31 December 2011
Bangsat
Tuhan. Selamatkan aku daripada pandangan anasir-anasir bangsat yang berkuasa diluar sana. Hindari aku daripada cengkaman mereka. Selamatkan aku hidup di dalam dunia yang kejam ini. Dunia yang penuh kejahilan ini. Dunia yang dipenuhi manusia berhati busuk dan bongkak.
Dengarlah aku. Bangunlah. Sedarlah. Kembalilah kepada Tuhan mu. Pergilah memohon dan meminta. Jangan kau terlalu ego, sombong dan bongkak. Tuhan mu akan murka dengan sikap buruk mu. Kau kata hidup mu selalu di bawah. Dan kau menginginkan berada hidup di tempat paling teratas. Yang kononnya buat kau lupa diri, kau lupa siapa yang telah menciptakan kau. Kau lupa, kau tu jijik, kau hanyalah diperbuat daripada tanah dan akhirnya diutuskan untuk menjadi manusia. Manusia yang ego seperti kau.
Andai tiang kau itu belum cukup lima, bagaimana kau nak hidup di tempat teratas ? Aku bukannya para Ulama' untuk membicarakan soal ini, sebenarnya aku tidak pantas untuk semua ini, tapi sekurang-kurangnya aku tidak bongkak kayak kau. Kau sikitpun tidak mahu sujud dikala senang, bila ditimpa musibah, mula menyalahkan takdir. Dia tidak kejam. Dia tidak zalim. Kau yang kejam. Kau yang zalim. Kau lupa siapa Tuhan mu. Dan walaupun aku tidak kayak malaikat, aku mengaku aku ni jahil juga dalam bab-bab agama, tapi yang pasti aku masih kenal siapa Tuhan aku.
Kau harus mendesak diri kau sendiri. Untuk mencari jalan yang di akhirnya kau takkan menyesal. Aku di sini sedang berlari dari dunia kejahilan ini, sebenarnya aku takut dicelakakan oleh manusia-manusia yang kurang waras akal fikirannya. Semuanya bongkak. Semuanya pentingkan diri sendiri. Termasuk aku. Tapi tidaklah aku mahu mencelakakan orang. Aku terdesak. Aku nak lari. Aku nak manfaatkan masa-masa yang berkualiti. Aku tak mahu dipandang rendah nanti aku dipijak mati. Aku tak mahu mati dengan cara sebegitu. Takutnya aku sebab pahala tak banyak.
30 December 2011
Sejujurnya Kau...
Sejujurnya kau adalah... Sejujurnya kau adalah... Sejujurnya kau adalah seorang pria yang telah diutuskan tuhan untuk aku. Kau lihatlah wajah yang hodoh ini, kau lihatlah wajah yang penuh dengan dosa ini, kau lihatlah wajah yang penuh dengan kecacatan ini. Lantas aku mengangkat tangan tandanya aku ingin menyokong hati aku sendiri yang bahwa hatiku berkata benar, -ia bahagia.
Untuk hari ni, terima kasih sudah habiskan waktumu untuk aku lagi. Terima kasih sudi temankan aku mengambil angin bayu di tepi pantai. Di pantai batu buruk tadi tulah kau buat aku rasa aku beruntung sangat memiliki kau. Dengan ucapan-ucapan bodoh kau tu, kata-kata manja gila kau tu dan juga lawak-lawak merepek kau tu. Kau buat aku tersenyum bodoh. Dan untuk di Tropix's Bistro tadi, makaseh ya udah belanja aku dan maaf ya sebab aku langsung tak hiraukan kau tika aku makan. Lapar bangettttt agaknya.
Untuk hari ini juga dan hari-hari semalam, terima kasih untuk semuanya. Aku sayang kamu bodoh. Terima kasih juga kerna sudi layan kerenah merepek aku. Situasi yang kau selalu berikan, sering mendominasikan aku. Lalu keriangan terpapar di wajah.
Kamu...
" Gue sayang kamu bodoh. Gue sayang kamu. Dan gue sayang kamu. Cuma kamu yang gue punya. Gue janji gue ngak akan kecewakan lo. Makaseh ya udah bahagiain aku. "
26 December 2011
Nawaitu Yang Penting
Bercakap soal nawaitu, ya semualah ada nawaitu masing-masing. Kita sama sekali tidak tahu akan niat masing-masing kecuali tuhan dan melainkan orang itu sendiri yang menceritakan sendiri apa niatnya. Tapi tu pun belum tentu dia berkata benar atau bohong. Seperti yang selalu aku bilang dalam setiap apa yang ditulis sebelum ini, aku adalah seorang perempuan yang senantiasa hidup pada kenangan. Cuma yang bedanya, kenangan itu muncul dalam bentuk yang bukan memedihkan lagi. Ia seakan memori indah yang buat aku selalu senyum. Tapi terkadang perih, perit, seksa itu ada juga memanggil namaku, katanya rindu. Dan aku pergi bersamanya seketika.
Awalnya aku ada pasang niat. Aku niat untuk hidup bukan untuk merana, bukan untuk merasa seksa tapi aku niat untuk hidup adalah untuk mencari sesuatu yang bermakna. Sesuatu yang boleh menyenangkan aku di dunia dan akhirat. Bercakap soal akhirat, aku akui yang sudah pastinya belum cukup bekal pahala untuk aku bawa ke alam lain nanti. Kenapa ? Sebab aku masih berfoya-foya di alam yang aku cipta sendiri. Aku khayal dengan semua. Dengan nikmat dunia. Tapi itu tidak bermakna yang aku ini seorang yang jahil. Aku masih pegang pada prinsip. Niat yang telah aku hajatkan itu akan aku perlahan-lahan tunaikannya. Maksud aku, kalau kau niat nak bahagia, kau akan berhasil untuk dapatkannya. Kalau kau nak merana, merana lah hidup kau. Hidup ni berlandaskan apa yang kita bikin, apa yang kita selalu katakan dan apa yang kita niatkan. Cuma tinggal tuhan saja yang menentukannya.
Tapi pernah juga aku berada dalam keadaan dipresi kerana marah pada kehidupan. Mungkin juga kerana darah budak muda kayak aku ni mendidih, kebencian itu seperti sudah erat dalam jiwa hitam ini. Benci kenapa begini jadinya, dan begitu ? Kenapa hidup ni kadang-kadang susah bangetttt. Persoalannya orang muda biasanya sengaja meletakkan kewarasan di kepala lutut apabila berfikir.
Dan suatu hari, kononnya bila aku dah meningkat dewasa, aku sedar pada peraturan yang mudah, pada setiap ketentuan itu punya jalannya sendiri. Ada yang berliku dan yang lurus atau curang cenuram. Sehingga terkadang takut untuk pandunya. Dan aku tak buta lagi, manusia itu bukannya kayak malaikat, ada juga yang bertopengkan syaitan. Sesetengah manusia yang tak pernah ikhlas bila berbuat sesuatu. Manusia yang niatnya tak pernah betul. Nawaitunya yang selalu menipu kita. Buat kita jadi bodoh. Manusia sebeginilah yang biasanya aku kenal dan pada akhirnya buat aku benci. Sebabnya lahirnya manusia sebeginilah buat hidup kita jatuh merudum. Sehingga kita sendiri tak mampu nak bangun lagi.
Tetapi. Ada tapinya. Terima kasih kerana perasaan dendam, marah atau benci pada manusia yang pernah aku kenal telah disiram air sejuk, kemarahan itu tuhan telah tukar jadi ais yang beku. Dulu memang aku benci dan berdendam dengan orang yang datang untuk buat onar dalam hidup aku. Kejam sungguh. Tapi aku dah biarkan perasaan itu pergi jauh-jauh, hanya anggap ia sebagai salah satu laluan untuk menuju ke pengakhiran umur sambil bertatih perlahan dan senyum untuk orang-orang yang jahat pada aku walaupun pahit. Belajar untuk memberikan bunga kepada setiap perasaan jahat yang pernah hadir dalam jiwa ini. Aku tak mahu benci pada siapa-siapa pun. Tuhan pun tak pernah benci umatnya. Yang pasti, kalau niat baik, baiklah jadinya. Kalau niat jahat, jahatlah jadinya.
24 December 2011
Mesej Untuk Dia,
Orang yang paling bahagia bukanlah mereka yang memiliki hal-hal yang terbaik, sebaliknya mereka ialah orang yang berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidup mereka. Air matanya menunjukkan dia kesepian dan merasa begitu hampa, hatinya kosong dipenuhi cinta dahulunya yang merapuh sehingga mereputkan, tapi dia tetap pergi mendapatkan cinta dia.
" Kesunyian mengeskort aku ke ambang maut. Dan untuk mengelak daripada dibawa ke ambang itu. Aku mulai terbang atas darat lagi. Kali ini, mungkin aku tak akan berhenti. Sebabnya aku terlalu rindukan kau. "
" Kenapa kau datang lagi untuk aku ? Kan dulu aku dah suruh kau pergi jauh dari hidup aku. Aku bukan perempuan yang terbaik untuk kau. "
" Aku dah cuba pergi sejauh yang mungkin. Aku dah cuba lupakan semua tentang kita. Tapi... Macam ada sesuatu yang menghalang aku untuk berbuat sedemikian. Aku tak sanggup. "
" Kau nak apa lagi dari aku ? Tak cukup lagi ke dengan kepahitan yang aku berikan pada kau ? Kau tak sakit ke ? Kau tak rasa terseksa ke ? "
" Aku nak kau balik semula pada aku. Aku perlukan kau. "
" Maksud kau ? Kita jalinkan hubungan macam dulu ? Tapi kenapa ? Penting ke ? "
" Ya, penting. Sebab aku masih sayangkan kau. "
" Aku dah banyak sia-siakan hubungan kita dulu. Kau juga. Dan kita sama-sama tak hargai hubungan cinta kita. Sebabnya dulu kita tak pernah nak fahami apa itu erti cinta. Dan sebabnya kita juga bodoh dulu. "
" Tapi aku tak mahu terus jadi bodoh. Aku tak mahu lagi lemas dalam cinta. Sekarang aku sedar yang aku teramat cintakan kau. Aku kesal. Dulu kau minta aku pergi jauh, dan aku pergi. Tapi sebenarnya aku tak sanggup nak hadapi semua tu. Tanpa kau. "
" Itu semua dah terlambat. Kau datang pada saat ni seolah-olah kau nak hancurkan hubungan yang aku ada sekarang. Padahal kau dah tahu semuanya yang sudah ada seseorang miliki hati aku. Dan mustahil aku akan berbalik lagi pada kau. Aku dah tak sayangkan kau lagi. "
" Aku tahu akan semua tu. Sedikit pun tak pernah terlintas di hati aku untuk hancurkan hubungan cinta kau dan dia. Tapi aku datang aku cuma ingin katakan aku masih mahu kau pulang untuk aku. Aku tersangat rindukan kau. "
" Sudahlah. Kau lupakan semua. Aku mengaku. Walaupun aku sudah kuburkan semua kenangan kita dahulu, masih ada baki-bakinya yang masih belum aku luputkan dari ingatan aku. Yang pasti, aku bukan untuk kau. "
" Puas aku mencari kau. Aku perlukan kau. Aku perlukan kau ! "
" Kau pergilah cari bintang yang betul-betul akan menyinari di sepanjang umurmu. Tuhan sudah mengutuskannya untuk kau. Cuma mungkin ia belum jatuh untuk kau. Mungkin besok, lusa atau hari yang seterusnya. Kau teruslah berdoa, bintang yang sempurna akan sempurnakan hidup kau. Bukan aku. "
" Berapa lama aku harus tunggu ? Sewaktu dulu semasa kau tinggalkan aku yang ini juga kau bicarakan pada aku. Tapi tidak pernah aku lihat bintang yang sudi hadir untuk aku. "
" Mungkin kau kabur. Sudah ada banyak bintang yang ada di depan kau. Cuma kau buntu untuk memilihnya. Kerna kau takut bintang yang kau pilih tu bukan yang sebetulnya. "
" Aku bukan kabur. Aku sudah pilih satu bintang yang aku dapat lihat sungguh terang kilauannya. Kau tahu bintang apa ? Bintang yang selalu ada dalam hati aku. Iaitu kau. "
" Kau silap memilih. Aku tak mampu nak bahagiakan kau. Hubungan kita sudah lama berakhir. Kau kena tahu tu. Jangan kita ungkit masa lalu kita. Itu hanya akan memusnahkan masa depan kita. Kau dan aku. "
" Aku sekarang lemah. Lemah dengan semua. Tanpa cinta kau buat aku lemah. Kau kena tahu tu. "
" Sedarlah. Cinta tidak pernah mengajar kita untuk lemah. Cinta itu harus membuat kita bahagia. Tapi bukan dengan cinta aku. "
" Aku faham semua maksud kau. Aku takkan memaksa kau untuk menyintai aku lagi. Tapi aku nak kau tahu aku bersedia terima kau bila-bila masa di saat kau butuhkan aku. Pintu hati aku selalu terbuka untuk kau. "
" Kau relakanlah dengan semua yang telah terjadi. Tak perlu kau menitiskan derita kerna mengenangkan memoir dahulu. Kau pergilah cari cinta yang lain. Cinta yang betul-betul ikhlas untuk kau. Aku bakal doakan kau. Kau senyumlah untuk merelakan kebahagiaan, kekecewaan, kepedihan, pemergian dan perjanjian. Cinta yang manis suatu hari akan datang. "
" Biarlah. Melihat kau bahagia dengan dia itu sudah cukup buat aku senyum. Moga dia akan jaga kau sebaiknya. Biarlah aku disini meronta kesepian. Aku harap nanti, tidak kiralah kapanpun ia, kau bisa balik lagi ke aku. Aku pinta tuhan pertemukan jodoh aku. Jangan katakan selamat tinggal kalau kita masih bisa ketemu lagi nanti. "
" Kalau kita betul-betul sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi, jangan kau halang dia, andai sudah tersurat dia milik kau, suatu masa nanti dia pasti balik pada kau walau sehebat manapun pengganti yang dia jumpa dan andai kau sayangkan sesuatu benda itu, jangan kau genggam dia terlampau kuat, bimbang ianya pecah di dalam genggaman kau sendiri. Ingatlah pesan aku. Aku selalu doakan kebahagiaan kau. "
Namanya juga kehidupan, gembira dan sedih, menakutkan dan menyenangkan dan kita tidak tahu apa yang akan terjadi kemudian. Jangan biarkan patah hati menjadi bumerag yang akan membuat lidahmu menjadi pahit untuk semua hal-hal manis. Tidak ada yang bisa disalahkan di dalam persaingan cinta, kerna cinta akan memilih siapapun untuk tempat berlabuh.
23 December 2011
Saat Yang Berbaki
Tuhan, boleh Kau hentikan waktu agar aku bisa terus bahagia bersama dengan dia ? Biar kami bisa terus gelak tawa bersama-sama. Dan tuhan boleh kau perlambatkan masa untuk aku ? Bisa tuhan ? Aku mohon. Aku dah tak punya banyak masa lagi untuk bersama dia, masa yang berbaki cuma dalam satu minggu. Lalu dia akan pergi selama tiga bulan. Tiga bulan ? Ya, bukan tiga saat, bukan tiga jam, bukan tiga hari, bukan tiga minggu tapi tiga bulan. Kalau seminggu pun aku dah rasa macam sebulan.
Untuk setiap detik yang aku punya sekarang, aku takkan sia-siakannya. Aku akan isikannya dengan sesuatu yang bermakna. Kalau nanti aku rindu, aku akan lihat gambar-gambar aku bersama dia. Sekeping gambar mampu menyimpan seribu cerita. Sekeping gambar juga mampu membuktikan peristiwa tika itu sama ada ada pahit atau manis. Dan cuma kita yang mampu menggambarkannya gimana situasi tika itu. Supaya kau tahu, aku selalu rindukan kau walaupun hari-hari kau berada di sisi aku.
21 December 2011
Tika Dulu Kita Bergabung .
Terima kasih pelangi hadir untuk aku. Sungguh indah warna-warna kau. Sudah lama ku tunggukan saat ini dan akhirnya aku bisa mendapatkan kau. Setelah sekian lama kita tidak bersua muka, dan sekarang kita masih bisa bertentang mata, gelak tawa dan bergurau senda.
201211 - Tidak ku sangka, seingat aku setahun yang lepas pertemuan akhir kita. Sudah lamanya kita tidak berjumpa. Kita masing-masing membawa haluan sendiri. Kau ke situ dan aku ke sini. Kita semua pergi menuju berlainan arah. Tapi yang pasti kita masih lagi bisa ketemu. Syukur kerna walau jarak antara kita semua jauh dan banyak hal yang menyukarkan untuk kita berjumpa tapi kita semua masih lagi tetap berhubung.
Untuk satu saat tu, kita semua berkumpul lagi walaupun ada yang lain tidak bisa bersama kita. Kita bersalaman, kita berpelukkan dan masing-masing ketawa. Rupa pun berbeza sikit dari yang sebelumnya biasalah makin meningkat dewasa. Kita lepak di satu meja, kita makan sama-sama, kita borak sama-sama. Menceritakan kisah-kisah dulu, mengupas semua zaman sekolah menengah form 1, form2 dan form 3. Banyak hal yang terjadi dulu, kenangan pahit manis semua ada. Lepas tu, kita semua asyik gelak memanjang.
Hal-hal yang dulu telah mendewasakan kita. Telah membuat kita menjadi orang yang benar. Telah menginsafkan kita dari kesilapan dulu yang telah banyak menjahilkan kita. Tapi disebalik semua tu, tuhan telah menunjukkan kita menuju ke jalan yang sebetulnya. Agar kita tidak menjadi orang yang buta dengan nikmat tuhan.
Untuk detik-detik yang seterusnya, aku harap kita bisa berkumpul bersama-sama lagi. InsyaAllah, selagi tuhan memberkati hubungan baik kita semua, kita akan terus jadi sahabat buat selamanya. Aku akan rindu kamu semua dan saat-saat kita bersama dulu.
17 December 2011
Senyum Penuh Ghairah.
Dengan segala apa yang terjadi, aku lagi sedang menari-nari di bawah hujan yang turun membasahi bumi sambil tersenyum ghairah. Menari bersamanya, memegang erat tangannya dan membuat pusingan tujuh kali. Memang dunia benar-benar berputar. Hujan rahmat jangan kamu berhenti turun, aku tidak puas bermain-main denganmu. Jangan kamu berasa pelik dan takut kerna melihat senyumanku yang paling ghairah ini, kerna ia sungguh bermakna. Banyak rahsia disebalik senyuman ghairah ini. Cuma aku yang merasakan keghairahan ini.
Keghairahan yang diberikan olehnya. Kaku rasanya hati. Semuanya menjadi kaku. Aku mahu sebut aku sayang... Aku... Aku sayang... Dan lantas kau sahut aku sayang kau juga... Sepertinya kau memahami apa yang cuba aku tafsirkan pada kau. Ya, aku sayang kau. Kau buat aku ghairah dengan cara kau terhadap aku. Ghairah dengan cinta kau. Cinta kau tu buat sekujur badanku menjadi beku.
Di dalam hati semuanya sedang berentak mengikut irama yang kau cuba dendangkan untuk aku. Asyiknya, merdunya, lunaknya, indahnya. Gelombang-gelombang suara kau mengalir menusuk ke jantungku lantas berdetak laju jantungku sepertinya makin bergelora rasa cinta ini. Mendengar semua alunan yang cuba kau mainkan, kita lagi sedang asyik berdansa di bawah bulan dan bintang dan tiba-tiba kita terlihat ada sesuatu pelik di atas langit sana. Tak sangka, ternyata ada tahi bintang muncul lantas cepat-cepat kita pinta sesuatu. Aku tanya kau, kau niat apa dan kau jawab, " Aku harap kau akan setia mencintai aku sampai akhirnya dan tuhan bakal menjodohkan kita berdua. " Terus kau menanyakan apa yang aku niatkan dan aku berkata, " Tuhan, dia lah segala rasa bagi aku, pahit dan manis. Moga dia mencintai aku seperti sungai yang mengalir tanpa hentinya yang pernah dia sampaikan ke aku. Kuatkan jodoh kami tuhan. " Kita sama-sama senyum. Melihat lagi ke langit sana, sungguh banyak bintang kelihatan, tahi bintang itu sudah berlalu pergi dan moga tuhan mendengar doa-doa kita.
08 December 2011
Dulu Memang Celaka Tapi Rindu .
Walau sepalat manapun kehidupan aku dulu, tapi boleh undurkan masa untuk aku bermain dengan saat-saat dulu walau hanya sebentar ? Bisa tuhan ? Aku rindu. Aku ramai kawan. Lelaki, perempuan, bapuk, pengkid, semua tu kawan aku. Aku kawan dengan semua orang. Kalau ada yang bawak mulut sebab aku berkawan dengan orang-orang yang tak sepatutnya, aku cuma tutup telinga. Apa mereka kesah ? Itu masalah aku nak berkawan dengan sesiapapun.
Biasanya dulu aku akan habiskan waktu-waktu aku dengan kawan-kawan. Tak kiralah dekat celah-celah lubang manapun, akan dijadikan tempat bahan percakapan. Seronok. Aku nak berkawan dengan sesiapa, nak berkepit dengan sesiapa nak buat apa-apa, okay memang takkan ada sesiapa yang kesah. Cuma ada sesetengah pihak yang kurang senang dengan aku. Biasalah, masyarakat Melayu kita, mata bukan main liar ke sana ke sini, mulut kepoh satu dunia agaknya semua boleh dengar.
Tapi itu semua dulu. Life aku yang dulu bukan sekarang. Dan mungkin aku takkan kembali kepada kehidupan yang dulu walaupun kadang-kadang aku rindukan semua tentang dulu-dulu. Sebab sekarang ni ada seseorang yang betul-betul peduli akan aku. Seseorang yang buat aku takut untuk lakukan sesuatu hal walaupun kadang-kadang aku terlanjur melakukannya. Sesuatu perkara yang berlaku kadang-kadang bagi aku tiada silapnya, tapi salah dimata orang. Biasalah, pendapat masing-masing.
" Kau sayang aku ? " katanya.
" Wajarlah aku sayang kau. "
" Kalau kau sayang aku, kalau kau mahu terus hidup dengan aku, kau kena ikut cara aku. Kalau kau lebih suka dengan cara hidup kau yang dulu-dulu, just go on. "
" Tak. Aku tak perlu kehidupan yang dulu. "
" Aku beri kau masa. Kau pilih sama ada kehidupan kau yang dulu atau kehidupan kau dan aku. Macam sekarang. "
" Aku cuma nak kehidupan yang sekarang. "
" Kalau tu yang kau pilih. Kau kena tahu apa yang aku suka lihat dan apa yang aku tak suka lihat. Kau sendiri tahu yang aku orangnya kuat cemburu. Kalau aku kata jangan contact mana-mana lelaki tanpa pengetahuan aku, jangan lakukannya. Jadi semua tu kau dah boleh fikirkannya. "
" Err, maafkan aku. Aku tahu akan semua tu. Aku janji takkan lukakan kau lagi. "
" Mungkin kau pernah mintak aku kongkong hidup kau, dan ya sekarang aku kongkong semuanya. "
Kini aku sedari, di dunia yang penuh kejahilan ini aku berdiri, menjadi seorang pelakon, dan aku mengupah kau untuk menjadi pelakon bersama aku. Untuk membantu aku agar lakonan aku nampak baik. Kau mengajar aku supaya tidak menjadi iblis sebelum dibuang ke syurga. Memang dari dulu berat bagi aku untuk meninggalkan semua yang aku ada, yang paling penting kawan aku. Tapi aku terpaksa. Demi kau.
Aku tidak gah. Tapi sewajarnya aku cakap aku profesional. Tanpa ada skrip yang tersedia, aku bisa berlakon. Dunia ini mempunyai pentas yang sangat besar untuk aku beraksi. Sekarang, inilah sketsa kehidupan aku, sudah aku masuk dalam plot yang menarik, menuju ke klimaksnya, realitasnya, kau dan aku watak utama. Dan jalan cerita ini, aku perlu belajar lagi untuk menerima cara kehidupan kau. Cara kehidupan yang kau berikan untuk aku.
Jangan anggap manusia yang dicipta dari tanah liat kononnya kotor tidak bisa menjadi suci. Tingkah laku yang baik, nawaitu yang baik, sifat yang baik itu yang menjadikan manusia suci. Bersih dari segalanya. Tolong jauhkan aku dari mata-mata yang liar. Jauhkan aku dari buruk sangka sesama manusia. Dan kita bisa mengerti buruk baik diri ini.
05 December 2011
Satu Hari ,
Lihat kami Tuhan. Dengarkan bisikan kecil kami. Berikan kami nyali untuk meneruskannya.
" Jom kahwin. "
" Kahwin apa ? Kalau soal kahwin aku tak nak buat main-main. Jadi jangan bergurau macam ni. "
" Aku tak pernah main-main. Aku serius dengan semua percakapan aku. "
" Jangan nak perli aku sangatlah. Boleh tak sayang ? "
" Kau nampak muka aku tengah perli ke sekarang ? "
" Macam mana aku nak nampak ? Bukan aku di depan kau sekarang. "
" So jom kahwin. Kahwin lari. "
" Aku tak nak. "
" Kenapa ? Kau tak nak kahwin dengan aku ? Kau tak sayang aku lagi ? "
" Bukan. Aku dah terlebih sayangkan kau. Tapi bukan sekarang untuk kita kahwin. "
" Tapi bila ? "
" Tunggulah. Satu saat nanti. Kita akan bersama nanti. Selamanya. Berdua. "
" Tapi... Aku takut akan suatu hari nanti. Aku takut aku kehilangan kau. Selamanya. "
" Kau lupa ? Satu malam tu kau suruh aku janjikan suatu perkara dengan kau. Kau suruh aku janji yang aku kena kahwin dengan kau. Cuma dengan kau. Bukan orang lain. Dan ya, malam tu kita mengikat janji depan khalayak ramai. Dan juga aku takkan pernah lupakan janji aku walau sepalat manapun kehidupan aku nanti. "
" Aku ingat. Mungkin sekarang kau masih pegang janji-janji kau. Tapi suatu hari nanti ? "
" Kau kena tahu satu benda. Tuhan itu tidak kejam. Jadi dia telah menyusun segala cerita dengan baiknya. Walaupun kita tak berdua selamanya, walau kita tidak berjaya untuk mendapatkan apa yang kita impikan selama ini, yang pasti kita telah berhasil mendapatkan dan menyimpan segala memori antara kita. Sebuah cerita yang tersimpan. "
" Ya... Aku percaya. Aku nak kau tahu satu benda. Contohnya kalau takdir yang menentukan suatu hari nanti kita berpisah jua, tidak kiralah kapanpun, dan jodoh kita masih kuat, aku akan datang jua untuk kau, sewaktu tu aku datang semasa aku sudah sukses dengan kehidupan aku. Yang pasti, aku boleh sara kehidupan kau dan aku iaitu kita sampai akhir nafas. Aku nak kau pegang kata-kata aku. Selagi nota ini tiada titiknya, aku tidak akan pernah berputus asa. "
" Amin. Aku akan doakan semua itu kalau memang semuanya sudah direncanakan-Nya. "
" Sayang, kalau ada seseorang yang mencelakakan hidupnya aku, kau akan datang bantu aku ? "
" Untuk apa pertanyaan itu ? Kau lupa kata-kata aku ? Selagi aku masih ada, selagi hayatku dikandung badan, aku akan pastikan tiada siapapun yang bisa mencalarkan kau. Aku akan jaga kau sebaik mungkin. Sebabnya aku sayang akan kau. Aku cinta kau Arang. "
" Terima kasih sayang. Aku sayang kau juga. Dan aku cinta kau juga Pelat. Selamanya. Amin. Dengan kehendak-Nya. "
04 December 2011
Aku tunggu di Timur .
" Aku sayang kamu seperti obat dan penyakit, seperti burung dan nyanyiannya "
Agaknya hujan yang akan datang lagi. Panas hanya sebentar. Semakin lama semakin gawat lalu mengubah nama dari Hujan kepada Taufan dan akhirnya memusnahkan semua kemudahan di sekeliling manusia. Aku lagi sedang merapu. Sebenarnya semua tak tentu arah, bila kau tak ada di sini nanti. Sepertinya aku harus berada terus dengan kau tak kiralah tengah buang air besar ke tengah korek hidung ke tak pun tengah mandi. Mengarut sangatlah tu.
Seramnya aku bila ombak yang tinggi menunggu masa membaham seluruh jiwa aku dan bakal mendajalkan diri menyimpan seluruh rindu-rindu aku. Kenapa ? Kerana sebentar lagi dia akan pergi. Kemana ? Ke suatu tempat. Berapa lama ? Tiga bulan. Untuk ? Mendisiplinkan diri dari syaitan ke malaikat. Terus ? Aku tidak menghalang. Tapi hati berat untuk merelakannya pergi. Tempatnya jauh ? Di bulan ? Bukan. Hanya di bumi.
Bukan tiga hari, tapi tiga bulan. Aku kena tunggu sembilan puluh hari. Kalau dia pergi, aku kena berasmara dengan airmata. Sebab nanti rindu tu... Ya tuhan tak boleh nak bilang dengan jari. Itu tak syok. Aku cuma syok berasmara dengan dia. Kalau dia tiada dipangkuanku, siapa nak jaga aku. Kau percaya cinta dia ? Percaya. Cinta dia yang akan jaga kau sebaik mungkin. Kau sayang dia ? Sayang tak terkira. Kau nak tunggu dia atau kau nak orang lain ? Aku nak dia. Kau percaya tuhan ? Mestilah, tuhan mana pernah menipu. Kau tahu tak tuhan akan pertahankan kau berdua kalau selagi Dia restui ? Ya, aku tahu akan semua itu.
Realitasnya, apa sahaja yang akan terjadi, jadilah. Asalkan kita berdua tahu yang pada satu saat itu, kita telah menjajah dunia. Dunia yang pernah menjadi milik kita. Dan selamanya, dan kuasa kita, dan selamanya kuasa itu ada, kita sahaja. Dan ucapan malam itu, aku masih ingat kau berkata padaku, ' S kuasa tiga - Saya Sayang Sayang. ' Walau kau terbang ke barat, aku di timur akan tetap pegang S kuasa tiga kau tu.
Sebelum aku melabuhkan mata yang hampir terlelap ni, untuk parents aku yang paling aku sayang, yang tak pernah berhenti melayan kerenah merepek aku, terima kasih kerna sentiasa kecapi semua mimpi-mimpi indah aku jadi kenyataan. Dan untuk buku ' Bogel Menuju Tuhan ' tunggu aku akan datang sambut kau dengan penuh rasa berbangga kerna akhirnya bisa memiliki kau. Terima kasih Zahiril Adzim penuhi hasratku yang ku cari selama ni dan sudah ku temui.
01 December 2011
Back To December.
Untuk tahun dua kosong satu satu ini, yang pasti aku jumpa lagi Disember. Disember yang aku rindukan. Disember yang pernah aku gelak bersama-sama tahun lepas. Disember yang tersimpan banyak memori tahun lepas. Dan untuk tahun ini, aku harap Disember kali ini sama wataknya macam Disember yang lepas-lepas. Aku juga harap Disember kali ni lebih baik dari Disember yang lepas. Hai bulan yang bernama Disember, aku harap semua yang berlaku dan saat-saat yang akan menjelma semuanya indah. Kayak biasanya.
28 November 2011
#SoMalaysian
Jangan salahkan Khairul Fahmi dan Shida Hasmi.
" Jangan salahkan Khairul Fahmi atau apek atas kekalahan skuad Olimpik di tangan Bahrain. "
" Jangan salahkan Khairul Fahmi atau apek atas kekalahan skuad Olimpik di tangan Bahrain. "
Trend Malaysia nowadays, bila someone asyik sibuk talking pasal ni pasal tu, satu Malaysia cakap pasal tu. Pergi sana pergi sini, benda sama jee mereka bahaskan topik. Seriously. Tak perlulah nak keluarkan duit poket semata-mata nak beli akhbar untuk dapatkan berita or isu semasa. Mulut orang dah cukup untuk jadi pemberita untuk setiap saat.
Macam semalam, perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Bahrain di Stadium Putra Bukit Jalil. Stadium tu dah memang sah dipenuhi penyokong-penyokong from Malaysia. Di laman sosial kecoh pasal bola. Buka home facebook, mostly pasal bola. Masing-masing update status, dua minit sekali semua pasal bola. -First status, " Malaysia goal ! Aku bangga dohh jadi rakyat Malaysia. Thanks Nazmi Faiz dah sumbatkan goal. Love you. " -Second status, " Malaysia memang ada harapan nak menang. Balik kampung lah Bahrain. Go Harimau Muda ! " Okay tu cerita facebook.
Twitter pun mengalami situasi yang sama. Timeline sentiasa hangat. Hangat dengan bola. Aku rasa tak perlu sangat lah nak on kan tv semata-mata nak tengok live perlawanan bola sepak. Kau duduk depan skrin laptop, kau tengok timeline twitter, masing-masing tweet pasal bola. Aku pun jadi naik bosan membacanya. Mostly orang tweet, " Kecik-kecik, cili padi. tapi berapi. Memang power Nazmi Faiz masukkan goal. Lepas ni confirm dapat straight A's in SPM. " Okay then ada lagi, - " Untunglah kalau aku jadi awek Nazmi Faiz. Untunglah Nadia yang sekarang ni jadi awek Nazmi. Makin popular dia lepas ni. " Sebenarnya si lelaki tak kecoh sangat pasal Nazmi Faiz ni. Mostly si perempuan yang menggedik sangat. Seriously aku cakap, aku tak kenal pun siapa Nazmi Faiz. Then bila semua kecoh pasal dia, aku jadi kenal. Girls semua cakap - " Handsome gilerrrrr Nazmi Faiz ! Start harini aku nak minat dia. Dia memang powerrr ! " Semua default facebook pun dah terpampang muka Nazmi Faiz. Sekarang musim Nazmi Faiz. Kalau dulu Khairul Fahmi. Trend.
Okay then satu kes timbul. Malaysia begitu selesa bila mendahului team Bahrain 2-0. Tapi lastly benar ramai yang tidak boleh terima hakikat bahawa Harimau Muda kalah kepada pasukan yang bermain 10 orang dan kita kalah hasil tiga jaringan Bahrain dalam masa 5 minit. Fakta, bola itu bulat. Diawalnya Malaysia sudah menganggap kemenangan dan terlalu berharap hingga akhirnya kekalahan yang kita dapat. Jangan cepat leka dan jangan cepat rasa selesa. Itulah permainan bola sepak dan terimalah hakikat.
Jangan salahkan Khairul Fahmi atau dikenali sebagai apek atas kekalahan skuad Olimpik kita di tangan Bahrain. Bila kalah, mulut rakyat Malaysia semua bising. Semua nak salahkan Khairul Fahmi konon tak pandai nak kawal bola. Adat orang kita, bila memang puji bagai nak rak. Bila kalah, kecewa bagai nak rak lepas tu kutuk sana sini. Kecoh satu kampung facebook dan timeline twitter. Semua bengang atas kekalahan Harimau Muda. Masing-masing nak fakk segala bagai dekat pemain kita. Aku rasa cuba kau-kau semua yang letakkan kaki atas padang tu then cuba sepak bola or tangkap bola, agak-agak hebat ke tidak ? Cuba sampai power tengok agak-agak letih ke tidak ? Berpeluh ke tidak ?
Apek sudah bermain dengan cemerlang malam semalam tetapi apakan daya bermain bola itu bukan bergantung kepada seorang pemain, tetapi melibatkan satu pasukan. Yang pasti, Harimau Muda dah buat yang terbaik untuk mendapat kemenangan. Dan yang penting Apek juga perlu belajar dari kekalahan malam semalam bahawa dia tidak boleh leka dan tidak boleh rasa selesa dengan populariti, kemewahan dan kesenangan yang dia perolehi sekarang. Dengan kelalaian Apek dan juga para pemain bola kita yang kini semakin digilai oleh ramai gadis, mereka akan rosak dan kerjayanya sebagai pemain bola sepak tidak sampai ke atas.
Nazmi Faiz, Khairul Fahmi dan pemain bola sepak yang lain-lain kini namanya disebut-sebut. Digilai ramai gadis-gadis. Bila ada rupa sikit, semuanya pandang tinggi. Mereka semua adalah aset negara yang kini sedang dibentuk untuk membangkitkan semula nama Malaysia di persada bola sepak Asia. Kekalahan malam semalam adalah pengajaran untuk Malaysia bukan saja dalam permainan bola sepak bahkan juga dalam perkara-perkara yang lain. Jangan mudah riak, bangga dan cuai. Kerna takut akhirnya kita sendiri yang bakalan kecewa.
27 November 2011
Gelak Tawa Angin .
Aku bersandar di dinding, di atas katil sambil aku menekan keyboard. Dan fikiranku melayang entah kemana. Yang pasti aku tengah meroyan untuk dapatkan hidup yang sempurna kelak. Konon macam fantasi.
Ku impikan sedang berbaring di atas tanah lapang, berada di bawah cahaya rembulan, oh terangnya dunia menghiasi dunia malamku. Mendengar gelak tawa angin malam buat aku lena. Aku lena di atas riba kau. Sambil kau mengusap kepala aku, terasa kelembutan tanganmu.
Aku terjaga dari lena. Aku buka mataku. Aku tertanya-tanya, kenapa ku rasa makin cerah dari semalam ? Oh ternyata matahari sudah tegak naik. Pancaran matahari menusuk kemata ku dan lantas ia senyum kepadaku. Kacak sungguh kelihatannya. Dan aku merasakan aku masih berbaring di atas riba kau. Ternyata kau masih ada temani tidurku. Kau kucup dahiku. Rasanya aku mahu terus lena di atas dakapanmu.
Ahhh, aku merasakan begitu hangat sekali. Padahal seluruh tubuhku sudah membeku dek kerana hujan di luar sana. Degupan jantungku seperti leopard yang sedang berlari. Oh pantasnya tidak sempat ku mengejarnya, berpeluh aku sampai buat aku penat. Perasaan apakah ini ? Lain sungguh rasanya. Suara kecil datang berbisik padaku. Rupanya rasa cinta yang ada dalam jiwa ini makin hangat.
Udara semakin kuat membelai jiwa. Jangan suruh aku bangun, tegas aku membatah kata-kata kau. Kerna aku mahu terus berada dengan kau. Masanya untuk kita bercanda. Bersuka ria, gelak ketawa, merakam segala memori. Dan di sini, cuma ada kita.
26 November 2011
When The Sun Goes Down .
25 November 2011
Memori Takkan Terpadam.
Untuk satu kenangan yang lepas, masih lagi kekal abadi di dalam hati. Untuk memori yang dulu, masih lagi mekar di dalam ingatan. Walau semua kenangan dan memori yang terlakar, walau tidak dapatku kembali ke dalam kenangan itu, yang pasti aku dan kamu, kita pernah mewarnai kenangan itu. Dan sekarang kita sedang melakar satu corak dan kita sedang mewarnainya dan kita sedang menunggu dan sentiasa menunggu apa hasilnya nanti kelak. Berharap satu corak yang diwarnai itu terhasil dengan pelbagai tona warna seperti mana sesebuah perhubungan yang cukup-cukup indah. Warna-warna yang digunakan itu bukan warna-warna yang biasa, tapi yang gah. Biar ia tidak mudah pudar dan luntur warnanya sama seperti sesebuah perhubungan itu. Agar sayang dan cinta itu tidak hilang. Biar ia terus kekal di dalam hati.
-Selamat satu tahun dua bulan perkenalan fs.
23 November 2011
Ia masih dan masih lagi .
" Untuk saat ini kalau ada yang tanya sama aku, cita-cita kamu apa ? Aku bakalan jawab, aku mahu aku bisa hidup dengan dia. "
Detik ini, aku masih dapat merasakan pegang erat tanganmu. Saat ini, aku masih lagi bisa lihat renungan matamu yang membawa seribu erti. Indahnya dunia pabila hari-hari siang dan malamku masih lagi ditemani oleh kamu. Mimpi indah yang muncul dalam mimpiku, suatu detik nanti ia akan terpancul juga di depanku.
Senyuman itu, lirikan manja itu, bau itu, rasa itu, segalanya indah bila ia bergabung menjadi satu. Dan kata-kata manja itu buat aku senyum meleret berbatu-batu. Dan yang pasti itu semua ada pada kamu. Aku tak perlu mengharap apa-apa dari tersiratnya suara manusia. Aku juga tak perlu siapa-siapa untuk dijadikan peneman. Aku juga tak butuh segala janji. Apa yang ada sekarang, cukup, sudah cukup semuanya. Kerna aku tahu disetiap kali aku bangun, buka kedua-dua mataku, ternyata kamu sentiasa ada.
Sambil menatap wajah kamu, jarimu diletakkan dibibirku, aku merenung dalam ke matamu, sucinya lirikan matamu, lantas aku ucap sepatah kata, ' Aku cuma sayang kamu fs. ' Dan kamu menjawabnya, ' Aku juga sayang kamu. ' Aku berkata lagi, ' Kamu masih butuh aku ? ' Kamu jawab lagi, ' Masih. Tak pernah hilang sayang ini. Dan selalu butuh kamu. ' Aku sentiasa punya alasan yang kukuh kerna apa aku tersenyum sendirian. Mungkin doa harianku selepas solat akan semakin panjang kerna aku mengharap sesuatu pada tuhan dan yang pasti, iya cinta itu bukanlah rahasia. Tapi sesuatu yang harus diungkapkan. -Aku sayang kamu bodoh.
Senyuman itu, lirikan manja itu, bau itu, rasa itu, segalanya indah bila ia bergabung menjadi satu. Dan kata-kata manja itu buat aku senyum meleret berbatu-batu. Dan yang pasti itu semua ada pada kamu. Aku tak perlu mengharap apa-apa dari tersiratnya suara manusia. Aku juga tak perlu siapa-siapa untuk dijadikan peneman. Aku juga tak butuh segala janji. Apa yang ada sekarang, cukup, sudah cukup semuanya. Kerna aku tahu disetiap kali aku bangun, buka kedua-dua mataku, ternyata kamu sentiasa ada.
Sambil menatap wajah kamu, jarimu diletakkan dibibirku, aku merenung dalam ke matamu, sucinya lirikan matamu, lantas aku ucap sepatah kata, ' Aku cuma sayang kamu fs. ' Dan kamu menjawabnya, ' Aku juga sayang kamu. ' Aku berkata lagi, ' Kamu masih butuh aku ? ' Kamu jawab lagi, ' Masih. Tak pernah hilang sayang ini. Dan selalu butuh kamu. ' Aku sentiasa punya alasan yang kukuh kerna apa aku tersenyum sendirian. Mungkin doa harianku selepas solat akan semakin panjang kerna aku mengharap sesuatu pada tuhan dan yang pasti, iya cinta itu bukanlah rahasia. Tapi sesuatu yang harus diungkapkan. -Aku sayang kamu bodoh.
12 November 2011
Good Luck To All SPM Candidates 2011
Here, I just want to seek for forgiveness and sorry for all my wrongdoings. Please pray for SPM candidates 2011. May Allah bless you all. Untuk satu bulan ni, mungkin perlu korbankan semua apa yang ada. Buku-buku dan segala ilmu-ilmu yang ada akan jadi peneman untuk setiap saat.
Cikgu-cikgu yang sudah banyak curahkan ilmu kepada aku dan juga kepada pelajar-pelajar yang lain, mohon diikhlaskan. Maafkan aku untuk segala gurau kasar dan gurau lembut. Kalau ada hati terguris, mohon seribu keampunan. Tolong halalkan semuanya. Untuk orang tua yang tersayang, terima kasih juga untuk segala dorongan. Kawan-kawan, terima kasih juga untuk semuanya. Lastly, do the best for SPM !
09 November 2011
Masih Lagi Mencari.
" Ini salah satu lagu memberi ilham kepada saya time menulis novel. Usually saya follow orang-orang berpuitis macam Alexander Graham Bell, Rohaty Majzub dan banyak lagi. Saya cuba tunjukkan perasaan saya melalui lagu dan juga tulisan. Tapi terkadang tak semua memahaminya. Penulisan saya seolah-olah berpesan. Penulisan awak berkaitan apa yang ada di dalam lubuk hati dan halaman jiwa. " -Adam Harith
" Saat kita mengatakan atau menuliskan sesuatu dari hati, hanya hatilah yang mampu membaca apa yang tak terbaca oleh kasat mata. Terima kasih dan sukses ya Adam Harith untuk saat yang akan tiba. Moga hasrat kamu tercapai kelak. Amin. Walau kamu tak mampu jadi sehebat seperti di luar sana, percayalah kamu punya segala kebolehan yang telah tuhan kurniakan. Yang jelas, penulisan kamu hebat. "
06 November 2011
Tuhan Yang Mengutuskan Cinta.
"Tentang cinta, tergantung bagaimana kita memahaminya. Cara untuk mengenal cinta yaitu dengan cara merasakannya sendiri."
Angin lembut menyapa tubuhku, sejuknya rasa menggigil seluruh badanku. Terasa mulia sungguh suasana hari ini. Aku menjengah di luar tingkap sana, melihat asyiknya burung-burung berkicauan dek kerana cuaca yang seakan-akan redup. Asyiknya kalau lena bertemankan bantal dan selimut, dibuai mimpi yang indah bak seperti di dalam satu dunia yang cukup indah seperti fantasi. Akan ku terus lena sepanjang umurku.
Indahnya hari semalam, cahaya terang bulan menghiasi dunia malam yang ditemani bintang yang sentiasa berkedipan. Satu per satu aku melastik bintang, banyaknya tidak terkira, tidak semua boleh aku petik dan ambil. Ada satu bintang itu, tiba-tiba jatuh ke tanganku, tanpa aku duga kehadirannya lantas cepat-cepat aku menyambutnya dengan dua telapak tanganku kerna takut jatuh di bumi tercalar badannya sudah tidak berkilau lagi. Mujurlah, sempat aku menyambutnya, indah sungguh bintang itu, berkelipan di tanganku. Alangkah beruntungnya kalau selamanya dia terus ada untuk aku. Hairan sungguh aku, penasaran jadinya, mengapa bintang ini yang jatuh, mengapa mesti bukan yang lain ? Mengapa bukan semua jatuh untukku ? Terdengar sayu rasanya, seperti ada suara kecil yang berbisik di telingaku, " Wahai makhluk Allah yang bergelar manusia, izinkan aku untuk bersamamu, sesungguhnya Allah telah menurunkan aku untuk kamu. Peliharalah dan sayangilah aku seadanya. Kalau nanti aku sudah tidak berkilauan seperti saat ini, kamu lah yang akan menyinari aku. " Jelas pandanganku ke udara, terjawab persoalanku. Mungkin dalam beribu bintang yang ada, kamu dipilih tuhan dan dijadikan untuk aku. Lalu terlakar sebuah wajah di langit biru, seorang insan yang menemani hari-hariku, teringat akan soalan aku semalam, suaramu masih berbisik di telinga aku.
" Kenapa tuhan pertemukan kita berdua ? Kenapa aku dan kamu harus berkenalan ? "
" Kita berkenalan ada sebabnya. Sebabnya kita berkawan, kita berkawan pun ada sebab, sebabnya kita bercinta sekarang, kita bercinta ada sebab, sebabnya kita belum ketahuinya. "
" Kenapa kita tidak tahu kenapa kita bercinta ? Untuk apa bercinta kalau kita sendiri tidak tahu sebabnya ? "
" Kita bercinta, tapi mesti ada sebab. Sebab yang telah tertulis oleh tuhan yang belum kita ketahui. "
" Apa yang tertulis ? Bukan bercinta sebab kita masing-masing punya hati ? Bukan ke kita menjanjikan hidup bersama ? "
" Kita bercinta mesti ada ketentuan Ilahi yang telah dituliskan. Tapi semuanya ada sebab-sebabnya kan ? Kita berkenalan tapi kita tidak pernah menyangka yang kita boleh bercinta. Memang kita bercinta kerna mahukan hidup bersama, tapi kita tidak tahu takdir yang telah tertulis. Itu semua rahsia tuhan. "
" Aku tahu. Apa yang direncanakan tuhan, itu semua rahsia tuhan. Kita bercinta, kita bersama, tapi mungkin jua kita terpisah nanti. Dan kalau tuhan menetapkan kita bersama, kita akan bersatu kembali. "
Hilang sudah bayanganku. Wajahmu yang terlakar indah dimataku, kamu buat aku rindu. Semalam aku melihat bulan, teringat lagi ia melihat aku di bawah sini, senyumannya, manis tak terkata bak senyumanmu yang terukir di bibir mu. Sambil bulan itu melemparkan ciuman dan ucapan selamat malam untuk aku seperti kamu yang selalu buat untuk aku yang selalu diiringi dengan satu baris kata yang sudah cukup buat tidur malam ku lena dihiasi dengan mimpi indah. -Aku sayang dan selalu cinta kamu. Aku juga sayang kamu FS.
"Cinta nggak bisa ditebak, cinta bisa datang dan pergi kapanpun."
Happy Eidul Adha.
Salam Aidil Adha to all muslim. Semoga ALLAH melimpahkan cinta Nabi Ibrahim AS kepada ALLAH ke dalam diri kita sampai akhir hayat kita. Moga jemaah-jemaah haji selamat menunaikan hajinya. Amin.
04 November 2011
Tuhan, Jagakan Dia Untuk Aku.
" Ini adalah senaskhah kesedihan yang aku kirimkan melalui jiwaku yang penuh dukacita kepada sebuah jiwa yang lain. Sesungguhnya kau telah berhasil menghancurkan belengguku. Sudah bertahun malamku berlalu dengan meungguli Maha Pencipta di dalam persembunyianku yang ditemani oleh keangkuhan dunia. Kau seperti mahkota yang dibuat untukku tapi menghiasi insan lain. Saat dulu kau adalah syurga. Aku yakini dulu. Namun aku tidak menemukan kunci untuk membuka gerbangnya. Kau ibarat seperti pencuri yang sedang bergembira atas apa yang dicuri. Kau mencuri segala jiwa dan cinta yang ada. Kau butakan matamu seolah-olah aku tidak pernah membayangi matamu. " Hati perempuan itu berbisik kecil.
" Kau nak tahu suatu benda ? Tika aku dibangku sekolah rendah. Cerita zaman kanak-kanak. Masih aku bawa sampai kini. Memang payah aku nak lupakan memori itu. "
" Oh apa ? Ceritakan saja, aku sedia mendengarnya. "
" Jangan ketawakan aku tika aku ceritakan semua. Buat aku malu dengan peristiwa dulu. Kau tahu, sewaktu aku di zaman sekolah rendah, aku dah punya 'secret admirer'. Setiap gerak geri dia, aku jejaki. Semua pasal hidup dia, aku selongkar. Aku cuba cari tahu dengan semua orang yang tahu serba sedikit pasal dia. Memang gila saat tu. Semua benda yang terlekat di badan dia, aku perhatikan. Contohnya, dia pakai beg sekolah warna oren, lepas tu aku akan cuba beli beg yang sama warna dengan dia. Setiap hari kalau aku jejak ke sekolah, kalau aku tak nampak kelibat dia, dah buat aku gelisah, jadi tak tentu arah, "
" Dasyat gila kau. Sekolah rendah dah pandai nak bercinta. Aku dulu tak pandai nak ada hati dekat lelaki. "
" Dah hati dah suka, aku tak boleh nak halang. Yang paling parah, sampai hari raya semua orang nak berbagi kad raya. Aku pun sama, satu kelas aku bagi semua. Dekat dia pun aku bagi. Masa nak beli kad raya, kad raya dia lah aku pilih yang paling lawa dan yang paling mahal. Dalam kad raya tu aku ingat lagi, apa yang aku coretkan. Aku ucap selamat hari raya dekat dia. Baris ayat yang paling akhir, aku minta nak berkawan lebih rapat dengan dia. Kad tu, aku minta kawan rapat dia berikan untuk dia. Mula-mula aku serba salah nak beri atau tidak, sebab itu akan buat aku malu. Tapi akhirnya, aku bagi. Dan yang paling memalukan, separuh budak kelas dia, tahu akan kad raya tu. Aku buat muka tak tahu. "
" Sebenarnya, aku memang dah tak tahan nak gelak. Tapi demi nak jaga hati kau, aku kena tahan. Kau memang berani demi lelaki tu. Kerja senang, sepatutnya dalam kad tu kau cakap yang kau suka dia. "
" Kau nak ke aku jadi perigi cari timba ? Aku tak nak. Dan belum masanya. Naik bangku sekolah menengah, aku tidak lagi satu sekolah dengan dia. Dan itu saat yang paling menyedihkan buat aku. Tapi aku beruntung sebab aku masih lagi boleh jumpa dia. Aku satu pusat tuisyen dengan dia. Tu pun kawan dia yang bagitahu dekat aku, lepas tu aku sepantas kilat beria-ia nak belajar satu kelas dengan dia. Betapa gembiranya aku. Setiap saat, mata aku pasti ke arahnya. Memang gila. Tapi bila mata dia memandang kembali ke arah aku, dan cara dia lihat aku, buat jantung aku berdegup laju. Tercalit seribu pertanyaan difikiran aku. Apa dia punya perasaan pada aku. Entah, aku tak pernah tahu akan semua itu. "
" Seharusnya kau pergi berhadapan dengan dia, kau tanya dia. Biar kau dapat kepastian. Biar kau tak bertepuk sebelah tangan. Biar segala rasa yang kau ada terhadap dia, dia sambut dengan hati yang ikhlas. "
" Kau gila ke apa ? Tak tak, aku tak punya keberanian untuk semua tu. Kau tahu tak, nak dijadikan cerita, lepas aku PMR, aku buat keputusan untuk berpindah di sekolah yang lain. Aku memang tak pernah menyangkakan yang dia turut belajar di sekolah tu. Masa aku nampak kelibat dia, aku terkejut. Sebab aku masih jumpa dia. Masa tu perasaan aku bukan lagi macam dulu. Tapi nampak dia, buat hati rasa macam seperti dulu. Aku akui, dari dulu memang kami tak pernah bertegur sapa. Cuma iris bertemu iris. Cuma pandangan mata, berselisihan bahu penghubung antara kami. Sepatah kata tidak pernah keluar dari mulut aku untuk menegur dia. Aku pernah berharap, aku pinta satu saat nanti dia datang untuk aku, hanya dengan menegur aku. Itu sudah cukup untuk aku. Tapi itu satu yang mustahil. Yang pasti, satu yang tak pernah berubah tentang diri dia, yang tak pernah aku lupa. Cara dia melihat ke arah mataku, begitu dalam, menusuk ke hati aku, dan aku melihat ke arah matanya, seperti ada beribu pertanyaan dan jawapan. Tapi aku tidak tahu apa untuk aku atau orang lain. "
" Sampai bila kau nak sorokkan perasaan kau tu ? Sampai bila ? Sampai dia dah ada seseorang yang amat berharga dalam hidup dia ? Sampai satu saat nanti pandangan matanya bukan ke arah kau lagi ? Sampai satu saat nanti kau yang kecewa tengok dia bahagia dengan orang lain ? "
" Aku tahu akan semua itu. Tapi aku tidak berhak untuk memulakan semua itu. Dia lelaki dan aku perempuan. Aku faham. Seharusnya aku lupakan semua tentang dia. Lupakan semua perbicaraan aku. "
" Seharusnya kau pergi berhadapan dengan dia, kau tanya dia. Biar kau dapat kepastian. Biar kau tak bertepuk sebelah tangan. Biar segala rasa yang kau ada terhadap dia, dia sambut dengan hati yang ikhlas. "
" Kau gila ke apa ? Tak tak, aku tak punya keberanian untuk semua tu. Kau tahu tak, nak dijadikan cerita, lepas aku PMR, aku buat keputusan untuk berpindah di sekolah yang lain. Aku memang tak pernah menyangkakan yang dia turut belajar di sekolah tu. Masa aku nampak kelibat dia, aku terkejut. Sebab aku masih jumpa dia. Masa tu perasaan aku bukan lagi macam dulu. Tapi nampak dia, buat hati rasa macam seperti dulu. Aku akui, dari dulu memang kami tak pernah bertegur sapa. Cuma iris bertemu iris. Cuma pandangan mata, berselisihan bahu penghubung antara kami. Sepatah kata tidak pernah keluar dari mulut aku untuk menegur dia. Aku pernah berharap, aku pinta satu saat nanti dia datang untuk aku, hanya dengan menegur aku. Itu sudah cukup untuk aku. Tapi itu satu yang mustahil. Yang pasti, satu yang tak pernah berubah tentang diri dia, yang tak pernah aku lupa. Cara dia melihat ke arah mataku, begitu dalam, menusuk ke hati aku, dan aku melihat ke arah matanya, seperti ada beribu pertanyaan dan jawapan. Tapi aku tidak tahu apa untuk aku atau orang lain. "
" Sampai bila kau nak sorokkan perasaan kau tu ? Sampai bila ? Sampai dia dah ada seseorang yang amat berharga dalam hidup dia ? Sampai satu saat nanti pandangan matanya bukan ke arah kau lagi ? Sampai satu saat nanti kau yang kecewa tengok dia bahagia dengan orang lain ? "
" Aku tahu akan semua itu. Tapi aku tidak berhak untuk memulakan semua itu. Dia lelaki dan aku perempuan. Aku faham. Seharusnya aku lupakan semua tentang dia. Lupakan semua perbicaraan aku. "
" Kamu okay ? Seperti kelihatannya sedih. "
" Aku okay. Tapi jiwa aku yang meronta kesedihan. "
" Maaf kalau kata-kata aku buat kau terasa. "
" Itu yang sebetulnya. Apa yang kau ungkapkan, satu realiti. Satu keadaan yang buat aku sakit. Buat aku tidak boleh terima kenyataan yang seadanya. Buat aku benci akan ketentuan Ilahi. Arghhh, aku benci dengan rasa ini. "
" Kita manusia seharusnya terima akan Qada' dan Qadar. Apapun yang terjadi, walau seteruk manapun ujian yang tuhan berikan, itu pasti ada hikmah disebaliknya. Tuhan tidak akan menguji umatnya diluar kemampuan umatnya. Percayalah kata aku, tuhan sedang menguji kau. "
" Aku tahu akan itu. Tapi aku kecewa. Kecewa dengan lelaki yang aku harapkan selama ini. Yang selama ini aku tunggu. Yang aku harap dia akan jadi milik aku. Lelaki yang betul-betul buat aku rasa bahagia disaat aku melihat raut wajahnya walau jarak amat jauh dan walau beribu rintangan yang ada di depanku. Pandangan matanya buat hatiku telah dicuri olehnya. "
" Tapi kenapa kamu kecewa ? Dia sakitkan hati kamu ? Dia lukai kamu ? Setahu aku, kamu tidak pernah punya hubungan dengannya. Apa itu benar kataku ? "
" Bukan. Sama sekali dia tidak pernah melukakan hati aku. Tapi dia sudah patahkan hati aku. Seolah-olah dia campak hati aku ke suatu tempat yang begitu jauh, yang memang tidak bisa dilihat olehnya lagi. Aku menyesal ! Seolah-olah perasaan aku terhadap dia selama ini sesuatu yang cukup sia-sia. "
" Habis. Kenapa ? "
" Dia sudah ada permaisuri hatinya. Dia sudah ada seseorang yang bisa jaga hati dia, yang bisa manjakan hati dia. Seorang perempuan yang bisa berikan dia cinta dan kasih sayang. Yang bisa jaga dia. Seorang perempuan. Tapi perempuan tu bukan aku ! Bukan aku ! "
" Apa memang betul ?! Betul apa yang kau bicarakan ? Siapa yang bagitahu soal ini semua ? Kau pasti ? "
" Kawan aku yang ceritakan semua pada aku. Dan aku pasti. Saat aku mengetahuinya, baru aku terfikir akan semua. Bodohnya aku selama ini. Aku bodoh sebab aku tak jujur akan perasaan aku kerna akhirnya aku sendiri yang merasa betapa seksanya. Seolah-olah cinta aku buat dia tidak membawa erti. Seperti cinta diketepian, cinta yang telah rapuh, cinta yang tidak bernilai lagi untuk sesiapapun. Baru aku tahu dimana tempat aku dihati dia. Atau memang tidak pernah ada tempat. Aku yang silap. "
" Bersabarlah wahai teman. Mungkin ini pengajaran untuk kau. Seharusnya dulu, kau patut ungkapkan semua. Dia terima atau tidak terima akan cinta kau, itu hal lain. Sekurang-kurangnya kau dah luah semua akan perasaan kau. Dan kau tahu akan jawapan dia berikan, tidaklah kau tertanya-tanya akan perasaan dia terhadap kau. "
" Ya, silap aku semua. Sudahlah. Tiada gunanya lagi untuk aku sesali semua. Semua sudah terlambat untuk aku. Aku tak berhak untuk musnahkan kebahagiaan dia. Mungkin dia bukan milik aku. Dia bukan jodoh aku. Mungkin aku tak pantas dan tak berhak untuk miliki lelaki yang sempurna seperti dia. Walau sesakit manapun aku saat ini, walau takdir yang tuhan tentukan saat ini sungguh mengelirukan aku, yang pasti aku dah dapat jawapan pasti daripada dia untuk selama ini walaupun jawapan bukan dia sendiri yang menjawabnya. Apa yang tersurat, itu sudah dapat aku baca. Yang paling menyedihkan aku, dia tidak pernah tahu akan perasaan aku terhadap dia. Dia tidak pernah tahu. Biarlah segala rasa ini dibawa angin yang lalu. Aku pasrah. "
" Banyak lagi cinta yang akan datang untuk kau. Percayalah, tuhan sudah menjanjikan seseorang yang cukup-cukup berharga untuk kau. Teruslah bertahan, janagn mengalah. Pandanglah langit biru, tuhan itu masih ada, dia sayang akan kau. Jadi dia tidak sudi melihat kau sedih sebegini. "
" Terima kasih akan semua nasihat-nasihat kau. "
" Habis. Kenapa ? "
" Dia sudah ada permaisuri hatinya. Dia sudah ada seseorang yang bisa jaga hati dia, yang bisa manjakan hati dia. Seorang perempuan yang bisa berikan dia cinta dan kasih sayang. Yang bisa jaga dia. Seorang perempuan. Tapi perempuan tu bukan aku ! Bukan aku ! "
" Apa memang betul ?! Betul apa yang kau bicarakan ? Siapa yang bagitahu soal ini semua ? Kau pasti ? "
" Kawan aku yang ceritakan semua pada aku. Dan aku pasti. Saat aku mengetahuinya, baru aku terfikir akan semua. Bodohnya aku selama ini. Aku bodoh sebab aku tak jujur akan perasaan aku kerna akhirnya aku sendiri yang merasa betapa seksanya. Seolah-olah cinta aku buat dia tidak membawa erti. Seperti cinta diketepian, cinta yang telah rapuh, cinta yang tidak bernilai lagi untuk sesiapapun. Baru aku tahu dimana tempat aku dihati dia. Atau memang tidak pernah ada tempat. Aku yang silap. "
" Bersabarlah wahai teman. Mungkin ini pengajaran untuk kau. Seharusnya dulu, kau patut ungkapkan semua. Dia terima atau tidak terima akan cinta kau, itu hal lain. Sekurang-kurangnya kau dah luah semua akan perasaan kau. Dan kau tahu akan jawapan dia berikan, tidaklah kau tertanya-tanya akan perasaan dia terhadap kau. "
" Ya, silap aku semua. Sudahlah. Tiada gunanya lagi untuk aku sesali semua. Semua sudah terlambat untuk aku. Aku tak berhak untuk musnahkan kebahagiaan dia. Mungkin dia bukan milik aku. Dia bukan jodoh aku. Mungkin aku tak pantas dan tak berhak untuk miliki lelaki yang sempurna seperti dia. Walau sesakit manapun aku saat ini, walau takdir yang tuhan tentukan saat ini sungguh mengelirukan aku, yang pasti aku dah dapat jawapan pasti daripada dia untuk selama ini walaupun jawapan bukan dia sendiri yang menjawabnya. Apa yang tersurat, itu sudah dapat aku baca. Yang paling menyedihkan aku, dia tidak pernah tahu akan perasaan aku terhadap dia. Dia tidak pernah tahu. Biarlah segala rasa ini dibawa angin yang lalu. Aku pasrah. "
" Banyak lagi cinta yang akan datang untuk kau. Percayalah, tuhan sudah menjanjikan seseorang yang cukup-cukup berharga untuk kau. Teruslah bertahan, janagn mengalah. Pandanglah langit biru, tuhan itu masih ada, dia sayang akan kau. Jadi dia tidak sudi melihat kau sedih sebegini. "
" Terima kasih akan semua nasihat-nasihat kau. "
Hati perempuan itu berbisik kecil dan meronta kesedihan, " Setiap hari aku pinta dan aku mohon pada tuhan agar pelihara hati kecil yang rapuh ini, dari jatuh cinta dengan yang bukan jodoh aku. Jalan cinta yang sejati hanya ditemui oleh mereka yang siap untuk melupakan diri mereka. Demi cinta, kesetiaan harus dibayar dengan darah dari jantung kita. Dari ketenangan jiwa kita. Jikalau tidak, cinta kita tidak memberi apa-apa erti. Maka biarlah cinta kita menjadi pelindung rahsia-rahsia kita. Biarkan kesengsaraan yang dibawa oleh cinta membelah jiwa. Marilah kita berjalan menuju kepadaNya, menghadap dan bersujud. Memalingkan wajah kepadaNya. Memberikan segala jiwa kepadaNya. Dengan membawa cinta sejati yang tidak pernah mati. Kerana cinta buatnya akan kekal abadi. Segala jodoh biarkanlah Dia yang tentukannya. Kerna keputusanNya adalah yang paling tepat dan itu yang terbaik buat kita. Tuhan, jagakan dia untuk aku. Dia cuma kekasih gelap aku. Dia bukan untuk aku. Berikan dia kebahagiaan dengan orang yang dia sayang dan cinta. Aku akan senyum demi dia. Aku akan sentiasa lihat dia dari atas bersama bintang-bintang. Dan cara lirikan mata kau melihat aku, aku tidak akan pernah lupa gerak gerinya dan pasti aku akan merinduinya. "
" You know, you really are the sweetest man in the world, but I'm the only one who knows it " -On Golden Pond (1981)
02 November 2011
Saying things we don't mean once in a while and act like how we shouldn't
Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia. Sebab manusia tidak tahu apa itu erti bersyukur. Jenis-jenis manusia yang tidak pernah belajar untuk menghargai dan bersyukur atas nikmat yang diberikan adalah manusia yang tidak tahu asal usulnya. Manusia yang lupa akan wujudnya tuhan. Manusia yang alpa, manusia yang ego dan bongkak. Walau berlimpah nikmat yang diberikan kepadanya, tetap jua dia tidak akan pernah berasa bersyukur sesungguhnya Allah Yang Maha Kuasa yang telah menurunkan semua nikmat-nikmat itu. I'm tired of meeting people with the same old attitude. huh
Dan manusia yang bodoh adalah manusia yang menangis kerna tidak lagi diberikan nikmat dunia. Manusia bodoh yang meratapi kesedihan kerna merasa kehilangan akan sesuatu yang berharga. Manusia bodoh yang baru ingin belajar apa itu erti mensyukuri dan menghargai akan sesuatu benda atau perkara. Tidak dinafikan yang aku juga tergolong dalam manusia-manusia sebegini. Tapi aku masih belajar apa itu erti nikmat. Apa itu erti bersyukur dan apa itu erti menghargai. Biar nanti tuhan tidak merampas kembali nikmat yang diberikan untuk aku.
01 November 2011
Semuanya Sudah Tercalit.
"Tuhan, tolong dekat kan aku padanya bila dia memang jodohku, kalau bukan tolong di cek lagi" -The Tarix Jabrix
Aku tak pernah mengharapkan sesebuah perhubungan tu macam 'Romeo and Juliet' yang sanggup berkorban apa sahaja, yang sanggup mati bersama-sama. Aku juga tak mengharapkan perhubungan tu like 'Grandpa and Grandma' yang membesar bersama-sama. Dari kecil sampai ke hari tua, mereka still together. Kekuatan cinta mereka susah nak cari zaman sekarang. Aku cuma mengharapkan sesuatu kebahagiaan yang boleh buat aku senyum tawa. Tapi tak selamanya aku mengharapkan tu sebab memang sesiapapun takkan pernah berhasil untuk mendapatkannya. Yang pasti, cepat atau lambat, hari ini atau esok, cinta itu harus buat kita bahagia. Bukan selamanya cinta itu buat kita senang. Kalau cinta itu cuma rasanya manis, kita juga bosan. Harus ada sesuatu yang berbeda. Kerna terkadang cinta itu juga buat kita sakit. Cinta itu lahir dari hati yang tulus, jika ia datang secara paksaan, kita takkan pernah merasa sakit kerna cinta.
Mungkin semua orang pernah menjanjikan kehidupan yang bahagia dan sempurna kelak. Dan aku juga pernah. Aku dan seorang pria. Mengulang kembali saat lalu, kamu dan aku pernah duduk di bawah sinaran bintang yang berkedipan, iris bertemu iris, senyum berbalas senyuman, cerita perkenalan dua jiwa, berkias tentang kehidupan, mengimpikan kehidupan bersama kelak, mengimpikan putera dan puteri hati, ingin melakar liku-liku perjalanan, dan tanpa kita sedari, kita meletakkan satu perjanjian walaupun tak terucap sang lidah tapi yang pasti telah terpatri di hati yang suci.
Mulut bisa berkata-kata, segala yang diucapkan tidak bersyarat kerna lidah tidak bertulang. Kamu dan aku telah mengikat janji tapi janji itu sama ada suatu hari nanti janji itu ditepati atau tidak. Kerna kita tidak boleh menjangkakannya. Kamu mengharapkan aku bisa hidup dengan kamu nanti dah aku mengharapkan kamu bisa jadi bagian dari hidupnya aku. Dan kita mengharapkan itu. Tapi aku takkan letakkan harapan yang terlalu tinggi, nanti aku dan kamu akan kecewa. Walau ikatan kamu dan aku terlalu kuat, walau tiada sesiapun yang bisa pisahkan jarak antara kita, kita lupa yang sebenarnya tuhan itu ada. Sebenarnya Dia lah satu-satunya yang buat keputusan ke atas kita, Dia lah yang berhak semuanya. Walau apapun, mungkin Dia tetap akan pisahkan kita dengan apa cara sekalipun. Suatu hari nanti, aku percaya akan itu.
Sebaliknya aku percaya akan jodoh. Tuhan itu telah menetapkan jodoh untuk kita. Kalau nanti tuhan pisahkan kita, kita kena percaya ada sesuatu yang sedang menunggu kita. Sesuatu yang lebih baik. Walau kita terpisah, itu mungkin hanya sepenggalan kerna mungkin tuhan telah menetapkan kita berdua. Mungkin kita akan bertentang mata lagi, bergabung hati dan menunaikan segala janji-janji yang pernah diucapkan dulu. Mungkin itu masanya yang tuhan telah tetapkan. Tapi kalau tuhan tidak menjanjikan kita berdua, kalau nanti aku tidak bisa bersama kamu, tidak bisa menjaga makan minum kamu, tidak bisa menjaga sakit mu, bila nanti hari tua, aku ingat segala kenangan silam, segala memori yang tercalit bersama kamu, akan aku ingat. Banyak yang indah. Walau tidak bisa selamanya dengan kamu, walau hari-hari kamu tidak ditemani oleh aku hingga ke hari tua, yang pasti aku beruntung kerna bisa merasakan bahagia bersama kamu.
Untuk malam ini, aku masih tersenyum melihat kamu masih disisi. Walaupun bukan semuanya indah, aku bahagia melihat kamu senyum untuk aku. Terima kasih Pelat. Terima kasih tuhan. Dengarlah syahduku, demi namamu, walau jasad tiada nyawa, sebuah akhirat adalah destinasi. Demi cintamu, walau lupus jiwa sekaliannya, sebuah penantian adalah tujuan. Walau bukan di dunia kita selamanya bersama, moga kita bertemu di syurga.
" I've always dreamed, that my life could be like a fairy tale, a perfect fantasy. " –Cinderella
12 October 2011
Yang Namanya Cinta Harus Bahagia (i)
Awan mendung yang seakan hujan bakal turun menimpa bumi. Menampar diri ke ingatan sisi masa gelap lalu. Burung-burung beterbangan mencari tempat berteduh. Dinginnya suasana sampai meresap ke tubuh. Tulang-temulang seakan mahu rapuh kerna terlalu sejuk, hati membeku. Melihat indahnya dunia betapa nikmatnya dunia tuhan berikan. Lalu hati perempuan itu membisik, 'Kalau dunia bisa diputarkan, aku pinta tuhan kembalikan dunia aku yang pernah jadi paling terindah dulu. Aku masih ingat, dulu aku tersangat bahagia. Kalau dulu lelaki itu yang selalu ada di pelukan aku, tidak kira bagaimanapun keadaan aku, aku tetap senyum. Tapi itu mustahil, semua itu hanya sejarah buat aku. Semua telah berakhir. '
Perempuan yang tetap teguh berdiri walaupun memiliki hati yang telah sekian lama bengkok. Perempuan yang tetap sabar dengan semua ujian hidup. Perempuan yang tetap melakar senyuman di wajah walaupun mempunyai seribu luka dihati yang belum terubat kerna belum ada penawarnya. Hatinya membisik lagi, 'Kalau dulu lelaki itu pernah menemani hati aku yang sunyi, menemani tidur malamku, tapi sekarang bukan lagi. Lelaki itu juga pernah memberi warna dalam hidup aku. Tapi bukan untuk detik ini lagi. Bukan bukan.'
Kalau dulu lelaki itu pernah menjaga perempuan itu untuk sekian lama. Segala janji manis dia terpahat dihati perempuan itu. Setiap detik yang berlalu, kata-kata janji manis itu tidak pernah dilupakan. Masih ingat pertama kali kenal, lelaki itu mencari seribu cara untuk memiliki hati perempuan itu. Walau susah, dia tetap berusaha. Lelaki itu menabur biji-biji kasih sayang membuat perempuan itu melayang. Pada akhirnya, hati mereka berdua saling bergabung. Lelaki itu mengikat janji manis kepada perempuan itu, ' Hai si penyeri hidupku, tolong jadikan dunia yang terindah buat aku. Aku mahu kau tahu, cuma kamu perempuan yang bisa miliki hati aku dan aku harap kamu adalah yang terakhir buat aku. Tolong jaga pandangan kamu hanya buat aku tanpa sesaat pun melihat pria lain. Tanpa kamu, aku akan berhenti bernafas. Cinta aku buat kamu takkan pernah terhapus kecuali ajal yang memisahkan kita. Tolong pegang segala janji-janji aku. '
Untuk berpuluh ratus hari mereka tetap bersama. Cinta mereka masih lagi mekar ibarat kuntuman bunga yang baru berputik di mentari pagi. Semua gelak tawa pahit manis mereka kongsi bersama. Mereka melangkah ke arah yang sama. Tiba satu ketika, banyak situasi sudah berubah antara mereka. Tingkah laku lelaki itu menimbulkan seribu persoalan di fikiran perempuan itu. Lelaki itu bukan seperti di awal perkenalan dulu. Satu detik, tibalah ulang tahun lelaki itu. Perempuan itu merencanakan sesuatu untuk lelaki itu. Dia membuat satu kejutan besar untuk lelaki itu sampaikan lelaki itu tidak tahu bagaimana cara untuk berterima kasih untuk perempuan itu. Malangnya, pada hari ulang tahun lelaki itu, lelaki itu memberitahu perempuan tersebut, ' Sayang, maafkan aku. Aku tidak boleh lama, aku harus pulang cepat. Sebab ada urusan yang lebih penting perlu aku uruskan. Aku harap kamu bisa mengerti. Terima kasih untuk semua benda yang sudah kamu lakukan, aku hargai. ' Lantas perempuan itu menyapa, 'Aku faham. Kamu hadir, itu sudah cukup buat aku. Aku lakukan ini kerna aku mahu kukuhkan bukti yang aku benar-benar cinta sama kamu. Percayalah yang aku tidak pernah berdusta, yang hati aku tidak pernah buta, cuma kamu yang terbaik. Sebelum kamu pulang, ambillah hadiah ini untuk kamu simpan. Jaga ia, ikhlas aku berikan hanya untuk kamu. '
Matahari mula terbenam. Tiba sudah malam yang begitu dingin mendengar sayu angin yang bertiup kencang diluar sana. Perempuan itu menjengah keluar tingkap untuk melihat keadaan cuaca diluar. Lebatnya hujan membanjiri bumi, kuatnya bunyi guruh seperti ada sesuatu buruk yang bakal terjadi. Tiba-tiba terdengar bunyi satu pesanan mesej lantas perempuan itu melihat di paparan skrin. Mesej daripada kawan kekasihnya itu, ' Seronok sambut ulang tahun kekasih ? Untunglah ada teman wanita yang sanggup buat apa saja macam kamu. Aku mesej kamu ni hanya ingin tinggalkan satu pesan. Aku bukan nak mereka cerita atau nak rosakkan hubungan kamu berdua, tapi aku hanya ingin sampaikan apa yang aku lihat biar kamu tidak terus ditipu. Biar kamu tidak terus didustai. Bukalah mata kamu, kekasihmu itu telah mencurangi kamu. Dia telah bersama dengan perempuan lain, aku lihat dia lagi seronok berpegangan tangan. Kamu beranikan diri kamu, jangan terus percaya dengan kata aku, kamu siasat dulu biar jelas semuanya. Kamu suruh dia berkata jujur. Tolong ambil kisah apa yang aku sampaikan kerna aku tak mahu kamu kecewa nanti. '
Terdengar bunyi telefon jatuh ke lantai. Berkecai semuanya seperti mana hati perempuan itu hancur, remuk. Airmata membasahi pipi tika itu. Rasa seperti mimpi. Sampai saat itu, satu panggilan pun tiada dari lelaki itu. Kalau dulu, hati selalu rindu, lelaki itu sering menelefon perempuan itu. Kini tiada lagi, telefon tidak lagi berdering seperti biasa. Dia sendiri tidak tahu untuk membuat keputusan yang mana benar dan yang mana tidak. Dia perempuan yang kuat, tabah hadapi ini. Dia tekad untuk menanyakan hal itu kepada lelaki itu lalu menghantar pesanan mesej kepadanya, ' Kamu masih perlu aku ? Kamu masih sayang aku ? Kamu sudah ada perempuan lain selain daripada aku ? Benar semua apa yang dibilang kawan kamu ? ' Dengan mudahnya lelaki itu balas, ' Ya, memang benar. Maafkan aku, aku memang sedang memiliki perempuan lain sekarang ini, sejak empat bulan yang lalu. Tapi yang pasti aku masih perlukan kamu. Aku masih sayang kamu. '
Dengan hati yang seolah-olah terbelah dua, perempuan itu meraung kesedihan lalu membalas mesej lelaki itu. ' Tegar kamu lakukan ini pada aku ? Kamu sudah lupa semua janji-janji kamu ? Kamu masih ingat sepurnama dulu aku pesan pada kamu, " Sayang, jangan khianati cinta kita. Tolong selalu setia disamping aku. Aku mahu kamu boleh jaga aku buat selamanya. Bina mahligai yang bahgia. Tolong kuncikan aku dihati kamu untuk selamanya. " Kata-kata itu masih kamu simpan ? Selama ini siapa aku dihati kamu ? Atas kerna apa kamu mendustai aku ? Apa belum cukup apa yang aku korbankan buat kamu ? Apa aku belum setia, belum cukup sempurna untuk kamu ? Aku masih pegang janji kamu tapi kenapa kamu tidak bisa pegang janji aku ? Kalau kau masih perlu, kenapa mesti bermain cinta dengan perempuan lain ? Apa kamu fikir aku seperti boneka ? Lelaki itu membalas lagi, ' Aku tidak pernah lupa akan semua janji-janji kita. Aku tahu ini satu kesilapan besar yang pernah aku buat. Tolong faham situasi aku, aku belum cukup matang untuk hal-hal ini, oleh kerna itu hal-hal sebegini boleh terjadi. Kalau kau tidak boleh terima silap aku, kau lupakan aku dan tinggalkan aku. Kalau kau masih mahu bersama aku, tolong berikan aku peluang. '
Dengan pantas perempuan itu berkata, ' Hati aku sakit tiada siapa yang nampak. Aku sedang parah. Bukan mudah untuk aku terima salah kamu dan bukan mudah juga untuk aku kehilangan kamu. Bukan senang aku nak buang rasa cinta ini. Aku tak rela untuk tanggung derita jika tidak bisa hidup bersama kamu. Kalau kamu lebih perlukan aku, lebih sayangkan aku, kamu tinggalkan semuanya hanya untuk aku kalau kamu sanggup. Kalau kamu tidak sanggup, aku akan melangkah pergi demi melihat kamu bahagia.' Lelaki itu berkata lagi, ' Terima kasih kerna terima akan silapnya aku. Berikan aku masa, aku janji aku akan tinggalkan semuanya demi kamu. Aku janji aku takkan kecewakan kamu lagi. '
Dan untuk hari-hari seterusnya, mereka masih lagi bersama. Tapi keadaan tidak pernah sama seperti di awal perkenalan. Banyak duka daripada suka. Tiap detik perempuan itu ditemani airmata yang menghias pipi bukan lagi senyum tawa. Lelaki itu tidak mampu lagi membahagiakannya lagi. Peritnya rasa seperti hati yang dicincang-cincang. Ada satu ketika, perempuan itu ternampak lelaki itu sedang bermadu asmara dengan seorang perempuan lain di suatu tempat ketika dia sedang menuju ke suatu tempat. Alangkah terkejut dia saat itu membuat diri menjadi kaku. Beku semuanya seolah-olah ada sesuatu yang merasuk ke jiwa. Seperti duri yang mencucuk hati. Bercucuran airmata yang keluar. Tanpa berfikir, perempuan itu secepatnya berhadapan lelaki itu lantas lelaki itu begitu terkejut melihat perempuan itu muncul dihadapannya. Lidah menjadi kelu tidak boleh berkata apa-apa. Cuma sebaris ayat yang terkeluar daripada lelaki itu, ' Apa kamu sedang buat di sini ? Kamu kelihatan seperti lagi sedih ? Kenalkan ini kekasih saya. ' Tanpa berkata apa-apa, perempuan itu lalu melangkah pergi membawa hati yang lara. Hati yang suci mencintai lelaki itu terbang tinggi membawa seribu luka. Hati perempuan itu membisik sendirian, ' Perkara ini yang buat aku betul-betul kecewa. Aku merasakan separuh mati. Hebat sungguh dugaan yang kau berikan tuhan. Apa aku mencintai lelaki yang salah ? Apa selama ini aku hanya diperbodohkan ? '
Perempuan itu betul-betul merasakan dirinya berada di tahap yang paling bawah. Kali ini dia betul-betul nekad. Hatinya berkata, ' Mungkin dia bukan untuk aku dan mungkin juga dia bukan jodoh aku. Biarlah aku yang pergi membawa hati yang lara ini demi kebahagiaan dia. Aku pinta dia bahagia bersama perempuan yang betul-betul diingininya. Mungkin waktu aku bersama dia terbuang begitu saja tanpa membawa apa-apa erti. ' Perempuan itu membuat keputusan untuk melupakan semua. Semua tentang mereka berdua. Lantas dia menghantar sekeping mesej buat terakhir kalinya untuk lelaki itu, ' Hai lelaki yang pernah menjadi idaman hati aku. Terima kasih kerna pernah buat aku merasa bahagia hidup sama kamu walaupun cuma untuk sepurnama. Aku akan melangkah pergi selamanya dari kehidupan kamu tanpa sekali pun aku berpatah balik. Memang benar aku sakit kerna derita yang kamu berikan sekarang untuk aku. Aku terima semuanya. Mungkin aku bukan orang yang benar untuk miliki hati kamu dan mungkin kamu bukan orang yang benar untuk miliki hati aku. Mungkin aku bertemu dengan orang yang salah dulu baru nanti aku bertemu dengan orang yang benar. Terima kasih kerna telah menghancurkan hubungan kita, terima kasih kerna mengkhianati cinta dan kepercayaan aku. Selama ini aku hanya dipermainkan seperti boneka yang tak pernah punya hati dan perasaan. Biar aku yang merasa sakit, sedih, jatuh tersungkur, derita, tapi jangan pernah dicanang kisah barumu, kerna aku pasti kisah kita kan menghantui tidur malammu dan aku percaya karma itu ada dimana-mana. Suatu hari nanti kamu akan tetap menyesal. Segala kenangan indah yang kita coretkan, akan aku kuburkan. Biarlah yang tinggal hanya batu nisan. ' Lelaki itu cuma berkata, ' Maaf untuk segala hal. Mungkin aku bukan yang terbaik untuk kamu. '
Lalu pergilah sebuah cinta yang tidak kesampaian. Musnahlah sebuah hubungan cinta yang tinggal hanyalah memori. Pergilah perempuan itu sejauh yang mungkin dari kenangan-kenangan lama yang hanya membuat dia rindu dan derita akan semua. Perempuan itu berasa dungu, buntu dan menjadi tidak tentu arah. Payah sebenarnya untuk meninggalkan semua yang pernah menjadi hak miliknya, tapi ini semua kemahuan tuhan. Mungkin selepas ini perempuan itu akan takut akan sesuatu. Takut untuk mendengar sesuatu perkataan yang akan terpancul dari bibir seseorang. Permainan apa pula selepas ini ? Pada dasarnya, perempuan itu tidak berdaya lagi untuk bermain dengan permainan dunia. Tapi dia masih mencuba, dia tahu masih ada sinar harapan buat dia disana. Tak kira sepalat manapun kehidupan dia, dia tahu tuhan selalu bagi peluang untuk menjadi seorang yang lebih bahagia kelak. Dengan sejarah jugalah dia belajar untuk bangkit daripada terus ditindas dan ditipu macam boneka. Apa yang perempuan itu harapkan selama ini mungkin tidak menjadi kenyataan. Mungkin ia bukan satu kisah yang gembira pada akhirnya. Bukan seperti kisah-kisah dongeng yang bahagia. Tapi mungkin satu kisah antara dia dan lelaki itu. Kisah yang terhenti begitu saja tanpa membawa apa-apa erti. Hati perempuan itu berbisik, ' Kalau dulu aku pernah berjanji, yang aku sayang cuma sama kamu, dan sayang itu akan aku bawa sampai bila-bila. Walau kamu bukan milik aku lagi, aku akan tetap bawa sayang itu kemana jua aku melangkah pergi kerna sayang ini begitu sukar untuk aku lepaskan. Cinta itu tidak semestinya harus dimiliki. Mungkin selepas ini payah untuk aku bermain cinta lagi kerna aku takut aku akan jatuh tersungkur lagi. Selamat tinggal cinta sepenggalan. '
Subscribe to:
Posts (Atom)