24 May 2010

Otak Lemah


Makin hari macam otak makin lemah. Tiada ubat atau makanan untuk ubatinya cuma aku hanya perlu jadi makhluk yang lebih rajin dan gagah. Makin membesar makin banyak masalah. Boleh nak stop membesar sampai sini ? Sebab aku tak mahu tambah masalah banyak-banyak dalam otak. Tambahan soalan exam tadi macam nak suruh aku jadi mayat hidup yang terpaksa pakai otak perah semua yang terkandung, malah aku tahu tiada ilmu yang terkandung dalam otak gua. Memang ternyata otak gua sudah lemah dan terpaksa baiki untuk kegunaan kemudian hari. Boleh aku tanya satu soalan ? Ada bengkel yang boleh baiki otak aku dan perbarukan dengan ilmu-ilmu yang berguna supaya aku boleh jadi manusia normal, yang gagah dan berjaya ? Maaflah, bukan aku nak cakap mengarut. Oh sebelum terlupa, malam ni harus pergi rumah Dean, nak jumpa dengan mak dia. Fikir-fikir-fikir, jangan gelabah jangan panik, buat-buat kool depan mak mertua. haha terlebih perasan padahal belum rasmi kahwin, sekolah belum habis, ilmu belum cukup untuk akhirat. Aku tahu aku tak boleh cakap besar kan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.