02 July 2010
Crushdamnwork
Dah berhabuk binatang ni. Lama sudah tak beri makan. Maaf, banyak hal perlu aku buat. Hai bulan Julai. Macam biasa sudah pasti aku mahu ucap selamat tinggal pada bulan Jun. Harap jumpa lagi tahun depan. Gua nak cakap, perkhemahan itu hari dekat Pulau Bidong boleh bagi empat bintang. Memang seronok, memang kalau boleh aku tak mahu pulang rumah. Malam pertama tidur dalam khemah, ribut kuat datang melanda. Stay kool semua, jangan panik. Itu semua sementara. Ribut sudah tiada. Malas nak cerita banyak-banyak sebab itu semua aku yakin esok tak habis lagi. Aku mahu seronok lagi, minggu depan mahu ikut perkhemahan lagi. Harap lebih seronok. Dapat main masak-masak dengan kawan. Tambahan, dapat mengimbau kembali zaman kanak-kanak yang dulu suka main-main masak. Tapi malang bila sudah dewasa malas sekali nak masuk dapur. Maklumlah, lumrah perempuan zaman sekarang. Semua orang tahukan, bila dengar musik semua pasti terhibur. Bagi yang tak rasa apa-apa, mungkin patut jumpa pakar jiwa. Aku rasa tiap masa aku harus dipenuhi dengan bunyi-bunyi musik. Biar aku terhibur tak perlu susah-susah fikir banyak benda. Aku sudah bosan belajar, sudah bosan dengar cikgu membebel. Tapi kenyataan, aku masih lagi budak belasan tahun dan masih lagi pelajar sekolah yang harus patuhi undang-undang sekolah. Itu tidak boleh aku nafikannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.