17 June 2010
Roller Coaster ,
Hidup ini kadang-kadang macam roller coaster. Kejap dekat atas, kejap dekat bawah. Tapi ramai yang perasan mereka selalu berada dekat atas. Jadi mereka tak pernah rasa takut bila terjadi apa-apa. Mereka jadi lupa bahawa mereka bukan sentiasa berada di atas. Tapi ada juga sesetengah di kalangan mereka berasa cemas dan takut apabila ingin jatuh di bawah. Mereka selalu bersiap sedia untuk jatuh di bawah. Sebab itu kita hidup tak boleh jadi sombong. Aku tengok dunia makin maju dengan kemudahan teknologi, kemudahan segala benda yang makin merosakkan bumi, tapi makin ramai yang berhidung tinggi. Semua mahu tunjuk lagak masing-masing. Telinga aku jadi besar dan naik menyampah melihat lagak mereka yang sombong. Aku tidak menafikan yang aku tidak sombong, tapi kenyataan mereka-mereka di luar sana lebih sombong daripada aku. Masing-masing cakap pasal topik selengenya, buat semua naik mual. Bukan aku nak cemburu dengan kehebatan mereka, tapi aku rasa jijik. NOKTAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.