26 April 2011
Demi Mahu Cari Public Figure .
Masing-masing sedang cari diri. Setiap orang pasti punya diri. Macam Ulii Azman cakap, ada pro dan kontranya untuk ada identiti sendiri. Setiap orang perlu ada identiti diri. Jangan jadi batak. Tak perlu sangat nak jadi hipokrit depan orang. Betul sangat lah tu apa yang dituliskan Ulii Azman, cari diri kita sendiri, siapa diri kita tapi kadang-kadang benda tu akan jadi berlawanan. Mungkin kita akan jadi terlalu gah dengan identiti diri kita sendiri sampaikan ia bertukar menjadi satu penyembahan dan kita otomatik jadi perfeksionis. Lepas tu mulalah nak cari public figure. Nak dapat perhatian lebih.
Aku tak mahu bangkaikan sesuatu kenyataan. Ini apa yang aku lihat pada abad ini. Ini statement sebenarnya. Sekarang dah maju dengan dunia teknologi. Tidak kira tua muda masing-masing aku rasa punya Facebook. Benda tu dah memang tersebar luas dimana-mana tempat sekalipun. Memang tak boleh dinafikan lagi. Ni yang aku cuba cakapkan, dalam Facebook, Twitter, Myspace dan mana-mana laman sosial masing-masing semua bajet hotstuff. Ada yang perasan diri hebat, gah, lawa, kacak, famous. Menyampah sebenarnya tengok. Sumpah, masing-masing cuba nak cari populariti murahan. Konon nak jadi macam artis, nak semua orang kenal. Masing-masing cuba plastikkan diri masing-masing.
Susah. Aku tak mahu tulis sebenarnya. Senang aku duduk bersandar dan hanya melihat dari jauh manusia bermain di atas pentas dunia ni. Mesti aku akan gelak sorang tengok gelagat masing-masing. Tapi aku nak tulis juga. Aku tak tujukan benda ni dekat sesiapa, aku hanya mahu tafsirkan. Kalau ada yang terasa, aku minta maaf. Kalau rasa bila baca ni tahi telinga tu berbuih, go and see the doctor lah.
Tuhan lahirkan manusia semua sama. Tak perlulah nak jadi lebih daripada orang, nak bangga diri nanti makan diri, susah. Lainlah kau ni alien nak jadi pelik sikit dari orang lain. Sebab kau bukan manusiakan, hanya makhluk asing yang datang dari planet mana entah. Mungkin itu yang kau nak, so orang akan pandang kau, sebab kau memang pelik dan itu akan buat kau jadi hot. Aku tak nak tulis lebih dekat sini, sebab aku takut nanti sesiapa yang makan cili terasa pedas akan cari aku nak tikam aku. Seram, aku takut sebenarnya. Aku nak jadi lebih aware sebab aku pun bukan bagus sangat. Aku nak lari, aku dah naik menyampah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.