Mesej Untuk Dia,
Orang yang paling bahagia bukanlah mereka yang memiliki hal-hal yang terbaik, sebaliknya mereka ialah orang yang berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidup mereka. Air matanya menunjukkan dia kesepian dan merasa begitu hampa, hatinya kosong dipenuhi cinta dahulunya yang merapuh sehingga mereputkan, tapi dia tetap pergi mendapatkan cinta dia.
" Kesunyian mengeskort aku ke ambang maut. Dan untuk mengelak daripada dibawa ke ambang itu. Aku mulai terbang atas darat lagi. Kali ini, mungkin aku tak akan berhenti. Sebabnya aku terlalu rindukan kau. "
" Kenapa kau datang lagi untuk aku ? Kan dulu aku dah suruh kau pergi jauh dari hidup aku. Aku bukan perempuan yang terbaik untuk kau. "
" Aku dah cuba pergi sejauh yang mungkin. Aku dah cuba lupakan semua tentang kita. Tapi... Macam ada sesuatu yang menghalang aku untuk berbuat sedemikian. Aku tak sanggup. "
" Kau nak apa lagi dari aku ? Tak cukup lagi ke dengan kepahitan yang aku berikan pada kau ? Kau tak sakit ke ? Kau tak rasa terseksa ke ? "
" Aku nak kau balik semula pada aku. Aku perlukan kau. "
" Maksud kau ? Kita jalinkan hubungan macam dulu ? Tapi kenapa ? Penting ke ? "
" Ya, penting. Sebab aku masih sayangkan kau. "
" Aku dah banyak sia-siakan hubungan kita dulu. Kau juga. Dan kita sama-sama tak hargai hubungan cinta kita. Sebabnya dulu kita tak pernah nak fahami apa itu erti cinta. Dan sebabnya kita juga bodoh dulu. "
" Tapi aku tak mahu terus jadi bodoh. Aku tak mahu lagi lemas dalam cinta. Sekarang aku sedar yang aku teramat cintakan kau. Aku kesal. Dulu kau minta aku pergi jauh, dan aku pergi. Tapi sebenarnya aku tak sanggup nak hadapi semua tu. Tanpa kau. "
" Itu semua dah terlambat. Kau datang pada saat ni seolah-olah kau nak hancurkan hubungan yang aku ada sekarang. Padahal kau dah tahu semuanya yang sudah ada seseorang miliki hati aku. Dan mustahil aku akan berbalik lagi pada kau. Aku dah tak sayangkan kau lagi. "
" Aku tahu akan semua tu. Sedikit pun tak pernah terlintas di hati aku untuk hancurkan hubungan cinta kau dan dia. Tapi aku datang aku cuma ingin katakan aku masih mahu kau pulang untuk aku. Aku tersangat rindukan kau. "
" Sudahlah. Kau lupakan semua. Aku mengaku. Walaupun aku sudah kuburkan semua kenangan kita dahulu, masih ada baki-bakinya yang masih belum aku luputkan dari ingatan aku. Yang pasti, aku bukan untuk kau. "
" Puas aku mencari kau. Aku perlukan kau. Aku perlukan kau ! "
" Kau pergilah cari bintang yang betul-betul akan menyinari di sepanjang umurmu. Tuhan sudah mengutuskannya untuk kau. Cuma mungkin ia belum jatuh untuk kau. Mungkin besok, lusa atau hari yang seterusnya. Kau teruslah berdoa, bintang yang sempurna akan sempurnakan hidup kau. Bukan aku. "
" Berapa lama aku harus tunggu ? Sewaktu dulu semasa kau tinggalkan aku yang ini juga kau bicarakan pada aku. Tapi tidak pernah aku lihat bintang yang sudi hadir untuk aku. "
" Mungkin kau kabur. Sudah ada banyak bintang yang ada di depan kau. Cuma kau buntu untuk memilihnya. Kerna kau takut bintang yang kau pilih tu bukan yang sebetulnya. "
" Aku bukan kabur. Aku sudah pilih satu bintang yang aku dapat lihat sungguh terang kilauannya. Kau tahu bintang apa ? Bintang yang selalu ada dalam hati aku. Iaitu kau. "
" Kau silap memilih. Aku tak mampu nak bahagiakan kau. Hubungan kita sudah lama berakhir. Kau kena tahu tu. Jangan kita ungkit masa lalu kita. Itu hanya akan memusnahkan masa depan kita. Kau dan aku. "
" Aku sekarang lemah. Lemah dengan semua. Tanpa cinta kau buat aku lemah. Kau kena tahu tu. "
" Sedarlah. Cinta tidak pernah mengajar kita untuk lemah. Cinta itu harus membuat kita bahagia. Tapi bukan dengan cinta aku. "
" Aku faham semua maksud kau. Aku takkan memaksa kau untuk menyintai aku lagi. Tapi aku nak kau tahu aku bersedia terima kau bila-bila masa di saat kau butuhkan aku. Pintu hati aku selalu terbuka untuk kau. "
" Kau relakanlah dengan semua yang telah terjadi. Tak perlu kau menitiskan derita kerna mengenangkan memoir dahulu. Kau pergilah cari cinta yang lain. Cinta yang betul-betul ikhlas untuk kau. Aku bakal doakan kau. Kau senyumlah untuk merelakan kebahagiaan, kekecewaan, kepedihan, pemergian dan perjanjian. Cinta yang manis suatu hari akan datang. "
" Biarlah. Melihat kau bahagia dengan dia itu sudah cukup buat aku senyum. Moga dia akan jaga kau sebaiknya. Biarlah aku disini meronta kesepian. Aku harap nanti, tidak kiralah kapanpun ia, kau bisa balik lagi ke aku. Aku pinta tuhan pertemukan jodoh aku. Jangan katakan selamat tinggal kalau kita masih bisa ketemu lagi nanti. "
" Kalau kita betul-betul sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi, jangan kau halang dia, andai sudah tersurat dia milik kau, suatu masa nanti dia pasti balik pada kau walau sehebat manapun pengganti yang dia jumpa dan andai kau sayangkan sesuatu benda itu, jangan kau genggam dia terlampau kuat, bimbang ianya pecah di dalam genggaman kau sendiri. Ingatlah pesan aku. Aku selalu doakan kebahagiaan kau. "
Namanya juga kehidupan, gembira dan sedih, menakutkan dan menyenangkan dan kita tidak tahu apa yang akan terjadi kemudian. Jangan biarkan patah hati menjadi bumerag yang akan membuat lidahmu menjadi pahit untuk semua hal-hal manis. Tidak ada yang bisa disalahkan di dalam persaingan cinta, kerna cinta akan memilih siapapun untuk tempat berlabuh.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.