19 August 2010

Jalan bodoh ,


Mungkin aku bodoh sekarang. Aku kena mengaku itu diri aku. Mungkin jugak aku telah buat satu kesilapan besar. Maaflah, mungkin jugak itu bukan diri aku ataupun itu diri syaitan. Aku tak tahu, aku panik sekarang. Tak boleh berlagak kool lagi, mesti terima kenyataan.

Aku fikir mungkin bulan Ogos ni penuh dengan kejutan misteri. Buat aku jadi naik darah. Tak boleh sabar, jadi minah gaduh. Susah, bukan gampang nak buat pilihan sendiri. Kena fikir banyak kali dulu, baru boleh buat keputusan yang betul. Mesti penat punya. Plus, dengan bulan puasa lagi. Tu pun tak berapa nak sure.

Aku tak punya masa lebih untuk ini semua. Mungkin aku perlu cari ketenangan nak selesaikan masalah aku yang songsang ni. Aku dah lemas sekarang, perlu ambik udara luar sebentar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.