25 July 2010
Robek Hatinya
' Hadirmu bagai sinar mentari pagi. Menerangi lorong kelam lagi sunyi yang selama ini kulalui. Melenyapkan kedukaan yang bagai berkurun lama memenjara jiwaku dalam sepi. Terasa dulu, bahagia ada di mana-mana. hanya dirimu yang bertakhta di hati ' , berbisik perempuan itu dalam hatinya yang suci.
Perempuan itu serba-salah. Dia buntu. Rupanya pun sudah macam perempuan gila yang hilang anak. Dia dalam dilema sama ada mahu meninggalkan lelaki itu ataupun tidak. Dia tidak sanggup untuk menghadapi cubaan ini. Dia benar-benar mencintai lelaki itu. Malah dia sudah berkorban apa jua untuk lelaki itu. Mahligai cinta yang telah lama dibina dengan lelaki yang dicintai itu kini sudah hancur musnah meninggalkan anai-anai.
Tetapi apakan daya pabila teman kepada lelaki yang dicintainya itu memberitahunya bahawa lelaki itu mempunyai teman wanita lain. Perempuan itu amat sedih lelaki yang dicintai itu berlaku curang kepadanya. Betapa hancurnya hati wanita itu pabila dia mendengar berita buruk itu. Hancur luluh jiwa raganya. Seolah-olah dia adalah perempuan paling malang dalam dunia ini. Katanya seorang diri, mengadu kasih, 'Sanggupkah aku menghadapi cubaan ini? Sanggupkah aku membiarkannya bersama perempuan lain?' Dia buntu, buntu sekali. Apakah lelaki sememangnya dilahirkan untuk melukakan hati perempuan? Perempuan pula, selama mana harus membiarkan hati terus terluka?
Perempuan itu kini nekad. Dia telah membuat keputusan untuk melepaskan lelaki yang dicintainya itu. Dia berharap semoga lelaki itu bahagia bersama perempuan yang dicintainya itu. Berbisik perempuan itu lagi, ' Adakah kau sudah memandang ke dalam mataku, selamilah jauh hingga ke dasarnya. Pasti yang akan kau lihat adalah rinduku terhadapmu dan kesucian cintaku padamu. Tapi, apakah getaran cinta yang meruntun hati hanya aku saja yang merasakannya? '
' Hatimu sebenarnya untuk siapa? Mengapa kau terus membisu pada ketika aku amat yakin yang aku bukan berbayang seorang diri? Aku tahu cintaku berbalas, tapi mengapa kini kau mula berlaku curang kepada aku seorang perempuan yang amat mencintai kau? Adakah cintaku dan kasihku belum cukup untuk kau? ' berbisik perempuan itu lagi dengan tangisan.
Perempuan itu tahu perhubungan mereka bukan satu janji syurga. Bukan janji bahagia, tapi sepenuh hati dan jiwa, dia telah pertaruhkan untuk lelaki itu. Dia sangka dia telah berkongsi impian yang serupa dalam membina istana bahagia bersama lelaki itu, tapi rupa-rupanya kehadirannya bagai tak bermakna apa-apa. Mungkin sejak kehadiran orang baru dalam hidup lelaki itu. Lelaki itu sudah melontar diri perempuan itu ke lembah duka nestapa tanpa meninggalkan rasa bersalah.
Sungguh kesucian perempuan itu tak tercela. Tapi lelaki itu buta tidak boleh melihat kesucian cinta perempuan itu terhadapnya. Perhubungan mereka berakhir begitu saja. Perempuan itu ibarat musafir di padang pasir yang dahagakan setitis kasih sayang lelaki itu. Menanti kembali saat lelaki itu datang kepadanya dengan penuh rindu. Tapi apakan daya, itu semua hanyalah mimpi semata-mata. Perempuan itu sudah tak berdaya berkawan dengan angan-angan bertemankan bayang-bayang.
Apakah sememangnya lelaki dilahirkan untk melukakan hati perempuan? Dan perempuan pula, selama mana harus membiarkan hati terus terluka dan diperbodohkan oleh lelaki?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.