26 December 2011

Nawaitu Yang Penting


Bercakap soal nawaitu, ya semualah ada nawaitu masing-masing. Kita sama sekali tidak tahu akan niat masing-masing kecuali tuhan dan melainkan orang itu sendiri yang menceritakan sendiri apa niatnya. Tapi tu pun belum tentu dia berkata benar atau bohong. Seperti yang selalu aku bilang dalam setiap apa yang ditulis sebelum ini, aku adalah seorang perempuan yang senantiasa hidup pada kenangan. Cuma yang bedanya, kenangan itu muncul dalam bentuk yang bukan memedihkan lagi. Ia seakan memori indah yang buat aku selalu senyum. Tapi terkadang perih, perit, seksa itu ada juga memanggil namaku, katanya rindu. Dan aku pergi bersamanya seketika.

Awalnya aku ada pasang niat. Aku niat untuk hidup bukan untuk merana, bukan untuk merasa seksa tapi aku niat untuk hidup adalah untuk mencari sesuatu yang bermakna. Sesuatu yang boleh menyenangkan aku di dunia dan akhirat. Bercakap soal akhirat, aku akui yang sudah pastinya belum cukup bekal pahala untuk aku bawa ke alam lain nanti. Kenapa ? Sebab aku masih berfoya-foya di alam yang aku cipta sendiri. Aku khayal dengan semua. Dengan nikmat dunia. Tapi itu tidak bermakna yang aku ini seorang yang jahil. Aku masih pegang pada prinsip. Niat yang telah aku hajatkan itu akan aku perlahan-lahan tunaikannya. Maksud aku, kalau kau niat nak bahagia, kau akan berhasil untuk dapatkannya. Kalau kau nak merana, merana lah hidup kau. Hidup ni berlandaskan apa yang kita bikin, apa yang kita selalu katakan dan apa yang kita niatkan. Cuma tinggal tuhan saja yang menentukannya.

Tapi pernah juga aku berada dalam keadaan dipresi kerana marah pada kehidupan. Mungkin juga kerana darah budak muda kayak aku ni mendidih, kebencian itu seperti sudah erat dalam jiwa hitam ini. Benci kenapa begini jadinya, dan begitu ? Kenapa hidup ni kadang-kadang susah bangetttt. Persoalannya orang muda biasanya sengaja meletakkan kewarasan di kepala lutut apabila berfikir.

Dan suatu hari, kononnya bila aku dah meningkat dewasa, aku sedar pada peraturan yang mudah, pada setiap ketentuan itu punya jalannya sendiri. Ada yang berliku dan yang lurus atau curang cenuram. Sehingga terkadang takut untuk pandunya. Dan aku tak buta lagi, manusia itu bukannya kayak malaikat, ada juga yang bertopengkan syaitan. Sesetengah manusia yang tak pernah ikhlas bila berbuat sesuatu. Manusia yang niatnya tak pernah betul. Nawaitunya yang selalu menipu kita. Buat kita jadi bodoh. Manusia sebeginilah yang biasanya aku kenal dan pada akhirnya buat aku benci. Sebabnya lahirnya manusia sebeginilah buat hidup kita jatuh merudum. Sehingga kita sendiri tak mampu nak bangun lagi.

Tetapi. Ada tapinya. Terima kasih kerana perasaan dendam, marah atau benci pada manusia yang pernah aku kenal telah disiram air sejuk, kemarahan itu tuhan telah tukar jadi ais yang beku. Dulu memang aku benci dan berdendam dengan orang yang datang untuk buat onar dalam hidup aku. Kejam sungguh. Tapi aku dah biarkan perasaan itu pergi jauh-jauh, hanya anggap ia sebagai salah satu laluan untuk menuju ke pengakhiran umur sambil bertatih perlahan dan senyum untuk orang-orang yang jahat pada aku walaupun pahit. Belajar untuk memberikan bunga kepada setiap perasaan jahat yang pernah hadir dalam jiwa ini. Aku tak mahu benci pada siapa-siapa pun. Tuhan pun tak pernah benci umatnya. Yang pasti, kalau niat baik, baiklah jadinya. Kalau niat jahat, jahatlah jadinya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.