23 April 2010

Dia Juga Punya Nafsu


Sudah pasti semua tahu manusia punya hati. Sedangkan binatang juga punya perasaan. Binatang juga ada nafsu sama seperti kita. Jadi hairan kalau salah satu makhluk tiada nafsu. Mungkin itu kuman. Kau kau semua jangan nak berlagak kau saja yang punya hati dan perasaan. Kau semua jangan nak berlagak pandai depan binatang binatang lain. Eja ABC 123 pun masih cacat, tapi masih ada hati nak rogol perasaan orang lain. Cuma kau harus belajar macam mana nak kawal nafsu kau supaya tak rogol hati orang lagi. Cerminlah diri kau, aku semua sedar, kami bukan siapa siapa nak tegur salah laku engkau. Maaflah, jika salah berbicara kami bukan ahli ugama. Sudahlah, malas layan. Bulan empat selalu buat muka sedih. Mungkin bulan lima sudah mahu datang menyibuk. Biasalah, jangan risau, bukan salah ibu mengandung, bumi yang sentiasa berputar menjalankan tugasnya. Plus, malangnya, malam itu dia datang dalam mimpi. Masih nampak bayang bayang lelaki silam itu. Mohonlah, harap bayang bayang itu pergi ke tempat yang selamat. Sigh.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.