11 November 2010
Hope Everlasting
Inilah saatnya, setelah perempuan itu menunggu saat itu, akhirnya kesampaian juga. Selama perempuan itu kenal dengan lelaki itu, bermacam-macam susah payah yang harus hadapi. Masalah selalu timbul membuatkan hubungan mereka hampir retak. Tapi kesabaran yang mereka perlu ingat supaya mereka tetap bertahan. Perempuan itu bahagia bersama lelaki itu.
Kadang-kadang perempuan itu buntu, membuatkan dia dalam dilema. Dia gundah apa yang sedang bermain di fikirannya. Masalah demi masalah sering datang secara tiba-tiba. Kisah silam dia sering datang membelenggu fikirannya. Kekasih lama muncul secara tiba-tiba membuatkan perempuan itu rasa serba salah dengan tindakannya selama ini.
Kekasih lamanya masih ada hati pada perempuan itu. Tapi perempuan itu mengendahkannya. Kekasih lamanya bodoh dan buta sebab masih menyimpan hati pada perempuan yang selama ini telah menghancurkan hubungan mereka sendiri dan berlaku curang. Perempuan itu buta sebab mengkhianati cinta yang selama ini setia dengannya.
Tapi apakan daya, mungkin kekasih lamanya harus terima kenyataan bahawa perempuan itu mungkin sudah buat keputusan yang terbaik demi bersama lelaki itu, kekasih barunya. Mungkin juga pasangan itu sudah berbahagia dengan kehidupan mereka sekarang dan harap itu semua akan bertahan.
Dan perempuan itu berdoa agar kekasih lamanya berjumpa dengan perempuan yang lebih baik daripadanya dan berharap hubungan barunya akan bertahan. Perempuan itu baru sedar betapa pentingnya kesetiaan dalam sesebuah perhubungan. Kerana cinta itu juga anugerah tuhan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.