18 November 2010

Selongkar Semula Hidup


Macam seperti sedia kala, aku akan memikirkan hal-hal yang boleh buat aku berasa tenang. Jadi aku akan sentiasa menyesuaikan diri dengan sebatang rokok dan musik-musik halus. Plus, gua rasa irama yang paling sesuai ialah berpura-pura untuk jadi lebih kool. Pada masa itu jugalah masanya untuk ingat kembali memori lama yang boleh dijadikan pengalaman hidup. Life's been really hard. Trying to keep everything good.

Aku orang yang selalu berhadapan dengan masalah. Stress selalu jadi musuh ketat aku. Aku pernah terserempak dengan artikel ni, orang-orang stress lebih selesa berhadapan dengan sekelompok gang yang bersenjata. Ini bermakna mereka lebih selesa utuk cepat-cepat bunuh diri. Tapi yang sebenarnya aku kurang bersetuju. Yang penting, teori Charles Darwin boleh dicontohi, Darwin berhujah bahawa semua makhluk yang berada di muka bumi ini berevolusi, meningkatkan taraf hidupnya sama ada untuk menjadi lebih baik atau lebih buruk. Trying to be the best. Even if its just a lie.

Ini dinamakan lumrah hidup. Manusia tuhan ciptakan dengan akal fikiran untuk memikirkan macam-macam hal. Manusia boleh berubah dari segi fikiran, tulisan dan macam-macam hal lagi. Itu sebab manusia juga dibagi peluang untuk berubah untuk jadi lebih baik dan pastinya sememangnya semua mahukan yang terbaik.

Aku tak narsis. Aku bukan sedang cakap topik slenge. Tapi aku sedang membongkarkan sesuatu kenyataan yang memang kita tak boleh ubah lagi. So here i'm trying. All I wanna do is trade this life for something new. Holding on to what I haven't got. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.