30 March 2010

Randomize


 Hanya boleh cakap waklu lah. Binatang jenis apakah ini ? Tidak, memang bukan dialam fantasi sekarang, aku harus terima kenyataan walaupun memang kenyataannya aku tak boleh terima kenyataan yang minggu depan exam lagi. Exam memang seronok tak payah buka buku, but hell, ilmu penuh di longkang. Bodoh atau bijak, itu semua tolak tepi. Ada aku kisah ? But you double suck, you should fix that. Its not the best way. Stop exam please, ASAP. If success, pasti semua jadi tukang sapu sampah dekat giant. Never mind, i will teach you how to be a good person. Can imagine that ? haha what the fishball lah. Seryes aku cakap, aku tak boleh berlagak macam anita sarawak yang sering ingin jadi perempuan muda, aku bukan ada power, aku juga bukan siapa-siapa. Maaf, aku tak boleh ubah semua itu. Itu hanya mainan fantasi aku. Hell, markah exam yang lepas semua hancur. Never mind, past is past. Bring me to the pluto, the better place.

28 March 2010

Excuse , I Can't Breath


Seryes cakap hari ini macam bangkai manusia yang sudah berulat. Gila aku cakap letih sangat macam didenda naik turun tangga bangunan klcc. huhh i can't breath because sun dont shows its face today. Petals expand furher and richer. Letak gam dekat punggung, dengar story kau semua. Everybody whispering secrets of happiness and affection. Waktu engineering technology, tiba tiba rasa minat untuk belajar. Buka mata luas luas, dengar lihat apa cikgu tunjuk dekat depan. Aku pegang pensel prihatin buat garisan lurus, menarik sangat. Yes, done! Sudah siap lah doh. Minus, aku tahu kalau kau semua sedang menulis huruf A diatas sekeping kertas putih, pasti kau juga sedang dialam fantasi. Begitu juga dengan aku. Kadang terfikir adakah aku perempuan pengecut atau memang akan kecut ? Kalau kau beri jawapan sudah pasti semua yang kau pilih. Memang manusia suka jadikan hobi tak pernah puas hati dengan orang lain. Jika A yang aku jawab, tapi kau tetap nak B jawapannya kan. Terfikir sejenak pasal budak itu, kau atau aku yang silap ? Dalam diri rasa bersalah. Sudah cakap mulut aku memang tak boleh dikunci, kau juga akan terasa nanti. Seryes, kita sama sama salah, MAAF. Aku nak kunci pintu, buat tak kenal siapa kau.

27 March 2010

Dia Lelaki Hebat


Sekarang aku tengok sudah jam sembilan malam. Tiba tiba jiwa macam nak post pasal lelaki ini. Seryes aku cakap aku suka cara dia hidup. Kalau nak dibandingkan dengan michael jackson, aku lebih suka dia gua bilang dekat lu semua. Dia memang lelaki yang bagus ada prinsip untuk hidup lebih lama. Kalau buat baik dengan si lelaki ini, maka baiklah juga dia dengan kita. Bila fikir semula, dia setiap masa berhati putih macam kain kapan. Tetapi ada saat juga hujan ribut melanda sebab memang lumrah manusia bukan setiap masa angin selalu cerah. Aku rasa dia lelaki boleh buat aku ketawa. Dia lah teman aku sampai mati. Plus, kain baju stokin kasut dan juga makan minum aku semua dia ambil kisah. Aku hanya lepas tangan macam tangan digari. Kadang, jika susah aku perlu dia, bila senang duduk jauh jauh boleh tak ? Aku nak sendirian walaupun syaitan iblis penuh disisi. Malaikat semua menyampah doh tengok aku. Tapi kenyataan lelaki itu aku perlu disisi. Sebab lelaki itu memang milik aku. Seryes aku bilang dekat kau kau semua, sayang bapak aku sampai mati weh. Kita teman sampai mati yah. haha mengada. Ibunda ku, kau beruntung lagi lipat ganda weh sebab dapat suami yang sebegitu rupa. Sudah koma dan noktah !

One Day ,



 Kelmarin, jumaat hari yang seronok. Wes gila sedap aku cakap dekat kau semua dapat celebrate birthday dengan kawan dekat terengganu equestrian resort. Seryes aku cakap terima kasih berjuta kali sebab kau dapat join aku. Yang lain aku tak kisah sebab tak dapat join kami sebab kau semua ada hal kan. Lagi seronok sebab dapat main kejar kejar dalam kolam dengan teman perempuan, Amalia. haha kulit makin hitam sebab pancaran matahari makin mengganas pada musim sekarang. Biasa, terlalu seronok lupa nak pakai sunblock kan. haha mengadalah sangat. Aktiviti malam, keluarga aku ajak aku pergi makan. Perut aku sudah penuh dengan makanan tapi terpaksalah kan. Ucapan terima kasih untuk kakak aku atas hadiah itu. Dan haikal haziq juga daniel terima kasih atas kad harijadi itu. Nanti aku simpan dalam peti berkunci. Satu lagi, nak bilang dekat bapak aku nak ambil lesen cepat cepat biar lagi senang aku nak angkut kawan pergi habiskan minyak motor. Naik menyampah bila baca ayat ini.

kiri : amalia, aku, syu, pikah then mira :)

26 March 2010

Sampai Saat


Tambahan sebelum katil memanggil, sekarang, sudah tua. Enam belas sudah. Semua yang tersayang, terima kasih lah doh ucap takziah dekat aku. Silap, maksud aku ucap selamat hari jadi. haha kelakar. Harap muka lambat lagi berkedut sebab makin hari makin tua kan. Kawan, jumpa esok bebeh.

Implication ,


Cis, macam beruk dua tiga hari ni. Macam akan ada perang dunia ketiga. Babi je aku tengok lelaki tu. Gempa bumi tak ada nak cari gaduh dengan aku. What the fishball lah kau. Ingat dah tak gaduh lagi macam dulu lagi dengan kau, kenyataan itu semua imaginasi bodoh aku. Celaka, dalam fesbuk sibuk nak kutuk aku ingat aku kisah. Kutukan kau buat aku gelak besar. Nasihat kau untuk aku tak berhargalah bagi aku. Terbaik, kau campak dalam longkang saja. Kucing lihat pun tak ada nafsu. Sumpah aku cakap, masuk dalam cermin dulu sebelum nak cakap diri kau hebat. Jangan ingat kau perdana menteri. Sudah, buang masa cakap pasal orang tak ada kemaluan. Satu hal, semua makhluk boleh cakap ada sahabat kan. Kadang kadang makhluk tuhan depan semua cakap macam orang berpelajaran, bila belakang pijak gajah mati weh aku cakap. Aku tabit hormat lah dekat semut jalanan sebab kau kawan paling setia pernah aku lihat dengan kawan kawan kau. Sibuk nak angkut benda manis sama sama. haha kelakar.

23 March 2010

What The Fishball


Hai dunia siber. Sudah beberapa hari aku tinggalkan binatang buas ini. Biasalah aku makhluk tuhan bukan semua benda aku boleh buat dalam satu saat. Cuti yang lepas boleh ditafsir sembilan puluh peratus enak. Ada juga ruang untuk lepas kentut. Ahad, aku masih meneruskan cuti. Cet, kau semua jangan mengata, aku tahu aku suka buat cuti sendiri. Isnin, hari celaka pergi sekolah dengan muka bodoh dengan beg kosong. Shh, kau syaitan pergi jauh jangan ganggu aku lagi. Aku cuba nak jadi budak rajin tapi kau selalu ikat aku dekat pokok durian. Cis, kau celaka. Nvm, aku tak kisah. Tolong aku, ada siapa punya robot yang boleh bantu aku buat semua kerja sekolah aku ? Jika ada, hubungi aku ditalian yang berkaitan. Sekarang, semua keputusan peperiksaan semua sudah peroleh. Lega, aku tahu banyak gagal. Aku pasrah sebab aku bukan doremon yang boleh buat apa saja. Sudah, tangan bukan tangan robot, malas nak taip banyak banyak. Selamat minum siang.

18 March 2010

Pelangi



Seronok sebab dapat keluar dengan kawan walaupun hanya bertiga. Tapi lagi seronok sebab ada pasangan sendirikan. Buah hati ili buat buat malulah pulak. Ili, siyes aku cakap buah hati kau muka macam black mentor tulah. Hebat kau. Hany pulak, ehem buah hati baru ke ? Atau tak rasmi lagi ? Dah rasmi tu bagitahu lah aku okeh. baguslah kalau kau hany sudah dapat lupakan buah hati lama. Tapi sayang kita tak sempat nak cakap banyak banyak kan sebab sibuk nak bermanja dengan pasangan masing masing kan. Haha mengada semua aku cakap. Buat cool jangan gelabah tak tentu pasal. Hari yang seronok tambahan dapat date dengan dean. Auww mengadalah sangat. Tak kisah dengan apa yang kau kau semua cakap. Balik rumah, lagi penat sebab nak kemas baju. Terpaksa pulang ke kuantan lagi tambahan jumaat kena pergi kolompo. Cibai, dalam hati tak nak ikut, tapi nak tinggal dengan sapa kan. Sampai sini sudah, berangkat !

meet farhanny :)
meet dean sayang :)
Farhanny , Ili , aku sendiri :)

17 March 2010

Lepas Angin


Sudah berhabuk, lama tak update. Seronok sebab berhasil keluar air liur pujuk mak sebab rindu nak balik terengganu. Bilang dekat mak, nak balik terengganu jugak sebab rindu sangat nak jumpa orang tersayang. Termasuk rindu dekat katil lama tak lepas rindu. Sahabat jugak tak pernah berkarat, tapi tak tahu macam mana nak atur pertemuan kita, Susah, semua sibuk kan. Cuti memang seronok, tapi benci sebab kerja sekolah banyak tak tahu tahun mana nak buat. Buat lupa sudah, tak perlu gelabah. Cakap pasal cuti, mak bapak nak kentut pun tak sempat sebab tak ada ruang kosong. Anak anak selalu mulakan hobi habiskan duit mak bapak beli barang yang tak berfaedah. Bagi aku, buat apa simpan duit kalau mati tiada siapa nak gunakan. Mak bapak buat cool.

11 March 2010

Campur Aduk



Ucap terima kasih dekat tuhan sebab tuhan beri hujan rahmat dekat kita semua. Mungkin sebab nak sejukkan hati kepada yang gagal ambil spm kan. Rasa takut bila tengok betina dan jantan ambil keputusan spm, terbayang sejenak macam mana agak agak rupa keputusan aku nanti. Harap, dapat yang terbaik lah kan. Wah, semua nak terbaik, tapi usaha malas sangat. Tambahan, seronok sebab sudah cuti sekolah. Tapi rabak, kerja sekolah banyak macam nak suruh tulis skrip lakonan shah rukh khan. Kadang aku buat buat tak ada kerja sekolah sebab mungkin tak sempat nak buat semua itu terus sumbat pakaian dalam beg, tak perlu kemas sebab nanti nak pakai jugak, esok terus berangkat ke destinasi untuk satu minggu. Wah, dalam hati seronok tapi semua plan yang sudah diskripkan hancur rabak. Aktiviti hajat nak keluar dengan kawan, jumpa teman istimewa, panjat pokok, panjat awan semua terbengkalai. Maaf semua.

10 March 2010

Bukan Jimmy Neutron


Cikgu masuk kelas, semua duduk tempat masing masing. Semua tak sabar nak dapat result exam kan. Tapi hati aku langsung tak rasa apa apa sebab aku tahu aku tak cemerlang. Markah matematik tambahan hanya dapat 18 peratus. Buat cool saje dengan perasaan bangga terus show off aku punya result dekat budak kelas aku. Aku tak sebijak kau kau semua walaupun kenyataan result kita semua hampir sama kan. Cikgu tak habis habis buang air liur nak marah sebab tak ada guna juga semua dah jadikan. Perkara biasa keputusan tak berapa indah, sebab budak baru nak belajar ABC kan. Tapi amat sial sebab cikgu suruh buat semua pembetulan matematik tambahan yang salah. Oleh sebab semua aku salah jadi semua lah kan aku kena buat. Masalah negara bagi aku, manalah aku pandai nak buat. Esok, dalam kelas, tiru kawan sudah. Cerita habis.

08 March 2010

Nafsu Negatif Sepuluh

 


Walaupun pagi tadi rasa bosan duduk rumah mengadap benda ini sebab malas sangat pergi sekolah. Tapi tetap puas hati sebab nafsu yang ada dalam badan nak habiskan duit poket sudah tidak berperang lagi. Hati senang sebab dapat beli macam macam apa yang diidamkan. Mak, tutup mulut jangan bicara apa apa dengan barang yang aku beli. Jangan risau jangan cemas, aku bukan beli dadah. Aku tak ketagih semua itu sebab aku hanya ketagih dengan barang yang berkaitan dengan aku. Aku nak beli barang itu sebab persiapan lah katakan untuk holiday nanti aku boleh pakai kan. Bukan nak show off atau apa, cuma nak nafsu hati kan. Holiday nanti boleh beli benda lain pulak kan. Kalau semua tu dah berkulat nanti, kita boleh bagi dekat anak yatim kan, kita jugak dapat pahala free yang tuhan bagi.

Peraturan Sendiri

 

Semakin hari semakin membesar. Dan kadang kadang sudah pandai buat peraturan sendiri. Hari ini dan kelmarin aku buat cuti sendiri sebab malas sangat nak ke sekolah. Sumpah aku cakap kalau ke sekolah aku takkan dapat apa apa ilmu. Rasa macam nak sambung terus cuti sampai minggu depan. Tapi tak boleh lah kan sebab nanti cikgu cakap tak payah ke sekolah terus. Baru padan muka aku kan. Ini hari, pengetua aku sudah mahu bawa punggung ke sekolah lain. Harap kau lagi berjaya lah kan. Harap juga aku semua akan dapat pengetua yang sama kepala dengan aku semua sebab kita boleh menari sama sama tak perlu habis dakwat marker nak lempar ilmu dekat kita semua. Kadang kadang terfikir rasa simpati dekat bumi sebab dia tiap tiap saat kena kerja tanpa henti. Selalu buat senaman dengan berputar untuk jadikan siang dan malam. Tapi aku hanya manusia yang pemalas tak boleh tolong kau buat apa apa.

04 March 2010

Kekejaman

 

Puas hati sebab exam sudah habis walaupun jawab soalan bukan hasil otak. Tapi amat kejam sebab semua soalan rabak buat aku selalu nak ke tandas. Cikgu selalu nak exercise mungkin nak turunkan berat badan selalu ulang alik dalam kelas. Ini bikin aku jadi angsa sebab makin susah aku nak meniru. Tapi macam cikgu aku bilang, kalau dapat lima markah sudah hebat. Malas nak fikir, semua sudah berlalu. Pejam celik sudah masuk bulan tiga. Kentut pun belum ada bau, nanti terdengar bunyi mercun lagi tanda nak raya. Tapi lagi pelik, rasa macam setiap hari mesti ada orang yang aku tidak puas hati. Rasa macam nak baling kasut tumit tinggi kasik kena atas hidung biar kemek. Bagi tahu dekat kau semua, kadang kadang rasa nak muntah bila dengar atau terbaca sesuatu perkara yang meloyakan. Kalau boleh dekat semua orang dia nak sebar dia punya cerita kan. Konon semua lelaki lah minat dekat dia. Kadang kadang dia selalu nak mereka cerita hasil terbitannya sendiri atau mempanaskan cerita sebab nak tarik perhatian semua orang. Kalau dia simpan dalam peti, tiada siapa mahukan. Biasalah, kambing baru nak naik pangkat, apa aku boleh buat. Hanya boleh tutup segala benda yang bocor supaya tak muntah lagi. Kalau dia terbaca, aku hanya nak mintak maaf, sebab bukan nak mengumpat tapi hanya nak menaip apa yang tersirat.

01 March 2010

Magnet Lesbo

Sebelum pudar apa yang tengah ingat sekarang sebab otak aku yang sudah berkarat sebab aku pun dah lama tak hantar dobi. Dua hari lepas kan, berhari Sabtu bertarikhkan 27 Februari, sahabat sahabat aku ajak lepak sama sama sebab sudah lama tak bergosip kan. Tapi aku minta maaf kat kau semua sebab aku lambat datang dan tak sempat makan semeja dengan kau semua. Aku bukan sengaja tapi aku ada hal besar yang tak dapat dielakkan. Sampai aku kat sana, tak sempat nak bernafas, letih betul. Lagi celaka, aku jumpa musuh ketat aku. Memang hari yang paling sial sebab mata aku telah dikotori dengan melihat muka kau itu. Lagi malang, sebab aku dapat lepak dengan sahabat aku sekejap saja dan kau semua sudah nak balik kan. Syalia pulak sudah nak masuk asrama balik. Dalam hati sedih betul sebab entah bila lagi dapat jumpa kau semua kan. Tapi kepada semua sahabat aku, aku nak minta maaf dekat kau semua kalau kau semua ada terasa hati dengan aku kalau aku ada tesilap cakap. Maklumlah, hati ketika itu sedikit tak mengizinkan oleh sebab tertentu. Harap boleh jumpa kau semua lagi cuti bulan tiga tapi aku tak boleh janji sebab jadual semua penuh dengan aktiviti keluarga. Sial betul. Sayang kau semua lah !

 Location : Mayang Village
Kiri : Syalia, Qilah, Aku, Ili
Belakang : Syazwani

 
Location : Mcd
Kiri : Syazwani, Hanny, Ili
Belakang : Mely
* Aku takde sebab datang lambat sangat. Pdan muka =,='

Kekuatan Negatif

 

Makin hari, makin panas. Bil elektrik makin naik sebab selalu on penghawa dingin sampai bulu roma naik menegak. Mak bapak sibuk cari duit nak bayar segala benda kita senang lenang goyang kaki. Hati jugak makin hari makin membara sebab selalu ada orang yang tak puas hati dengan kita yang tak pernah duduk diam tengok kita senang kan. Cikgu pun dua kali sepuluh yang suka cari kesalahan orang tak tentu pasal. Kau hanya tahu nak catat nama orang untuk penuhkan buku rekod kau tu kan. Sampai aku sekali jadi mangsa rogol kau. Boleh jalan lah kau. Wohhu, minggu ni penuh dengan peperiksaan. Soalan semua macam nak temuduga masuk ke syurga. Masing masing kelam kabut sebab tak tahu apa nak jawab lepas tu buku buku semua atas riba kan. Kadang semua hebat aku cakap sebab pandai cover nak meniru dan cikgu langsung buat tak tahu. Mungkin cikgu semua mata rabun telinga pekak. Masa peperiksaan aku suka sebab boleh lihat banyak leher angsa yang panjang semacam. Budak sebelah aku, Badrul, tak habis habis tanya aku jawapan, macam lah aku bijak sangat nak bagi kau jawapan. Tapi kau lagi sial minum air aku sampai habis buat aku dahaga sampai rumah. Gajah lah kau.