02 July 2010

Bumi Tua Ini ,


Kalau boleh aku mahu jadi burung. Lagi hebat, aku mahu jadi superman. Supaya senang aku nak menjaga bumi. Aku tidak gagah, tapi aku mahu selamatkan bumi. Makin hari, bumi makin letih berputar. Makin ramai yang berpijak atas perut bumi. Dan makin ramai yang sombong dengan bumi. Bumi sudah tidak suci lagi. Penuh dengan maksiat, penuh dengan dosa, penuh dengan alam sekitar yang tidak sihat. Maaf, jangan kutuk aku, aku tahu aku juga tidak sempurna. Mereka fikir mereka sudah hebat apabila berpijak di atas muka bumi yang satu. Mereka fikir mereka sudah punya kuasa hebat yang boleh buat sesuka hati mereka. Mereka alpa, meraka masih mabuk dengan nikmat dunia, mereka lupa yang mereka hidup tidak lama. Bumi sudah tua, jadi kita jangan berlagak kita lebih tua daripada bumi. Jika aku punya duit, aku nak sebarkan semua berita dekat semua siaran tv, dekat semua dada-dada akhbar, dekat semua batang-batang pokok supaya mereka berbakti dengan bumi, Supaya mereka berjasa dengan bumi. Dan supaya mereka bersahabat karib dengan bumi. Aku boleh bagi tabik spring dekat sapa-sapa yang menyayangi bumi. Tapi aku sedih, mustahil aku boleh jadi superman.

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.