01 August 2010
Jiwa Obses
Macam seperti biasa, sudah pasti aku akan ucapkan hai kepada bulan-bulan baru. Hai bulan Ogos. Harap hari-hari kau dipenuhi dengan senyuman kambing. Aku tak mahu senyuman kuda, macam senyuman tak ikhlas.
Aku mogok sekarang. Aku tak suka. Kenapa orang perlu obses sangat nak dengar bila ada cerita hot tak pun cerita sensasi? Maklumlah, mungkin baru keluar dari oven kan. Jadi semua orang lapar nak makan kan. Aku hairan. Cerita apa sebenarnya? Apa yang lazat sangat sampai semua isi luar dalam nak jilat? Tak kebas ke mulut sibuk cakap pasal semua orang sana sini?
Kau semua sibuk cakap topik selenge pasal dia. Sampai kau jumpa dia pun, kau buat dia macam sampah masyarakat. Kau tengok dia dari atas sampai hujung kaki. Salah dia apa? Langsung dia tak tarik bulu ketiak kau. Tapi kau semua kalau boleh nak tengok bulu ketiak dia warna apa. Mungkin kalau bulu ketiak dia warna voilet, pasti semua jeles. Kecoh lagilah kau cerita pasal dia kan.
Tolonglah. Sudahlah. Jahit kain kau-kau semua sendiri. Jangan sibuk nak jahit kain orang. Kau semua tak mahu ke ada life sendiri? Pasti ada melodi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.