Aku terduduk sebentar. Aku rasa sunyi, suasana tika itu sensitif sangat bagi aku. Aku pasang lagu kuat-kuat, aku layan lagu hardcore. Fikir sejenak, jauh aku merenung, apa sebenarnya yang nikmat sangat soal kehidupan ni ? Aku tergigit lidah sendiri, sebab tak mampu nak jawab soalan ni. Aku sedang memegang sebatang pen dan sehelai kertas. Aku nak coretkan sesuatu, tentang apa dan mahu apa sebenarnya aku dalam hidup aku. Aku dah list semuanya. Rupanya aku mahukan kejayaan dalam hidup aku, bukan hidup hanya untuk sia-siakan semuanya. Aku nampak buku matematik tambahan, tapi benci benar aku pada subjek itu. Ada tapi lagi, aku tetap ambil dan buka buku itu. Aku lihat banyak nombor dalam buku itu, dan baru aku tahu senangnya nak sebut nombor-nombor itu semua. Aku cakap ni sebab aku pernah belajar pasal nombor masa tadika dulu. Aku masih ingat dan sampai sekarang. Sekarang apa yang aku mahu lagi, benda mudah aku tak mahu cuba. Aku ketepikan benda alah macam tu, bodohkan aku.
Hujan makin lebat. Angin makin kuat. Dan aku masih lemah. Dalam diri, aku lesu. Nak biarkan sahaja semua. Harus bagaimana lagi aku perlukan ? Aku buntu. Biarlah angin yang membawa rasa ini pergi. Tapi bodoh lagi akn aku kalau biarkan takdir yang menentukan semua. Konon aku nak berdiam diri. Diamkan semua. Memeluk tubuh dan hanya mampu tersenyum. Taktik bodoh aku terpedaya lagi.
Tangan aku sedang terkapai-kapai. Ada sesiapa yang melihat ? Aku perlukan bantuan tangan dari mana-mana pihak. Aku turut mahu jadi seperti yang lain. Bisakah aku ? Aku pasti, kalau ada tangan yang cuba datang menghulur. Aku tak mahu tewas. Sebab contoh kalau besok aku mati, aku akan menyesal kerna aku tak gunakan sebaiknya nikmat kehidupan yang tuhan berikan.
Jadi kalau aku mati dengan penuh penyesalan, aku akan mohon pada tuhan supaya hidupkan aku semula biar aku bisa ubahkan semuanya kembali. Tapi itu semua mengarut, takkan mungkin pernah terjadi. Dan aku tahu, hebat atau tidak hebat, kuat atau tidak kuat juga hanya sebuah kondisi yang mampu memberi kita kesempatan untuk terus belajar dalam kehidupan ini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.