29 May 2010

Ludacris ,


Hai jantan dan hai betina. Perhatian, esok exam paper kimia. Jadi tolong buka buku, jangan jadi malas sangat. Maaflah, aku malas nak cakap soal exam dekat sini. Buat aku sebak dada. Tolong jangan keluarkan isu lucah itu. Wait, aku nak cakap aku rindu dekat kau sangat. Sebulan, dua bulan, tiga bulan, eh maaf aku silap bilang hari. Baru dua hari lah aku tak berhubung dengan kau. Tak dapat bayang kalau sebulan atau tak contact kau terus, memang macam tikus terkial-kial cari keju. Aku nak kongsi benda dekat kau, kau tahu minggu depan cuti ? Wah memang tak sabar. Harap cuti dilalui dengan hari-hari-yang-lucah. haha Maksud aku hari yang seronok. Untuk lesbo aku, harap sangat cuti dapat jumpa kau semua. Gila, dengar cerita kau semua makin gemuk ? haha Berita palsu. Aku ketagih nak lepak dengan kau-kau semua tahu. Seryes, rindu kau semua sayang.

27 May 2010

Soalan Tahik


Additional mathematics bukan subjek aku. Its not my bestfriend, but its the only one my enemy. Please throw the subject from my life far-far-away. Kalau subjek itu boleh drop dalam aku punya spm, sumpah aku orang pertama yang akan drop dulu. Kau-kau semua jangan cemburu. Ini semua kerja gila. Dapat soalan addmath, terus otak blank. Cis, macam ada ilmu sangat. buat kool, masa ada dua jam lebih. Aku spent masa satu jam untuk tidur masa exam addmath, bila bangun masih tak tahu nak jawab apa. Baiklah, cuna keluarkan kertas kosong dalam poket, lempar dekat kawan belakang, mintak jawapan sikit. Susah sangat, terus ambil kertas jawapan dia, copy and paste terus. Tapi kenyataan, tak semua siap, hanya separuh jalan. Memenatkan, soalan addmath macam nak bunuh aku. Aku tak takut, cuma aku malas nak layan soalan sebegitu. Itu sahaja cerita untuk hari ini. Oh tambahan kepada pornpuan itu, jangan rasa diri sudah terlebih bijak, kami semua tak lapar jawapan kau. Masih boleh hidup kalau bagi kertas kosong dekat cikgu.

25 May 2010

Soalan Matematik Itu ,


Sigh, dapat soalan matematik yang agak susah tapi kenyataan memang tersangat susah. Soalan nombor satu sudah buntu, tak tahu nak jawab apa. Cuba toleh kiri kanan, belakang tengok depan. Baiklah, cuba buat-buat kool depan semua orang tanpa ada reaksi muka yang gelisah. Tidur sekejap, tenangkan fikiran. Masih lagi tak tahu nak jawab apa, cuba main tekan-tekan kalkulator, oh masih belum dapat jawapan. Ini sangat celaka bagi aku. Pusing belakang sekejap, pastikan line sudah clear, mintak kawan belakang buka sikit kertas jawapan, gua nak tiru. Terima kasih atas pertolongan itu. Tapi baru siap dua soalan, masih banyak yang kosong. Lihat sekeliling kelas, semua hipokrit aku rasa, cuba buat-buat muka kool konon boleh buat soalan matematik itu. Kenyataan semua kritik tentang soalan matematik yang susah itu. Tunggu, soalan yang susah atau aku yang bodoh yang tiada langsung ilmu kira-kira ? Soal itu aku tak berapa pasti sangat. Masa sudah mahu habis, masa yang diberi dua jam lebih sangat lama bagi aku, tapi masih dua-puluh-tujuh soalan yang belum jawab. Perlu redha, tak mahu buat panik, sampai situ sudah cukup buat soalan itu. Sudah patah hati. dan hari-hari yang seterusnya, banyak lagi peperangan harus aku tempuhi.

24 May 2010

Otak Lemah


Makin hari macam otak makin lemah. Tiada ubat atau makanan untuk ubatinya cuma aku hanya perlu jadi makhluk yang lebih rajin dan gagah. Makin membesar makin banyak masalah. Boleh nak stop membesar sampai sini ? Sebab aku tak mahu tambah masalah banyak-banyak dalam otak. Tambahan soalan exam tadi macam nak suruh aku jadi mayat hidup yang terpaksa pakai otak perah semua yang terkandung, malah aku tahu tiada ilmu yang terkandung dalam otak gua. Memang ternyata otak gua sudah lemah dan terpaksa baiki untuk kegunaan kemudian hari. Boleh aku tanya satu soalan ? Ada bengkel yang boleh baiki otak aku dan perbarukan dengan ilmu-ilmu yang berguna supaya aku boleh jadi manusia normal, yang gagah dan berjaya ? Maaflah, bukan aku nak cakap mengarut. Oh sebelum terlupa, malam ni harus pergi rumah Dean, nak jumpa dengan mak dia. Fikir-fikir-fikir, jangan gelabah jangan panik, buat-buat kool depan mak mertua. haha terlebih perasan padahal belum rasmi kahwin, sekolah belum habis, ilmu belum cukup untuk akhirat. Aku tahu aku tak boleh cakap besar kan.

22 May 2010

This Is Rozan

Say Sorry ,


Cuaca yang tidak menentu sekarang. Kejap panas, kejap hujan. Tapi suasana selalu panas tak pernah rasa dingin walaupun hanya untuk seketika. Atau mungkin sebab banyak sangat dosa yang perlu tanggung ? Oh tak berapa pasti sangat. Sekarang sibuk nak fikir pasal exam exam dan exam. Kadang kadang gua jadi hairan sebab apa perlu uji diri dengan adakan exam ? Aku rasa banyak lagi benda lain yang boleh buat untuk uji diri. Ini drama yang amat memenatkan dan paling membosankan dalam banyak banyak episod. And now, its seems i'm being over sensitive about everything. Sometimes people talk nonsense about me when they saw my acting. IDK, it is not my fault. It was such crazy of me for doing that. For you muhammad nuruddin, im really really sorry for being rude with youu. I didn't mean anything to felt angry with you and lying youu dear. Sekarang, nak cakap harap awakk cepat sembuh atas accident yang berlaku semalam. Mungkin silap saya yang tak jadi nak jumpa awak dan perkara buruk tu berlaku. Minta maaf untuk semua. ILY.

17 May 2010

Makin Dekat ,


Makin hari, makin dekat dengan hari peperiksaan. Semua murid akan berperang. Oh sebelum terlupa, aku turut nak jadi murid yang berjasa kepada semua guru-guru aku dengan ucapan yang paling berharga dari aku SELAMAT HARI GURU. Maaf, tiada hadiah untuk tahun ini. Sambut hari guru buat pertama kali dekat sekolah baru macam bosan. Macam tiada yang buat aku rasa teruja. Malas nak fikir panjang, terus ikut amalia keluar dengan kereta yang dipandu oleh teman lelakinya. Gila, gua nampak ramai sangat polis atas jalan raya yang sibuk kejar makhluk-makhluk yang sudah tak sayang nyawa dan batin dia lagi. Suka-suka hati bawak motor tak tentu arah dan macam baru pertama kali dapat bawak motor dan sengaja nak tunjuk lagak dekat semua orang yang konon aku lah manusia yang paling hebat pandai bawak motor. Cis, sedikit aku tak hairan. Puiihh, masyarakat jijik tengok-tengok kau semua. Baiklah, sekarang tutup story ini. Sambung yang tadi, sekarang macam ada niat nak pegang buku sebab macam dah sedar rabu ni sudah mula start exam. Tapi nafsu malas masih tetap ada. Persoalan, memang tak sedia lagi nak jawab apa.

14 May 2010

Junkdumb ,


Hai malaysia. Hari ni macam kosong, tiada benda baru yang berlaku. Cuma teruskan liku-liku hari yang selalu panas dan selalu bikin gua jadi manusia yang malas. Tapi itu memang kenyataan. Sekarang hanya perlu tunggu satu jam lagi untuk keluar dan untuk terjun ke dalam kolam bersama teman. Aku teringin nak buat benda baru dalam hidup aku tapi macam susah sebab tak tahu nak buat apa. Oh kalau jadi murid yang selalu baca buku sudah menjadi sesuatu benda yang baru, tapi itu mungkin tidak mungkin. Apa ? Aku dengar kau kutuk aku, kau cakap menagih dadah juga suatu benda yang baru ? Oh maaflah, itu bukan hobi aku dan itu suatu benda yang teruk bagi aku. Ramai cakap, kadang-kadang kita tak pernah nak cari tahu apa yang kita perlukan dalam hidup kita. Memang aku mengaku, sampai hari ni aku masih tak jumpa jawapan untuk soalan itu.

13 May 2010

Highnose ?


Sekarang semua gelisah fikir pasal exam. Tapi semua itu tiada hal bagi aku. Bukan bermaksud otak aku sudah penuh dengan ilmu, tapi kenyataan memang lumrah aku bukan manusia yang rajin. Aku malas nak bebankan otak nak fikir pasal exam, itu bukan urusan aku. Oh ini memang sangat menyakitkan hati bila dengar soal ini apatah lagi berita ini masih panas, macam celaka bila sahabat sendiri main kutuk-kutuk dekat belakang. Kau ingat main kira ABC 123 ? Ingat kau saja yang ada hati perut ? Listen here, jangan terlebih perasan dekat sini, gua jugak ada hati, perut, jantung macam kau jugak. Now, cuma nak kau face-to-face dengan aku, apa silap aku dekat kau. Mungkin kau boleh cakap taik pasal aku konon sudah pandai buat buat hidung tinggi dekat kau kau semua. Oh tidak, itu bukan jenis cara hidup aku. Maaf, mungkin kau silap nilai aku. Harap kau semua faham situasi kita semua macam mana. Jangan jadi childish, tolong fikir macam orang dewasa. Satu lagi sebelum aku tercicir, aku tak suka kalau sahabat aku ada yang suka cakap belakang. Jika kau kau semua rasa ada mulut, harap kau tak kedekut guna air liur kau untuk cakap dengan aku. Maaf sekali lagi, tiada niat nak buat sakit hati siapa siapa. Cuma nak cakap, belakang rumah aku ada banyak cili, nak sepuluh aku tak kisah. Jadi cool lah kawan.

11 May 2010

Kau Memang Sial ,


Sekarang nak cakap pasal tu lagi. Memang episod ni never end aku rasa selagi kau kau semua belum sedar siapa diri kau sebenarnya. Aku pun dah rasa jemu, dah rasa mual. Memang geram kalau manusia ni perasan sangat diri dia terlebih bagus. Oh alamak memang kasihan, hati sakit sangat. Seryes, secara tak sengaja atau secara sengaja aku memang tiada nafsu nak goda mana-mana manusia suruh buat jahat masuk ke lembah api neraka. Oh maaf, itu bukan diri aku. Itu mungkin sudah takdir kalau setiap manusia ada perubahan pada diri masing-masing kan. Itu bukan hasutan aku, jangan babitkan aku dan jangan suka cakap taik pasal aku. Aku tak suka. Itu mungkin kerja syaitan atau mana-mana iblis yang sudah kotorkan fikiran dia. Maaflah, bukan aku nak mengumpat atau cakap taik pasal kau, tapi tolonglah, aku tak suka orang macam kau. Harap kau dapat cermin dulu siapa kau dan seterusnya baru kau boleh nak cakap taik pasal semua orang. Sekarang aku dah bosan dengar celoteh kau. Fullstop ! Now, plus, lupa nak cakap, selamat hari ibu buat semua kaum-kaum ibu terutama dekat mak gua yang memang selalu penat dengar kerenah aku. Maaf, bukan kehendak aku, memang sudah takdir. I love you mum !

07 May 2010

Tolong Jaga Tepi Kain Sendiri Boleh ?


Sumpah cakap makin hari makin panas. Its seems like my pockets full of sins. Cuba untuk hapuskan semua dosa tapi sangat susah. Memang agak susah sebab manusia memang selalu ada yang tak puas hati dengan kita. Mereka anggap semua dosa dosa kita mereka yang tanggung. Kemudian mereka buat buat jadi pelakon nak berdakwah. Oh itu semua sangat menjijikkan bagi aku. Aku tahu apa aku mahu dalam hidup aku dan tolong, aku tak mahu kau campurkan adukkan masalah hidup aku. Jika kau perasan kau bagus sangat, tolong jangan jaga tepi kain aku. Mungkin aku sedar aku tak sebagus kau, tak sebagus dia, tapi kau kau semua jangan ingat dia berubah sebab aku yang pengaruhi dia. Maaf, aku tak ada masa nak pengaruhi siapa siapa dan itu tak menarik bagi aku. Harap kau kau semua faham. Sekarang tahniah buat bapak aku sebab dapat tukar dekat ibu pejabat polis k.terengganu kembali. Welcome back my dear!

03 May 2010

Geram Sangat ,


Stupid-stupid-stupid. Sigh, memang geram gila dekat mamat tu. Hari tu bukan main cakap nak tolong buat aku punya kerja kursus. Aku maksudkan besi celaka itu. Aku tak tahu dia cakap pakai lidah atau tak. Aku bagi kau duit suruh buat bukan aku mintak percuma. Lagipun aku pun tahu memang semua benda sekarang semua mahu duit. Mungkin kalau tak ada duit, buat apa hidup kan ? Now, nak cakap soal itu. Sekarang ramai yang suka cakap yang diri dia lah yang paling hebat, paling sempurna. Soal itu, boleh berunding lagi. Tapi kalau soal ini, ramai yang terlebih perasan diri dia lah yang penuh dengan iman. Bila sembang agama, wah memang aku tabik sebab dia lah orang yang boleh khatam dulu. Tapi aku rasa mungkin dia hanya makhluk yang bertopengkan syaitan. Kadang-kadang hairan kenapa tuhan jadikan kau kalau perangai macam iblis. Kalau nak sembang agama, luar dalam biar bersih dulu baru nampak kool, baru ramai orang suka. Tak pun, pergi matilah dengan topik selenge kau tu.

01 May 2010

Babble Backchat


Hai dunia. Selamat datang Mei. Say goodbye April. Hope we can meet again next year. Untuk satu malaysia, selamat hari pekerja. Harap kau semua dapat rehat banyak buat tahik mata banyak banyak sebab hari ini hari kau untuk cuti. Now, i wanted to do my homework but seriously i prefer to sit back and wanted talking-talking-shit about you. Its seems like you very-very-difficult to explaining all about you to me. I need you talk to me like a backfire. Im not talking babble right now. I need a backer. Aku tak mahu persoalan tersekat di tengah jalan. Aku tahu tiada polis trafik yang jaga jalan itu. Dont make me like a baboon.