04 March 2011
Ujian Tuhan .
Ya Allah, aku hanya insan yang lemah yang tidak henti-henti memohon pertolongan daripada-Mu ya Allah. Aku juga insan yang lemah sudah tidak kuat lagi untuk menerima ujian daripada-Mu. Mengapa ya Allah, mengapa begitu berat untuk kau menjawab semua pertanyaan aku? Mengapa selalu aku yang harus menerima ujian-Mu yang begitu setimpal? Adakah kerna aku begitu berdosa dengan-Mu?
Aku ibarat sebuah boneka yang hanya bertopengkan senyuman tapi disebalik semua itu langsung tiada yang bermakna. Diri aku sudah mati kerna tidak bisa ketawa lagi. Sememangnya aku bahagia disaat dia mampu ketawakan aku. Sehingga aku merasakan dunia ini milik aku. Aku tahu, dia mampu lakukan semua itu untuk bangkitkan aku kembali. Hanya kerna dia. Tapi, dirinya berubah. Mungkin semua hanya kerna aku yang salah. Maaf, aku bukan insan yang sempurna. Mana senyuman dia, mana gelak ketawa dia, dan kemana dirinya menghilang? Mengapa hanya tinggal bayang-bayang? Aku perlukan dia, nyawa aku ada pada lelaki itu, ogy.
Aku berlari dengan sekuat yang aku mampu untuk cari tempat berteduh. Aku berlari lagi untuk terus mengejar dimana tempat untuk aku pergi. Akhirnya aku berhenti di satu tempat, rupanya aku masih punya seseorang yang boleh aku jadikan tempat aku berlindung. Aku punya seorang ayah. Ayah yang selalu sabar dengan sikap buruk aku. Ayah yang selalu turutkan semua kehendak aku. Aku masih mampu berdiri lagi. Tapi itu tidak cukup. Aku masih perlukan dia, dia yang selalu menawan hati aku. Dia yang selalu memberi warna dalam hidup aku. Dia yang selalu tertawakan aku tika aku sunyi. Hanya dia lah.
Di waktu aku sendirian malam-malam, buat aku rindukan pada sesuatu. Rindu sangat pada hari semalam. Tika saat dia ketawakan aku. Saat itu aku lah orang paling bahagia. Tapi bila jatuh air mata ke pipi, aku cuba mengusapnya, biar tiada siapa pun yang nampak kesedihan aku. Kerna aku mahu orang sekeliling aku tahu aku lah perempuan yang selalu gembira. Mungkin hadirnya dirinya yang dulu, dapat buat diri ini tertawa lagi.
Perasaan sayang ini sudah tidak bisa lagi dilupuskan. Jika bisa, andai kau diberi waktu satu minit untuk dalami hati aku, aku mahu kau rasa apa yang ku rasakan. Aku mahu kau bisa lihat dan telitikan apa yang aku lalui. Aku mahu kau selami perasaan ini. Semuanya aku inginkan. Biar kita sama-sama rasa.
Akan aku lalui pahit manis semua ini. Walaupun ia beracun terpaksa jua aku menelannya. Maafkan aku jika aku bukan yang terbaik untukmu. Tapi terima kasih yang tak terhingga kerna kau adalah satu-satunya yang pernah bagi kebahagiaan pada aku yang tak terhingga. Ya Allah, maafkan aku jika aku bukan umat-Mu yang terbaik. Sudah aku bilang, aku tak mampu terima semua ujian-Mu. Terlalu payah buat aku untuk jalankan semua itu dengan keadaan yang sebegini rupa. Tapi akan aku lakukan yang termampu. Ya Allah, terima kasih atas segala-galanya. Terakhir, sayang kau pelat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.