29 March 2011

Waiting For The Dawn .


Bila jiwa dah dirundung resah dan gelisah, hati tak dapat senada dengan irama yang rasa tenteram, maka minda boleh saja bercelaru dalam menafsir kata-kata. Aku lihat, langit hari ini bagaikan lukisan. Bagai terpisah dari realiti. Buat nadiku kencang. Teringin mencucukkannya dengan seribu jarum. Biar ia terus berhenti. Benci, benci sungguh kerana harus menyimpan sakit hati ini.

Hati terasa, siapa yang tahu. Kesalahan diri sendiri, manusia mana yang mahu mengaku kesilapannya. Selagi boleh salahkan orang lain, selagi itu dia akan cari punca. Susah aku nak terima maaf dari orang sebenarnya. Tapi tak dinafikan, hati aku lembut, sebab aku perempuan, jadi buat diri aku senang untuk menerima maaf orang. Aku mahu bangun dari mimpi, selama ini aku silap. Aku silap dalam memilih sahabat. Aku ingat itu adalah yang terbaik yang pernah aku punya, tapi ternyata tidak. Aku takkan tidur lagi kerna disaat aku dibuai mimpi, saat itulah orang mengambil kesempatan merobek hati aku sebenarnya. 

Selama ini mungkin aku yang terhegeh-hegeh untuk memiliki sahabat sepertinya. Kerna mungkin aku rasa dia terlalu baik untuk aku. Tapi selama ini aku buta. Maaf, aku kecewa dengan sikapmu itu. Kau tinggalkan seribu luka pada aku. Penat tangiskan diri kau. Tapi takkan ada lagi selepas ini. Aku akan terus melangkah, meniti jalur hidup, membawa perasaan ini biar ia terus hilang ditiup angin. Pasti akan dapat leraikan semuanya agar ia terus hidup kembali. Mungkin memikirkannya takkan berubah apapun dan takkan membuatnya menjadi lebih baik.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.