19 June 2010

The Last Day,


Kejap, aku mimpi ke ? Cubit peha kanan sekejap, oh tidak. Memang kenyataan esok sudah mula sekolah. Harus jejakkan kaki dekat sekolah balik,  bilang satu dua tiga sebab nak naik tangga. Cibai, kena pegang pen lagi, kena tengok muka cikgu lagi. Itu semua memang bosan. Maaflah cikgu, aku mengaku aku bukan pelajar yang rajin. Sila ambil perhatian ya cikgu, semua kerja sekolah yang cikgu bagi belum aku bereskan. Tambahan makluman ya, kertas kerja pun aku lupa celah lubang mana aku simpan.  Biasalah, bila cuti aku jadi perdana menteri, banyak hal perlu aku uruskan. Bukan aku nak tunjuk lagak depan kau semua, tapi itu sudah lumrah hidup aku. Kenyataan, bukan budak rajin. Mak aku pun cakap, aku memang anak yang pemalas. Aku tak kisah omongan semua orang, asal aku tak kacau rumahtangga orang. Buat aku gembira nak masuk sekolah, aku boleh jumpa balik dengan mak cik-mak cik kantin, sebab rindu dengan makanan mak cik-mak cik tu. Aku boleh dengar ayam goreng mak cik tu panggil nama aku. Sudah, titik .

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.