28 November 2011

#SoMalaysian


Jangan salahkan Khairul Fahmi dan Shida Hasmi.


" Jangan salahkan Khairul Fahmi atau apek atas kekalahan skuad Olimpik di tangan Bahrain. "

Trend Malaysia nowadays, bila someone asyik sibuk talking pasal ni pasal tu, satu Malaysia cakap pasal tu. Pergi sana pergi sini, benda sama jee mereka bahaskan topik. Seriously. Tak perlulah nak keluarkan duit poket semata-mata nak beli akhbar untuk dapatkan berita or isu semasa. Mulut orang dah cukup untuk jadi pemberita untuk setiap saat.

Macam semalam, perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Bahrain di Stadium Putra Bukit Jalil. Stadium tu dah memang sah dipenuhi penyokong-penyokong from Malaysia. Di laman sosial kecoh pasal bola. Buka home facebook, mostly pasal bola. Masing-masing update status, dua minit sekali semua pasal bola. -First status, " Malaysia goal ! Aku bangga dohh jadi rakyat Malaysia. Thanks Nazmi Faiz dah sumbatkan goal. Love you. " -Second status, " Malaysia memang ada harapan nak menang. Balik kampung lah Bahrain. Go Harimau Muda ! "  Okay tu cerita facebook.

Twitter pun mengalami situasi yang sama. Timeline sentiasa hangat. Hangat dengan bola. Aku rasa tak perlu sangat lah nak on kan tv semata-mata nak tengok live perlawanan bola sepak. Kau duduk depan skrin laptop, kau tengok timeline twitter, masing-masing tweet pasal bola. Aku pun jadi naik bosan membacanya. Mostly orang tweet, " Kecik-kecik, cili padi. tapi berapi. Memang power Nazmi Faiz masukkan goal. Lepas ni confirm dapat straight A's in SPM. " Okay then ada lagi, - " Untunglah kalau aku jadi awek Nazmi Faiz. Untunglah Nadia yang sekarang ni jadi awek Nazmi. Makin popular dia lepas ni. " Sebenarnya si lelaki tak kecoh sangat pasal Nazmi Faiz ni. Mostly si perempuan yang menggedik sangat. Seriously aku cakap, aku tak kenal pun siapa Nazmi Faiz. Then bila semua kecoh pasal dia, aku jadi kenal. Girls semua cakap - " Handsome gilerrrrr Nazmi Faiz ! Start harini aku nak minat dia. Dia memang powerrr ! " Semua default facebook pun dah terpampang muka Nazmi Faiz. Sekarang musim Nazmi Faiz. Kalau dulu Khairul Fahmi. Trend.

Okay then satu kes timbul. Malaysia begitu selesa bila mendahului team Bahrain 2-0. Tapi lastly benar ramai yang tidak boleh terima hakikat bahawa Harimau Muda kalah kepada pasukan yang bermain 10 orang dan kita kalah hasil tiga jaringan Bahrain dalam masa 5 minit. Fakta, bola itu bulat. Diawalnya Malaysia sudah menganggap kemenangan dan terlalu berharap hingga akhirnya kekalahan yang kita dapat. Jangan cepat leka dan jangan cepat rasa selesa. Itulah permainan bola sepak dan terimalah hakikat.

Jangan salahkan Khairul Fahmi atau dikenali sebagai apek atas kekalahan skuad Olimpik kita di tangan Bahrain. Bila kalah, mulut rakyat Malaysia semua bising. Semua nak salahkan Khairul Fahmi konon tak pandai nak kawal bola. Adat orang kita, bila memang puji bagai nak rak. Bila kalah, kecewa bagai nak rak lepas tu kutuk sana sini. Kecoh satu kampung facebook dan timeline twitter. Semua bengang atas kekalahan Harimau Muda. Masing-masing nak fakk segala bagai dekat pemain kita. Aku rasa cuba kau-kau semua yang letakkan kaki atas padang tu then cuba sepak bola or tangkap bola, agak-agak hebat ke tidak ? Cuba sampai power tengok agak-agak letih ke tidak ? Berpeluh ke tidak ?

Apek sudah bermain dengan cemerlang malam semalam tetapi apakan daya bermain bola itu bukan bergantung kepada seorang pemain, tetapi melibatkan satu pasukan. Yang pasti, Harimau Muda dah buat yang terbaik untuk mendapat kemenangan. Dan yang penting Apek juga perlu belajar dari kekalahan malam semalam bahawa dia tidak boleh leka dan tidak boleh rasa selesa dengan populariti, kemewahan dan kesenangan yang dia perolehi sekarang. Dengan kelalaian Apek dan juga para pemain bola kita yang kini semakin digilai oleh ramai gadis, mereka akan rosak dan kerjayanya sebagai pemain bola sepak tidak sampai ke atas.

Nazmi Faiz, Khairul Fahmi dan pemain bola sepak yang lain-lain kini namanya disebut-sebut. Digilai ramai gadis-gadis. Bila ada rupa sikit, semuanya pandang tinggi. Mereka semua adalah aset negara yang kini sedang dibentuk untuk membangkitkan semula nama Malaysia di persada bola sepak Asia. Kekalahan malam semalam adalah pengajaran untuk Malaysia bukan saja dalam permainan bola sepak bahkan juga dalam perkara-perkara yang lain. Jangan mudah riak, bangga dan cuai. Kerna takut akhirnya kita sendiri yang bakalan kecewa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.