27 February 2011

Hanya Kerna Janji Manis Lelaki


Datanglah seorang lelaki yang telah mencuri hati seorang wanita. Masing-masing berkenalan dan akhirnya mereka sama-sama jatuh hati. Lantas lelaki itu terus mengajak wanita itu menjadi teman wanitanya dan menjadi pasangan kekasih yang bahagia pada tika itu. Lelaki itu selalu mengeluarkan kata-kata manis pada wanita itu. Lelaki itu juga sering mengeluarkan janji-janji manis pada wanita itu. Kata-kata ingin saling setia, saling jujur, saling mencintai, saling memahami selalu bermain-main di mulut lelaki itu. Wanita itu gembira mendengar kata-kata lelaki itu. Segala pahit manis selalu dikongsi bersama. Suka duka dilalui bersama-sama. Pada tika itu jualah wanita itu menganggap lelaki itulah yang pertama dan yang terakhir dia cintai.

Empat bulan bersama, keadaan mula menjadi berubah dalam sekelip mata. Lelaki itu sudah tidak lagi mengambil berat tentang wanita itu. Keadaan mula menjadi parah. Setiap saat dipenuhi dengan pergaduhan. Lelaki itu lupa akan janji-janjinya pada wanita itu. Wanita itu telah mengetahui lelaki itu telah menduakannya. Wanita itu mula kecewa. Hatinya telah hancur. Setiap saat dipenuhi dengan tangisan. Tapi demi cinta wanita itu pada lelaki itu, hubungan mereka masih diteruskan kerana takut hilang lelaki itu. Wanita terus sabar dengan apa yang terjadi dan selalu berdoa agar lelaki itu sedar akan kesilapannya. Pasangan itu bukan macam dulu lagi, bukan pasangan bahagia lagi.

Lelaki itu mula menyedari kesalahannya dan menebus kesalahannya terhadap wanita itu. Wanita itu menerima maafnya. Selepas itu, perkara yang sama berlaku lagi. Perempuan itu dilukai lagi, lelaki itu curang lagi. Betapa kejamnya lelaki itu terhadap perempuan itu. Tapi wanita itu telah mengambil jalan mudah. Perasaannya mula berubah. Dia tanpa berfikir panjang ingin membalas semua perbuatan lelaki itu terhadapnya. Wanita itu mula curang tanpa pengetahuan lelaki itu. Dia sedar bahawa dia benar-benar mencintai lelaki kesayangannya itu tapi dia terpaksa lakukan itu semua kerana dia tiak mahu hatinya terguris lagi.

Tetapi akhirnya, semua berakhir dengan sia-sia. Perhubungan mereka terhenti di situ saja. Masing-masing buat hal sendiri tanpa memutuskan perhubungan mereka. Lelaki itu khilaf di atas semua kesilapannya pada perempuan itu, tapi itu sudah tidak bermakna lagi. Semua kenangan yang mereka lalui bersama, perempuan itu sudah lama buang dari ingatan biar ia terus pergi dan mati.

Lelaki itu selalu muncul di saat perempuan itu sudah mula melupakannya. Datang tanpa rasa bersalah selalu meminta agar bisa kembali bersama. Sudah, semua itu sudah berakhir, perempuan itu menolak semua permintaan lelaki itu. Perempuan itu berharap, lelaki itu takkan pernah muncul lagi dalam kehidupannya. Cukuplah dua kali perempuan itu dilukai oleh lelaki itu. Itu semua sudah buat dirinya merana sampai merasakan hidupnya hanya untuk dikhianati oleh lelaki. Sampai saat ini perempuan itu masih ragu-ragu dengan  janji-janji manis lelaki. Takut itu semua hanya dusta. Dan takut dirinya merana lagi.

23 February 2011

Dia Terus Pergi Meninggalkan ,


Ya, aku tahu. Ini bukan perang biasa. Ini perang besar dalam diri. Perang antara keselesaan dan nikmat yang diterima atas usaha selama ini dengan kesunyian yang pernah menjadi sahabat karib dulu-dulu kala. Macam yang Zahiril Adzim cuba ulaskan. Tapi kesunyian itu terus setia menjadi sahabat karib aku dari dulu hingga sekarang. Walaupun sesekali aku juga pernah curang kepada kebahagiaan. Tapi semua itu tidak pernah kekal. Sampai saat ini aku masih setia dengan kesunyiaan.

Masa kini berlalu pergi dengan cepat. Enam tahun lebih dia sudah pergi meninggalkan aku tanpa kata tika aku masih lagi di bangku sekolah rendah. Dia pergi bukan hanya untuk seketika, dia pergi bukan untuk kembali lagi, tapi dia pergi untuk selama-lamanya. Dia pergi terus meninggalkan dunia yang fana ini. Waktu yang sangat memeritkan dan memedihkan, tika ia pergi jauh dari kehidupan ini. Tika itulah kesunyian datang meminta untuk terus sentiasa mendekati diriku.

Apakah kesalahannya? Apakah silapnya? Apakah kesilapannya? Ya Allah, jawablah persoalan aku ini ya Allah. Mengapa dia harus pergi terlalu cepat meninggalkan aku, keluarga dan semuanya yang dia miliki di atas muka bumi ini. Mengapa kau wujudkannya di atas dunia ini kalau kau cuma memberi kehidupan yang sementara untuknya ya Allah? Mengapa terlalu awal nyawanya dicabut? Mengapa cara dia pergi dengan penuh tragis. Mengapa bukan dia pergi dengan cara yang elok dan baik? Mengapa bukan aku yang pergi dulu, mengapa harus dia.

Sunyi tanpa kata ya Allah. Tika aku kecil, aku masih ingat, dia satu-satunya abang yang menjadi teman aku. Teman untuk bergaduh, gelak ketawa dan semuanya. Tapi kini, dengan siapa harus aku lakukan itu semua. Walau beribu orang disekeliling aku, tidak semua yang bisa menggantikan tempatnya. Tapi alhamdullillah, aku masih punya abah, mak. Aku masih punya kekasih hati, aku masih punya sahabat. Mereka lah, yang bisa buat aku gelak ketawa. Tapi sebenarnya, benda tu tak selalunya ada. Tuhan tak selalunya bagi kebahagiaan pada aku. Sebab mungkin dia tak nak aku jadi lupa akan kenikmatan dunia.

Pemergiaanya kerna terlibat dengan kemalangan jalan raya yang amat tragis bagi aku. Jika tuhan beri dia kesempatan untuk hidup lagi, itu sudah tidak bermakna lagi. Mungkin hanya akan menyeksakan dirinya. Aku selalu mendoakan pemergiaannya. Moga rohnya dicucuri rahmat. Moga arwah ditempatkan di golongan yang baik-baik. Aku tidak sempat mengucapkan kata-kata akhir sebelum pemergiaannya. Tidak sempat berbual kosong dengannya. Cuma sempat bersua muka sebelum dia keluar daripada rumah. Kali terakhir aku melihatnya, tika jenazahnya dibawa pulang ke rumah. Aku sedih, aku terkejut. Tiada lagi selepas ini, itulah kali terakhir aku melihatnya. Moga aku akan bertemunya lagi di alam lain.

Harus kau tahu ya Allah, bermacam pahit manis aku telah lalui dalam kehidupan. Aku penat, aku penat dengan semua ujian mu ya Allah. Aku menangis sendirian. Hampir setiap hari. Meratap kesedihan, kesunyiaan dan kerinduan yang tak terhingga. Harus kau yang mengambil aku dulu pergi, bukan dia. Ya, aku silap. Harus aku tahu jua, ini semua perancangan mu ya Allah. Semua ini pasti ada hikmahnya. Senyum, aku harus senyum. Tabah menjalani semua ini. Perjalan hidupku masih panjang jika dipanjangkan umur, masih banyak benda yang harus aku pelajari dalam mengenal erti sebuah kehidupan. Aku sentiasa ingat, kita hanya merancang, tapi tuhan yang tentukannya. Al-fatihah buat arwah abang aku, Ibrahim. Moga ditempatkan di golongan yang baik-baik. Amin.

18 February 2011

Soal Hati ,


Kau perempuan dan aku juga perempuan. Kita sama, kita juga punya jantina yang sama. Apa yang kau rasa, aku juga dapat merasakannya. Aku faham apa isi hati kau. Aku tahu mungkin kau sedang patah hati. Patah hati mungkin kerana oleh seorang lelaki. Dan sememangnya perempuan selalu kecewa disebabkan lelaki. Tapi kekecewaan itulah membawa kepada kebencian dan buat hati bertambah sayang. Itu akan buat perempuan rasa terdesak dan akan buat jiwa bertambah parah. Itu saat yang paling parah. Mungkinlah.

Tidak pernah sekali aku terfikirkan. Tidak pernah sekali terlintas di bayangan ku. Dan tidak pernah aku menyangkakannya. Aku fikir semua yang berlalu ia terus berlalu dengan arus masa yang selalu berjalan. Aku fikir ia terus lupus dan mati di ingatan. Dan aku fikir benda ni takkan pernah datang meminta lagi dan terus berharap.

Di saat aku membaca semua status-status perempuan itu di facebook, aku diam membisu tanpa berkata apa-apa. Hati menjadi sebak, dan hanya mampu menyapu air mata yang mengalir di pipi. Aku marah, aku berasa sungguh marah. Peristiwa dah lama berlalu cuma meninggalkan bayang mengapa perlu diungkit kembali? Mengapa harus dia luahkan semua isi hatinya? Harus dia tahu, apa situasi sekarang ini, tuhan sudah tentukan aku dan lelaki itu buat masa ini, jika tidak berpanjangan, harus aku terima dengan ikhlas kerna aku tahu itu yang tuhan mahukan. Dan harus perempuan itu tahu apa yang tuhan telah suratkan semuanya punya hikmah disebaliknya. Jadi tidak perlu lagi berharap dengan apa yang bukan menjadi milik kita. Mungkinlah.

Tapi kini baru aku sedari, harus aku mengerti perasaan perempuan itu. Harus aku tahu, aku juga pernah melalui detik-detik yang sama sebagaimana sepertinya. Dan harus aku tahu juga, betapa sakitnya jiwa dan raga pabila disaat menempuh situasi itu. Bukan senang bagi seorang perempuan yang lemah untuk menanggung semua penderitaan itu.

Maaf wahai perempuan yang aku tidak tahu apa kesalahan mu. Maaf jika aku tidak bisa menjaga hati dan perasaan mu. Maaf jika aku yang mencuri segala kebahagiaan mu. Maaf dan maaf. Kerna tidak pernah ku meminta semua ini terjadi. Tapi dengan cara kau mungkin buat aku rasa bersalah dengan diri aku. Rasa bersalah yang teramat sangat. Maaf juga mampu aku katakan, aku tidak bisa lagi membohongi diri aku, mungkin aku tak bisa melupakannya kerna aku sudah terlanjur mencintainya. Tanpa dia, tiadalah aku layak bernafas lagi selepas ini. Maaf yang terakhir kali.

Aku tahu, memang mengambil masa yang sekejap untuk menyayangi seseorang, tapi mengambil masa yang lama untuk melupakan seseorang itu. Usah kita rasa ragu, kerna kebahagiaan akan ada dimana-mana. Mungkin sekarang kita mengalami kepahitan, tapi kelak mungkin kita akan merasakan kebahagiaan yang tak terhingga.

17 February 2011

Pergi Tak Kembali .


Waktu berjalan dengan pantasnya. Waktu kini memakan usia. Bumi berputar mengikut paksinya. Siang malam silih berganti. Kalendar sering menukar tarikhnya. Tanpa aku sedari, aku telah menjadi seorang remaja tujuh belas tahun yang hanya punya ilmu cetek di dada. Seorang remaja yang masih mencari diri. Seorang remaja yang masih terkontang-kanting. Dan seorang remaja yang masih terpinga-pinga dengan alam dunia.

Di kamar aku bersendirian, mengintai di luar tingkap, melihat burung-burung berterbangan hinggakan buat aku rasa cemburu Terbang sama-sama, cari makan sama-sama dan semuanya sama-sama. Pernah aku meminta kepada tuhan mengapa aku tidak dilahirkan ke atas muka bumi ini sebagai seekor burung. Mungkin itu menyeronokkan. Tapi harus aku terima dengan ketentuan Ilahi. Harus aku rasa bersyukur.

Pernah sekali aku terfikir, walau haiwan tidak punya otak seperti manusia, tapi haiwan lebih bijak pandai daripada manusia. Haiwan juga tahu erti kasih sayang. Kasih sayang kepada keluarganya. Pengorbanan terhadap keluarganya. Betapa pentingnya sesebuah keakraban sesebuah keluarga. Di sini dapat aku konklusikan, tanpa keluarga di sisi, siapalah kita. Kasih sayang itu harus wujud dalam diri. Biar kita dapat rasa ikatan kasih sayang antara keluarga itu ada. Biar kita tidak rasa dipinggirkan. Biar kita tidak rasa hidup ni kosong.

Harus aku rasa bersyukur punya sebuah keluarga. Kerna masih ada yang lain hidup sebatang kara yang kurang kasih sayang. Harus aku ingat aku masih punya ayah, ibu, abang, kakak walau kadang-kadang aku rasa benda tu semua boleh nampak depan mata, tapi bukan dalam hati. Harus aku tahu, hanya keluarga itu yang aku punya. Dan harus aku berdoa kepada tuhan, agar diberi kebahagiaan dan kesejahteraan kepada keluarga aku.

10 February 2011

Hanya Kerna Dia ,





Dia, memang hanya dia, ku selalu memikirkannya, tak pernah ada habisnya. Benar dia, benar hanya dia, ku selalu menginginkannya. Belaian dari tangannya. Mungkin hanya dia harta yang paling terindah. Ku ingin kau tahu isi hatiku, kau lah yang terakhir dalam hidupku. Tak ada yang lain hanya kamu, tak pernah ada, takkan pernah ada. -Geisha

Aku lihat dia pada pandangan pertama, 250910 disitu bermulanya kisah antara kami, yang menghiasi dunia kelamku, buat ia bersinar dengan penuh warna warna. Ku ingat dia sewaktu bersama yang membuatkan hati aku gundah gulana dengan senyuman serta gelak ketawa sehingga aku tertarik padanya. Aku diam membisu, aku tidak tahu bagaimana bisa aku ucapkan kata terima kasih pada tuhan kerna mempertemukan aku dengan dia. Tidak pernah terlintas di fikiran untuk mengenali dirinya. Tapi aku bersyukur yang teramat kerana bisa mempertemukan dirinya.

Takdir yang menentukan segalanya, 101010 bermulanya segala cerita antara kami, diri aku buat aku rasa terharu kerna aku bisa punyai laki-laki seperti dia, yang bisa terima apa adanya aku. Tanpa aku sedari aku mula jatuh hati padanya sampaikan aku takut untuk kehilangannya. Aku ikhlaskan hati menerima cinta daripadanya. Membuka semua ruang yang ada kepadanya.  Cuba ungkapkan kepadanya apa yang tersirat di hati agar dia tahu apa isi hatiku terhadapnya betapa besar cinta dan sayang ini. Selalu meminta hati ini tak akan pernah berubah atau beralih kepada yang lain. Selagi aku bernyawa, dan selagi itu aku berdoa dan terus meminta agar tiada sumpahan yang tempias pada hubungan kami. Yang aku bisa nyatakan adalah, moga perhubungan ini berakhir di satu titik yang bisa bawa kami ke arah kebahagiaan.

Langkah demi langkah mengikut detik yang berlalu, melalui berbagai saat suka duka tika bersama. Pahit manis semua aku tempuhi. Hari demi hari, sinar sang suria membakar kulit tanpa sakit malahan perit. Tapi itu semua dilitupi oleh pelangi yang bisa membawa cahaya kebahagiaan kepada aku. Walau aku tersungkur, hanya dia yang bisa buat aku bangun kembali mengubati luka di hati. Hanya dia yang mampu hilangkan parut di jiwa.

Walaupun kadang-kadang dia juga pernah buat hati ini terluka, tapi aku ikhlaskan dengan hati. Kerna selalu tetapkan dalam hati bahwa apa yang terjadi adalah ujian daripada tuhan dan pastinya semua itu ada hikmah disebaliknya. Manusia juga tak akan terlepas daripada buat kesalahan kerna tuhan jadikan manusia semuanya tak sempurna. Tapi ada kadang-kadang aku nangiskan diri kerna sudah lemah dan tidak mahu menerima ujian daripada-Nya lagi. Tak pernah sekali aku sesali, kerana sengsara itu mengajar aku bercerita dan duka itu membawa aku bahagia.

Akan aku menjalani liku-liku perhubungan ini walau sepayah mana pun. Kerna aku tahu, hati kecil ini hanya bisa mengisi kasih sayang daripadanya. Berharap ia terus mekar di dalam hati. Dan akan terus berharap perhubungan ini ada kesetiaan dan kejujuran. Terakhir, harap cerita antara kita tidak akan ada habisnya.

You are an angel, making all my dreams come true tonight. All i wanna do is love you.

07 February 2011

Komplikasi Jiwa


Aku masih berjalan di titian masa yang dipenuhi kaca-kaca. Aku masih berjalan dalam suasana kelam tanpa bantuan mana-mana hamba. Aku masih berdiri di luar kemampuan sendiri masih cuba untuk berlari dan aku masih di sini untuk terus mencari siapa diri aku. Tolong ingatkan aku dengan masa lalu, ketika aku tersungkur dan sekaligus cuba untuk bangkit kembali demi melalui liku-liku hidup ini.

Tidak perlu aku menaburkan sesuatu dengan apa yang aku miliki. Bagi yang mengenali diri aku, pasti ada yang berbunyi seperti hamba lain bahawa aku perempuan ganas yang tidak punya hati dan perasaan. Tapi bila difikirkan, aku lah manusia paling lemah yang mudah terasa pabila disakiti. Hati perempuan ini lah yang selalu rapuh pabila dikecewakan. Hati perempuan ini juga lah yang selalu terbelah pabila disisihkan. Diri aku, aku suka lakarkan melalui perkataan, tulisan, lukisan dan contengan. Kerna aku tidak mudah bisa untuk bicarakan apa yang aku rasa pada seseorang.

Andai aku bisa, aku mahu ungkapkan terima kasih pada orang disekeliling aku yang mampu memberi seribu kegembiraan pada aku. Terutama pada lelaki yang telah masuk ke dalam hidup aku sewaktu aku jatuh tersungkur lantas dia mewarnai hidup aku. Andai diberi kekuatan, akan aku jaga hubungan ini sedaya yang termampu. Akan aku paparkan sejuta keceriaan di wajah ku walaupun di dalam hati beribu duri yang menusuk. Aku rela menangis kesayuan sendirian yang tergenang di dalam hati yang kalut ini tanpa menyusahkan orang disekililing aku. Yang pasti, orang-orang yang aku sayang dan kasihi, dapat menjalani hidup dengan gembira.

Aku tak tahu sampai bila aku harus pendamkannya. Aku tak tahu sampai bila aku harus menyuarakannya. Dan aku tak tahu sampai bila aku harus bersabar. Cuma aku terus berdoa dan terus meminta, agar kehidupan aku sekarang terus berjalan dan meniti tanpa berhenti di separuh jalan kerana aku tidak mahu ada penyesalan berlaku di akhir cerita. Aku bersyukur kerana tuhan kurniakan orang-orang disekeliling aku yang bisa buat aku gelak ketawa. Berharap kepada hanya yang satu iaitu tuhan agar bisa lupuskan semua memori hidup aku sebelum ini agar aku terus bisa meniti kehidupan ini. Mengharap ia terus mati dan takkan pernah kembali dalam kehidupan ini lagi.