11 March 2010

Campur Aduk



Ucap terima kasih dekat tuhan sebab tuhan beri hujan rahmat dekat kita semua. Mungkin sebab nak sejukkan hati kepada yang gagal ambil spm kan. Rasa takut bila tengok betina dan jantan ambil keputusan spm, terbayang sejenak macam mana agak agak rupa keputusan aku nanti. Harap, dapat yang terbaik lah kan. Wah, semua nak terbaik, tapi usaha malas sangat. Tambahan, seronok sebab sudah cuti sekolah. Tapi rabak, kerja sekolah banyak macam nak suruh tulis skrip lakonan shah rukh khan. Kadang aku buat buat tak ada kerja sekolah sebab mungkin tak sempat nak buat semua itu terus sumbat pakaian dalam beg, tak perlu kemas sebab nanti nak pakai jugak, esok terus berangkat ke destinasi untuk satu minggu. Wah, dalam hati seronok tapi semua plan yang sudah diskripkan hancur rabak. Aktiviti hajat nak keluar dengan kawan, jumpa teman istimewa, panjat pokok, panjat awan semua terbengkalai. Maaf semua.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.