20 July 2010

Counter-Attack ,


Setelah sekian lama baru boleh pegang benda ni kan. Benda ni pun macam berpaling muka dengan aku. Konon nak mengajuk lah. Maaflah, ada banyak masalah yang berlaku kan, tak sempat nak gilap benda ni. Sekarang nak ucap takziah buat ayah saudara aku yang telah kembali ke rahmatullah. Moga rohnya dicucuri rahmat. Amin. Aku rasa aku sudah cukup dewasa, boleh buat apa yang aku mahu. Tapi kenyataan belum lagi. Aku rasa otak aku pun makin hari makin dewasa, jadi aku terfikir bila aku nak habiskan pembelajaran aku? Bila aku nak jadi manusia yang berguna? Mungkin esok atau sekarang pun boleh. Tapi itu pun kalau ada nenek sihir yang bagi kuasa magik dekat aku. Lupa, itu hanya fantasi. Atau ada siapa-siapa yang rasa diri dia bijak nak syorkan dirinya bagi dekat aku? Itu macam bunyi sumbang, kerja bodoh. Jangan nak berlagak permaisuri, aku tahu aku siapa, hidup nak kena banting tulangkan. Kalau tak, buat apa pijak atas perut bumi ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.