30 November 2010

Kegelapan Jiwa ,


Aku sedang menuju ke dunia yang fana. Berjalan dan terus berjalan menerusi terowong yang panjang lagi gelap. Cuba mencari jalan keluar yang bisa menerangi jiwa yang gelap. Cari, cari dan terus mencari sesuatu yang sukar difahami. Sesuatu benda yang sukar digambarkan dengan mata kasar. Dan sesuatu benda yang bisa ditafsirkan dengan kata hati jika ia benar-benar ikhlas.

Adalah yang penting akan aku terus cari jalan untuk buat hidup aku lengkap tanpa sebarang celaan tapi mungkin juga benda tu mustahil sebab tiada benda di dunia ini yang sempurna melainkan tuhan. Selalu berusaha untuk mengurangkan rasa sakit hidup sendirian pabila tiada siapa yang mahu dengar tangisanku . Kata hati yang selalu melontarkan kepedihan yang tak terkata dan melemparkan rasa ketidak-puashati terhadap orang-orang yang tidak pernah memahami apa yang kita rasa sebenarnya.

Selalu ramai bila kita senang, dan payah untuk kita cari seseorang untuk kita luah apa kata hati kita pabila kita susah. Kemana mereka menghilang sebenarnya? Adakah mereka dengar tangisan kita? Dan aku terus berjalan lagi sendirian tanpa memikirkan perasaan aku. Aku akan cuba jaga perasaan ini sendirian tanpa mengharapkan belas kasihan.

Seluruh wajah tersenyum, tertawa dan penuh dengan gembira. Racun dalam jiwaku dan luka, perlahan mengambil, pernah mengambil sampai semua hilang. Kemanusiaan, belas kasihan, kebaikan semua menghilang ke kehampaan dalam menghadapi kesedihan dan kebencian untuk semua hal-hal ringan. 

25 November 2010

Mad-Situation


Aku tulis entri ni dengan berbau badan berbau busuk, rambut serabai, perut lapar dan fikiran kusut. Rokok sebatang buat lepas kekusutan. Hisap rokok dengan gaya orang yg tiada masalah sambil layan musik keras syokk sikit biar hati tak lembik sangat.

I'm drinking jack all alone in my local bar, and we don't know how we got into this mad situation. Only doing things out of frustration. She's all laid up in bed with a broken-heart. Okay, bukan topik ni yg cuba aku selongkarkan.

Akan ku cuba cakap, aku bermasalah. Aku banyak masalah, siapa mahu aku boleh share. Aku bukan kedekut. Aku tak tipu, aku teruk, result exam aku lagi teruk. Kenapa teruk sangat sampai banyak gagal? Memang dah terbukti salah aku sebab memang aku tak pernah belajar kan. Apa yang aku mahu sebenarnya? Okay, jangan tanya memang aku tak tahu soal itu. Aku belum jumpa diri.

Aku moody seharian. Dan masih mengharapkan ada orang tap my head or something. Bila saat itu, aku harap ada bintang atau bulan jatuh dan akan ku sambut itu. Sewaktu umur aku 5 tahun, itu kali terakhir aku sambut bintang jatuh. Tapi itu tak pernah berlaku. Ini cuma kerana aku terlalu terpengaruh dengan filem orang putih yang terlebih mengarut. Yang penting, aku akan berhajat hidup aku bahagia tanpa masalah. Aku takkan putus asa. Aku menangis teruk tepi tingkap malam-malam. Cuma yang ada bintang yang menemani aku dan cakap pada aku, 'Kalau kau sedih, aku tak berdaya untuk berkelip. Tolong senyum untuk aku'.

Regina Spektor - "Better"

24 November 2010

Cause I Was Born To Tell You I Love You ,


I am feeling so ambitious, you and me, flesh to flesh. Because every breath that you will take while you are sitting next to me. You started to see right through me and i'm loving every minute of it. Its like i'm born again.

Its true, ya aku masih disini kerna aku mahu mengungkapkan kata cintaku padamu. I want a simple explanation for what i'm feeling inside. Aku tidak mahu cintaku sia-sia tanpa balasan darimu. Aku perlu cinta mu itu untuk aku teruskan hidup ini. Nyawa aku ada padamu. Tell me all your hopes, all your dreams. I want you to take me there.

Do you know you're unlike any other? You'll always be my thunder, and i said your eyes are the brightest of all colors. Aku mula kenal dengan diri kau. Aku suka cara kau. Aku tahu kau mampu buat aku tersenyum dan sebab itu kau aku pilih. Aku tahu kau mampu bahagiakan hidup aku denganmu. Tapi aku juga tahu bukan setiap saat kau mampu buat aku tersenyum lebar. Ada kala kau menyakitkan hati. Aku tahu kau pernah buat aku sakit hati, pernah buat aku rasa cemburu dan buat aku rasa marah. Dan mungkin aku pun berkelakuan begitu. Memang aku tak nafikannya sebab manusia bukan semuanya perfect. These streets are filled with memories and all i wanna do is love you.

Our relationships makes people happy and sometimes makes people angry and dissappointed. Tapi pada dasar ramai yang tidak berpuas hati. Salah siapa? Dan atas sebab apa? Pertemuan kami bukan kami mahukan, tapi itu yang sudah tuhan rancangkan. Aku bukan manusia yang suka jenis korbankan banyak perasaan. Tapi aku tahu siapa hati aku, apa yang aku mahu dan apa yang patut aku lakukan. Jangan kau salahkan diri ini kerana menyayangi dirinya, jangan kau benci diri ini kerana mencintai dirinya dan jangan kau membenci ini kerana kau bukan pilihan hati aku.

Andai aku berdaya, akan aku jaga hubungan ini. Andai aku ingat, akan aku pegang janji-janji mu pada aku. Andai aku kuat, akan aku jaga hatimu. Andai ini yang tuhan mahukan dan janjikan, akan aku terima dengan hati yang tulus. Andai kau jodoh aku, akan aku doakan ia berkekalan.

Turn around and fix your eye in my direction. So there is a connection. I can't speak, i can't make a sound to somehow capture your attention. I know that i can't make you stay but i would give my final breathe to make you understand how beautiful you are.

Please forgive me if i seem forward. But i've never been in front of anything like you. Tell me all the things you never said. We can lie here. I don't have anything to hide. Every breath, i want you to know i'll be there. There's just one more thing, one request, i want you to take me with you.


I will never let you down and i will love you now and forever. The reason is you, Muhammad Fauzy Bin Syamsurizal. You could be my unintended.

18 November 2010

Selongkar Semula Hidup


Macam seperti sedia kala, aku akan memikirkan hal-hal yang boleh buat aku berasa tenang. Jadi aku akan sentiasa menyesuaikan diri dengan sebatang rokok dan musik-musik halus. Plus, gua rasa irama yang paling sesuai ialah berpura-pura untuk jadi lebih kool. Pada masa itu jugalah masanya untuk ingat kembali memori lama yang boleh dijadikan pengalaman hidup. Life's been really hard. Trying to keep everything good.

Aku orang yang selalu berhadapan dengan masalah. Stress selalu jadi musuh ketat aku. Aku pernah terserempak dengan artikel ni, orang-orang stress lebih selesa berhadapan dengan sekelompok gang yang bersenjata. Ini bermakna mereka lebih selesa utuk cepat-cepat bunuh diri. Tapi yang sebenarnya aku kurang bersetuju. Yang penting, teori Charles Darwin boleh dicontohi, Darwin berhujah bahawa semua makhluk yang berada di muka bumi ini berevolusi, meningkatkan taraf hidupnya sama ada untuk menjadi lebih baik atau lebih buruk. Trying to be the best. Even if its just a lie.

Ini dinamakan lumrah hidup. Manusia tuhan ciptakan dengan akal fikiran untuk memikirkan macam-macam hal. Manusia boleh berubah dari segi fikiran, tulisan dan macam-macam hal lagi. Itu sebab manusia juga dibagi peluang untuk berubah untuk jadi lebih baik dan pastinya sememangnya semua mahukan yang terbaik.

Aku tak narsis. Aku bukan sedang cakap topik slenge. Tapi aku sedang membongkarkan sesuatu kenyataan yang memang kita tak boleh ubah lagi. So here i'm trying. All I wanna do is trade this life for something new. Holding on to what I haven't got. 

17 November 2010

Salam Aidiladha .


Seperti yang lain, aku juga mahu post entri ni. Salam Aidiladha buat semua muslim. Seperti raya-raya biasa, dapat duit raya. Raya yang ni mungkin dapat daging korban sahaja. Semalam sempat juga borak-borak dengan lembu buat terakhir kali sebelum pernafasannya yang terakhir. Okay, malas nak mengarut. Mood gua raya ni tak sihat.

16 November 2010

What Must She Do ?


Jangan salahkan perempuan tu. Dia tengah bermasalah. Tengan buntu, jangan bikin dia serabut. Tapi kenapa dia bodoh sangat? Suka taruh harapan tinggi dekat orang sampai bisa buat orang tu makan hati dengan dia. Teruk perempuan tu. Yang pasti dia belum punya pilihan yang sebetulnya.

Perempuan ni cakap, 'Aku bukan taruh harapan tinggi dekat orang. Aku dah bagitahu daipada mula, aku perempuan kasar tak pandai jaga hati dan perasaan orang. Tak perlu paksa-paksa aku untuk terima sapa-sapa untuk isi ruang hidup aku. Aku tahu siapa pilihan hati aku, siapa patut aku pilih, jadi tolong jangan buat aku jadi simpati dekat kau. Itu tak menjamin kebahagiaan.'

Ada note perlu tambah, perempuan kalau diberikan pilihan dia akan pilih both. Sebab perempuan paling susah untuk lepaskan something. Lelaki pula tetap sama seperti perempuan. Cuma yang kontranya, lelaki bukanlah seseorang yang senang untuk menyimpan pilihan dorang forever sebab dorang adalah makhluk yang bervariasi.

Perempuan itu berkata lagi, 'Sebab itu aku belum punya pilihan. Aku takut nak buat pilihan. Mungkin pilihan aku itu akan buat aku rasa kecewa dan menyesal suatu hari nanti ataupun bisa buat orang lain yang rasa kecewa dengan pilihan aku. Aku tak boleh pilih kau. Patut kau go on dengan life kau dan bisa menerima aku ni perempuan jahat yang tidak bisa menerima cinta kau. Lagipun, aku tidak mahu jadi perempuan yang lebih jahat mengkhianati cinta aku yang sudah terjalin.

Persoalan akan terhasil. Dude, apa sebenarnya cinta? Apa permainan yang bila manusia main dia tak akan berhenti sampai dia mati? Sememangnya cinta weh. Tahu ungkap kata cinta, tak tahu apa erti cinta buat apa semua itu? Tiada gunanya. Tapi yang dinamakan cinta, manusia tak pernah berhenti bermain dengan cinta. Tak pernah merasa penat lelah.

Lastly, perempuan tu cakap, 'Kalau memang kau cinta aku, memang tuhan ciptakan kita bersama, jodoh kita tetap bertemu jua dimanapun kita berada, walau hingga nafas yang terakhir kalau memang itu yang tuhan janjikan. Tapi kau jangan menunggu cinta yang tak pasti, itu pasti buat kau rasa sakit. Dalam erti kata, cinta itu harus ada pengorbanan.

14 November 2010

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu



*sumpah lagu ni layan gila ;D

Minah Perasan Jelita


Hari tu hot sangat bila ada minah ni buat kecoh dekat fesbuk gua. Aku tak kenal dia, tapi dia bukan main berani ajak gua main wrestling. Aku apa lagi, peluang baik, jangan dilepas, layan jelah minah gila tu kan.

Minah ni buat kecoh. Bikin hati aku panas. Tak tentu pasal main komen lucah gambar orang dekat fesbuk demi nak cari public figure. Basi semua tu minah. Kalau kau-kau semua nak tahu minah ni marah sangat sebab dia punya balak duduk sibuk bergambar dengan betina lain. Maksud aku betina tu aku dan kawan aku mungkin lah.

Ayat kau makan dalam lah minah. Ayat-ayat kau ohwhatsoever lah kimak. Kau apa barang nak cakap kitorang ni rampas kau punya balak. Siap cakap kitorang cheapsale lagi. Kau ingt kau tu mahal sangat ke? Dekat market berapa harga kau kalau rasa mahal sangat? Dua kupang laku ke? Aku tak boleh agak yang tu. Takut kalau jual dekat night-market, public langsung tak layan kan.

Patut lah kau marah sangat balak kau bersnap dengan minah-minah lain sebab balak kau bersnap dengan minah hodoh dan reput mcm kitorang kan. Tak macam kau minah lawa jelita lagi. Kau sendiri cakap kau paling jelita dalam dunia ni kan. Ceh, macam bajet je aku dengar ayat tu.

Minah, mind you own business lah. Jangan nak sibuk campur adukkan life orang. Mulut kau berbau. You should fix that.

11 November 2010

Hope Everlasting


Inilah saatnya, setelah perempuan itu menunggu saat itu, akhirnya kesampaian juga. Selama perempuan itu kenal dengan lelaki itu, bermacam-macam susah payah yang harus hadapi. Masalah selalu timbul membuatkan hubungan mereka hampir retak. Tapi kesabaran yang mereka perlu ingat supaya mereka tetap bertahan. Perempuan itu bahagia bersama lelaki itu.

Kadang-kadang perempuan itu buntu, membuatkan dia dalam dilema. Dia gundah apa yang sedang bermain di fikirannya. Masalah demi masalah sering datang secara tiba-tiba. Kisah silam dia sering datang membelenggu fikirannya. Kekasih lama muncul secara tiba-tiba membuatkan perempuan itu rasa serba salah dengan tindakannya selama ini.

Kekasih lamanya masih ada hati pada perempuan itu. Tapi perempuan itu mengendahkannya. Kekasih lamanya bodoh dan buta sebab masih menyimpan hati pada perempuan yang selama ini telah menghancurkan hubungan mereka sendiri dan berlaku curang. Perempuan itu buta sebab mengkhianati cinta yang selama ini setia dengannya.

Tapi apakan daya, mungkin kekasih lamanya harus terima kenyataan bahawa perempuan itu mungkin sudah buat keputusan yang terbaik demi bersama lelaki itu, kekasih barunya. Mungkin juga pasangan itu sudah berbahagia dengan kehidupan mereka sekarang dan harap itu semua akan bertahan.

Dan perempuan itu berdoa agar kekasih lamanya berjumpa dengan perempuan yang lebih baik daripadanya dan berharap hubungan barunya akan bertahan. Perempuan itu baru sedar betapa pentingnya kesetiaan dalam sesebuah perhubungan. Kerana cinta itu juga anugerah tuhan.

Take Me With You

08 November 2010

Suka-Cari-Publisiti-Murahan .


Entri ni gua tuju khas untuk mamat-mamat dan minah-minah yang suka cari public figure.

Naik menyampah sebenarnya bila tengok manusia yang berjenis suka cari publisiti murahan. Sakit mata, gatal telinga dan segala bagai lagi. Muka cantik, jerawat satu pun takda, tapi hati macam bangkai. Jijik tahu bila tengok.

Kau-kau semua suka tarik perhatian umum. Sampai kau buat kecoh pasal life orang lain. Hobi kau suka-buat-keluar-topik-selenge-kau-dekat-masyarakat. Kau suka cakap lucah depan orang. Kau selalu provok status fesbuk, buat cerita tak betul dekat fesbuk. Okay let me ask you. Am i a bad girl? Do i look frikkin lost to you nobodies out there?

Aku tahu, kau-kau memang jenis suka plagiat imej orang untuk diterima umum. Demi jadi publik figur. Basi semua tu. Sedar lah sikit yang kau tu ada muka, tutup sikit biar harga diri tak jatuh jangan sampai jadi harga borong. Life kau tak lazat ke sampai kau perlu jilat life orang? Tak kebas lidah ke der?

Aku bukan nak cakap bajet. Tapi aku sudah jumpa diri aku. Terjumpa dalam longkang. Harap budak mentah macam kau-kau semua akan jumpa diri.

*You look like a motherfucking foot.

Drifter ,


Selamat pagi rakyat jelata. Beta harap rakyat memulakan hari dengan ceria. Baiklah, itu cuma berangan sahaja.

Gua bangun awal. Gua ambik cuti. Sebab gua malas dah nak rajinkan diri ke sekolah. Bagi gua itu semua dah tak bermakna, buang masa. Baik stay rumah lebih baik, buat aktiviti yang aku rasa itu lah yang paling mengjengkelkan. Yeah, i do. Itulah diri aku. Oh before tu kan, i-hate-every-fucking-body-i-know.

Untuk hari-hari yang berikutnya, aku pasti akan buat aktiviti yang sama. Itu pasti akan membosankan dan membosankan dan membosankan. Kalau boleh, aku nak survey job yang boleh buat duit biar aku tak kacau duit mak bapak aku. Ready tak ready itu semua tolak tepi. Yang penting aku buat ni ada benefits dan reason dia tersendiri bukan nak main-main whatsoever.

Aku hanya merancang, tapi tuhan yang tentukannya. Aku tiada kuasa nak jadikan semua cita-cita aku jadi kenyataan. Aku dapat rasa memang tuhan dah ada rancangan untuk life aku, jadi apa perlu aku risau. Mungkin tuhan nak suruh aku belajar berdiri tegak sedaya mungkin sebab selama ni aku bongkok. Well, make my story line more interesting and tragisss, but less dramatic.

07 November 2010

Rakus Tetap Rakus ,


Tiada masa lagi nak membangkaikan keadaan yang sudah parah. Aku jadi terfikir sendiri. Bergaduh aku rasa aktiviti yang paling sihat dan paling merangsangkan.

Macam kelmarin, aku jadi berminat doh dengar cerita perempuan tu. Aku rasa sangat terangsang. Mendengar cerita si minah-yang-suka-layan-perasaan.

Perempuan tu naik darah. Sebab ada betina yang cuba nak campur adukkan life dia. Betina tu cakap, perempuan tu perampas. Perempuan tu cuba rampas kekasih dia. Padahal tak sebenarnya. Betina tu gila, tak pandai nak jaga kekasih sendiri sampai kekasih dia nak mengorat perempuan lain.

Perempuan tu jadi mangsa. Tak pernah ada niat nak rampas kekasih orang sebab perempuan tu pun dah bahagia dengan kekasih dia. Mulut betina tu boleh tahan, maki-hamun dekat perempuan tu. Segala carut-marut betina tu lempar. Betina jenis macam ni memang suka jahanamkan life orang. Sebab mungkin life dia macam celaka so dia tak puas hati dengan life orang.

Betina tu ajak lawan. Apa kes? Ingat badan kera macam kau gagah sangat nak ajak orang lawan. Perempuan tu diam. Malas nak cakap banyak dengan betina yang tak matured. Perempuan tu gelak besar dekat betina tu. Macam budak kecil nak main gaduh-gaduh pasal jantan. perempuan tu dah jumpa diri dia, sebab tu dia berfikir matang. Betina tu je yang perasan orang nak rampas kekasih dia sebab dia baru jumpa diri dia dalam longkang.

Aku kusyuk dengar cerita perempuan ni. Rasa geram dekat betina tu. Aku tabit dengan perempuan ni sebab dia kool tak gelabah macam minah-minah lain. Aku sebenarnya ada banyak masa nak maki hamun betina cilaka tu. Tapi aku tak nak lah orang cakap aku dah jadi macam dia pulak. Minah kecoh kan.

Ramai perempuan bajet superwoman. Perasan lebih, padahal tak sebenarnya. Perempuan, biasalah. The power of not knowing is much much better.

04 November 2010

Lonely Crap ,


Aku tak ada pengalaman sangat sebab aku masih budak mentah. Aku tahu aku masih belum jumpa diri. Tapi as far as i've come, aku sedar ada satu benda penting yang selalu yang bermain di fikiran aku. Maksud aku sesuatu benda yang aku rasa sia-sia.

Benda ni macam bodoh je kan bila kita dah serah pada takdir apa yang berlaku, dan lupakan semua kisah silam kita, lepas tu terima hakikat yang kita tak akan kembali lagi dalam kisah silam tu. Tapi at last, benda tu semua datang balik secara tiba-tiba. Secara serentak tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Apa cerr? Dah boleh lupa semua benda tu, kenapa datang balik? Hutang apa yang tak selesai lagi? Bikin serabut, masalah lama macam tak settle lagi. Susah kan kalau benda ni terjadi.

Kadang-kadang benda yang kita sayang akan mudah dicuri. Akan mudah hilang sampai membuatkan kita jadi tikus busuk yang terkurung dalam sangkar. Kecewa dengan apa yang berlaku, sampai kita terpaksa salahkan diri kita sebab tak pandai jaga dan simpan kemas-kemas benda yang kita sayang.

So frankly, im the only one in sane state. Im the one who’ll do all the thinking for myself. So if im gonna live good. I gotta think good. Mungkinlah. For a girl like me. I have a lot to think about. Im just a lonely crap. Tak dapat menangani problem sebegitu rupa. I work alone and will keep all that way. I don't trust anyone. Maaf, ini bukan kemahuan aku, tapi kehendak aku.

Mana Boleh Tahan


Done. Dah prepare barang-barang nak pergi trip to Kuantan besok dengan pasukan koir sekolah. Seryes aku cakap tak sabar doh nak pergi. Sebab mungkin lesbo-lesbo semua ada, jadi macam terlebih semangat. Hope otw pergi dan balik semua berjalan lancar dan selamat sampai. Tiba-tiba rasa takut dan gerun bila dengar banyak sangat berita pasal kemalangan bas. Ragut nyawa ramai orang, kasihan. Umur tak panjang, tuhan lebih menyayangi mereka. Moga mereka ditempatkan di tempat-tempat orang yang beriman.

Hairan. Sampai bila nak tipu diri sendiri. Come on folks, cheer up lah sikit, jangan mudah give up sangat. Nanti ramai pulak yang pijak atas kepala. Apa susah, problem datang tu sambar jelah. Buat apa nak fikir, tu semua takdir. Kita mana boleh lawan takdir kan.

Senang cerita, kita perlu cari seseorang yang boleh bimbing kita ke arah itu. Ke arah yang boleh buat kita ke depan. Bukan berundur ke belakang. Tapi aku selalu akan ingat kata-kata nenek sihir yang selalu membakar semangat aku. Macam dalam dongeng FairyGodSister. Im living and im learning.

02 November 2010

All Up ,


Minah ni menulis entri ni dengan perasaan tiada rasa bersalah langsung. Tambahan dengan badan berbau, tak mandi, bau rokok dan fikiran kusut. Minah ni bukan sibuk sangat. Macam lah rutin harian dia penuh. Dia sengaja sembang konon dia lah sibuk sampai tiada masa free nak sentuh benda ni. Maaf nyah, tiada mood nak layan benda ni. Cheers up lah, dulu minah ni bukan macam ni, cool kan dulu.

Tiap-tiap hari bangun pasti buat benda yang sama. Kadang-kadang rasa life ni bosan. Life's been really really hard. I was able to cope so many shitty momentos in my life. And for now, try to find people that can make my source of inspiration.

Benda alah macam ni bukan senang kita nak tempuhi kan? Bukan senang kita nak fikirkan dengan siapa kita nak habiskan sisa hidup kita. Kadang-kadang kita baru tersedar kenapa dia yang perlu kita pilih? Kenapa tidak itu? Dan kenapa harus pilih ini?

Sometimes, kita susah nak buat keputusan. Benda yang kita rasa itulah yang terbaik, tapi benda itu lah yang rosakkan life kita. Thats why kita takut nak buat silap.

Well, here on earth. Falling is less dramatic.You drift, you wander off. I don't want to be in that state anymore. I want to make the right decision for myself. Stop drifting and start anew.

Life's been really hard. Trying to keep everything good. Trying to make everyone happy. Tying to be the best. Even if its just a lie. I understand the goodness in lying now. Yes, I do. Ini yang macam Ulii Azman cakapkan.