lagipun aku suka dikutuk. Aku tak suka dipuji. Takut nanti bila diri dah terlalu gah dan aku akan terus lalai terbang di awangan yang hakikatnya tidak akan pernah membawa apa-apa erti. Yang pasti makin memburukkan suasana di awangan sana dengan adanya aku yang buruk. Biarlah dikeji, jangan dipuji. Tegurlah aku, kerana teguran itu akan aku guna pakai. Balinglah tahik dekat aku, jangan risau aku tidak pernah mengajar tangan aku untuk membaling apa-apa pada orang. Biar orang sentuh kita, jangan kita sentuh orang.

26 March 2012

18

Selamat hari tua untuk aku. Lapan belas tahun sudah. Dewasa okay ? Dewasa. Tapi perangai tak berapa nak dewasa sangat pun. Btw, terima kasih untuk kekawan yang wish birthday aku and yang paling penting untuk orang yang aku sayang, Pelat, terima kasih sebab wish birthday berjuta-juta kali dari pagi semalam lagi. Tahniah, tercapai jugak hasrat awak jadi orang yang pertama. Hihi selamat hari jadi Wani ! :D

24 March 2012

Berlari,


Perempuan itu berlari tergesa-gesa,
Sambil mengusap peluh,
Tidak sedikitpun dia merintih,
Dia terus kejar.

Tahu apa yang dia kejar ?
Mengejar bayang-bayangnya sendiri,
Yang selama ini telah lama hilang.

Sekaligus mendapatkan mimpi kecil,
Bersama harapan yang hampir musnah,
Berhasilkah usaha dia itu ?

Dia membawa bersama keegoaannya mengikuti langkahnya,
Pertarungan ego yang tak pernah habis,
Dia yakin semakin laju dia berlari,
Semakin berjaya dia untuk kecapi mimpinya.
Dia yakin semua kemenangan hak milik dia,
Lalu keangkuhan dia semakin menebal.

Hanya tinggal satu nafas,
Satu habuk pun dia tidak dapat,
Egonya makin menggila,
Apa mungkin egonya itu bisa membuat mimpinya jadi kenyataan ?

Tetap juga angkuh, ego, riak !
Tapi itu tidak membawa apa-apa erti,
Hanya mimpi yang terbang di puncak awangan sana,
Sia-sia perlariannya selama ini yang berbatu-batu jauhnya.

Sampaikan dia tidak berdaya lagi untuk bernafas.
Dia jatuh, rebah ke muka bumi. Longlai.
Lalu dia sujud ke bumi,
Memanggil-manggil nama tuhan.
Dia teriak kuat.

Setelah kalah dalam pertarungan,
Baru sedar punya tuhan ?
Jiwanya mula kosong, angannya hancur.
Kemana langkahnya selepas ini ?
Kini baru meminta pada tuhan,
Setiap malam bersama doa dengan penuh sesak.

Lalu dia berlari lagi untuk mengejar mimpinya,
Bersama doa-doa suci,
Dia yakin jika sunggguh dia meminta,
Tuhan bakal senang mendengarnya.

Ego bukanlah kemenangan sejati,
Ianya hanya boleh membunuh jiwa,
Dan segala mimpi-mimpi indah.

Dia mulai mengenali siapa tuhannya,
Katanya agar jiwanya tidak kosong,
Agar hidupnya ada rasa yang cukup manis,
Lalu dia percaya setiap hidup itu,
Akan selalu ada sinarnya.


-Later will go and find myself. Sigh. Sorry mum.

If not today, someday, just maybe.

Life is full of surprises and a lot of people are getting fucked. So it is not the end of your life.


Sorry, to my lovely parents. Cuma itu yang terdaya aku berikan.

23 March 2012

Itu Berbeda Sekali


Tuhan telah memberikan sekeping hati kepada kita dan sekeping lagi kepada yang lainnya. Maka carilah hati yang betul-betul sesuai untuk digabungkan supaya ia takkan pernah terpisah.

Jika ada sekeping hati yang datang meminta supaya digabungkan dengan hati kamu, tapi hati kamu tidak merelakan, janganlah menerimanya takut kelak musnah. Biarlah hati terima dengan ikhlas. Walau mulut kata suka, tapi hati kata tidak cinta, jangan pernah kita menyentuh hati seseorang. Bimbang orang itu menaruh harapan yang tinggi pada kita sedangkan perasaan cinta tidak sedikitpun ada pada dia. Kerna soal cinta dan suka itu mempunyai maksud yang sangat berbeda. Pada zahirnya mungkin cinta dan suka itu sama saja. Tapi realitasnya bukan. Walau kita mempunyai perasaan suka terhadap seseorang itu tapi ngak semestinya sekaligus kita mencintai dia. Itu berbeda sekali.

Terkadang dengan setiap kata-kata yang kita ucapkan, dengan cara kita, mampu membuat seseorang yang suka/cinta pada kita menaruh harapan yang tersangat tinggi pada kita. Sedangkan kita tak pernah harap apa-apapun daripada dia. Kita hanya merasakan biasa, tapi dia merasakan luar biasa. Itu payah. Kerna perasaan rasa bersalah akan ada dalam diri kita secara automatik bila dia terlalu mengharap kepada kita. Dan kita seolah-olah menjadi buta kerna tidak tahu apa yang harus dibuat.

Solusinya, nak menjaga hati seseorang itu selalu dalam keadaan baik tanpa sedikit tercalar pun itu bukanlah senang walaupun hakikatnya tidak sedikitpun punya niat untuk mengguriskan hati seseorang itu. Perkara biasa.

21 March 2012

spm

Ya Allah, Kau makbulkanlah segala doaku. Kau ikhlaskanlah dengan segala apa yang tersurat pada esok hari. Amin.

15 March 2012

Katanya, " Walau kau bukan milik aku sekarang, walau hati kau sedang dimiliki seseorang sekarang ini, aku tak gentar kerna hati aku kuat mengatakan bahwa kau adalah jodohku nanti kelak, buat selamanya. Satu hari nanti tuhan berikan aku tangungjawab yang sangat besar untuk aku, iaitu menjaga kau sepanjang umurku. Dan sewaktu kau bersama aku, tidak sedikitpun aku melepaskan pegangan tangan erat kita kerna takut kau akan jatuh di dalam lembah percintaan orang lain. Biarlah kau hanya lemas didalam percintaan aku. Kerna aku yang akan selalu menjadi penyelamat kamu. Percayalah, perasaan sayang dan cinta takkan beralih atau terbang kemana-mana selagi jasad ini masih bernyawa. "

05 March 2012

Aku Bukan Tuhan.

Apa mahu kau ? 
Aku bukan tuhan.
Kau datang menyembah aku.
Sekali lagi aku cakap, aku bukan tuhan kau.

Siapa kau sebenarnya ?
Kau rayu padaku seperti kau rayu pada rumput agar ia tumbuh menghijau.
Kau sembah aku seperti kau mahu pelangi indah mewarnai hidup kau.
Tak usah kau merayu, rayuan kau hanya seperti halunisasi.
Aku tak punya semua itu. Aku hanyalah manusia tak punya apa-apa. 

Aku tahu kau bukan sekadar bayang-bayang yang selalu mengekori aku.
Aku sedar kau adalah makhluk ciptaan-Nya yang juga punya hati dan perasaan.
Tapi kau siapa ? Kehendak kau apa ?

Sudah, aku tak rela melihat kau lelah sebegitu rupa.
Berhentilah, jangan berlari lagi. 
Jangan menyembah benda yang bukan menciptakan kau di alam ini.
Sembahlah Dia. Rayulah pada Dia.
Hanya Dia yang satu yang mampu menunaikan segala hajat kau.
Jangan pinta pada aku kerna aku bukan tuhan.
Segala takdir adalah ketentuan Ilahi.
Terimalah.

23 February 2012

Aku tak boleh berhenti tersenyum. Maaf. Senyum aku ini penuh makna dan kebahagiaan :)

21 February 2012

Takziah.

190212- Malam tu, semuanya macam okay. Kau pun nampak macam happy. Kawan cina kau ajak lepak, kau ajak aku sekali, okay then kita keluar lepak dengan Lynn and Ninie dekat Zee Corner. Lastly ke pantai. Borak-borak semua, okaylah. 

200212- Senyap. Tapi kau ada tanya aku lulus ke tidak test jpj. Tapi bila malam tu, kau cakap kau ada problem and idk why. 


210212- Waktu tengahari, aku terbaca text dari kau, " Al-fatihah kepada ayah saya. Ismail Bin Safie. Meninggal pukul 8 pagi tadi. Hazim Hilmi. " Aku rasa macam kaget gila, dan rasa macam eh betul ke ni. Aku tengok wall kau dekat facebook, banyak orang ucap salam takziah. Tetiba jadi sedih. Tak sangka benda semua ni terjadi secepat ni.

Salam takziah buat Hazim Hilmi dan sekeluarga. Moga arwah ayah Hazim ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Kuatkan semangat Hazim, kitorang sentiasa ada untuk awak. Hazim, I'm so sorry for your lost. Be strong. I will pray for him. Amin.

10 February 2012

Cinta Milik Tuhan


" Indahnya hari semalam yang kau tinggalkan masih mekar memenuhi segenap ruang hati, memoir waktu kita bersama terakam indah di ingatan, takkan pernah mati rasa cinta ini meskipun jasad kita terpisah. "

Oh indahnya yang namanya cinta. Cinta itu bisa membuat kita bahagia. Tapi terkadang cinta itu satu-satunya racun yang paling bahaya dan digeruni ramai. Kerna racun bisa membunuh perasaan kita. Jika kita tidak pandai mengawal cinta, kita bisa musnah. Kita bisa lemas di dalam lautan cinta kita sendiri. Seolah-olah hati kita sudah tidak mampu bernafas lalu terkapai-kapai meminta hati yang lain datang berikan pertolongan agar hati kita takkan pernah mati.

Memang di dunia semua mempunyai hati dan perasaan. Tuhan itu maha adil, ngak ada seorang pun yang ngak punya hati dan perasaan. Oleh itu, semua orang berhak untuk mendapatkan cinta. Sesiapa yang mendapat cinta, sambutlah ia, jangan lepaskan ia begitu saja kerna cinta itu teramat berharga, tuhan telah turunkan untuk kita, hargailah nikmat tuhan. Cinta itu tidak bisa dibeli oleh wang, cinta itu juga ngak boleh dipaksa-paksa. Biarlah cinta itu datang dan lahir dari sekeping hati yang suci. Biarlah cinta itu tulus dan ikhlas. 

Di dunia ini banyak benda yang bakal mengejutkan kita kelak tanpa kita pernah bayangkannya. Tiada benda yang mustahil dalam kehidupan ni. Tuhan itu telah merancang segala-galanya. Semuanya sudah tertulis cuma kita tidak mampu untuk melihatnya gimana kelak. Terkadang hidup ini tanpa kita meminta, ia akan datang secara tiba-tiba. Begitu juga cinta, tidak pernah kita fikirkan untuk mencintai seseorang, tetapi tuhan telah takdirkan dia buat kita untuk kita miliki hati dia sepenuhnya. Cinta itu datang tanpa kita serunya, tapi cinta itu juga bisa pergi tanpa kita halaunya. 

Dua hati yang bergabung menjadi satu, yang saling mencintai dengan tulus, saling percaya, kasih-mengasihi, dapat membuat hidup itu bahagia. Tetapi jika ada salah satu antara dua hati yang tidak ikhlas dan tidak setia, cinta itu bakalan musnah. Cinta itu bisa rapuh. Kebahagiaan itu bisa bertukar menjadi kepahitan dan keperitan. Keperitan yang membuatkan hidup menjadi tidak tentu arah, seolah-olah tidak nampak lagi jalan ke depan dan sepertinya tidak tahu gimana lagi caranya untuk melangkah. 

Terkadang cinta itu memang tersangat bahaya. Susah untuk mencari penawar sakit kerna cinta kecuali orang yang telah memberi kita dengan cintanya. Mungkin hanya dialah yang mampu mengubati semuanya. Memang kita merasakan seronok bermain dengan cinta, tapi terkadang kita itu tersangat bodoh. Kita terlalu leka dan alpa. Sebabnya kita tidak pernah tahu apa itu erti cinta. Kita seolah-olah hanya pandai bermain dengan kata cinta, mengucapkan segala kata-kata indah, memberikan hati kita kepada orang yang kita cintai tapi kita tidak  pernah mendalami apa itu makna cinta sebenar.

Bila cinta itu sudah terbang melayang pergi jauh, barulah terkapai-kapai dengan penuh rasa kesal untuk mendapatkan cinta itu kembali. Hati mula meronta-ronta kesakitan. Memang cinta sejati terkadang buat kita kuat dan terkadang buat kita lemah. Kalau memang hati tulus mencintai seseorang itu, jangan sikitpun bermain kotor takut cinta yang kita berikan itu akan menjadi najis yang tidak boleh disucikan lagi. Berjagalah.

Tapi ada satu hal yang harus kita tetapkan dalam hati, selama manapun kita bermain cinta, ngak semestinya selamanya ia akan jadi milik kita. Cinta itu bisa pergi dan datang kapanpun dengan takdir tuhan. Selagi ada cinta, hargailah cinta sebaiknya jangan berikan ia luka. Kalau ia luka, balutlah ia dengan kasih, pasti terubat lukanya. Jangan biarkan cinta itu musnah begitu saja atas hal-hal yang tak sepatutnya. Jagalah cinta itu sebaiknya kerna cinta yang tuhan berikan tersangat suci. Dan yang paling pasti, walau sebesar manapun cinta kita terhadap sesuatu benda, tidak semestinya kita harus milikinya kerna semua itu milik Allah. Cinta itu tidak seharusnya dimiliki. Tapi jika cinta kita buat dia, dan cinta dia buat kita, bersyukurlah kerna tuhan selalu berikan yang terbaik buat kita.


-Selamat satu tahun empat bulan fs. Selamanya kau mekar dihati. Terima kasih berikan aku cinta.


05 February 2012

Cinta yang mampu buat kita bahagia. Terima kasih cinta.

28 January 2012

Bebas ?


Bebas. Aku bebas. Tapi dulu. Zaman muda-muda. Sekarang dah tua. Ada laki, tak boleh nak berfoya-foya. Perlu jaga rumah tangga. Tak boleh lagi nak bersuka-ria dengan jantan lain. Apatah lagi dengan laki orang. Erk ?

Dulu aku pernah hidup bebas. Tapi sekarang tak lagi. Sebabnya dulu, sekarang, besok, lusa tak sama. Zaman berubah. Dan sebabnya aku juga perlu jaga hati seseorang. Hakikatnya aku tak boleh bebas. Tapi terkadang aku diberi kelonggaran dan diberi kebebasan pada waktu-waktu tertentu. Aku bebas. Tapi aku masih lagi tidak merasakan bebas kerna aku masih merasakan aku didalam satu kurungan yang sangat besar. Yang dapat aku definisikan aku bebas dapat pergi kemana saja aku mahu tapi realitinya aku tetap di dalam kurungan, tiada kunci untuk keluar darinya. Walau sudah bebas, tapi aku dapat merasakan lagi ditubuhku penuh dengan loceng-loceng supaya kemana saja langkahku pergi, gerak geri aku bisa ditebak.

Inikah erti bebas ? Bebas di dalam satu kurungan yang sangat besar ? Jangan soal aku apa itu erti bebas. Apa itu merdeka. Aku miskin dengan ilmu. Aku bukan cikgu bahasa. Dulu aku tahu apa itu bebas, tapi sekarang aku dah lupa sebabnya aku dah lama tak bermain dengan bebas. Aku dah lupa gimana rasanya bebas. Best ke?

Biarlah. Aku tak perlu kenal dengan bebas. Tak perlu tahu siapa dia. Asalkan aku bahagia di dalam kurungan yang besar ni ditemankan seorang pria.

21 January 2012

Kalau Nanti...

" Kalau aku ditakdirkan tuhan yang aku ni menghidap penyakit yang memang susah untuk cari penawarnya, kamu sanggup terima aku ? "

" Apa yang kau cuba bicarakan ? Ingat, dulu aku pernah pesan pada kau, walau kau gila macam manapun, aku tetap terima kau, sayang kau seadanya sebagai seorang kekasih aku. "

" Sekarang memang kau cakap macam tu. Tapi suatu hari nanti, entah macam mana keadaan, mungkin aku dah tak berdaya nak bahagiakan kau, tak boleh nak digambarkan oleh mata kasar. "

" Percayalah kata aku. Aku akan selalu ada disamping kau. Kau kenapa ? Kau sakit ? "

" Tak. Aku tak sakit. Aku cuma menanyakan hal itu soalnya aku nak tahu sejauh mana kau sayangkan aku. "

" Sumpah kau tak tipu aku ? Betul kau tak sakit ? "

" Err. Sumpah. Mustahil aku nak bohong dengan kau. "

" Baguslah. "

*Sebenarnya aku berbohong... Aku tak mahu kau turut merasakan sakit yang aku tanggung. Sementara aku masih sihat, aku pinta pada tuhan, aku bisa bahagiakan kau. Kerna nanti jika aku sudah tidak terdaya, mungkin aku tak boleh lagi jadi seorang kekasih yang sempurna untuk kau. Apapun yang terjadi pada kita kelak, aku terima. Asalkan hari-hari terakhir aku dipenuhi dengan warna-warna keindahan yang boleh aku bawanya bersama-sama malaikat yang akan mengiringi aku ke pintu gerbang syurga...*

-Mimpi malam ke pertama

Syurga

Mustahil seorang lelaki boleh membawa seorang wanita bersiar-siar ke bulan atau planet-planet di cakerawala., tetapi tidak mustahil seorang lelaki boleh membawa seorang wanita menetap di tempat yang jauh lebih indah iaitu SYURGA.
Dan aku pinta kaulah satu-satunya lelaki yang mampu bawa aku ke syurga satu hari kelak. Bukan ke neraka. Dan aku pinta aku adalah kekasih yang halal untuk kau suatu hari nanti jika sudah ditakdirkan tuhan seperti yang telah kita janjikan. Tolong pegang tanganku dan bawa aku ke jalan yang benar yang diredhai tuhan. Bawa aku ke pintu syurga. Kita bina mahligai di sana.

19 January 2012

Sakit...
Barah...
Kesian...
Mati...
Tinggal kenangan...
Moga di syurga...

16 January 2012

Sebab Awaklah

Awaklah lelaki yang paling aneh saya pernah jumpa.
Awaklah lelaki yang paling gila saya pernah jumpa.
Awaklah lelaki yang paling magis saya pernah jumpa.
Awaklah lelaki yang paling bodoh saya pernah jumpa.
Awaklah lelaki yang paling paling paling kuat cemburu saya pernah jumpa.
Awak jugalah lelaki yang selalu tertawakan saya dengan benda-benda yang pelik.
Awak jugalah lelaki sensitif tetapi seorang pemaaf walaupun untuk mendapat maaf awak tu bertahun lamanya.
Sebab saya tahu awak sayangkan saya...
Terima kasih sebab...
Sebab...
Saya janji saya simpan kemanisan ni dalam hati saya.

13 January 2012

Keterbatasan

 
" Sesungguhnya aku meminta Kau jagalah hati dia sebaik mungkin. Kau rawatlah hati dia yang lagi luka. Kau ubatilah hati dia. Sememangnya aku takut aku tidak mampu menghilangkan segala sakit yang dialaminya oleh kedua-dua tangan aku. Kalau dia diciptakan dan akan disakiti oleh manusia seperti aku, jauhkanlah. Kalau dia terseksa kerna perlakuan aku terhadap dia, jarakkanlah. Kalau dia menangis kerna aku, tolonglah hentikan airmatanya. Gembirakanlah hati dan jiwa dia. Bataskanlah semuanya. Tapi kalau memang telah ditakdirkan berdua, dekatkanlah. Jikalau bukan, ikhlaskan. Serahkan semuanya kepada tuhan. "

Kata orang, peredaran masa banyak membawa kisah. Dan terkadang kenyataan selalunya berbeda dari apa yang kita harapkan. Tapi walau kita tak bisa mendapatkan apa yang kita impikan, realitasnya kita masih bisa menerima apa yang tuhan takdirkan buat kita. Dan juga apa yang paling pasti, apa yang kita miliki sekarang, ngak semestinya akan menjadi hak milik kekal. Percayalah, sesuatu perkara itu bisa datang dan pergi tanpa kita memintanya. Jadi serahkanlah semuanya atas takdir tuhan. Biar Dia sahaja yang tentukan gimana hidup kita. Kita hanya perlu butuh waktu untuk menerima dan memahami kenyataan yang digulirkan oleh sebuah cerita agung bernama kehidupan. Saat harapan tak terpenuhi, kita sedang belajar tentang penerimaan, menerima kenyataan, ini adalah pemuliaan diri. Banyak orang bilang, jangan jadi seorang yang pengecut hanya kerna ingin mendapatkan hidup yang sempurna. Kerna itu satu yang mustahil. Di dunia ini tak ada yang sempurna kecuali Allah.

10 January 2012

Ketemu Nanti


Aku telah kehabisan kata untuk digambarkan betapa perasaan rindu ini buatkan aku lupa pada sesuatu. Kadang-kadang aku lupa hari apakah hari ini ? Betapa aku kalut dalam melayani kerenah kerinduan ini. Wujudkah ubat untuk menghilangkan rasa rindu ini ? Memang benar kata-katamu, walau selalu tatap gambar-gambar kenangan kita, rindu ini tetap jua tidak mahu pulang. Aku kini merasainya.

Dawai-dawai yang tak pernah kehabisan bergetar, berirama melantunkan rindu. Menggema nada-nada cinta merangkai simfoni kehidupan kita. Biarkan cahaya matahari jatuh di wajahmu. Aku bahagia memandang keindahan alam dari jendela hatimu. Terima kasih sayang.

Tuhan, aku cukup bahagia walaupun terkadang rindu ini terlalu mencengkam jiwa. Kini aku sudah pulih dari rabun, aku baru tersedar bahwa dia seharusnya lelaki yang harus aku miliki. Terima kasih tuhan. Bahagiakanlah dia sebagaimana Engkau bahagiakan aku dengan cintanya. Rahmatilah dia sepertimana Engkau rahmati aku dengan kasihnya. Peliharalah dia sebagaimana Engkau pelihara diriku dengan rindunya. Sedarkanlah aku, bangunkanlah aku, jadikanlah kasihku ini tulus, setia dan suci ini benar kepadanya sepertimana dia berikan sepenuhnya untuk aku.

Rahmatilah cinta kami, berkatilah kasih kami dan sucikanlah rindu kami. Satukanlah hati kami dengan namaMu. Ikatlah cinta kami sekuatnya atas jalan keredhaanMu. Engkau jadikanlah kami orang yang memberi petunjuk dan mendapat petunjuk. Yang tidak menyesatkan dan tidak disesatkan. Sesungguhnya kami bersyukur Engkau telah pertemukan kami dengan takdirMu bersama restuMu seterusnya restu orang tua kami.






-Selamat satu tahun tiga bulan fauzy. Ketemu nanti ya kita disana. Doakan aku selamat sampai. Kangen banget ni. I love you bodoh. Btw, makaseh ya buatkan ini.

09 January 2012

Kawan ? Pukimakkau,


Kemana kau kawan ? Aku rindu kau ni. Rindu babi. Kau senyap kenapa ? Dah mampus ? 

Kawan. Sahabat. Perlu ke ada istilah tu antara aku dengan kau ? Perlu ke ? Aku rasa tak perlu. Aku rasa kita memang tidak layak untuk mempunyai ikatan persahabatan. Walaupun kita merasakan persahabatan kita ini adalah persahabatan yang paling bahagia di dunia. Aku rasa macam kelakar sangat.

Aku silap. Selama ni aku silap. Aku ingat kau adalah kawan yang sebetulnya. Rupanya aku tersilap memilih. Aku baru sedar ternyata kau hanyalah kawan tika ada kesenangan. Bila ada sedikit kepayahan, seolah-olah kau lari. Cuma kata-kata manis kau yang masih berbaki di dalam hati aku. Kata-kata seorang kawan yang berguna bagi aku untuk kemudian hari tapi sebaliknya tidak membawa apa-apa erti. Jahanam aku punya kawan seperti kau. Cilaka.

Woi jahanam ! Dengar sini, aku menyesal kawan dengan kau woi ! Aku sedikit kasar ni. Tolonglah terasa. Kau begitu megah dengan kata-kata kau sendiri. Orang seperti kau tidak sepatutnya dijadikan kawan. Kau sepatutnya tinggal di dalam gua. Tinggal dengan binatang. Sekurang-kurangnya kalau binatang ada sakit hati dengan kau, tidaklah dia nak membebel macam aku ni. Binatang pun takde blog nak luahkan apa isi hati dia. Menaip pun dia tak pandai. Mungkin typo je memanjang.

Kau tak pernah sedar yang kau berkawan hanyalah untuk kepentingan kau sendiri sehinggakan kepentingan diri kau yang terlalu penting tu terkadang buat hidup kawan-kawan sekeliling kau hampir musnah disebabkan kau. Kau pernah sedar ke tak ? Aku dah tak buta, aku baru nampak semuanya ni. Teruskanlah dengan perangai kau. Perangai membabi buta kau tu. Aku di sini bersama dengan kawan-kawan yang lain hanya mampu berpeluk tubuh dan cuba gelak kecil tengok gelagat sialan kau. 

Hoi kawan, aku tengah bahagia ni. Tengah dalam kesenangan ni. Tengah berparty sebabnya aku terlalu gembira sekarang. Wanna join ? Pergi mampus. Sudahlah, urus hidup kau sendiri. Hidup tu jangan cuma nak harapkan orang. Cuba berdiri di atas kaki sendiri.  Jangan usik kebahagiaan aku, aku lagi gembira, kau berambus, aku benci. 

08 January 2012

Dia Menangis

Untuk malam ni, aku betul-betul rasa bersalah dengan perbuatan aku. Dan paling bodohnya aku, malam ni aku dah buat kau menangis lagi disebabkan sakit hati kau pada aku. Dan lagi, kawan aku yang turut berada di satu tempat kem plkn dengan kau -Syahirah, call aku, katanya, dia terdengar kau merungut seorang diri, " Takde sape nak text aku. " Lepas tu Syahirah menyampuk, " Wani kan ada." Seterusnya, Syahirah kata, bentuk wajah kau terus berubah, dia tengok mata kau merah, kau diam dan kau seolah-olah macam mahu menangis bila dia menanyakan soal aku terhadap kau. Dan masa aku mendengar dia menceritakan itu ke aku, aku seolah-olah telah mencucuk hati kau dengan seribu pisau yang begitu tajam. Aku seperti tak pernah pandai jaga hati kau. Aku tahu, dengan luahan hati kau mengatakan kau begitu terluka dengan aku, aku faham gimana kau. Aku tahu aku sendiri yang tak tepati janji aku. Maafin aku. Aku kesal. Bukan niat aku untuk sakitin kau sebenarnya.

Cemburu


Bila ada seseorang yang tersangat mencintai kamu, mungkin disetiap perlakuan kamu dan pergerakan kamu begitu erti buat dia. Mungkin juga orang yang tersangat mencintai kamu itu, sifat cemburunya terlalu besar dalam diri dia. Sampai terkadang sikapnya itu membawa mara bahaya kepada diri kamu sendiri. Wajarlah setiap manusia mempunyai sifat cemburu. Tapi bila sifat cemburu itu menguasai seluruh jiwa, segala kata-kata manis untuk menghilangkan perasaan itu, sama sekali tidak dapat menghalang dan menghapuskan perasaan itu. Malah perasaan sakit hati datang dan mula berjinak-jinak di dalam hati dan perasaan cemburu mula membesar.

Bila kamu rasa dicintai seseorang, dan orang itu begitu prihatin terhadap kamu sampaikan setiap benda yang ingin kamu lakukan semuanya diaturkan olehnya. Terkadang kamu rasa terkongkong. Tapi oleh kerna perasaan cinta yang turut ada dalam diri kamu terhadap dia, kamu serahkan semuanya. Kamu rela hidupmu diaturkannya. Bila perkara ini wujud, kamu menjadi takut untuk berbuat sesuatu perkara di luar pengetahuan dia walaupun perkara itu tidak sama sekali salah di mata kamu. Terkadang kamu sendiri tidak dapat membaca hati dia, walaupun kamu rasa benda yang kamu lakukan itu betul, tapi hakikatnya tetap salah di mata dia. Seterusnya, timbullah segala fikiran negatif dia terhadap diri kamu.

Walaupun pada mulanya, segala kerja buat yang kamu lakukan, kamu sudah maklumkan kepada dia, dan berkata jujur kepada dia, kalau memang perbuatan kamu itu salah di mata dia, tetap saja sakit hati itu ada dalam hati dia. Dan kamu seolah-olah dihimpit oleh rasa bersalah. Padahal realitasnya sedikitpun kamu merasakan tidak berbuat salah kepadanya. Tetapi apakan daya, bila sikap cemburu buta menguasai diri, tiada apa yang kamu boleh bantah segala percakapannya. Tiada alasan lagi untuk kamu berkata jujur. Tiada benda yang dapat mengawal perasaan marah dia.

Bila kamu cuba untuk perbetulkan keadaan yang kamu memang tidak salah, tapi dia cuba sekeras-kerasnya bantah cakap kamu. Lantas ada benda yang dia maklumkan kepada kamu, mungkin dia akan mengatakan kepada kamu yang dia sakit hati, marah, cemburu bukan saja-saja. Katanya lagi, perasaan itu wujud sendirinya kerna hati dia terlalu cintakan kamu. Dan seterusnya kamu terkesima mendengar jawapan dia dan bermacam-macam benda yang sedang bermain di fikiran kamu.

Pada akhirnya, perasaan rasa bersalah tiba-tiba wujud dalam diri kamu. Bila kamu fikirkan semuanya apa yang sudah kamu perlakukan yang memang salah pada mata dia, ternyata kamu sedar yang memang kamu salah. Mungkin dengan apa yang kamu buat itu tidak pernah terniat untuk sakiti dia, tapi sebaliknya. Pabila orang yang sangat mencintai kamu itu terlalu makan hati dengan apa yang kau perlakukan pada dia sehinggakan mengalirkan airmata, kamu terus menyalahkan diri kamu sebabnya kamu gagal untuk menjaga hati orang yang kamu cintai dengan sebaiknya.

Dengan segala apa yang terjadi, kamu kesal. Sebabnya kamu tidak pernah nak menghargai keprihatinan dia selama ini terhadap diri kamu sehinggakan kamu betul-betul buat dia terluka. Dan kamu lupa padahal betapa beruntungnya kamu memiliki orang seperti dia yang tak pernah sorokkan perasaan cemburu dia terhadap kamu. Kerna itulah salah satu perasaan cinta dan sayang yang mampu kita lihat walaupun kita tidak baca hati seseorang. Dan walaupun kamu telah berkali-kali melukakan hati yang bersungguh mencintai kamu itu, dia tetap dapat terima kamu lagi walaupun telah berkali juga kepercayaan dia terhadap kamu itu telah dimusnahkan oleh kamu sendiri. Bersyukurlah. Hargailah orang yang mencintai kamu. Jangan sakitin dia. Peliharalah hati dia sebaiknya.

07 January 2012

Betapa Berharganya Seorang Wanita


Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya, " Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan ??? "

Tuhan menjawab, " Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita ? Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan ".

Malaikat menjawab dan takjub, " Hanya dengan dua tangan ? Tidak mungkin ! "

Tuhan menjawab, " Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari ".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya, " Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya ? "

Tuhan menjawab, " Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata. "

" Untuk apa ??? ", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan, " Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki, ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri, dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan, mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya, dia mampu berdiri melawan ketidakadilan, dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang, dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian, tapi dia mampu mengatasinya. Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

" Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan. "

" Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

" Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh. "

" Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya. "

" Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya. "

" Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu. "

" Dan akhirnya, aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan. "

" Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada. "

Cintanya tanpa syarat. Hanya ada satu yang kurang dari wanita, dia sering lupa betapa berharganya dia. Kerna dia alpa bahwa tuhan telah kurniakan kekuatan yang tersangat teguh untuk dia. Kekuatan dalaman.

-Tetiba aku teringat soal ini yang pernah dulu kala aku terbacanya di laman sesawang.


05 January 2012

Ombak Rindu Cilaka,Kau


Maaflah untuk tajuk yang kurang sopan tu. Firstly setiap kali aku nak masuk entri baru, bab nak letak tajuk apa, aku memang lemah sesangat. Fikir punya fikir baru dapat idea nak letak tajuk apa. Itu bukan masalahnya sekarang. Tajuk takda kene-mengena dengan apa yang aku nak bicarakan ni. Sekarang ni aku nak pertikaikan soal filem Ombak Rindu. Semua orang kecoh pasal ombak rindu sampai aku sendiri pun tak dikecualikan. Aku mengaku yang dulu aku ni memang nak sesangat tonton cerita tu. Kononnya nak pergi tengok dekat wayang ditemani oleh kekasih, lepas tu boleh feeling sama-sama. Meraung sama-sama. Sebabnya ramai pihak yang berkata filem tu sedih.

Tapi bila aku sendiri yang tonton filem tu, aku kecewa. Kecewa sangat. Aku kira filem tu boleh tadah air mata aku ni satu baldi, konon aku ni feeling gila tengok filem tu tapi hampeh. Aku hairan kenapa pihak di luar sana kata filem ombak rindu ni sedih gila, sampai bawak masuk sekotak tisu dalam panggung. Lelaki pun boleh menangis gila bagai tengok cerita tu. Semua ni palsu. Kalau nak nak tahu, aku ni haa seseorang yang mudah feeling untuk sesuatu perkara. Kiranya mudah sedih. Tapi cerita tu tak sedih bagi aku. Whatsofunny.

Cerita ni banyak tak kena. Aku bukannya hebat dalam pembikinan filem, sorrylah bukan bidang aku. Tapi aku ada hak nak pertikaikan. Izzah. Watak heroin dalam Ombak Rindu. Gadis kampung, ajar budak mengaji. Yang aku peliknya, mana Izzah belajar cukur kasi trim kening ? Woi sikap cukur kening ni, sikap orang bandar. Si Izzah ni asal kampung. Penduduk kampung yang kurang pendedahan facebook macam Izzah ni sepatutnya tak buat kerja cukur kening ni. Ustazah ada ke cukur kening ? Mak cik Izzah ni pun satu, dah tahu  wataknya tu dah tua, ada penyakit barah, apa kes cukur kening segala ? Tinggal di kampung ada sawah padi, ada laut, kau tahu tak, tak kena, tak kena. Kalau nak wujudkan watak kampung, biar original kampung.

Tak payah lah nak trim kening semua. Kalau artis tu memang dah trim keningnya sebelum shooting, tunggu kening dia tu menebal then baru boleh start shooting. Baru real awek kampung. Memang suasana kampung tu ada, sawah padi, layang-layang, laut, perahu dan benda tu semua takda di Kuala Lumpur. Tapi kalau watak kampung tu takda, gimana caranya ?

Okay then, ni pasal Izzah kena paksa pergi Kuala Lumpur dengan bapak saudara dia. Izzah kena jual lah ni kononnya. Scene Izzah masuk clubbing dan kena main dengan Haris masa tengah tak sedarkan diri. Izzah ni masa kena kerumun dengan orang jahat pakai baju kurung solid. Entah macam mana si Izzah ni bila Haris datang dah siap-siap berkemban kain batik. Mungkin si tokey club melondeh baju kurung, dan mungkin dia tak mahu Izzah telanjang, maka dia geledah beg Izzah dan terjumpa kain batik. Tapi yang anehnya, takkan si tokey ni nak go ahead sarungkan kain batik ke badan Izzah dan ikat kemas-kemas kain batik ke dada Izzah ? Kalau ikut logik, bila dah sudah main, tinggalkan macam tu saja, atau tutup dengan selimut tu dan atau nak masukkan jugak elemen kain batik tu, just tutup badan dengan kain batik. Apa hal siap bungkus badan dengan kain batik rapi punya ? Put it in natural way lah woi.  Atau si Izzah sendiri yang pakai kain batik tu ? Bukan Izzah tak sedarkan diri masa kena paksa minum arak sampailah Haris datang ? Tak masuk di akal.


Seterusnya, scene accident. Masa Izzah ni lari marahkan Haris sebab ingatkan Haris ni curang dengan wanita lain. Accident yang berlaku di Cameron Highland. Kalau ada yang bantah cakap tempat accident tu bukan Cameron Highland, memang bangang. Lepas tu, Haris masuk hospital wad emergency di Columbia Asia Hospital. What the hell ? Maaflah kalau aku silap. Tapi yang aku pasti di Malaysia, Columbia Asia cuma di Taiping, Shah Alam, Nusajaya, Bintulu, Miri, Bukit Rimau, Cheras, Seremban dan Puchong. Cuba cek Wikipedia kalau aku silap. Bangang jauh gila nak hantar pergi hospital, sempat mati dulu. Atau memang dalam novel Fauziah beritahu Haris memang masuk Columbia Asia lepas accident di Cameron Highland ? Osman Ali nak tolong jawab ke tidak ni ?


Masa aku tengah tengok filem Ombak Rindu ni. Aku jadi kaget. Seribu penasaran. Scene di rumah Izzah yang duduk bersama Haris relatively dekat dengan rumah ibu Haris yang dipercayai tinggal di Kuala Lumpur. Yang aku hairannya, buat aku kaget, macam mana pulak rumah Izzah boleh ade scene pantai ? Bila masa pula ibu negara Kuala Lumpur ada pantai ? Atau memang aku yang tak pernah tahu ? Aku cek google takde pun mengatakan Kuala Lumpur ni ada original pantai. Dekat Sunway Lagoon ada, tu pun buatan.


Maaflah kalau aku banyak membebel. Tapi ini pandangan aku. Cerita Ombak Rindu ni bukannya langsung tak best, tapi terkadang ada yang tak masuk diakal. Nak kata sedih tu, bagi aku memang tak sedih. Tentang Dhia sedih lagi okay. Maaflah lagi, ini firasat aku yang berkata. Kalau nak hentam, hentam dia, jangan hentam aku. Aku tak bersalah dalam pertikaian merapu ini. Satu yang aku tak boleh nak complain, lagu Ombak Rindu memang best, feeling. 

03 January 2012

Rindu Kau Juga


Semalam kau call aku, borak-borak, lepas tu kau suruh aku dodoikan kau tidur. Eh kau ni mengada je kan ? Last-last kau pulak yang nyanyikan aku lagu ni, aku just sambung je. Sebab lagu ni kononnya memang kita dah hafal. Konon jelah, ayat bajet. Okay then, kau suruh aku kejutkan kau bangun tidur pukul 5 pagi. Sebabnya kau nak solat Subuh. Masa tu aku jawab macam sedikit payah asdfghjkl sebabnya aku tak yakin on that time aku bisa bangun ataupun tidak. Bila tibanya subuh, ternyata bukan aku yang kejutkan kau, tapi kau yang kejutkan aku. Memang liat gila aku nak bangun, mata ni berat semacam nak buka rasanya macam dah dilekatkan gam. Kau suruh aku solat subuh, okay aku pergi. Dalam hati ni, rasa macam pelik. - " Eh kau ni dah kenapa ? " Sedikit penasaranlah apa sebenarnya tuhan dah bagi dekat kau kan.

Aku tak mahu sedih. Tapi realitasnya kau buat aku semakin pilu, sedih, semuanya lah. Tadi subuh, kau ada bilang yang airmata kau tiba-tiba jatuh. Kau kata kau sedih. Kau cakap kau nak balik, kau nak balik,  kau rindukan semua. Aku tahu, aku tahu semua tu. Cukuplah, dengar pesan aku ni, aku tak mahu kau sedih kat sana. Kau ni haa sebenarnya lembik sangatkan, macam perempuan most of the time nak sedih. Orang nampak kau ni keras semacam kat luar tapi bila orang tahu kau ni macam ni, semua pasti gelakkan kau. Be a man sayang. Hari ni last day kita contact sebabnya jurulatih PLKN terpaksa kutip semua-semua handphone. Mesej last kau tu, ya tuhan sebak aku. Aizat pun ada text aku. Yang dia teringatkan kau.

" Aizat rindu bos ogy wani. Tetiba nangis. Sumpah sedih. Setiap malam masa nak tidur Aizat akan nangis sebab bimbangkan Ogy  dan rindukan dia. Aizat terlalu sayang dia. Dia dan macam kembar Aizat. " Katanya Aizat

02 January 2012

Berjuta Pesanan.



010112 - Awal pagi aku bangun kononnya nak hantar kau berangkat pergi ke PLKN. Pagi tu memang aku dah berat hati sesangat. Mak Abah pun tengok aku semacam. Macam nak perli aku sebabnya kekasih aku dah nak pergi jauh. Tiga bulan pulak tu. Sesampainya di TSB, banyak gila bas. Dalam hati aku, - Eh dorang ni nak angkut semua budak-budak Terengganu ke pergi PLKN. Hari tu jugak Mak Abah aku dengan Mak Abah kau akhirnya sempat jugak ketemu kan. Borak-borak kejap. Okay then tunggu punya tunggu, kononnya nak bertolak pukul 9.30 pagi, tapi pukul 11 pagi baru bas nak bergerak. Dengan hujannya lagi.

Kau mintak nak masuk dalam bas. Kau salam dengan semua orang. Time kau salam aku, aku dah naik sebak. Sebelum kau pergi, banyak kau pesan kat aku. Dan insyaAllah aku akan ingat semua pesan kau. Aku, Aizat, Syabil dan Iekin tengah tunggu bas kau bergerak ni, dalam hujan. Nasib hujan tak turun dengan lebatnya. Time tu kau dah ada dalam bas, kau ambik sit belakang sekali. Time tu kau sempat lagi text aku, suruh aku jaga diri. Terus aku tengok tingkap bas, tengok muka kau. Kau senyum. Aku sebak lagi, aku memang dah tahan nak menangis. Lebih kurang pukul sebelas pagi, bas kau dah bergerak. Aku semua lambaikan tangan untuk kau dan masa tu aku lihat muka kau macam orang tahan nangis. Itulah lambaian terakhir kita selepas kau pergi. Beberapa minit kau pergi, tiba-tiba aku dapat call. Rupanya kau yang call aku, cepat-cepat aku tekan button hijau.

" Kenapa call ? " Aku tanya.

" Aku dah rindu kau ni. " Dia balas.

" Jangan nak tipu sangatlah. Baru je bas bergerak. "

" Tadi kenapa kau menangis ? "

" Bila aku menangis ? Aku sedih je weh. Suara kau tu kenapa lain sangat ? Kau nangis jugak ? Eh mengada. "

" Tadi aku nampak kau nangis. Aku tak bodoh. Aku sedih lah, terpaksa jauh dengan kekasih aku. "

" Yelah. Aku sedih jugak ni. Nanti siapa nak jaga aku dekat sini. "

" Kau jangan risau. Aku dah titipkan seseorang untuk jaga kau. "

" Siapa ? Aizat ? "

" Bukan Aizat. Seseorang. Aku tak boleh bagitahu. "

" Okay. Kau janji jangan curang dengan aku. "

" Ya, aku janji. Kau pun jangan curang. "

" InsyaAllah aku tak curang. "

" Aku nak kau janji. "

" Ya, aku janji ogy. "

Sesampainya kau di kem PLKN, Penor Pahang, kau dah selamat sampai. Aku kira bila dah dekat sana, kononnya handphone kau kena simpan, tapi malam tu kau call aku. Eh happy gila aku. Dan pagi tadi, kau kejutkan aku bangun tidur. Lepas tu baca text kau tu. Senyum sampai nampak semua gigi ni haa aku. Kau tak perlulah cakap yang everytime kau rindukan aku, sebabnya aku pun rindukan kau jugak even kau baru pergi sehari. Cakap pasal Aizat pulak, dia ni buat aku makin sedih. Katanya rindukan kau, bila sebut nama kau, dia menangis. Dia cakap lagi, sehari baru kau pergi tapi rasa macam dah lama. Kalau kau kat rumah, perasaan ni tak lah sebegini rupa kan. Mungkin kau sedang berada dekat tempat orang. Jarak jauh tu terasa.

Aku disini mendoakan keselamatan kau di tempat orang tu. Selamat berkhidmat untuk negara. Aku akan tunggu tiga bulan di sini. Orang kata tak lama, tapi aku tak tahu nak kata lama ke tidak. Susah untuk aku olahkannya. Aku akan pegang semua janji-janji yang kau suruh janjikan. InsyaAllah aku tak melanggarnya. Dan kau juga ya. Terima kasih sebab kau kat sana pun masih nak buat lawak bodoh dengan aku. Terakhir dari aku, aku selalu sayang kau Fauzy.

01 January 2012

Aku Di Sini 2012 .


Kau pergi. Meninggalkan aku. Tetapi 2012 yang datang memanggil aku. Dan aku di sini mengorak langkah membawa bersama semua kenangan. Aku takkan lupakan kau kenangan 2011.

Begitu cepat rasanya masa berjalan, walaupun ku berlari tidak sempat jua aku mengejarnya. Tapi aku masih bisa menjamah masa-masa yang akan tiba bersama dengan angan-anganku. Terkadang aku lupa, aku terlalu berimaginasi dek kerana angan-angan yang terlalu tinggi membuat aku alpa yang aku masih berpijak di atas tanah yang berdebu ini.

Masa-masa lalu mungkin telah meninggalkan kita dan mustahil untuk kita kembali kepada detik-detik itu. Tetapi yang pasti kenangan yang telah tercoret tidak bakalan meninggalkan kita. Hanya kenanganlah satu-satunya untuk kita mengimbau detik-detik masa lalu. Dan ia tidak akan mati di akal walaupun telah berpuluh kali kita kuburkan.

Detik waktu tidak akan serupa. Walaupun laluan-laluan hidup kita arahnya selalu sama, tetapi apa yang bakalan terjadi dan apa yang telah terjadi, mustahil akan sama. Waktu yang mematangkan kita. Waktu juga takkan sama sekali membuat kita semakin menjadi anak kecil malahan membuatkan kita bertambah dewasa.

Dan aku disini, hanya mampu membuat laungan kecil di kamar aku, rancak menekan keyboard, ingin aku laungkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakyat Malaysia. Moga tuhan melancarkan semua perjalanan hidup kita pada tahun ini. Terakhir kalinya, walaupun aku belum mengenali siapa sebenarnya dunia, tetapi kini aku sudah lapan belas tahun. Aku dewasa. Umur, tolong matangkan aku.

My love, Ogy and my friends Lieya, Aizat, Farouq and others terima kasih untuk malam new year. Lieya terima kasih untuk gambar ni. I love you all <3