05 March 2012

Aku Bukan Tuhan.

Apa mahu kau ? 
Aku bukan tuhan.
Kau datang menyembah aku.
Sekali lagi aku cakap, aku bukan tuhan kau.

Siapa kau sebenarnya ?
Kau rayu padaku seperti kau rayu pada rumput agar ia tumbuh menghijau.
Kau sembah aku seperti kau mahu pelangi indah mewarnai hidup kau.
Tak usah kau merayu, rayuan kau hanya seperti halunisasi.
Aku tak punya semua itu. Aku hanyalah manusia tak punya apa-apa. 

Aku tahu kau bukan sekadar bayang-bayang yang selalu mengekori aku.
Aku sedar kau adalah makhluk ciptaan-Nya yang juga punya hati dan perasaan.
Tapi kau siapa ? Kehendak kau apa ?

Sudah, aku tak rela melihat kau lelah sebegitu rupa.
Berhentilah, jangan berlari lagi. 
Jangan menyembah benda yang bukan menciptakan kau di alam ini.
Sembahlah Dia. Rayulah pada Dia.
Hanya Dia yang satu yang mampu menunaikan segala hajat kau.
Jangan pinta pada aku kerna aku bukan tuhan.
Segala takdir adalah ketentuan Ilahi.
Terimalah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.