16 August 2010
Dilema Sekarang ,
Ada mesej dari dia. Telefon dari dia. Telefon dari mak dia. Bukan aku tidak hormat, tapi.. Maaf, aku tiada suara, tiada tangan nak balas mesej, nak angkat telefon dan segala bagai. Bukan aku jahil, tapi tak tahu kenapa semenjak dua menjak ini aku tak mahu layan orang yang aku sayang. Mungkin itu bukan diri aku.
Tolong hentikan semua ini. Tolong buang semua pasal aku yang dalam diri kau. Buang terus number aku dalam contact kau, aku tak marah pun. Aku suruh kau ni. Aku nak mintak tolong lagi, tolong dan tolong, jangan kacau aku lagi. Aku tak mahu kelibat kau ada depan aku lagi. Malaskan tangan kau menekan nombor aku. Sudah, jangan cuba-cuba buat pertemuan kita berdua, aku tak mahu lagi.
Maaf jikaku tersilap langkah. Aku tahu aku salah. Aku masih lagi meraba fikiran aku apa yang patut aku buat. Harap ada jalan terbaik. Tak mahu cari jalan mudah seperti jumpa emas dalam lonkang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.