28 July 2010
Anak Kecil ,
Biasalah budak kecil yang masih belum jumpa diri. Fikiran belum matang. Sudah pasti pendek akal. Diri pun masih mahu nak main-main tembak-menembak seperti dikala zaman kanak-kanak kan. Sebab itu bila besar pun sebegitu rupa. Diri pun masih ada rasa nak berbalas tembakan. Belum jumpa diri, tapi berlagak macam sudah lama makan garam.
Setiap saat, terasa diri dia yang paling cun, paling lawa, paling hot dan paling hebat. Dan bila orang cakap pun, dia terasa. Kenapa? Mungkin dia terlebih perasan ramai orang bercakap pasal dia. Jadi dia mula rasa hot sebab orang duduk sibuk cakap dia macam-macam. Padahal itu cuma perasaan dia saja, bukan kenyataannya.Dia tunjuk belang depan semua orang. Konon dia lah serigala. Mulut dia memang tak boleh pakai. Cakap tak ada toleransi langsung. Lempar semua rasa sakit hati dia dekat semua orang. Semua orang jadi mangsanya.
Dia tak open-minded. Bikin malu saja. Hal kecik, dia buat kecoh. Kalau rasa dia hebat, boleh settle face-to-face. Tak perlu babitkan orang lain. Kalau aku jadi dia, aku nak berbaik dengan semua orang. Duduk semeja, cakap baik-baik, mintak maaf sambil minum kopi. Tak perlu sampai nak berlutut dekat kaki dia kan.
Panas. Geram. Benci. Sedih. Segala bagai perasaan aku ada. Tahan, tahan air mata tu, aku kene kool.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.