25 November 2010

Mad-Situation


Aku tulis entri ni dengan berbau badan berbau busuk, rambut serabai, perut lapar dan fikiran kusut. Rokok sebatang buat lepas kekusutan. Hisap rokok dengan gaya orang yg tiada masalah sambil layan musik keras syokk sikit biar hati tak lembik sangat.

I'm drinking jack all alone in my local bar, and we don't know how we got into this mad situation. Only doing things out of frustration. She's all laid up in bed with a broken-heart. Okay, bukan topik ni yg cuba aku selongkarkan.

Akan ku cuba cakap, aku bermasalah. Aku banyak masalah, siapa mahu aku boleh share. Aku bukan kedekut. Aku tak tipu, aku teruk, result exam aku lagi teruk. Kenapa teruk sangat sampai banyak gagal? Memang dah terbukti salah aku sebab memang aku tak pernah belajar kan. Apa yang aku mahu sebenarnya? Okay, jangan tanya memang aku tak tahu soal itu. Aku belum jumpa diri.

Aku moody seharian. Dan masih mengharapkan ada orang tap my head or something. Bila saat itu, aku harap ada bintang atau bulan jatuh dan akan ku sambut itu. Sewaktu umur aku 5 tahun, itu kali terakhir aku sambut bintang jatuh. Tapi itu tak pernah berlaku. Ini cuma kerana aku terlalu terpengaruh dengan filem orang putih yang terlebih mengarut. Yang penting, aku akan berhajat hidup aku bahagia tanpa masalah. Aku takkan putus asa. Aku menangis teruk tepi tingkap malam-malam. Cuma yang ada bintang yang menemani aku dan cakap pada aku, 'Kalau kau sedih, aku tak berdaya untuk berkelip. Tolong senyum untuk aku'.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.