Pada 26 Mac 1994, saya dilahirkan
dan diberi nama Nur Iwani binti Mohammed. Seorang perempuan pastinya. Bersyukur
kepada Maha Esa, saya dapat melihat dunia dan cahaya tanpa apa-apa pancaroba
juga sekaligus berasa berbangga kerana dapat berpijak di bumi yang nyata ini.
Dapatlah ibubapa, kaum kerabat saya menarik nafas lega. Hospital Besar Kuala
Terengganu atau kini digelar Hospital Sultanah Zahirah ialah tempat saya
dilahirkan. Di sana lah juga tempat saya membesar, kenal budaya dan warna
dunia. Boleh kira saya ini boleh diklasifikasikan sebagai anak jati Kuala
Terengganu, Terengganu. Cerita tentang Terengganu, tiada apa yang besar. Tiada
apa yang megah. Indahnya terletak pada alam semulajadi ciptaan tuhan, keindahan
lapisan masyarakatnya yang pelbagai umpama pelangi. Kini, Bandar Kuala
Terengganu juga dalam pembikinan maju setapak dan telah diiktiraf sebagai
Bandaraya Pesisir Air.
Saya dilahirkan dalam keluarga
yang sederhana. Tidak mewah, dan tidak papa. Betul-betul di tengah. Utamanya,
keluarga saya mempunyai enam anggota keluarga termasuk saya. Dihitung mengikut
hieraki, saya ada ayah, ada ibu, seorang kakak, dua orang abang, dan saya
sebagai anak terakhir melengkapkan koleksi keluarga bahagia. Bercakap tentang pekerjaan, bapa saya hanyalah
seorang anggota polis yang sedang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kuala
Terengganu dan ibu saya hanyalah menjadi suri rumah sepanjang masa yang
sentiasa menjaga makan minum kami sekeluarga. Mereka selama ini menampung hidup
kami empat beradik semenjak kecil. Kembali ke atmosfera pembelajaran, saya
mendapat keputusan yang agak baik sewaktu menduduki peperiksaan UPSR. Tetapi,
dari ujikaji selidik saya selama beberapa tahun saya hidup, lagi lanjut umur,
lagi teruk keputusan saya. Sekarang adalah masanya untuk saya berubah. Masa
untuk serius dalam belajar dan menggunakan masa sebaik-baiknya.
Melanjutkan pembelajaran ke
University College Shahputra selama tiga tahun dalam bidang Seni Lukis dan Seni
Reka (Industri) Program Kerjasama (UITM) di Kuantan, Pahang. Tamparan yang
besar bagi saya kerana tidak pernah berjauhan dengan keluarga saya. Demi masa
depan, saya tidak akan berundur ke belakang walaupun setapak kerana ia adalah
keputusan terakhir saya iaitu pergi ke sana. Jujur kata, saya akan merindui
Terengganu. Semuanya, keluarga, kawan-kawan dan tempat. Bila terserempak dengan
orang, mereka akan bertanya, “ Kenapa ambil kos Art & Design ? Memang minat
atau paksaan ibu bapa ? “ Terkumat-kamit saya menjawabnya. Bagi pendapat saya,
memilih sesuatu kos itu minat adalah penting dalam mengekalkan hati kita tetap
dengan kos itu. Art & Design (Industry) juga mempunyai banyak profesion.
Dalam masa yang sama, mengajar memahami
trend masa terkini disamping dunia makin hari makin maju. Pembangunan semakin
pesat membangun. Jadi biarlah kemajuan negara kita berjalan dengan seiring industri
di Malaysia. Selain itu, saya suka dengan bidang ini dan suka mencari benda
baru dalam hidup.
Selepas habis belajar, kebanyakkan
pelajar akan menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. Cakap bidang
pekerjaan, pelbagai sektor kerja yang ada.
Saya akan cuba mencari kerjaya yang sesuai dengan saya dan sesuai dengan apa
yang saya belajar. Tambahan juga saya dapat kerja sebagai design consultants,
design managers, designers in the marketing dan manufacturing sectors. Rezeki
itu ada dimana-mana tidak kira dimana kita berada, akan ada peluang kerja itu
jika tidak pernah putus asa untuk berusaha. Jika punya kudrat, saya akan
membuktikan bahawa industri bumiputra juga boleh berjaya biar boleh berdiri
sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.
Saya menyimpan setinggi-tinggi
harapan, agar pihak MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) meluluskan permohonan pinjaman
saya selama tiga tahun pengajian saya di University College Shahputra di Kuantan,
Pahang. Saya memilih (MARA) adalah kerana keyakinan saya terhadap MAJLIS AMANAH
RAKYAT dan semoga kerjasama dari pihak (MARA) dapat membantu melancarkan
pengajian saya. Akhir kalam kerjasama dari pihak (MARA) amat saya sanjungi dan
hargai.
Sekian, terima kasih.
-DONE-
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.