Wah semalam aku sangat berduka gembira sebab aku dapat menjadi pelakon yang paling bertuah tetapi aku hanya berlakon di dalam mainan tidur aku. Tapi aku tak kisah sebab aku dapat mimpi yang indah bersama si jejaka capital S yang hitam manis. Hati aku kembali senang sebab di dalam mimpi aku dapat jumpa si dia yang aku tertanya-tanya selama ini. Akhirnya si dia muncul dalam hidup aku dan kami gelak ketawa bersama walaupun cuma di dalam mainan tidur aku dan tak mungkin boleh diputarkan kembali. Aku pun tak sempat nak rakam sebab itu pun tak mungkin terjadi. Hati jiwa raga jantung aku sudah kembali berdisco dan berdansa kembali seperti sedia kala. Aku cuma menunggu hari demi saat demi abad untuk menunggu si dia kembali muncul di depan aku. Tapi aku harus terima kenyataan yang aku sudah amat bapak susah untuk jumpa dia sebab dulu aku ke sekolah pasti aku dapat nampak batang hidung dia. Dan sekarang ini aku dah tak perlu kisah mana pasal balak aku sebab aku dah tak nak ambik tahu pasal dia kot. Tapi kena lah ambik tahu jugak kadang-kadang kan. Sebab aku ada misi yang paling besar lagi dalam hidup aku sebab aku perlu menjadi detective iwani mencari buluh perindu aku hilang tanpa berita begitu sahaja. Kau jangan peduli pasal aku jika muka aku yang hodoh ini terpampang di dada akhbar disebabkan aku adalah detective yang memang dilahirkan untuk jadi manusia yang hebat. Terima kasih terima kasih. Aku tahu aku perasan so kau jangan sibuk nak mengutuk mengumpat mencaci pasal aku dan kalau kau tak nak pipi kau yang dah rebeh itu hancur kena lastik sama aku. Tapi aku harap kau jangan ambik hati dengan aku sebab aku hanya berlawak bodoh. Tapi kau harus mengaminkan aku supaya aku dapat menjumpai buluh perindu aku. Sekian terima kasih.
*Bapak bodoh kerja sekolah tak buat lagi ;/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.