03 May 2011

Manusia Hanya Ada Dua Niat .



Dekat atas dunia ni, pelbagai jenis manusia yang ada. Yang punya pelbagai bangsa agama dan budaya. Tapi antara semua tu, cuma ada dua niat. Niat jahat dan niat baik. Susah nak kenal pasti benda ni dekat seseorang sebenarnya. Lihat dari dalam baru tahu seseorang tu jahat atau baik. Malaikat atau syaitan.

Kadang-kadang, kita tengok muka yang macam malaikat tu adalah syaitan sebenarnya. Tengok luaran semua baik, kira disegani ramai lah kan. Ramai datang dekat kau kan, nak kawan dengan kau, sebab kau baik. Tapi sebaliknya. Bila buka spotlight sikit, tergamam, melopong biji mata semua. Busuk lah noh, busuk betul hati kau. Kotor betul hati kau, berkarat, banyak niat jahat dalam diri kau. Macam mana kau diterima bumi terus stay atas dunia ni ? Aku hairan.

Kadang-kadang, yang kita tengok muka macam syaitan tu adalah malaikat sebenarnya. Luaran kau nampak macam iblis, lepas tu kau disingkirkan public. Kasihan dekat kau. Bila public susah, kau jua yang datang berlari nak tolong mereka. Situasi dah mula berubah. Semua melopong biji mata lagi, terkejut, sebenarnya kau punya niat baik. Walaupun muka kau nampak macam perogol bersiri.

Sebab tu aku nak cakap, jangan nak nilai seseorang tu melalui tulisan mereka. Jangan sangka air yang tenang tu tiada buaya. Selongkar dulu hati seseorang, bila dah kenal pasti, baru kau boleh tentukan apa yang kau harus buat. Tuhan jadikan manusia ni semua sama, jangan  nak risau sangat. Tapi yang cuma membezakan, masing-masing punya niat jahat atau baik. Aku cakap ni untuk umum, bukan untuk someone.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.