28 September 2011

Cinta, Terima Kasih.


Ku katakan dengan indah, untuk malam-malam yang lepas kamu yang ada bersama aku untuk melihat bulan dan bintang. Ku lihat bulan yang menerangi malam hari seperti kamu yang sudah menerangi hati aku yang dalam kegelapan. Ku lihat bintang berkedipan seperti kamu yang selalu memberi sinar dalam kehidupan aku. Aku berbisik di telinganya kamu sambil pegang erat tangan kamu, 'Cinta, terima kasih kerna sudi menjadi bulan dan bintang untuk aku.'

Aku terpana melihat indahnya mentari cahaya. Walau panas terik matahari yang membakar kulit, tidak terasa kerna kamu yang menjadi pelindung buat aku. Walau hujan yang turun membasahi bumi, kamu yang payungkan aku supaya tidak terkena tempias asid hujan. Bila sinar cahaya matahari cuba menjauh pergi, aku butakan mata dek rembulan yang sepi lalu aku berlalu pergi meninggalkan mentari, mendengarkan hati sayu seakan mati. Aku tidak merasakan takut kerna bila malam menjelma, rembulan purnama masih ada yang masih bisa menerangi semua. Gembira aku bersama rembulan yang berpurnama, namun mentari dulu tidak pernah jemu aku rindu.

Untuk saat ini sinar rembulan dan terik mentari masih ada yang tak pernah mati seperti kamu yang masih temani hari-hari aku. Hati aku sedang menari-nari seperti anak kecil. Tiap malam, kamu membisik di telinga aku dengan nyanyikan aku lagu-lagu indah. Lagu-lagu yang telah merakam seribu cerita antara kita. Lagu-lagu yang membuatkan kita tersenyum tawa mengingatkan semua tentang kita. Disaat aku sedih, kamu juga pasti sedih. Disaat aku menangis, kamu juga akan turut menangis. Disaat aku sakit, kamu juga pasti sakit. Tapi semua kepahitan itu akan tetap berlalu pergi dibawa angin kerna gelak tawa kita akan menghiasi semula kepahitan itu. Setiap gelak tawa yang kau berikan ia memberi seribu makna buat aku. Aku berbisik lagi di telinganya kamu lalu memeluk erat tubuhmu, 'Cinta, terima kasih sekali lagi kerna setiap detik kamu selalu ada buat aku tidak kira duka atau suka.'

Walau aku tidak seindah bulan purnama yang tidak bersinaran seperti bintang-bintang menerangi malam, aku akan sentiasa cuba untuk membuat setiap waktu itu menjadi erti. Di setiap baris kata-kata yang kamu sampaikan, aku akan ingat sampai waktu terhenti. Sejauh manapun aku berlari, sejauh manapun aku sembunyi, aku tidak akan pernah lupa semua janji kita. Aku tidak akan pernah lupa semua tentang kita. Dan untuk sepurnama nanti, aku akan jadikan dunia yang terindah buat kita. Lantas aku berbisik lagi di telinganya kamu sambil menatap mata kamu, cuba sampaikan sesuatu dengan penuh ikhlas, 'Cinta, terima kasih yang tak terhingga kerna kamu jadi penghuni hati aku. Tolong setia menjadi bulan dan bintang aku. Dan tolong sentiasa buat aku tersenyum seperti bintang-bintang yang gembira hingga ke akhirnya. Cinta tulus buat kamu, FS.'

25 September 2011

One Year Meet .



'Aku percaya Tuhan udah ngatur hidup, mati & jodoh kita. Tapi aku harap hidup, mati dan jodoh aku cuma sama kamu. Kerna aku bahgia disamping kamu.'

Selamat setahun kenal Muhammad Fauzy Syamsurizal. Terima kasih kerna sudi hadir dalam hidup aku dan terima aku apa adanya. Pahit manis kita bersama, semua kenangan yang kita coret dari pertama kali kita kenal hingga ke saat ini akan aku simpan di dalam memori ingatan aku. Di setiap gelak tawa yang kau berikan pada aku, akan aku bawa ia disetiap langkahku. Terima kasih untuk semua yang telah kau berikan dalam kehidupan aku. Sungguh banyak dugaan yang kita tempuhi, tapi syukur kita masih bisa harungi itu semua. Tuhan, bersyukur hanya pada-Mu kerna telah mempertemukan kami. Kami harap perkenalan ini akan terus kekal selagi Kau menginzinkannya. Dan tolong jangan pernah hapuskan perasaan sayang antara kami berdua. Biar ia terus mekar di hati. Amin.


'Selama ini aku selalu setia disamping kamu. Apapun yang orang bilang, buat aku, kamu tetap yang terbaik.' -Radit & Jani.

22 September 2011

Reach For The Sky .


Walau sekuat manapun kita, jangan pernah lupa bahwa Tuhan yang Maha Esa lebih kuat. Kita tidak kekal selamanya di dunia, yang hidup pasti akan pergi jua. Sekarang, esok, lusa dan seterusnya nyawa tetap akan diambil mengikut kehendak-Nya. Walau kau sihat, kau bersyukurlah dengan apa adanya dan kalau kau sakit, jangan kau menyerah. Kerna kita manusia yang dipinjamkan nyawa oleh Pencipta. Kerna dunia ini hanya sementara, dan kerna dunia bukan milik kita untuk selamanya. Walau kita boleh sentuh langit dan merasa dunia ini milik kita, ia tetap bukan milik kita. Dunia ini adalah satu pinjaman.

Episod tentang sebuah kehidupan takkan pernah ada habisnya kerna kita manusia. Selagi kita masih berpijak di atas bumi ini, selagi diizinkan tuhan, bersyukurlah dengan apa yang diberikan oleh tuhan. This is not the end, this is not the beginning. Selangkah kita kehadapan, satu erti kehidupan kita akan peroleh. Just waiting for the end to come. Wishing I had strength to stand. All I want to do is trade this life for something new.

*Terkesima. Tuhan, jangan ambil aku dulu. Aku bukan kejar dunia. Tapi, masih banyak yang perlu aku pelajari. Masih banyak benda yang belum aku uruskan. Bila aku senyum sebagai bintang-bintang, gembira bersama hingga ke akhirnya, tika itu baru aku bersedia dengan apa jua ketentuan Ilahi. All I can do is I just accept it as it is and live it to the fullest. I appreciate what I have now. Thanks God.

18 September 2011

Buta Kerna Cinta .


"Yang namanya Cinta harus bisa membuat kita bahagia." -Catatan Harian Si Boy

Aku hadirkan kau dalam kotak minda aku. Dan ya, aku berjaya, muslihat kecilku itu masih bisa buat aku tersenyum, tersenyum mengenangkan kenangan kita. Kalau secara magis aku boleh menukar diri aku menjadi sesuatu, aku mahu menjadi sesuatu yang penting untuk sesuatu yang boleh mengusung kepadaku sesuatu yang dinamakan sebagai 'Cinta'.

Cinta itu memang indah bak kata orang. Selalu saja manis, kadang ada juga pahitnya. Tapi realitasnya memang sukar untuk dinafikan betapa kemanisan cinta itu tak tersaingi. Seperti cinta Allah kepada hamba-Nya. Kita dikurniakan bermacam-macam rahmat. Cinta itu juga membunuh. Kita pasti akan sakit kalau orang yang kita cinta jauh dari sudut pandangan kita. Bak kata orang, 'Jantung aku akan berdenyut kalau kau disamping aku. Nafas aku terhenti kalau kau tiada dalam kehidupan aku.' Cinta itu juga buta. Apa saja demi cinta kita sanggup korbankan semua. Demi nak bahagiakan hati masing-masing. 

Aku tidak perlu sinar sang suria. Aku juga tidak perlu kacamata demi mendapatkan gelap di kala mentari terang. Aku juga tidak perlu menutup tirai dan lubang-lubang kecil serta menyumbat ruang-ruang terbuka yang membiarkan cahaya menerobos masuk supaya kegelapan yang aku inginkan sempurna. Aku hanya mahu dicintai dan mencintai dengan sekaligus butalah mata aku supaya apa yang aku lihat cuma dia. Dan apa yang dilihatnya, setelah dia membuka matanya, dia cuma lihat aku, cuma aku yang dibayanginya. Butalah untuk segalanya, agar hati kita terus bersatu, supaya perasaan cinta tidak akan pernah pudar, dan tidak berpaling arah. Buta kerna cinta.

Kalau tuhan berikan aku kesempatan, aku mahu ulang kembali ke masa lampau, diawal perkenalan kita, tika kita berdua bersama. Agar aku bisa perbaiki semua yang silap. Tapi kita cuma mampu merakam tiap detik yang kita lalui dulu untuk kita kenangkan hari ini. Dalam benak tersimpan rapi semua kenangan indah dan pahit. Apa yang silap dulu, kita hanya jadikannya satu pengajaran buat kita untuk kita jadi yang lebih baik kelak. Untuk detik ini dan detik-detik seterusnya, aku harap kau masih disisi, menemani waktu yang berlari meninggalkan kita. Dan seharusnya kau tahu, walau sekeras manapun hati aku, ia hanya mampu dicairkan oleh kamu. Kamu yang dipanggil cinta. Terima kasih berikan aku pelangi hidup.

17 September 2011

Pejamkan Mata .


Tuhan, tolong hentikan waktu agar aku bisa terus tertawa bersama dia. Aku cuma minta ini sebab aku takut akan suatu hari nanti. Kerna aku takut nanti kebahagiaan yang aku ada sekarang akan lenyap. Takut semuanya hilang tanpa kata macam angin yang berlalu pergi. Dan aku takut senyum tawa aku yang aku punya sekarang akan bertukar menjadi muram nanti. Tapi aku tahu kebahagiaan itu takkan selalunya pernah kekal. Di dunia ini tiada yang abadi. Tapi aku juga tahu tuhan selalu ingin melihat hambanya bahagia. Itu yang aku semaikan dalam hati ini.

Tuhan, aku pinta lagi. Tolong sampaikan isi hati aku pada dia. Agar dia tahu cuma dia yang aku punya. Kekasih, tolong pejamkan mata hanya untuk sesaat. Aku mahu kau tahu, aku tak pernah merasa sendiri. Kau sering ada buat aku dan tuhan juga ada buat aku. Aku berasa sangat tegar dan kuat. Dan aku juga mahu kau tahu, sejauh manapun aku pergi, seramai manapun orang yang aku jumpa, aku cuma nampak kamu. Sebab hati aku kamu sudah kunci dan orang lain tidak boleh ceroboh lagi.

Aku adalah penguasa atas perasaan aku sekarang dan sampai bila-bila. Aku bisa milih untuk merasa kebahagiaan kapan pun. Sungguh aku merasa beruntung, atas apa yang aku miliki. Aku belajar bersyukur agar aku dapat mudah kebahagiaan. Aku mahu kau tahu, kebahagiaan tiada diluar, tapi di dalam hati aku. Biar aku yang merasa, sebab itu yang kau berikan untuk aku.

Kehidupan adalah suatu rahsia terbesar alam yang tidak bisa diteka, hanya kuasa dari sang pencipta. Kita manusia yang perlu cuba memahami erti kenyataan, kerna kita manusia perlu tahu yang selamanya tak indah. Itu sebab, aku takut akan suatu hari nanti. Takut kamu bukan jodoh aku. Walau apapun terjadi kelak, kita harus menerima apa saja. Kerna keinginan kita dalam apa saja hal, bukan tentang seberapa tingginya, bukan juga tentang seberapa besarnya, tapi tentang perjuangan dan usaha meraihnya. Kerna itu aku mahu belajar erti bersyukur biar aku dapat hargai kebahagiaan yang aku ada.

Masa depan jauh lebih penting dari masa lalu. Aku ikhlaskan semuanya demi kebahagiaan aku. Kalau boleh, tiap detik aku cuma kahu katakan, 'Aku cuma sayang kamu bodoh. Cuma kamu yang bisa buat aku tertawa riang. Percaya kata aku.' Walaupun aku selalu sakitkan hati kamu, aku harap kamu pernah rasa bahagia disamping aku walaupun cuma satu detik. Aku toleh kearah susuk tubuh yang tegap itu, kau berdiri di situ. Tanganmu kusambut dan kukucup, dahiku kau cium dengan lembut. Aku bahagia. Kalau kau tanya aku, jika kau boleh berjalan di sisi aku. Dan lantas aku menjawab, mungkin kau boleh menemani di setiap perjalananku.

14 September 2011

Semalam, Hari Ini, Esok, Lusa Dan Seterusnya .



'Jangan paksa aku untuk berhenti mencintai kamu, aku ngak akan pernah bisa.' -Radit & Jani

Kalau kita bersyukur, maka kita akan rasa bahagia. Kalau kita tabah, maka kita bisa hadapi semuanya. Aku pun demikian, bahagia pada laku, bukan sekadar kata. Sometimes in life, you just have to go with it. Tetap jalani hidup ini, melakukan yang terbaik. Tuhan pasti menunjukkan sesuatu yang terbaik buat kita.

Setiap yang berlaku di sekeliling aku membentuk kata-kata dalam hati. Tetapi bukan setiapnya mampu aku terbitkan sebagai kata-kata pada umum. Biasanya aku cuba lakarkan pada sesuatu benda. Benda yang sudah pastinya tidak punya hati dan perasaan. Kerna aku takut kalau aku tersalah bicara, akan menggores hati seseorang. Aku cuba beritahu apa yang aku sedang rasa dan apa yang ingin aku lakukan kelak pada sesuatu benda. Aku juga cuba tarik perhatian bintang-bintang yang bergayutan di langit agar dia tahu apa isi hati aku.

Setiap baris kata yang cuba aku ungkapkan, itu lahir daripada hati aku sendiri. Bukan daripada novel, notes, dan apa saja yang orang kata aku tipu. Kalau aku kata aku benci, memang aku benci. Kalau aku kata aku sayang, memang aku sayang. Kalau aku kata aku bahagia, memang aku bahagia. Dan kalau aku sedih, aku bilang saja yang aku sedih. Sama juga soal hati dan perasaan aku, kalau aku kata aku cinta, memang aku cinta. Kalau kamu yang terindah buat aku, memang itu ikhlas dari lubuk hati aku. Aku tidak pernah bermain dengan kata-kata.

Aku kenal kamu sebagai seorang pria. Seorang pria yang dihantar khusus oleh tuhan untuk aku. Dan aku bersyukur untuk semua itu dan kamu masih ada. Manusia tak bisa memutar waktu kembali, tapi aku masih beruntung masih diberi kesempatan untuk mengenalmu lebih dalam. Aku merasa kamu adalah pelengkap dari teka-teki didalam hidupku. Apa yang terjadi, aku siap untuk hadapi semuanya. Kerna aku tahu kalau semalam aku sedih, hari ini kamu datang ketawakan aku. Dan besok aku pasti akan sedih lagi seterusnya lusa aku pasti ketawa lagi bersama kamu.  Dan aku tahu pengalaman manis dan pahit yang kita dapat, mesti kita terima yang penting jangan pernah menyerah. Tuhan itu akan menciptakan sesuatu yang terbaik. Tuhan juga sering pelihara kita.

Kata orang, tertariklah kepada seseorang yang bisa membuatmu tersenyum. Kerna senyuman dapat membuat hari menjadi cerah kelak. Orang-orang yang tidak bisa melihat hal-hal yang berharga dalam hidupnya maka ia takkan pernah bisa merasa bahagia. Tuhan, tolong hentikan waktu, aku ingin terus tertawa bersamanya. Kalau tuhan mengizinkan di lain kehidupan, aku mahu jadi bahagian dari hidup kamu, FS.

10 September 2011

Happy Birthday Boy ,


Happy birthday, happy birthday, happy birthday Muhammad Fauzy B. Syamsurizal. May Allah bless you. Aku harap kamu dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Aku juga harap kamu sukses dalam kehidupannya kamu kelak. Amin. Sorry eh iler dah baling tepung tadi, gurau je kott. Btw, kepada adik Mohd Edry Sharmin, selamat ulang tahun juga ya. Suka tengok kau kena baling telur plus tepung. Perghhh, busuk gila bau kau dohh. Padan muka kau kena khianat.

10092011 - Happy 11months couple. Aku harap sepanjang aku mengenali diri kamu, aku pernah buat kamu ketawa dan buat kamu bahagia. Aku akan terus berdoa pada tuhan agar perkenalan kita akan terus kekal hingga akhir nafas jika tuhan masih merestuinya. Kalau aku pernah menyakiti kamu, harap kamu hapuskan semua amarahmu pada aku agar aku bisa membuat kamu senang lagi disamping aku. Terima kasih juga ya bodoh sepanjang aku kenal kamu, kamu sudah buat aku ketawa, buat aku tersenyum kerna kamu selalu ada buat aku. Dan untuk hari ini, aku bahagia lagi disampingnya kamu. Aku harap, aku berhasil buat kamu gembira hari ni, kan birthday boy. Untuk yang akhir kali, i love you bodoh. Terima kasih kerna selalu ada buat aku dan isi hari-hari aku dengan penuh warna. Terima kasih Pelat.