Semakin hari semakin membesar. Dan kadang kadang sudah pandai buat peraturan sendiri. Hari ini dan kelmarin aku buat cuti sendiri sebab malas sangat nak ke sekolah. Sumpah aku cakap kalau ke sekolah aku takkan dapat apa apa ilmu. Rasa macam nak sambung terus cuti sampai minggu depan. Tapi tak boleh lah kan sebab nanti cikgu cakap tak payah ke sekolah terus. Baru padan muka aku kan. Ini hari, pengetua aku sudah mahu bawa punggung ke sekolah lain. Harap kau lagi berjaya lah kan. Harap juga aku semua akan dapat pengetua yang sama kepala dengan aku semua sebab kita boleh menari sama sama tak perlu habis dakwat marker nak lempar ilmu dekat kita semua. Kadang kadang terfikir rasa simpati dekat bumi sebab dia tiap tiap saat kena kerja tanpa henti. Selalu buat senaman dengan berputar untuk jadikan siang dan malam. Tapi aku hanya manusia yang pemalas tak boleh tolong kau buat apa apa.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.