08 December 2011

Dulu Memang Celaka Tapi Rindu .


Walau sepalat manapun kehidupan aku dulu, tapi boleh undurkan masa untuk aku bermain dengan saat-saat dulu walau hanya sebentar ? Bisa tuhan ? Aku rindu. Aku ramai kawan. Lelaki, perempuan, bapuk, pengkid, semua tu kawan aku. Aku kawan dengan semua orang. Kalau ada yang bawak mulut sebab aku berkawan dengan orang-orang yang tak sepatutnya, aku cuma tutup telinga. Apa mereka kesah ? Itu masalah aku nak berkawan dengan sesiapapun.

Biasanya dulu aku akan habiskan waktu-waktu aku dengan kawan-kawan. Tak kiralah dekat celah-celah lubang manapun, akan dijadikan tempat bahan percakapan. Seronok. Aku nak berkawan dengan sesiapa, nak berkepit dengan sesiapa nak buat apa-apa, okay memang takkan ada sesiapa yang kesah. Cuma ada sesetengah pihak yang kurang senang dengan aku. Biasalah, masyarakat Melayu kita, mata bukan main liar ke sana ke sini, mulut kepoh satu dunia agaknya semua boleh dengar.

Tapi itu semua dulu. Life aku yang dulu bukan sekarang. Dan mungkin aku takkan kembali kepada kehidupan yang dulu walaupun kadang-kadang aku rindukan semua tentang dulu-dulu. Sebab sekarang ni ada seseorang yang betul-betul peduli akan aku. Seseorang yang buat aku takut untuk lakukan sesuatu hal walaupun kadang-kadang aku terlanjur melakukannya. Sesuatu perkara yang berlaku kadang-kadang bagi aku tiada silapnya, tapi salah dimata orang. Biasalah, pendapat masing-masing.

" Kau sayang aku ? " katanya.

" Wajarlah aku sayang kau. "

" Kalau kau sayang aku, kalau kau mahu terus hidup dengan aku, kau kena ikut cara aku. Kalau kau lebih suka dengan cara hidup kau yang dulu-dulu, just go on. "

" Tak. Aku tak perlu kehidupan yang dulu. "

" Aku beri kau masa. Kau pilih sama ada kehidupan kau yang dulu atau kehidupan kau dan aku. Macam sekarang. "

" Aku cuma nak kehidupan yang sekarang. "

" Kalau tu yang kau pilih. Kau kena tahu apa yang aku suka lihat dan apa yang aku tak suka lihat. Kau sendiri tahu yang aku orangnya kuat cemburu. Kalau aku kata jangan contact mana-mana lelaki tanpa pengetahuan aku, jangan lakukannya. Jadi semua tu kau dah boleh fikirkannya. "

" Err, maafkan aku. Aku tahu akan semua tu. Aku janji takkan lukakan kau lagi. "

" Mungkin kau pernah mintak aku kongkong hidup kau, dan ya sekarang aku kongkong semuanya. "

Kini aku sedari, di dunia yang penuh kejahilan ini aku berdiri, menjadi seorang pelakon, dan aku mengupah kau untuk menjadi pelakon bersama aku. Untuk membantu aku agar lakonan aku nampak baik. Kau mengajar aku supaya tidak menjadi iblis sebelum dibuang ke syurga. Memang dari dulu berat bagi aku untuk meninggalkan semua yang aku ada, yang paling penting kawan aku. Tapi aku terpaksa. Demi kau. 

Aku tidak gah. Tapi sewajarnya aku cakap aku profesional. Tanpa ada skrip yang tersedia, aku bisa berlakon. Dunia ini mempunyai pentas yang sangat besar untuk aku beraksi. Sekarang, inilah sketsa kehidupan aku, sudah aku masuk dalam plot yang menarik, menuju ke klimaksnya, realitasnya, kau dan aku watak utama. Dan jalan cerita ini, aku perlu belajar lagi untuk menerima cara kehidupan kau. Cara kehidupan yang kau berikan untuk aku. 

Jangan anggap manusia yang dicipta dari tanah liat kononnya kotor tidak bisa menjadi suci. Tingkah laku yang baik, nawaitu yang baik, sifat yang baik itu yang menjadikan manusia suci. Bersih dari segalanya. Tolong jauhkan aku dari mata-mata yang liar. Jauhkan aku dari buruk sangka sesama manusia. Dan kita bisa mengerti  buruk baik diri ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.