03 April 2011
Muka Topengkan Syaitan .
Hebatnya manusia jenis macam ni aku tengok. Muka dia memang tak boleh blaahh aku cakap, kacak jelita semua bagi dekat dia sebab muka bertopengkan syaitan. Siapa tak mahu tengokkan. Tapi kalau aku diberi peluang tengok muka jenis macam tu, aku bagi borang rejected awal-awal sebab aku tak mahu muntah darah nanti. Susah orang lain nak bersihkan muntah tu. Lainlah ada orang yang sanggup jilat semula muntah aku tu. Lazatkan.
Hati ni dah mendadak mahu keluarkan apa yang tersirat. Ibarat letusan gunung berapi yang keluarkan lavanya. Aku bukan nak tambah dosa, kutuk orang sana-sini, cakap belakang sana-sini, tapi dah benda terjadi depan mata, insan mana yang tak sakit mata tengokkan melainkan dilahirkan buta. Itu lain cerita pula.
Dunia makin hari, makin maju ke depan. Tapi manusia makin hari makin banyak yang hipokrit. Makin banyak topeng-topeng bermukakan syaitan jual dekat pasar-pasar malam. Memang laris, memang laku, ramai orang beli tanpa kenakan bayaran. Manusia sekarang hipokrit sana-sini. Menyampah bila tengok. Depan pijak semut memang tak mati, tapi bila belakang pijak gajah boleh mati. Depan orang, perasan diri bagus. Tapi bila belakang perangai macam hantu.
Sudahlah. Penat mungkin aku rasa buat kerja terkutuk macam tu. Ambil borang berhenti kerja, ambil alih kerja lain pula. Yang aku rasa baik untuk diri kau. Maaf jika aku terlebih cakap. Tiada niat nak kutuk sesiapa, tapi aku cakap apa yang aku nampak. Aku tahu, aku pun tak sempurna seperti kau-kau semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.