27 November 2011
Gelak Tawa Angin .
Aku bersandar di dinding, di atas katil sambil aku menekan keyboard. Dan fikiranku melayang entah kemana. Yang pasti aku tengah meroyan untuk dapatkan hidup yang sempurna kelak. Konon macam fantasi.
Ku impikan sedang berbaring di atas tanah lapang, berada di bawah cahaya rembulan, oh terangnya dunia menghiasi dunia malamku. Mendengar gelak tawa angin malam buat aku lena. Aku lena di atas riba kau. Sambil kau mengusap kepala aku, terasa kelembutan tanganmu.
Aku terjaga dari lena. Aku buka mataku. Aku tertanya-tanya, kenapa ku rasa makin cerah dari semalam ? Oh ternyata matahari sudah tegak naik. Pancaran matahari menusuk kemata ku dan lantas ia senyum kepadaku. Kacak sungguh kelihatannya. Dan aku merasakan aku masih berbaring di atas riba kau. Ternyata kau masih ada temani tidurku. Kau kucup dahiku. Rasanya aku mahu terus lena di atas dakapanmu.
Ahhh, aku merasakan begitu hangat sekali. Padahal seluruh tubuhku sudah membeku dek kerana hujan di luar sana. Degupan jantungku seperti leopard yang sedang berlari. Oh pantasnya tidak sempat ku mengejarnya, berpeluh aku sampai buat aku penat. Perasaan apakah ini ? Lain sungguh rasanya. Suara kecil datang berbisik padaku. Rupanya rasa cinta yang ada dalam jiwa ini makin hangat.
Udara semakin kuat membelai jiwa. Jangan suruh aku bangun, tegas aku membatah kata-kata kau. Kerna aku mahu terus berada dengan kau. Masanya untuk kita bercanda. Bersuka ria, gelak ketawa, merakam segala memori. Dan di sini, cuma ada kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.