28 January 2012
Bebas ?
Bebas. Aku bebas. Tapi dulu. Zaman muda-muda. Sekarang dah tua. Ada laki, tak boleh nak berfoya-foya. Perlu jaga rumah tangga. Tak boleh lagi nak bersuka-ria dengan jantan lain. Apatah lagi dengan laki orang. Erk ?
Dulu aku pernah hidup bebas. Tapi sekarang tak lagi. Sebabnya dulu, sekarang, besok, lusa tak sama. Zaman berubah. Dan sebabnya aku juga perlu jaga hati seseorang. Hakikatnya aku tak boleh bebas. Tapi terkadang aku diberi kelonggaran dan diberi kebebasan pada waktu-waktu tertentu. Aku bebas. Tapi aku masih lagi tidak merasakan bebas kerna aku masih merasakan aku didalam satu kurungan yang sangat besar. Yang dapat aku definisikan aku bebas dapat pergi kemana saja aku mahu tapi realitinya aku tetap di dalam kurungan, tiada kunci untuk keluar darinya. Walau sudah bebas, tapi aku dapat merasakan lagi ditubuhku penuh dengan loceng-loceng supaya kemana saja langkahku pergi, gerak geri aku bisa ditebak.
Inikah erti bebas ? Bebas di dalam satu kurungan yang sangat besar ? Jangan soal aku apa itu erti bebas. Apa itu merdeka. Aku miskin dengan ilmu. Aku bukan cikgu bahasa. Dulu aku tahu apa itu bebas, tapi sekarang aku dah lupa sebabnya aku dah lama tak bermain dengan bebas. Aku dah lupa gimana rasanya bebas. Best ke?
Biarlah. Aku tak perlu kenal dengan bebas. Tak perlu tahu siapa dia. Asalkan aku bahagia di dalam kurungan yang besar ni ditemankan seorang pria.
21 January 2012
Kalau Nanti...
" Kalau aku ditakdirkan tuhan yang aku ni menghidap penyakit yang memang susah untuk cari penawarnya, kamu sanggup terima aku ? "
" Apa yang kau cuba bicarakan ? Ingat, dulu aku pernah pesan pada kau, walau kau gila macam manapun, aku tetap terima kau, sayang kau seadanya sebagai seorang kekasih aku. "
" Sekarang memang kau cakap macam tu. Tapi suatu hari nanti, entah macam mana keadaan, mungkin aku dah tak berdaya nak bahagiakan kau, tak boleh nak digambarkan oleh mata kasar. "
" Percayalah kata aku. Aku akan selalu ada disamping kau. Kau kenapa ? Kau sakit ? "
" Tak. Aku tak sakit. Aku cuma menanyakan hal itu soalnya aku nak tahu sejauh mana kau sayangkan aku. "
" Sumpah kau tak tipu aku ? Betul kau tak sakit ? "
" Err. Sumpah. Mustahil aku nak bohong dengan kau. "
" Baguslah. "
*Sebenarnya aku berbohong... Aku tak mahu kau turut merasakan sakit yang aku tanggung. Sementara aku masih sihat, aku pinta pada tuhan, aku bisa bahagiakan kau. Kerna nanti jika aku sudah tidak terdaya, mungkin aku tak boleh lagi jadi seorang kekasih yang sempurna untuk kau. Apapun yang terjadi pada kita kelak, aku terima. Asalkan hari-hari terakhir aku dipenuhi dengan warna-warna keindahan yang boleh aku bawanya bersama-sama malaikat yang akan mengiringi aku ke pintu gerbang syurga...*
-Mimpi malam ke pertama
Syurga
Mustahil seorang lelaki boleh membawa seorang wanita bersiar-siar ke bulan atau planet-planet di cakerawala., tetapi tidak mustahil seorang lelaki boleh membawa seorang wanita menetap di tempat yang jauh lebih indah iaitu SYURGA.
Dan aku pinta kaulah satu-satunya lelaki yang mampu bawa aku ke syurga satu hari kelak. Bukan ke neraka. Dan aku pinta aku adalah kekasih yang halal untuk kau suatu hari nanti jika sudah ditakdirkan tuhan seperti yang telah kita janjikan. Tolong pegang tanganku dan bawa aku ke jalan yang benar yang diredhai tuhan. Bawa aku ke pintu syurga. Kita bina mahligai di sana.
16 January 2012
Sebab Awaklah
Awaklah lelaki yang paling aneh saya pernah jumpa.
Awaklah lelaki yang paling gila saya pernah jumpa.
Awaklah lelaki yang paling magis saya pernah jumpa.
Awaklah lelaki yang paling bodoh saya pernah jumpa.
Awaklah lelaki yang paling paling paling kuat cemburu saya pernah jumpa.
Awak jugalah lelaki yang selalu tertawakan saya dengan benda-benda yang pelik.
Awak jugalah lelaki sensitif tetapi seorang pemaaf walaupun untuk mendapat maaf awak tu bertahun lamanya.
Sebab saya tahu awak sayangkan saya...
Terima kasih sebab...
Sebab...
Saya janji saya simpan kemanisan ni dalam hati saya.
Awaklah lelaki yang paling gila saya pernah jumpa.
Awaklah lelaki yang paling magis saya pernah jumpa.
Awaklah lelaki yang paling bodoh saya pernah jumpa.
Awaklah lelaki yang paling paling paling kuat cemburu saya pernah jumpa.
Awak jugalah lelaki yang selalu tertawakan saya dengan benda-benda yang pelik.
Awak jugalah lelaki sensitif tetapi seorang pemaaf walaupun untuk mendapat maaf awak tu bertahun lamanya.
Sebab saya tahu awak sayangkan saya...
Terima kasih sebab...
Sebab...
Saya janji saya simpan kemanisan ni dalam hati saya.
13 January 2012
Keterbatasan
" Sesungguhnya aku meminta Kau jagalah hati dia sebaik mungkin. Kau rawatlah hati dia yang lagi luka. Kau ubatilah hati dia. Sememangnya aku takut aku tidak mampu menghilangkan segala sakit yang dialaminya oleh kedua-dua tangan aku. Kalau dia diciptakan dan akan disakiti oleh manusia seperti aku, jauhkanlah. Kalau dia terseksa kerna perlakuan aku terhadap dia, jarakkanlah. Kalau dia menangis kerna aku, tolonglah hentikan airmatanya. Gembirakanlah hati dan jiwa dia. Bataskanlah semuanya. Tapi kalau memang telah ditakdirkan berdua, dekatkanlah. Jikalau bukan, ikhlaskan. Serahkan semuanya kepada tuhan. "
Kata orang, peredaran masa banyak membawa kisah. Dan terkadang kenyataan selalunya berbeda dari apa yang kita harapkan. Tapi walau kita tak bisa mendapatkan apa yang kita impikan, realitasnya kita masih bisa menerima apa yang tuhan takdirkan buat kita. Dan juga apa yang paling pasti, apa yang kita miliki sekarang, ngak semestinya akan menjadi hak milik kekal. Percayalah, sesuatu perkara itu bisa datang dan pergi tanpa kita memintanya. Jadi serahkanlah semuanya atas takdir tuhan. Biar Dia sahaja yang tentukan gimana hidup kita. Kita hanya perlu butuh waktu untuk menerima dan memahami kenyataan yang digulirkan oleh sebuah cerita agung bernama kehidupan. Saat harapan tak terpenuhi, kita sedang belajar tentang penerimaan, menerima kenyataan, ini adalah pemuliaan diri. Banyak orang bilang, jangan jadi seorang yang pengecut hanya kerna ingin mendapatkan hidup yang sempurna. Kerna itu satu yang mustahil. Di dunia ini tak ada yang sempurna kecuali Allah.
10 January 2012
Ketemu Nanti
Aku telah kehabisan kata untuk digambarkan betapa perasaan rindu ini buatkan aku lupa pada sesuatu. Kadang-kadang aku lupa hari apakah hari ini ? Betapa aku kalut dalam melayani kerenah kerinduan ini. Wujudkah ubat untuk menghilangkan rasa rindu ini ? Memang benar kata-katamu, walau selalu tatap gambar-gambar kenangan kita, rindu ini tetap jua tidak mahu pulang. Aku kini merasainya.
Dawai-dawai yang tak pernah kehabisan bergetar, berirama melantunkan rindu. Menggema nada-nada cinta merangkai simfoni kehidupan kita. Biarkan cahaya matahari jatuh di wajahmu. Aku bahagia memandang keindahan alam dari jendela hatimu. Terima kasih sayang.
Tuhan, aku cukup bahagia walaupun terkadang rindu ini terlalu mencengkam jiwa. Kini aku sudah pulih dari rabun, aku baru tersedar bahwa dia seharusnya lelaki yang harus aku miliki. Terima kasih tuhan. Bahagiakanlah dia sebagaimana Engkau bahagiakan aku dengan cintanya. Rahmatilah dia sepertimana Engkau rahmati aku dengan kasihnya. Peliharalah dia sebagaimana Engkau pelihara diriku dengan rindunya. Sedarkanlah aku, bangunkanlah aku, jadikanlah kasihku ini tulus, setia dan suci ini benar kepadanya sepertimana dia berikan sepenuhnya untuk aku.
Rahmatilah cinta kami, berkatilah kasih kami dan sucikanlah rindu kami. Satukanlah hati kami dengan namaMu. Ikatlah cinta kami sekuatnya atas jalan keredhaanMu. Engkau jadikanlah kami orang yang memberi petunjuk dan mendapat petunjuk. Yang tidak menyesatkan dan tidak disesatkan. Sesungguhnya kami bersyukur Engkau telah pertemukan kami dengan takdirMu bersama restuMu seterusnya restu orang tua kami.
-Selamat satu tahun tiga bulan fauzy. Ketemu nanti ya kita disana. Doakan aku selamat sampai. Kangen banget ni. I love you bodoh. Btw, makaseh ya buatkan ini.
09 January 2012
Kawan ? Pukimakkau,
Kemana kau kawan ? Aku rindu kau ni. Rindu babi. Kau senyap kenapa ? Dah mampus ?
Aku silap. Selama ni aku silap. Aku ingat kau adalah kawan yang sebetulnya. Rupanya aku tersilap memilih. Aku baru sedar ternyata kau hanyalah kawan tika ada kesenangan. Bila ada sedikit kepayahan, seolah-olah kau lari. Cuma kata-kata manis kau yang masih berbaki di dalam hati aku. Kata-kata seorang kawan yang berguna bagi aku untuk kemudian hari tapi sebaliknya tidak membawa apa-apa erti. Jahanam aku punya kawan seperti kau. Cilaka.
Woi jahanam ! Dengar sini, aku menyesal kawan dengan kau woi ! Aku sedikit kasar ni. Tolonglah terasa. Kau begitu megah dengan kata-kata kau sendiri. Orang seperti kau tidak sepatutnya dijadikan kawan. Kau sepatutnya tinggal di dalam gua. Tinggal dengan binatang. Sekurang-kurangnya kalau binatang ada sakit hati dengan kau, tidaklah dia nak membebel macam aku ni. Binatang pun takde blog nak luahkan apa isi hati dia. Menaip pun dia tak pandai. Mungkin typo je memanjang.
Kau tak pernah sedar yang kau berkawan hanyalah untuk kepentingan kau sendiri sehinggakan kepentingan diri kau yang terlalu penting tu terkadang buat hidup kawan-kawan sekeliling kau hampir musnah disebabkan kau. Kau pernah sedar ke tak ? Aku dah tak buta, aku baru nampak semuanya ni. Teruskanlah dengan perangai kau. Perangai membabi buta kau tu. Aku di sini bersama dengan kawan-kawan yang lain hanya mampu berpeluk tubuh dan cuba gelak kecil tengok gelagat sialan kau.
Hoi kawan, aku tengah bahagia ni. Tengah dalam kesenangan ni. Tengah berparty sebabnya aku terlalu gembira sekarang. Wanna join ? Pergi mampus. Sudahlah, urus hidup kau sendiri. Hidup tu jangan cuma nak harapkan orang. Cuba berdiri di atas kaki sendiri. Jangan usik kebahagiaan aku, aku lagi gembira, kau berambus, aku benci.
08 January 2012
Dia Menangis
Untuk malam ni, aku betul-betul rasa bersalah dengan perbuatan aku. Dan paling bodohnya aku, malam ni aku dah buat kau menangis lagi disebabkan sakit hati kau pada aku. Dan lagi, kawan aku yang turut berada di satu tempat kem plkn dengan kau -Syahirah, call aku, katanya, dia terdengar kau merungut seorang diri, " Takde sape nak text aku. " Lepas tu Syahirah menyampuk, " Wani kan ada." Seterusnya, Syahirah kata, bentuk wajah kau terus berubah, dia tengok mata kau merah, kau diam dan kau seolah-olah macam mahu menangis bila dia menanyakan soal aku terhadap kau. Dan masa aku mendengar dia menceritakan itu ke aku, aku seolah-olah telah mencucuk hati kau dengan seribu pisau yang begitu tajam. Aku seperti tak pernah pandai jaga hati kau. Aku tahu, dengan luahan hati kau mengatakan kau begitu terluka dengan aku, aku faham gimana kau. Aku tahu aku sendiri yang tak tepati janji aku. Maafin aku. Aku kesal. Bukan niat aku untuk sakitin kau sebenarnya.
Cemburu
Bila ada seseorang yang tersangat mencintai kamu, mungkin disetiap perlakuan kamu dan pergerakan kamu begitu erti buat dia. Mungkin juga orang yang tersangat mencintai kamu itu, sifat cemburunya terlalu besar dalam diri dia. Sampai terkadang sikapnya itu membawa mara bahaya kepada diri kamu sendiri. Wajarlah setiap manusia mempunyai sifat cemburu. Tapi bila sifat cemburu itu menguasai seluruh jiwa, segala kata-kata manis untuk menghilangkan perasaan itu, sama sekali tidak dapat menghalang dan menghapuskan perasaan itu. Malah perasaan sakit hati datang dan mula berjinak-jinak di dalam hati dan perasaan cemburu mula membesar.
Bila kamu rasa dicintai seseorang, dan orang itu begitu prihatin terhadap kamu sampaikan setiap benda yang ingin kamu lakukan semuanya diaturkan olehnya. Terkadang kamu rasa terkongkong. Tapi oleh kerna perasaan cinta yang turut ada dalam diri kamu terhadap dia, kamu serahkan semuanya. Kamu rela hidupmu diaturkannya. Bila perkara ini wujud, kamu menjadi takut untuk berbuat sesuatu perkara di luar pengetahuan dia walaupun perkara itu tidak sama sekali salah di mata kamu. Terkadang kamu sendiri tidak dapat membaca hati dia, walaupun kamu rasa benda yang kamu lakukan itu betul, tapi hakikatnya tetap salah di mata dia. Seterusnya, timbullah segala fikiran negatif dia terhadap diri kamu.
Walaupun pada mulanya, segala kerja buat yang kamu lakukan, kamu sudah maklumkan kepada dia, dan berkata jujur kepada dia, kalau memang perbuatan kamu itu salah di mata dia, tetap saja sakit hati itu ada dalam hati dia. Dan kamu seolah-olah dihimpit oleh rasa bersalah. Padahal realitasnya sedikitpun kamu merasakan tidak berbuat salah kepadanya. Tetapi apakan daya, bila sikap cemburu buta menguasai diri, tiada apa yang kamu boleh bantah segala percakapannya. Tiada alasan lagi untuk kamu berkata jujur. Tiada benda yang dapat mengawal perasaan marah dia.
Bila kamu cuba untuk perbetulkan keadaan yang kamu memang tidak salah, tapi dia cuba sekeras-kerasnya bantah cakap kamu. Lantas ada benda yang dia maklumkan kepada kamu, mungkin dia akan mengatakan kepada kamu yang dia sakit hati, marah, cemburu bukan saja-saja. Katanya lagi, perasaan itu wujud sendirinya kerna hati dia terlalu cintakan kamu. Dan seterusnya kamu terkesima mendengar jawapan dia dan bermacam-macam benda yang sedang bermain di fikiran kamu.
Pada akhirnya, perasaan rasa bersalah tiba-tiba wujud dalam diri kamu. Bila kamu fikirkan semuanya apa yang sudah kamu perlakukan yang memang salah pada mata dia, ternyata kamu sedar yang memang kamu salah. Mungkin dengan apa yang kamu buat itu tidak pernah terniat untuk sakiti dia, tapi sebaliknya. Pabila orang yang sangat mencintai kamu itu terlalu makan hati dengan apa yang kau perlakukan pada dia sehinggakan mengalirkan airmata, kamu terus menyalahkan diri kamu sebabnya kamu gagal untuk menjaga hati orang yang kamu cintai dengan sebaiknya.
Dengan segala apa yang terjadi, kamu kesal. Sebabnya kamu tidak pernah nak menghargai keprihatinan dia selama ini terhadap diri kamu sehinggakan kamu betul-betul buat dia terluka. Dan kamu lupa padahal betapa beruntungnya kamu memiliki orang seperti dia yang tak pernah sorokkan perasaan cemburu dia terhadap kamu. Kerna itulah salah satu perasaan cinta dan sayang yang mampu kita lihat walaupun kita tidak baca hati seseorang. Dan walaupun kamu telah berkali-kali melukakan hati yang bersungguh mencintai kamu itu, dia tetap dapat terima kamu lagi walaupun telah berkali juga kepercayaan dia terhadap kamu itu telah dimusnahkan oleh kamu sendiri. Bersyukurlah. Hargailah orang yang mencintai kamu. Jangan sakitin dia. Peliharalah hati dia sebaiknya.
07 January 2012
Betapa Berharganya Seorang Wanita
Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya, " Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan ??? "
Tuhan menjawab, " Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita ? Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan ".
Malaikat menjawab dan takjub, " Hanya dengan dua tangan ? Tidak mungkin ! "
Tuhan menjawab, " Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari ".
Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya, " Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya ? "
Tuhan menjawab, " Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata. "
" Untuk apa ??? ", tanya malaikat.
Tuhan melanjutkan, " Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki, ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.
Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri, dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan, mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.
Dia berkorban demi orang yang dicintainya, dia mampu berdiri melawan ketidakadilan, dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang, dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.
Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian, tapi dia mampu mengatasinya. Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.
Allah S.W.T berfirman:
" Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan. "
" Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "
" Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh. "
" Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya. "
" Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya. "
" Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu. "
" Dan akhirnya, aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan. "
" Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada. "
Cintanya tanpa syarat. Hanya ada satu yang kurang dari wanita, dia sering lupa betapa berharganya dia. Kerna dia alpa bahwa tuhan telah kurniakan kekuatan yang tersangat teguh untuk dia. Kekuatan dalaman.
-Tetiba aku teringat soal ini yang pernah dulu kala aku terbacanya di laman sesawang.
05 January 2012
Ombak Rindu Cilaka,Kau
Maaflah untuk tajuk yang kurang sopan tu. Firstly setiap kali aku nak masuk entri baru, bab nak letak tajuk apa, aku memang lemah sesangat. Fikir punya fikir baru dapat idea nak letak tajuk apa. Itu bukan masalahnya sekarang. Tajuk takda kene-mengena dengan apa yang aku nak bicarakan ni. Sekarang ni aku nak pertikaikan soal filem Ombak Rindu. Semua orang kecoh pasal ombak rindu sampai aku sendiri pun tak dikecualikan. Aku mengaku yang dulu aku ni memang nak sesangat tonton cerita tu. Kononnya nak pergi tengok dekat wayang ditemani oleh kekasih, lepas tu boleh feeling sama-sama. Meraung sama-sama. Sebabnya ramai pihak yang berkata filem tu sedih.
Tapi bila aku sendiri yang tonton filem tu, aku kecewa. Kecewa sangat. Aku kira filem tu boleh tadah air mata aku ni satu baldi, konon aku ni feeling gila tengok filem tu tapi hampeh. Aku hairan kenapa pihak di luar sana kata filem ombak rindu ni sedih gila, sampai bawak masuk sekotak tisu dalam panggung. Lelaki pun boleh menangis gila bagai tengok cerita tu. Semua ni palsu. Kalau nak nak tahu, aku ni haa seseorang yang mudah feeling untuk sesuatu perkara. Kiranya mudah sedih. Tapi cerita tu tak sedih bagi aku. Whatsofunny.
Cerita ni banyak tak kena. Aku bukannya hebat dalam pembikinan filem, sorrylah bukan bidang aku. Tapi aku ada hak nak pertikaikan. Izzah. Watak heroin dalam Ombak Rindu. Gadis kampung, ajar budak mengaji. Yang aku peliknya, mana Izzah belajar cukur kasi trim kening ? Woi sikap cukur kening ni, sikap orang bandar. Si Izzah ni asal kampung. Penduduk kampung yang kurang pendedahan facebook macam Izzah ni sepatutnya tak buat kerja cukur kening ni. Ustazah ada ke cukur kening ? Mak cik Izzah ni pun satu, dah tahu wataknya tu dah tua, ada penyakit barah, apa kes cukur kening segala ? Tinggal di kampung ada sawah padi, ada laut, kau tahu tak, tak kena, tak kena. Kalau nak wujudkan watak kampung, biar original kampung.
Tak payah lah nak trim kening semua. Kalau artis tu memang dah trim keningnya sebelum shooting, tunggu kening dia tu menebal then baru boleh start shooting. Baru real awek kampung. Memang suasana kampung tu ada, sawah padi, layang-layang, laut, perahu dan benda tu semua takda di Kuala Lumpur. Tapi kalau watak kampung tu takda, gimana caranya ?
Okay then, ni pasal Izzah kena paksa pergi Kuala Lumpur dengan bapak saudara dia. Izzah kena jual lah ni kononnya. Scene Izzah masuk clubbing dan kena main dengan Haris masa tengah tak sedarkan diri. Izzah ni masa kena kerumun dengan orang jahat pakai baju kurung solid. Entah macam mana si Izzah ni bila Haris datang dah siap-siap berkemban kain batik. Mungkin si tokey club melondeh baju kurung, dan mungkin dia tak mahu Izzah telanjang, maka dia geledah beg Izzah dan terjumpa kain batik. Tapi yang anehnya, takkan si tokey ni nak go ahead sarungkan kain batik ke badan Izzah dan ikat kemas-kemas kain batik ke dada Izzah ? Kalau ikut logik, bila dah sudah main, tinggalkan macam tu saja, atau tutup dengan selimut tu dan atau nak masukkan jugak elemen kain batik tu, just tutup badan dengan kain batik. Apa hal siap bungkus badan dengan kain batik rapi punya ? Put it in natural way lah woi. Atau si Izzah sendiri yang pakai kain batik tu ? Bukan Izzah tak sedarkan diri masa kena paksa minum arak sampailah Haris datang ? Tak masuk di akal.
Seterusnya, scene accident. Masa Izzah ni lari marahkan Haris sebab ingatkan Haris ni curang dengan wanita lain. Accident yang berlaku di Cameron Highland. Kalau ada yang bantah cakap tempat accident tu bukan Cameron Highland, memang bangang. Lepas tu, Haris masuk hospital wad emergency di Columbia Asia Hospital. What the hell ? Maaflah kalau aku silap. Tapi yang aku pasti di Malaysia, Columbia Asia cuma di Taiping, Shah Alam, Nusajaya, Bintulu, Miri, Bukit Rimau, Cheras, Seremban dan Puchong. Cuba cek Wikipedia kalau aku silap. Bangang jauh gila nak hantar pergi hospital, sempat mati dulu. Atau memang dalam novel Fauziah beritahu Haris memang masuk Columbia Asia lepas accident di Cameron Highland ? Osman Ali nak tolong jawab ke tidak ni ?
Masa aku tengah tengok filem Ombak Rindu ni. Aku jadi kaget. Seribu penasaran. Scene di rumah Izzah yang duduk bersama Haris relatively dekat dengan rumah ibu Haris yang dipercayai tinggal di Kuala Lumpur. Yang aku hairannya, buat aku kaget, macam mana pulak rumah Izzah boleh ade scene pantai ? Bila masa pula ibu negara Kuala Lumpur ada pantai ? Atau memang aku yang tak pernah tahu ? Aku cek google takde pun mengatakan Kuala Lumpur ni ada original pantai. Dekat Sunway Lagoon ada, tu pun buatan.
Maaflah kalau aku banyak membebel. Tapi ini pandangan aku. Cerita Ombak Rindu ni bukannya langsung tak best, tapi terkadang ada yang tak masuk diakal. Nak kata sedih tu, bagi aku memang tak sedih. Tentang Dhia sedih lagi okay. Maaflah lagi, ini firasat aku yang berkata. Kalau nak hentam, hentam dia, jangan hentam aku. Aku tak bersalah dalam pertikaian merapu ini. Satu yang aku tak boleh nak complain, lagu Ombak Rindu memang best, feeling.
03 January 2012
Rindu Kau Juga
Semalam kau call aku, borak-borak, lepas tu kau suruh aku dodoikan kau tidur. Eh kau ni mengada je kan ? Last-last kau pulak yang nyanyikan aku lagu ni, aku just sambung je. Sebab lagu ni kononnya memang kita dah hafal. Konon jelah, ayat bajet. Okay then, kau suruh aku kejutkan kau bangun tidur pukul 5 pagi. Sebabnya kau nak solat Subuh. Masa tu aku jawab macam sedikit payah asdfghjkl sebabnya aku tak yakin on that time aku bisa bangun ataupun tidak. Bila tibanya subuh, ternyata bukan aku yang kejutkan kau, tapi kau yang kejutkan aku. Memang liat gila aku nak bangun, mata ni berat semacam nak buka rasanya macam dah dilekatkan gam. Kau suruh aku solat subuh, okay aku pergi. Dalam hati ni, rasa macam pelik. - " Eh kau ni dah kenapa ? " Sedikit penasaranlah apa sebenarnya tuhan dah bagi dekat kau kan.
Aku tak mahu sedih. Tapi realitasnya kau buat aku semakin pilu, sedih, semuanya lah. Tadi subuh, kau ada bilang yang airmata kau tiba-tiba jatuh. Kau kata kau sedih. Kau cakap kau nak balik, kau nak balik, kau rindukan semua. Aku tahu, aku tahu semua tu. Cukuplah, dengar pesan aku ni, aku tak mahu kau sedih kat sana. Kau ni haa sebenarnya lembik sangatkan, macam perempuan most of the time nak sedih. Orang nampak kau ni keras semacam kat luar tapi bila orang tahu kau ni macam ni, semua pasti gelakkan kau. Be a man sayang. Hari ni last day kita contact sebabnya jurulatih PLKN terpaksa kutip semua-semua handphone. Mesej last kau tu, ya tuhan sebak aku. Aizat pun ada text aku. Yang dia teringatkan kau.
" Aizat rindu bos ogy wani. Tetiba nangis. Sumpah sedih. Setiap malam masa nak tidur Aizat akan nangis sebab bimbangkan Ogy dan rindukan dia. Aizat terlalu sayang dia. Dia dan macam kembar Aizat. " Katanya Aizat
02 January 2012
Berjuta Pesanan.
010112 - Awal pagi aku bangun kononnya nak hantar kau berangkat pergi ke PLKN. Pagi tu memang aku dah berat hati sesangat. Mak Abah pun tengok aku semacam. Macam nak perli aku sebabnya kekasih aku dah nak pergi jauh. Tiga bulan pulak tu. Sesampainya di TSB, banyak gila bas. Dalam hati aku, - Eh dorang ni nak angkut semua budak-budak Terengganu ke pergi PLKN. Hari tu jugak Mak Abah aku dengan Mak Abah kau akhirnya sempat jugak ketemu kan. Borak-borak kejap. Okay then tunggu punya tunggu, kononnya nak bertolak pukul 9.30 pagi, tapi pukul 11 pagi baru bas nak bergerak. Dengan hujannya lagi.
Kau mintak nak masuk dalam bas. Kau salam dengan semua orang. Time kau salam aku, aku dah naik sebak. Sebelum kau pergi, banyak kau pesan kat aku. Dan insyaAllah aku akan ingat semua pesan kau. Aku, Aizat, Syabil dan Iekin tengah tunggu bas kau bergerak ni, dalam hujan. Nasib hujan tak turun dengan lebatnya. Time tu kau dah ada dalam bas, kau ambik sit belakang sekali. Time tu kau sempat lagi text aku, suruh aku jaga diri. Terus aku tengok tingkap bas, tengok muka kau. Kau senyum. Aku sebak lagi, aku memang dah tahan nak menangis. Lebih kurang pukul sebelas pagi, bas kau dah bergerak. Aku semua lambaikan tangan untuk kau dan masa tu aku lihat muka kau macam orang tahan nangis. Itulah lambaian terakhir kita selepas kau pergi. Beberapa minit kau pergi, tiba-tiba aku dapat call. Rupanya kau yang call aku, cepat-cepat aku tekan button hijau.
" Kenapa call ? " Aku tanya.
" Aku dah rindu kau ni. " Dia balas.
" Jangan nak tipu sangatlah. Baru je bas bergerak. "
" Tadi kenapa kau menangis ? "
" Bila aku menangis ? Aku sedih je weh. Suara kau tu kenapa lain sangat ? Kau nangis jugak ? Eh mengada. "
" Tadi aku nampak kau nangis. Aku tak bodoh. Aku sedih lah, terpaksa jauh dengan kekasih aku. "
" Yelah. Aku sedih jugak ni. Nanti siapa nak jaga aku dekat sini. "
" Kau jangan risau. Aku dah titipkan seseorang untuk jaga kau. "
" Siapa ? Aizat ? "
" Bukan Aizat. Seseorang. Aku tak boleh bagitahu. "
" Okay. Kau janji jangan curang dengan aku. "
" Ya, aku janji. Kau pun jangan curang. "
" InsyaAllah aku tak curang. "
" Aku nak kau janji. "
" Ya, aku janji ogy. "
Sesampainya kau di kem PLKN, Penor Pahang, kau dah selamat sampai. Aku kira bila dah dekat sana, kononnya handphone kau kena simpan, tapi malam tu kau call aku. Eh happy gila aku. Dan pagi tadi, kau kejutkan aku bangun tidur. Lepas tu baca text kau tu. Senyum sampai nampak semua gigi ni haa aku. Kau tak perlulah cakap yang everytime kau rindukan aku, sebabnya aku pun rindukan kau jugak even kau baru pergi sehari. Cakap pasal Aizat pulak, dia ni buat aku makin sedih. Katanya rindukan kau, bila sebut nama kau, dia menangis. Dia cakap lagi, sehari baru kau pergi tapi rasa macam dah lama. Kalau kau kat rumah, perasaan ni tak lah sebegini rupa kan. Mungkin kau sedang berada dekat tempat orang. Jarak jauh tu terasa.
Aku disini mendoakan keselamatan kau di tempat orang tu. Selamat berkhidmat untuk negara. Aku akan tunggu tiga bulan di sini. Orang kata tak lama, tapi aku tak tahu nak kata lama ke tidak. Susah untuk aku olahkannya. Aku akan pegang semua janji-janji yang kau suruh janjikan. InsyaAllah aku tak melanggarnya. Dan kau juga ya. Terima kasih sebab kau kat sana pun masih nak buat lawak bodoh dengan aku. Terakhir dari aku, aku selalu sayang kau Fauzy.
01 January 2012
Aku Di Sini 2012 .
Kau pergi. Meninggalkan aku. Tetapi 2012 yang datang memanggil aku. Dan aku di sini mengorak langkah membawa bersama semua kenangan. Aku takkan lupakan kau kenangan 2011.
Begitu cepat rasanya masa berjalan, walaupun ku berlari tidak sempat jua aku mengejarnya. Tapi aku masih bisa menjamah masa-masa yang akan tiba bersama dengan angan-anganku. Terkadang aku lupa, aku terlalu berimaginasi dek kerana angan-angan yang terlalu tinggi membuat aku alpa yang aku masih berpijak di atas tanah yang berdebu ini.
Masa-masa lalu mungkin telah meninggalkan kita dan mustahil untuk kita kembali kepada detik-detik itu. Tetapi yang pasti kenangan yang telah tercoret tidak bakalan meninggalkan kita. Hanya kenanganlah satu-satunya untuk kita mengimbau detik-detik masa lalu. Dan ia tidak akan mati di akal walaupun telah berpuluh kali kita kuburkan.
Detik waktu tidak akan serupa. Walaupun laluan-laluan hidup kita arahnya selalu sama, tetapi apa yang bakalan terjadi dan apa yang telah terjadi, mustahil akan sama. Waktu yang mematangkan kita. Waktu juga takkan sama sekali membuat kita semakin menjadi anak kecil malahan membuatkan kita bertambah dewasa.
Dan aku disini, hanya mampu membuat laungan kecil di kamar aku, rancak menekan keyboard, ingin aku laungkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakyat Malaysia. Moga tuhan melancarkan semua perjalanan hidup kita pada tahun ini. Terakhir kalinya, walaupun aku belum mengenali siapa sebenarnya dunia, tetapi kini aku sudah lapan belas tahun. Aku dewasa. Umur, tolong matangkan aku.
My love, Ogy and my friends Lieya, Aizat, Farouq and others terima kasih untuk malam new year. Lieya terima kasih untuk gambar ni. I love you all <3
Subscribe to:
Posts (Atom)