27 February 2011

Hanya Kerna Janji Manis Lelaki


Datanglah seorang lelaki yang telah mencuri hati seorang wanita. Masing-masing berkenalan dan akhirnya mereka sama-sama jatuh hati. Lantas lelaki itu terus mengajak wanita itu menjadi teman wanitanya dan menjadi pasangan kekasih yang bahagia pada tika itu. Lelaki itu selalu mengeluarkan kata-kata manis pada wanita itu. Lelaki itu juga sering mengeluarkan janji-janji manis pada wanita itu. Kata-kata ingin saling setia, saling jujur, saling mencintai, saling memahami selalu bermain-main di mulut lelaki itu. Wanita itu gembira mendengar kata-kata lelaki itu. Segala pahit manis selalu dikongsi bersama. Suka duka dilalui bersama-sama. Pada tika itu jualah wanita itu menganggap lelaki itulah yang pertama dan yang terakhir dia cintai.

Empat bulan bersama, keadaan mula menjadi berubah dalam sekelip mata. Lelaki itu sudah tidak lagi mengambil berat tentang wanita itu. Keadaan mula menjadi parah. Setiap saat dipenuhi dengan pergaduhan. Lelaki itu lupa akan janji-janjinya pada wanita itu. Wanita itu telah mengetahui lelaki itu telah menduakannya. Wanita itu mula kecewa. Hatinya telah hancur. Setiap saat dipenuhi dengan tangisan. Tapi demi cinta wanita itu pada lelaki itu, hubungan mereka masih diteruskan kerana takut hilang lelaki itu. Wanita terus sabar dengan apa yang terjadi dan selalu berdoa agar lelaki itu sedar akan kesilapannya. Pasangan itu bukan macam dulu lagi, bukan pasangan bahagia lagi.

Lelaki itu mula menyedari kesalahannya dan menebus kesalahannya terhadap wanita itu. Wanita itu menerima maafnya. Selepas itu, perkara yang sama berlaku lagi. Perempuan itu dilukai lagi, lelaki itu curang lagi. Betapa kejamnya lelaki itu terhadap perempuan itu. Tapi wanita itu telah mengambil jalan mudah. Perasaannya mula berubah. Dia tanpa berfikir panjang ingin membalas semua perbuatan lelaki itu terhadapnya. Wanita itu mula curang tanpa pengetahuan lelaki itu. Dia sedar bahawa dia benar-benar mencintai lelaki kesayangannya itu tapi dia terpaksa lakukan itu semua kerana dia tiak mahu hatinya terguris lagi.

Tetapi akhirnya, semua berakhir dengan sia-sia. Perhubungan mereka terhenti di situ saja. Masing-masing buat hal sendiri tanpa memutuskan perhubungan mereka. Lelaki itu khilaf di atas semua kesilapannya pada perempuan itu, tapi itu sudah tidak bermakna lagi. Semua kenangan yang mereka lalui bersama, perempuan itu sudah lama buang dari ingatan biar ia terus pergi dan mati.

Lelaki itu selalu muncul di saat perempuan itu sudah mula melupakannya. Datang tanpa rasa bersalah selalu meminta agar bisa kembali bersama. Sudah, semua itu sudah berakhir, perempuan itu menolak semua permintaan lelaki itu. Perempuan itu berharap, lelaki itu takkan pernah muncul lagi dalam kehidupannya. Cukuplah dua kali perempuan itu dilukai oleh lelaki itu. Itu semua sudah buat dirinya merana sampai merasakan hidupnya hanya untuk dikhianati oleh lelaki. Sampai saat ini perempuan itu masih ragu-ragu dengan  janji-janji manis lelaki. Takut itu semua hanya dusta. Dan takut dirinya merana lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.