25 May 2010
Soalan Matematik Itu ,
Sigh, dapat soalan matematik yang agak susah tapi kenyataan memang tersangat susah. Soalan nombor satu sudah buntu, tak tahu nak jawab apa. Cuba toleh kiri kanan, belakang tengok depan. Baiklah, cuba buat-buat kool depan semua orang tanpa ada reaksi muka yang gelisah. Tidur sekejap, tenangkan fikiran. Masih lagi tak tahu nak jawab apa, cuba main tekan-tekan kalkulator, oh masih belum dapat jawapan. Ini sangat celaka bagi aku. Pusing belakang sekejap, pastikan line sudah clear, mintak kawan belakang buka sikit kertas jawapan, gua nak tiru. Terima kasih atas pertolongan itu. Tapi baru siap dua soalan, masih banyak yang kosong. Lihat sekeliling kelas, semua hipokrit aku rasa, cuba buat-buat muka kool konon boleh buat soalan matematik itu. Kenyataan semua kritik tentang soalan matematik yang susah itu. Tunggu, soalan yang susah atau aku yang bodoh yang tiada langsung ilmu kira-kira ? Soal itu aku tak berapa pasti sangat. Masa sudah mahu habis, masa yang diberi dua jam lebih sangat lama bagi aku, tapi masih dua-puluh-tujuh soalan yang belum jawab. Perlu redha, tak mahu buat panik, sampai situ sudah cukup buat soalan itu. Sudah patah hati. dan hari-hari yang seterusnya, banyak lagi peperangan harus aku tempuhi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.