05 December 2011

Satu Hari ,


Lihat kami Tuhan. Dengarkan bisikan kecil kami. Berikan kami nyali untuk meneruskannya

" Jom kahwin. "

" Kahwin apa ? Kalau soal kahwin aku tak nak buat main-main. Jadi jangan bergurau macam ni. "

" Aku tak pernah main-main. Aku serius dengan semua percakapan aku. "

" Jangan nak perli aku sangatlah. Boleh tak sayang ? "

" Kau nampak muka aku tengah perli ke sekarang ? "

" Macam mana aku nak nampak ? Bukan aku di depan kau sekarang. "

" So jom kahwin. Kahwin lari. "

" Aku tak nak. "

" Kenapa ? Kau tak nak kahwin dengan aku ? Kau tak sayang aku lagi ? "

" Bukan. Aku dah terlebih sayangkan kau. Tapi bukan sekarang untuk kita kahwin. "

" Tapi bila ? "

" Tunggulah. Satu saat nanti. Kita akan bersama nanti. Selamanya. Berdua. "

" Tapi... Aku takut akan suatu hari nanti. Aku takut aku kehilangan kau. Selamanya. "

" Kau lupa ? Satu malam tu kau suruh aku janjikan suatu perkara dengan kau. Kau suruh aku janji yang aku kena kahwin dengan kau. Cuma dengan kau. Bukan orang lain. Dan ya, malam tu kita mengikat janji depan khalayak ramai. Dan juga aku takkan pernah lupakan janji aku walau sepalat manapun kehidupan aku nanti. "

" Aku ingat. Mungkin sekarang kau masih pegang janji-janji kau. Tapi suatu hari nanti ? "

" Kau kena tahu satu benda. Tuhan itu tidak kejam. Jadi dia telah menyusun segala cerita dengan baiknya. Walaupun kita tak berdua selamanya, walau kita tidak berjaya untuk mendapatkan apa yang kita impikan selama ini, yang pasti kita telah berhasil mendapatkan dan menyimpan segala memori antara kita. Sebuah cerita yang tersimpan. "

" Ya... Aku percaya. Aku nak kau tahu satu benda. Contohnya kalau takdir yang menentukan suatu hari nanti kita berpisah jua, tidak kiralah kapanpun, dan jodoh kita masih kuat, aku akan datang jua untuk kau, sewaktu tu aku datang semasa aku sudah sukses dengan kehidupan aku. Yang pasti, aku boleh sara kehidupan kau dan aku iaitu kita sampai akhir nafas. Aku nak kau pegang kata-kata aku. Selagi nota ini tiada titiknya, aku tidak akan pernah berputus asa. "

" Amin. Aku akan doakan semua itu kalau memang semuanya sudah direncanakan-Nya. "

" Sayang, kalau ada seseorang yang mencelakakan hidupnya aku, kau akan datang bantu aku ? "

" Untuk apa pertanyaan itu ? Kau lupa kata-kata aku ? Selagi aku masih ada, selagi hayatku dikandung badan, aku akan pastikan tiada siapapun yang bisa mencalarkan kau. Aku akan jaga kau sebaik mungkin. Sebabnya aku sayang akan kau. Aku cinta kau Arang. "

" Terima kasih sayang. Aku sayang kau juga. Dan aku cinta kau juga Pelat. Selamanya. Amin. Dengan kehendak-Nya. " 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.