31 December 2011

Bangsat



Tuhan. Selamatkan aku daripada pandangan anasir-anasir bangsat yang berkuasa diluar sana. Hindari aku daripada cengkaman mereka. Selamatkan aku hidup di dalam dunia yang kejam ini. Dunia yang penuh kejahilan ini. Dunia yang dipenuhi manusia berhati busuk dan bongkak.  

Dengarlah aku. Bangunlah. Sedarlah. Kembalilah kepada Tuhan mu. Pergilah memohon dan meminta. Jangan kau terlalu ego, sombong dan bongkak. Tuhan mu akan murka dengan sikap buruk mu. Kau kata hidup mu selalu di bawah. Dan kau menginginkan berada hidup di tempat paling teratas. Yang kononnya buat kau lupa diri, kau lupa siapa yang telah menciptakan kau. Kau lupa, kau tu jijik, kau hanyalah diperbuat daripada tanah dan akhirnya diutuskan untuk menjadi manusia. Manusia yang ego seperti kau.


Andai tiang kau itu belum cukup lima, bagaimana kau nak hidup di tempat teratas ? Aku bukannya para Ulama' untuk membicarakan soal ini, sebenarnya aku tidak pantas untuk semua ini, tapi sekurang-kurangnya aku tidak bongkak kayak kau. Kau sikitpun tidak mahu sujud dikala senang, bila ditimpa musibah, mula menyalahkan takdir. Dia tidak kejam. Dia tidak zalim. Kau yang kejam. Kau yang zalim. Kau lupa siapa Tuhan mu. Dan walaupun aku tidak kayak malaikat, aku mengaku aku ni jahil juga dalam bab-bab agama, tapi yang pasti aku masih kenal siapa Tuhan aku.


Kau harus mendesak diri kau sendiri. Untuk mencari jalan yang di akhirnya kau takkan menyesal. Aku di sini sedang berlari dari dunia kejahilan ini, sebenarnya aku takut dicelakakan oleh manusia-manusia yang kurang waras akal fikirannya. Semuanya bongkak. Semuanya pentingkan diri sendiri. Termasuk aku. Tapi tidaklah aku mahu mencelakakan orang. Aku terdesak. Aku nak lari. Aku nak manfaatkan masa-masa yang berkualiti. Aku tak mahu dipandang rendah nanti aku dipijak mati. Aku tak mahu mati dengan cara sebegitu. Takutnya aku sebab pahala tak banyak.

30 December 2011

Sejujurnya Kau...


Sejujurnya kau adalah... Sejujurnya kau adalah... Sejujurnya kau adalah seorang pria yang telah diutuskan tuhan untuk aku. Kau lihatlah wajah yang hodoh ini, kau lihatlah wajah yang penuh dengan dosa ini, kau lihatlah wajah yang penuh dengan kecacatan ini. Lantas aku mengangkat tangan tandanya aku ingin menyokong hati aku sendiri yang bahwa hatiku berkata benar,  -ia bahagia.

Untuk hari ni, terima kasih sudah habiskan waktumu untuk aku lagi. Terima kasih sudi temankan aku mengambil angin bayu di tepi pantai. Di pantai batu buruk tadi tulah kau buat aku rasa aku beruntung sangat memiliki kau. Dengan ucapan-ucapan bodoh kau tu, kata-kata manja gila kau tu dan juga lawak-lawak merepek kau tu. Kau buat aku tersenyum bodoh. Dan untuk di Tropix's Bistro tadi, makaseh ya udah belanja aku dan maaf ya sebab aku langsung tak hiraukan kau tika aku makan. Lapar bangettttt agaknya.

Untuk hari ini juga dan hari-hari semalam, terima kasih untuk semuanya. Aku sayang kamu bodoh. Terima kasih juga kerna sudi layan kerenah merepek aku. Situasi yang kau selalu berikan, sering mendominasikan aku. Lalu keriangan terpapar di wajah.

Kamu...

" Gue sayang kamu bodoh. Gue sayang kamu. Dan gue sayang kamu. Cuma kamu yang gue punya. Gue janji gue ngak akan kecewakan lo. Makaseh ya udah bahagiain aku. "

26 December 2011

Nawaitu Yang Penting


Bercakap soal nawaitu, ya semualah ada nawaitu masing-masing. Kita sama sekali tidak tahu akan niat masing-masing kecuali tuhan dan melainkan orang itu sendiri yang menceritakan sendiri apa niatnya. Tapi tu pun belum tentu dia berkata benar atau bohong. Seperti yang selalu aku bilang dalam setiap apa yang ditulis sebelum ini, aku adalah seorang perempuan yang senantiasa hidup pada kenangan. Cuma yang bedanya, kenangan itu muncul dalam bentuk yang bukan memedihkan lagi. Ia seakan memori indah yang buat aku selalu senyum. Tapi terkadang perih, perit, seksa itu ada juga memanggil namaku, katanya rindu. Dan aku pergi bersamanya seketika.

Awalnya aku ada pasang niat. Aku niat untuk hidup bukan untuk merana, bukan untuk merasa seksa tapi aku niat untuk hidup adalah untuk mencari sesuatu yang bermakna. Sesuatu yang boleh menyenangkan aku di dunia dan akhirat. Bercakap soal akhirat, aku akui yang sudah pastinya belum cukup bekal pahala untuk aku bawa ke alam lain nanti. Kenapa ? Sebab aku masih berfoya-foya di alam yang aku cipta sendiri. Aku khayal dengan semua. Dengan nikmat dunia. Tapi itu tidak bermakna yang aku ini seorang yang jahil. Aku masih pegang pada prinsip. Niat yang telah aku hajatkan itu akan aku perlahan-lahan tunaikannya. Maksud aku, kalau kau niat nak bahagia, kau akan berhasil untuk dapatkannya. Kalau kau nak merana, merana lah hidup kau. Hidup ni berlandaskan apa yang kita bikin, apa yang kita selalu katakan dan apa yang kita niatkan. Cuma tinggal tuhan saja yang menentukannya.

Tapi pernah juga aku berada dalam keadaan dipresi kerana marah pada kehidupan. Mungkin juga kerana darah budak muda kayak aku ni mendidih, kebencian itu seperti sudah erat dalam jiwa hitam ini. Benci kenapa begini jadinya, dan begitu ? Kenapa hidup ni kadang-kadang susah bangetttt. Persoalannya orang muda biasanya sengaja meletakkan kewarasan di kepala lutut apabila berfikir.

Dan suatu hari, kononnya bila aku dah meningkat dewasa, aku sedar pada peraturan yang mudah, pada setiap ketentuan itu punya jalannya sendiri. Ada yang berliku dan yang lurus atau curang cenuram. Sehingga terkadang takut untuk pandunya. Dan aku tak buta lagi, manusia itu bukannya kayak malaikat, ada juga yang bertopengkan syaitan. Sesetengah manusia yang tak pernah ikhlas bila berbuat sesuatu. Manusia yang niatnya tak pernah betul. Nawaitunya yang selalu menipu kita. Buat kita jadi bodoh. Manusia sebeginilah yang biasanya aku kenal dan pada akhirnya buat aku benci. Sebabnya lahirnya manusia sebeginilah buat hidup kita jatuh merudum. Sehingga kita sendiri tak mampu nak bangun lagi.

Tetapi. Ada tapinya. Terima kasih kerana perasaan dendam, marah atau benci pada manusia yang pernah aku kenal telah disiram air sejuk, kemarahan itu tuhan telah tukar jadi ais yang beku. Dulu memang aku benci dan berdendam dengan orang yang datang untuk buat onar dalam hidup aku. Kejam sungguh. Tapi aku dah biarkan perasaan itu pergi jauh-jauh, hanya anggap ia sebagai salah satu laluan untuk menuju ke pengakhiran umur sambil bertatih perlahan dan senyum untuk orang-orang yang jahat pada aku walaupun pahit. Belajar untuk memberikan bunga kepada setiap perasaan jahat yang pernah hadir dalam jiwa ini. Aku tak mahu benci pada siapa-siapa pun. Tuhan pun tak pernah benci umatnya. Yang pasti, kalau niat baik, baiklah jadinya. Kalau niat jahat, jahatlah jadinya.

24 December 2011

Mesej Untuk Dia,

Orang yang paling bahagia bukanlah mereka yang memiliki hal-hal yang terbaik, sebaliknya mereka ialah orang yang berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidup mereka. Air matanya menunjukkan dia kesepian dan merasa begitu hampa, hatinya kosong dipenuhi cinta dahulunya yang merapuh sehingga mereputkan, tapi dia tetap pergi mendapatkan cinta dia.
" Kesunyian mengeskort aku ke ambang maut. Dan untuk mengelak daripada dibawa ke ambang itu. Aku mulai terbang atas darat lagi. Kali ini, mungkin aku tak akan berhenti. Sebabnya aku terlalu rindukan kau. "
" Kenapa kau datang lagi untuk aku ? Kan dulu aku dah suruh kau pergi jauh dari hidup aku. Aku bukan perempuan yang terbaik untuk kau.  "
" Aku dah cuba pergi sejauh yang mungkin. Aku dah cuba lupakan semua tentang kita. Tapi... Macam ada sesuatu yang menghalang aku untuk berbuat sedemikian. Aku tak sanggup. "
" Kau nak apa lagi dari aku ? Tak cukup lagi ke dengan kepahitan yang aku berikan pada kau ? Kau tak sakit ke ? Kau tak rasa terseksa ke ? "
" Aku nak kau balik semula pada aku. Aku perlukan kau. "
" Maksud kau ? Kita jalinkan hubungan macam dulu ? Tapi kenapa ? Penting ke ? "
" Ya, penting. Sebab aku masih sayangkan kau. "
" Aku dah banyak sia-siakan hubungan kita dulu. Kau juga. Dan kita sama-sama tak hargai hubungan cinta kita. Sebabnya dulu kita tak pernah nak fahami apa itu erti cinta. Dan sebabnya kita juga bodoh dulu. " 
" Tapi aku tak mahu terus jadi bodoh. Aku tak mahu lagi lemas dalam cinta. Sekarang aku sedar yang aku teramat cintakan kau. Aku kesal. Dulu kau minta aku pergi jauh, dan aku pergi. Tapi sebenarnya aku tak sanggup nak hadapi semua tu. Tanpa kau. "
" Itu semua dah terlambat. Kau datang pada saat ni seolah-olah kau nak hancurkan hubungan yang aku ada sekarang. Padahal kau dah tahu semuanya yang sudah ada seseorang miliki hati aku. Dan mustahil aku akan berbalik lagi pada kau. Aku dah tak sayangkan kau lagi. "
" Aku tahu akan semua tu. Sedikit pun tak pernah terlintas di hati aku untuk hancurkan hubungan cinta kau dan dia. Tapi aku datang aku cuma ingin katakan aku masih mahu kau pulang untuk aku. Aku tersangat rindukan kau. "
" Sudahlah. Kau lupakan semua. Aku mengaku. Walaupun aku sudah kuburkan semua kenangan kita dahulu, masih ada baki-bakinya yang masih belum aku luputkan dari ingatan aku. Yang pasti, aku bukan untuk kau. "
" Puas aku mencari kau. Aku perlukan kau. Aku perlukan kau ! "
" Kau pergilah cari bintang yang betul-betul akan menyinari di sepanjang umurmu. Tuhan sudah mengutuskannya untuk kau. Cuma mungkin ia belum jatuh untuk kau. Mungkin besok, lusa atau hari yang seterusnya. Kau teruslah berdoa, bintang yang sempurna akan sempurnakan hidup kau. Bukan aku. "
" Berapa lama aku harus tunggu ? Sewaktu dulu semasa kau tinggalkan aku yang ini juga kau bicarakan pada aku. Tapi tidak pernah aku lihat bintang yang sudi hadir untuk aku. "
" Mungkin kau kabur. Sudah ada banyak bintang yang ada di depan kau. Cuma kau buntu untuk memilihnya. Kerna kau takut bintang yang kau pilih tu bukan yang sebetulnya. "
" Aku bukan kabur. Aku sudah pilih satu bintang yang aku dapat lihat sungguh terang kilauannya. Kau tahu bintang apa ? Bintang yang selalu ada dalam hati aku. Iaitu kau. "
" Kau silap memilih. Aku tak mampu nak bahagiakan kau. Hubungan kita sudah lama berakhir. Kau kena tahu tu. Jangan kita ungkit masa lalu kita. Itu hanya akan memusnahkan masa depan kita. Kau dan aku. "
" Aku sekarang lemah. Lemah dengan semua. Tanpa cinta kau buat aku lemah. Kau kena tahu tu. "
" Sedarlah. Cinta tidak pernah mengajar kita untuk lemah. Cinta itu harus membuat kita bahagia. Tapi bukan dengan cinta aku. "
" Aku faham semua maksud kau. Aku takkan memaksa kau untuk menyintai aku lagi. Tapi aku nak kau tahu aku bersedia terima kau bila-bila masa di saat kau butuhkan aku. Pintu hati aku selalu terbuka untuk kau. "
" Kau relakanlah dengan semua yang telah terjadi. Tak perlu kau menitiskan derita kerna mengenangkan memoir dahulu. Kau pergilah cari cinta yang lain. Cinta yang betul-betul ikhlas untuk kau. Aku bakal doakan kau. Kau senyumlah untuk merelakan kebahagiaan, kekecewaan, kepedihan, pemergian dan perjanjian. Cinta yang manis suatu hari akan datang. "
" Biarlah. Melihat kau bahagia dengan dia itu sudah cukup buat aku senyum. Moga dia akan jaga kau sebaiknya. Biarlah aku disini meronta kesepian. Aku harap nanti, tidak kiralah kapanpun ia, kau bisa balik lagi ke aku. Aku pinta tuhan pertemukan jodoh aku. Jangan katakan selamat tinggal kalau kita masih bisa ketemu lagi nanti. "
" Kalau kita betul-betul sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi, jangan kau halang dia, andai sudah tersurat dia milik kau, suatu masa nanti dia pasti balik pada kau walau sehebat manapun pengganti yang dia jumpa dan  andai kau sayangkan sesuatu benda itu, jangan kau genggam dia terlampau kuat, bimbang ianya pecah di dalam genggaman kau sendiri. Ingatlah pesan aku. Aku selalu doakan kebahagiaan kau. "

Namanya juga kehidupan, gembira dan sedih, menakutkan dan menyenangkan dan kita tidak tahu apa yang akan terjadi kemudian. Jangan biarkan patah hati menjadi bumerag yang akan membuat lidahmu menjadi pahit untuk semua hal-hal manis. Tidak ada yang bisa disalahkan di dalam persaingan cinta, kerna cinta akan memilih siapapun untuk tempat berlabuh.

23 December 2011

Saat Yang Berbaki


Tuhan, boleh Kau hentikan waktu agar aku bisa terus bahagia bersama dengan dia ? Biar kami bisa terus gelak tawa bersama-sama. Dan tuhan boleh kau perlambatkan masa untuk aku ? Bisa tuhan ? Aku mohon. Aku dah tak punya banyak masa lagi untuk bersama dia, masa yang berbaki cuma dalam satu minggu. Lalu dia akan pergi selama tiga bulan. Tiga bulan ? Ya, bukan tiga saat, bukan tiga jam, bukan tiga hari, bukan tiga minggu tapi tiga bulan. Kalau seminggu pun aku dah rasa macam sebulan.

Untuk setiap detik yang aku punya sekarang, aku takkan sia-siakannya. Aku akan isikannya dengan sesuatu yang bermakna. Kalau nanti aku rindu, aku akan lihat gambar-gambar aku bersama dia. Sekeping gambar mampu menyimpan seribu cerita. Sekeping gambar juga mampu membuktikan peristiwa tika itu sama ada ada pahit atau manis. Dan cuma kita yang mampu menggambarkannya gimana situasi tika itu. Supaya kau tahu, aku selalu rindukan kau walaupun hari-hari kau berada di sisi aku.

21 December 2011

Tika Dulu Kita Bergabung .


Terima kasih pelangi hadir untuk aku. Sungguh indah warna-warna kau. Sudah lama ku tunggukan saat ini dan akhirnya aku bisa mendapatkan kau. Setelah sekian lama kita tidak bersua muka, dan sekarang kita masih bisa bertentang mata, gelak tawa dan bergurau senda.

201211 - Tidak ku sangka, seingat aku setahun yang lepas pertemuan akhir kita. Sudah lamanya kita tidak berjumpa. Kita masing-masing membawa haluan sendiri. Kau ke situ dan aku ke sini. Kita semua pergi menuju berlainan arah. Tapi yang pasti kita masih lagi bisa ketemu. Syukur kerna walau jarak antara kita semua jauh dan banyak hal yang menyukarkan untuk kita berjumpa tapi kita semua masih lagi tetap berhubung.

Untuk satu saat tu, kita semua berkumpul lagi walaupun ada yang lain tidak bisa bersama kita. Kita bersalaman, kita berpelukkan dan masing-masing ketawa. Rupa pun berbeza sikit dari yang sebelumnya biasalah makin meningkat dewasa. Kita lepak di satu meja, kita makan sama-sama, kita borak sama-sama. Menceritakan kisah-kisah dulu, mengupas semua zaman sekolah menengah form 1, form2 dan form 3. Banyak hal yang terjadi dulu, kenangan pahit manis semua ada. Lepas tu, kita semua asyik gelak memanjang.

Hal-hal yang dulu telah mendewasakan kita. Telah membuat kita menjadi orang yang benar. Telah menginsafkan kita dari kesilapan dulu yang telah banyak menjahilkan kita. Tapi disebalik semua tu, tuhan telah menunjukkan kita menuju ke jalan yang sebetulnya. Agar kita tidak menjadi orang yang buta dengan nikmat tuhan.

Untuk detik-detik yang seterusnya, aku harap kita bisa berkumpul bersama-sama lagi. InsyaAllah, selagi tuhan memberkati hubungan baik kita semua, kita akan terus jadi sahabat buat selamanya. Aku akan rindu kamu semua dan saat-saat kita bersama dulu.




17 December 2011

Senyum Penuh Ghairah.


Dengan segala apa yang terjadi, aku lagi sedang menari-nari di bawah hujan yang turun membasahi bumi sambil tersenyum ghairah. Menari bersamanya, memegang erat tangannya dan membuat pusingan tujuh kali. Memang dunia benar-benar berputar. Hujan rahmat jangan kamu berhenti turun, aku tidak puas bermain-main denganmu. Jangan kamu berasa pelik dan takut kerna melihat senyumanku yang paling ghairah ini, kerna ia sungguh bermakna. Banyak rahsia disebalik senyuman ghairah ini. Cuma aku yang merasakan keghairahan ini.

Keghairahan yang diberikan olehnya. Kaku rasanya hati. Semuanya menjadi kaku. Aku mahu sebut aku sayang... Aku... Aku sayang... Dan lantas kau sahut aku sayang kau juga... Sepertinya kau memahami apa yang cuba aku tafsirkan pada kau. Ya, aku sayang kau. Kau buat aku ghairah dengan cara kau terhadap aku. Ghairah dengan cinta kau. Cinta kau tu buat sekujur badanku menjadi beku.

Di dalam hati semuanya sedang berentak mengikut irama yang kau cuba dendangkan untuk aku. Asyiknya, merdunya, lunaknya, indahnya. Gelombang-gelombang suara kau mengalir menusuk ke jantungku lantas berdetak laju jantungku sepertinya makin bergelora rasa cinta ini. Mendengar semua alunan yang cuba kau mainkan, kita lagi sedang asyik berdansa di bawah bulan dan bintang dan tiba-tiba kita terlihat ada sesuatu pelik di atas langit sana. Tak sangka, ternyata ada tahi bintang muncul lantas cepat-cepat kita pinta sesuatu. Aku tanya kau, kau niat apa dan kau jawab, " Aku harap kau akan setia mencintai aku sampai akhirnya dan tuhan bakal menjodohkan kita berdua. " Terus kau menanyakan apa yang aku niatkan dan aku berkata, " Tuhan, dia lah segala rasa bagi aku, pahit dan manis. Moga dia mencintai aku seperti sungai yang mengalir tanpa hentinya yang pernah dia sampaikan ke aku. Kuatkan jodoh kami tuhan. " Kita sama-sama senyum. Melihat lagi ke langit sana, sungguh banyak bintang kelihatan, tahi bintang itu sudah berlalu pergi dan moga tuhan mendengar doa-doa kita.

08 December 2011

Dulu Memang Celaka Tapi Rindu .


Walau sepalat manapun kehidupan aku dulu, tapi boleh undurkan masa untuk aku bermain dengan saat-saat dulu walau hanya sebentar ? Bisa tuhan ? Aku rindu. Aku ramai kawan. Lelaki, perempuan, bapuk, pengkid, semua tu kawan aku. Aku kawan dengan semua orang. Kalau ada yang bawak mulut sebab aku berkawan dengan orang-orang yang tak sepatutnya, aku cuma tutup telinga. Apa mereka kesah ? Itu masalah aku nak berkawan dengan sesiapapun.

Biasanya dulu aku akan habiskan waktu-waktu aku dengan kawan-kawan. Tak kiralah dekat celah-celah lubang manapun, akan dijadikan tempat bahan percakapan. Seronok. Aku nak berkawan dengan sesiapa, nak berkepit dengan sesiapa nak buat apa-apa, okay memang takkan ada sesiapa yang kesah. Cuma ada sesetengah pihak yang kurang senang dengan aku. Biasalah, masyarakat Melayu kita, mata bukan main liar ke sana ke sini, mulut kepoh satu dunia agaknya semua boleh dengar.

Tapi itu semua dulu. Life aku yang dulu bukan sekarang. Dan mungkin aku takkan kembali kepada kehidupan yang dulu walaupun kadang-kadang aku rindukan semua tentang dulu-dulu. Sebab sekarang ni ada seseorang yang betul-betul peduli akan aku. Seseorang yang buat aku takut untuk lakukan sesuatu hal walaupun kadang-kadang aku terlanjur melakukannya. Sesuatu perkara yang berlaku kadang-kadang bagi aku tiada silapnya, tapi salah dimata orang. Biasalah, pendapat masing-masing.

" Kau sayang aku ? " katanya.

" Wajarlah aku sayang kau. "

" Kalau kau sayang aku, kalau kau mahu terus hidup dengan aku, kau kena ikut cara aku. Kalau kau lebih suka dengan cara hidup kau yang dulu-dulu, just go on. "

" Tak. Aku tak perlu kehidupan yang dulu. "

" Aku beri kau masa. Kau pilih sama ada kehidupan kau yang dulu atau kehidupan kau dan aku. Macam sekarang. "

" Aku cuma nak kehidupan yang sekarang. "

" Kalau tu yang kau pilih. Kau kena tahu apa yang aku suka lihat dan apa yang aku tak suka lihat. Kau sendiri tahu yang aku orangnya kuat cemburu. Kalau aku kata jangan contact mana-mana lelaki tanpa pengetahuan aku, jangan lakukannya. Jadi semua tu kau dah boleh fikirkannya. "

" Err, maafkan aku. Aku tahu akan semua tu. Aku janji takkan lukakan kau lagi. "

" Mungkin kau pernah mintak aku kongkong hidup kau, dan ya sekarang aku kongkong semuanya. "

Kini aku sedari, di dunia yang penuh kejahilan ini aku berdiri, menjadi seorang pelakon, dan aku mengupah kau untuk menjadi pelakon bersama aku. Untuk membantu aku agar lakonan aku nampak baik. Kau mengajar aku supaya tidak menjadi iblis sebelum dibuang ke syurga. Memang dari dulu berat bagi aku untuk meninggalkan semua yang aku ada, yang paling penting kawan aku. Tapi aku terpaksa. Demi kau. 

Aku tidak gah. Tapi sewajarnya aku cakap aku profesional. Tanpa ada skrip yang tersedia, aku bisa berlakon. Dunia ini mempunyai pentas yang sangat besar untuk aku beraksi. Sekarang, inilah sketsa kehidupan aku, sudah aku masuk dalam plot yang menarik, menuju ke klimaksnya, realitasnya, kau dan aku watak utama. Dan jalan cerita ini, aku perlu belajar lagi untuk menerima cara kehidupan kau. Cara kehidupan yang kau berikan untuk aku. 

Jangan anggap manusia yang dicipta dari tanah liat kononnya kotor tidak bisa menjadi suci. Tingkah laku yang baik, nawaitu yang baik, sifat yang baik itu yang menjadikan manusia suci. Bersih dari segalanya. Tolong jauhkan aku dari mata-mata yang liar. Jauhkan aku dari buruk sangka sesama manusia. Dan kita bisa mengerti  buruk baik diri ini.

05 December 2011

Satu Hari ,


Lihat kami Tuhan. Dengarkan bisikan kecil kami. Berikan kami nyali untuk meneruskannya

" Jom kahwin. "

" Kahwin apa ? Kalau soal kahwin aku tak nak buat main-main. Jadi jangan bergurau macam ni. "

" Aku tak pernah main-main. Aku serius dengan semua percakapan aku. "

" Jangan nak perli aku sangatlah. Boleh tak sayang ? "

" Kau nampak muka aku tengah perli ke sekarang ? "

" Macam mana aku nak nampak ? Bukan aku di depan kau sekarang. "

" So jom kahwin. Kahwin lari. "

" Aku tak nak. "

" Kenapa ? Kau tak nak kahwin dengan aku ? Kau tak sayang aku lagi ? "

" Bukan. Aku dah terlebih sayangkan kau. Tapi bukan sekarang untuk kita kahwin. "

" Tapi bila ? "

" Tunggulah. Satu saat nanti. Kita akan bersama nanti. Selamanya. Berdua. "

" Tapi... Aku takut akan suatu hari nanti. Aku takut aku kehilangan kau. Selamanya. "

" Kau lupa ? Satu malam tu kau suruh aku janjikan suatu perkara dengan kau. Kau suruh aku janji yang aku kena kahwin dengan kau. Cuma dengan kau. Bukan orang lain. Dan ya, malam tu kita mengikat janji depan khalayak ramai. Dan juga aku takkan pernah lupakan janji aku walau sepalat manapun kehidupan aku nanti. "

" Aku ingat. Mungkin sekarang kau masih pegang janji-janji kau. Tapi suatu hari nanti ? "

" Kau kena tahu satu benda. Tuhan itu tidak kejam. Jadi dia telah menyusun segala cerita dengan baiknya. Walaupun kita tak berdua selamanya, walau kita tidak berjaya untuk mendapatkan apa yang kita impikan selama ini, yang pasti kita telah berhasil mendapatkan dan menyimpan segala memori antara kita. Sebuah cerita yang tersimpan. "

" Ya... Aku percaya. Aku nak kau tahu satu benda. Contohnya kalau takdir yang menentukan suatu hari nanti kita berpisah jua, tidak kiralah kapanpun, dan jodoh kita masih kuat, aku akan datang jua untuk kau, sewaktu tu aku datang semasa aku sudah sukses dengan kehidupan aku. Yang pasti, aku boleh sara kehidupan kau dan aku iaitu kita sampai akhir nafas. Aku nak kau pegang kata-kata aku. Selagi nota ini tiada titiknya, aku tidak akan pernah berputus asa. "

" Amin. Aku akan doakan semua itu kalau memang semuanya sudah direncanakan-Nya. "

" Sayang, kalau ada seseorang yang mencelakakan hidupnya aku, kau akan datang bantu aku ? "

" Untuk apa pertanyaan itu ? Kau lupa kata-kata aku ? Selagi aku masih ada, selagi hayatku dikandung badan, aku akan pastikan tiada siapapun yang bisa mencalarkan kau. Aku akan jaga kau sebaik mungkin. Sebabnya aku sayang akan kau. Aku cinta kau Arang. "

" Terima kasih sayang. Aku sayang kau juga. Dan aku cinta kau juga Pelat. Selamanya. Amin. Dengan kehendak-Nya. " 

04 December 2011

Aku tunggu di Timur .


" Aku sayang kamu seperti obat dan penyakit, seperti burung dan nyanyiannya "

Agaknya hujan yang akan datang lagi. Panas hanya sebentar. Semakin lama semakin gawat lalu mengubah nama dari Hujan kepada Taufan dan akhirnya memusnahkan semua kemudahan di sekeliling manusia. Aku lagi sedang merapu. Sebenarnya semua tak tentu arah, bila kau tak ada di sini nanti. Sepertinya aku harus berada terus dengan kau tak kiralah tengah buang air besar ke tengah korek hidung ke tak pun tengah mandi. Mengarut sangatlah tu.

Seramnya aku bila ombak yang tinggi menunggu masa membaham seluruh jiwa aku dan bakal mendajalkan diri menyimpan seluruh rindu-rindu aku. Kenapa ? Kerana sebentar lagi dia akan pergi. Kemana ? Ke suatu tempat. Berapa lama ? Tiga bulan. Untuk ? Mendisiplinkan diri dari syaitan ke malaikat. Terus ? Aku tidak menghalang. Tapi hati berat untuk merelakannya pergi. Tempatnya jauh ? Di bulan ? Bukan. Hanya di bumi.

Bukan tiga hari, tapi tiga bulan. Aku kena tunggu sembilan puluh hari. Kalau dia pergi, aku kena berasmara dengan airmata. Sebab nanti rindu tu... Ya tuhan tak boleh nak bilang dengan jari. Itu tak syok. Aku cuma syok berasmara dengan dia. Kalau dia tiada dipangkuanku, siapa nak jaga aku. Kau percaya cinta dia ? Percaya. Cinta dia yang akan jaga kau sebaik mungkin. Kau sayang dia ? Sayang tak terkira. Kau nak tunggu dia atau kau nak orang lain ? Aku nak dia. Kau percaya tuhan ? Mestilah, tuhan mana pernah menipu. Kau tahu tak tuhan akan pertahankan kau berdua kalau selagi Dia restui ? Ya, aku tahu akan semua itu.

Realitasnya, apa sahaja yang akan terjadi, jadilah. Asalkan kita berdua tahu yang pada satu saat itu, kita telah menjajah dunia. Dunia yang pernah menjadi milik kita. Dan selamanya, dan kuasa kita, dan selamanya kuasa itu ada, kita sahaja. Dan ucapan malam itu, aku masih ingat kau berkata padaku, ' S kuasa tiga - Saya Sayang Sayang. ' Walau kau terbang ke barat, aku di timur akan tetap pegang S kuasa tiga kau tu.

Sebelum aku melabuhkan mata yang hampir terlelap ni, untuk parents aku yang paling aku sayang, yang tak pernah berhenti melayan kerenah merepek aku, terima kasih kerna sentiasa kecapi semua mimpi-mimpi indah aku jadi kenyataan. Dan untuk buku ' Bogel Menuju Tuhan ' tunggu aku akan datang sambut kau dengan penuh rasa berbangga kerna akhirnya bisa memiliki kau. Terima kasih Zahiril Adzim penuhi hasratku yang ku cari selama ni dan sudah ku temui.

01 December 2011

Back To December.


Untuk tahun dua kosong satu satu ini, yang pasti aku jumpa lagi Disember. Disember yang aku rindukan. Disember yang pernah aku gelak bersama-sama tahun lepas. Disember yang tersimpan banyak memori tahun lepas. Dan untuk tahun ini, aku harap Disember kali ini sama wataknya macam Disember yang lepas-lepas. Aku juga harap Disember kali ni lebih baik dari Disember yang lepas. Hai bulan yang bernama Disember, aku harap semua yang berlaku dan saat-saat yang akan menjelma semuanya indah. Kayak biasanya.