30 April 2010

eenie meenie '

Harus dengar ini ,

http://www.youtube.com/watch?v=hwM8uEyxxoA&feature=related

In The Name Of Love


Gila dasyat cerita tu. Bikin air mata aku memenuhi baldi. Seryes aku cakap cerita tu memang bapak best. Memang menjiwai sangat sangat. Tapi bikin aku ingat lagi dekat dia. Yang kelakar, seronok seronok tadi talking talking dengan si ayie tiba tiba rasa macam sedih. Tiada hujan ribut, air mata keluar. Bikin malu saja. Macam lawak pulak. Okaylah, aku faham. Kau kau semua jangan nak mengutuk, aku tahu kau semua bukan minah atau mamat jiwang. Sekarang, tiada cerita menarik. Cuma dalam perancangan nak keluar tapi dalam diri macam tiada mood. Hairan, macam ada petanda buruk. Baiklah, lupakan. Oh sebelum terlupa, macam tak percaya dan macam perkara paling kelakar dalam hidup sebab aku dapat nombor lima dalam kelas. haha Ini mungkin usaha meniru dan dapat nombor sebegitu. Cuma perlu berterima kasih pada teman teman dan tuhan sekali.

29 April 2010

Hapuskan Itu ,


Malas nak luahkan, tapi harus muntahkan. Benci peraturan polis. Memang patut lelaki itu benci polis. Ini semua kerja gila. Polis yang berkuasa sakti itu tak patut tukarkan anggota polis lain ke pejabat lain. Ini satu malaysia terkena virus itu bukan gua tipu. Apa yang aku maksudkan, harap kau mengerti. Bapak aku baru pulang dari pilihanraya, buang angin tak sempat, lepas itu dapat khabar berita terpaksa ditukarkan ibu pejabat polis Batu Rakit. This is suck ! SIGH. Sekarang, dunia makin maju hala tuju masih dalam pencarian. Bukan mata yang buta, tapi hati yang buta aku fikirlah. Aku tahu aku bukan budak genius pun. Double plus, cikgu matematik tambahan itu, oh motafaka, seryes cakap gua tak suka perempuan itu. Maaf, bukan nak derhaka, tapi tolong jangan anggap kami budak tadika yang hanya pandai eja ABC. Kami tahu pangkat kami setinggi mana, tolong jangan aturkannya. Hapuskan semua itu.

24 April 2010

Happy Birthday To Him


Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to you. Ayie, haappyy birthdayy to you ! Now, kau sudah tua kott sudah masuk 17 tahun. Wish you good luck in your spm and also wish you be the happier person in this world. I will pray for your exam lah bebeh. And now, hope you can be a good good good person. haha macam kelakar bunyinya. Okaylah, here, sayang awak sesangat. On top of that, sorry, no present untuk awak. Btw, dont forget tusyen malam ni belanja coklat dengan air mineral untuk saya. haha mengada sangat. Plus, trimas sebab calling calling saya and dapat borak banyak banyak. Biasalah, awak dapat call free kan. Lastly, enjoy your birthday today ! IMY ! :)

23 April 2010

Dia Juga Punya Nafsu


Sudah pasti semua tahu manusia punya hati. Sedangkan binatang juga punya perasaan. Binatang juga ada nafsu sama seperti kita. Jadi hairan kalau salah satu makhluk tiada nafsu. Mungkin itu kuman. Kau kau semua jangan nak berlagak kau saja yang punya hati dan perasaan. Kau semua jangan nak berlagak pandai depan binatang binatang lain. Eja ABC 123 pun masih cacat, tapi masih ada hati nak rogol perasaan orang lain. Cuma kau harus belajar macam mana nak kawal nafsu kau supaya tak rogol hati orang lagi. Cerminlah diri kau, aku semua sedar, kami bukan siapa siapa nak tegur salah laku engkau. Maaflah, jika salah berbicara kami bukan ahli ugama. Sudahlah, malas layan. Bulan empat selalu buat muka sedih. Mungkin bulan lima sudah mahu datang menyibuk. Biasalah, jangan risau, bukan salah ibu mengandung, bumi yang sentiasa berputar menjalankan tugasnya. Plus, malangnya, malam itu dia datang dalam mimpi. Masih nampak bayang bayang lelaki silam itu. Mohonlah, harap bayang bayang itu pergi ke tempat yang selamat. Sigh.

21 April 2010

Still Remember


Entah sebab apa, makin hari makin teringat dekat dia. Seryes doh, cuba nak buang dia jauh jauh biar tak akan terlintas sedikit pun bayangan dia. Tapi tak berjaya. Setiap kali terjumpa dia, gila sangat, jantung macam nak tercabut. Bukan takut, tapi nervous gila weh aku cakap. Baiklah, cuba yakinkan diri yang aku tak akan ingat dia lagi. Anggap sahaja dia musuh ketat aku. Tapi itu bukan perkara mudah. Sekarang, perlu tumpukan kepada peluru yang satu itu sahaja. Harus jaga dia baik baik. Bukan berharap sangat. Now, mungkin bulan april sudah mahu habis dan mungkin bulan mei akan menjelma. Itu memang sudah lumrah dunia bukan. Ternyata masih belum tahu apa tujuan untuk hidup. Sigh, amat memenatkan. Stop. Dont think i such a bitch but think positive, i just want to be a honest person. And now, u such a suck woman, i really really hate u. Oh btw, hey all folks, dont judge somebody by its cover lah bebeh.

18 April 2010

Oh Goat ,


Baiklah, sekarang memang bosan sebab lambat lagi boleh jumpa bapak aku. Harap, cepat selesaikan tugas disana. Plus, terima kasih yang tak terkira sebab dapat belikan telefon yang aku sudah lama aku idamkan. Seryes, sayang bapak aku sangat. Baiklah, jangan nak mengumpat, tuan dia ada disini. Just keep it up your mouth that smell like budu. Kem ibadah yang lepas memang bosan tahap cipan. Semua aktiviti langsung tak plan betul betul. Agak bodoh terkejar sana terkejar sini. Langsung tak ada ruang nak kentut. Shit, telefon semua bagi dekat cikgu. Aku cuba letak telefon dalam bantal, tapi gagal sebab takut kena rampas. Terpaksa, bermalam didalam hotel, maksud aku dalam kelas setengah bintang tanpa udara yang segar tanpa telefon ditangan. Oh celaka, harus terima kenyataan itu. Sumpah, aku cakap memang bosan. Sabtu, 17 april memang best wok aku cakap dapat tengok grey sky morning perform dekat ptpl mini jam. Shock, aku ingat ada peluh menitik di dahi aku, ternyata ada makhluk asing simbah air mineral. Memang sial lah sangat. Plus, dapat jumpa si dia. Cuma ada sedikit perselisihan faham. Aku mintak maaf. Sekarang, babak sedih. Al-fatihah. Lagunya masih dipasang ditelinga aku. Harap roh-nya dicucuri rahmat. Amin.

15 April 2010

Tutuplah ,


Jam sudah menunjukkan jam dua pagi. Memang mata belum tertutup, niat dihati masih nak lihat dunia. Mungkin tadi baru pulang dari hospital lihat mak saudara sakit tenat tiada perasaan mahu tidur. Mohon, harap dia cepat sembuh. Amin. Aku tahu, esok aku juga sekolah. Aku tahu, esok aku ada kem ibadat untuk dua hari. Aku tahu, aku tidak ikhlas untuk pergi ke kem itu. Tapi apakan daya, sudah nasib badan. Sigh, balik mesti urat badan semua letih. Harap sabtu ini aku dapat pergi ke tempat itu. Sedih, ayah gua terpaksa pergi selangor untuk pilihanraya untuk dua minggu lebih. Gila, aku pasti jadi susah sebab siapa yang aku boleh minta tolong nak masak maggi atau siapkan semua benda untuk aku ? Oh mak aku ada. Tapi mustahil, pasti aku akan dapat ayat ini, ' aku sudah besar, so aku harus berdikari '. Baiklah, memang bosan dengar ayat itu. Terakhir, marah exam selalu menyeksa aku untuk jadi perempuan tenat. Aku rela. Plus, aku rela dengar cerita mereka. Memang hati panas sangat tapi tiada ubat untuk penyakit itu. Gila, kau memag tak berubah dari zaman purba lagi. Kau pula, macam sudah berubah. Aku sedih lihat kau sebegitu rupa. Maaf, kalau aku suka jaga tepi kain hidup kau.

10 April 2010

Selamat Ulang Tahun Mely ,


Maaflah , lupa nak post pasal budak ini. Semalam dah wish, tapi nak wish sekali lagi. Mely, selamat ulang tahun yang keenam belas lah bebeh. Harap kau dapat suami yang baik baik jangan dapat suami macam norman hakim. haha nak kahwin jauh lagi sudah wish kau dapat suami yang baik baik. Maaflah, aku sedang mengarut. Harap kau bahagia lah. Spm nanti, aku nak tengok muka kau dekat siaran tv3. Aku boleh tumpang sekaki sebab nak show off aku punya muka nak cakap kau sahabat aku. Cett, jahat lah sangat. Sekali lagi maaf, tiada kek untuk kau.

Dunia Hari Ini ,


Selamat pagi dunia. Makin hari makin dekat nak mati. Tapi tetap juga tak insaf tetap juga nak jadi manusia serigala. Bangun pagi, balik sekolah, baru lepas kentut terus layan dunia siber. Maaf, bukan dunia fantasi yang aku maksudkan. Buat masa ini, nenek datuk ibu ayah abang kakak adik cikgu semua sibuk buat panas punggung layan fesbuk. Sebab semua cakap myspace sudah bosan sekarang. Lepas ni mungkin layan spacebook pulak kan. Jadi, tuan punya tanah myspace dan tuan punya tanah fesbuk tak perlu gaduh gaduh lagi. Biar mereka bersepakat majukan kerjaya mereka. Sekarang dunia makin maju, tak perlu bazirkan minyak kereta nak shopping hanya beli online sudah berbaloi. Barang lama sedekah dekat anak yatim sudah dapat pahala free untuk bekalan nak mati nanti. Sebab semua poket sudah penuh dengan dosa. Kalau boleh nak beli asid yang boleh hapuskan semua dosa dan kisah silam dalam sekelip mata. Oh aku faham maksud kau, aku hanya berimaginasi. Sish, sampai sekarang, susah nak cari konklusi hidup.

08 April 2010

Peperangan Tamat


 Jam dua petang, bapak gembira, tak jumpa lagi kertas soalan peperiksaan. Suck, addmath soalan macam itik, tak ada gaya langsung, hanya pakai seluar dalam. Memang sial, langsung tak boleh jawab. Stop, nvm. Baiklah, sekarang hanya berharap aku boleh pergi gig pada 17 April ini. Bapak ku sayang, harap kau tak pergi pilihanraya itu, program aku lagi penting. Bukan malaikat, hanya berharap. Plus, sabtu ini sekolah, aku hanya nak buat tahik mata dekat rumah dan tambahan bodoh minggu depan sekolah buat kem ibadat. Gila, seryes doh malas nak join. Pari pari aku cakap, kalau tak ikhlas, tak payah bazirkan tenaga pergi kem itu. Belum tentu otak dapat ilmu. Baiklah, sudah jangan mengarut. Harap boleh keluar dengan kau esok.

06 April 2010

Otak Cibai


Perhatian, memang tak boleh tipu dengan diri sendiri, sigh memang bapak letik weh hari ni. Tidur memang hobi aku sejak dilahirkan. Wahai makhluk kesayangan tuhan, tolong ambil berat bila berbicara jangan main ludah saja depan khalayak ramai. Sekarang kami sudah hampir siap baiki kelas kami yang dulu hodoh. Dekat belakang kamu semua boleh mengumpat kami sedikit tak hairan. Mind your own business lah bebeh. Sekarang kau debu, mintak tolong berambus dari kelas kami. Kami benci habuk boleh menyebabkan kami sakit. Sila beri kerjasama. Maaf cikgu, aku tak boleh jawab soalan itu. Sumpah memang aku tak buka buku sebab buku bukan kawan aku. Jadi harap kau jangan marah aku bila dapat markah satu dari belakang. Itu bukan kehendak aku tapi aku mesti terima kenyataan kan sebab itu yang ustazah ajarkan. Plus, geram sangat sebab tiap tiap hari aku harus sumbat ubat doh dalam perut. Sebab ini semua mak gua doh yang paksa.  Seryes, bosan weh tengok benda sama, sumbat benda sama dalam perut. Kalau boleh nak buang ubat itu dekat tong sampah. Satu lagi, kalau ubat itu ada gaya macam kinder bueno setiap saat aku makan. Tapi aku perlu sihat harus ikut peraturan. Buat cool bebeh !

05 April 2010

Drunkard Pirate


Seryes cakap, bapak letih. Hari ini aku cuti lagi. Malas doh nak pergi sekolah mengadap buku tiap tiap hari. Cikgu cakap tak belajar hari ini so buat apa aku rajinkan diri ke sekolah kan. Tolong, selamatkan aku dari peperangan. Aku memang tak layak nak hadapi peperiksaan. Itu semua bukan jodoh aku. Sigh, jawab soalan sejarah kelmarin memang aku pokai. Sumpah cakap dekat kau semua, satu sen ilmu sejarah memang tiada dalam poket aku yang sempit ini. Just turnback, copycat kawan punya jawapan. Aku bukan nak jadi pengkaji zaman jahiliah lah doh. Kau semua boleh kutuk aku, sebab memang kenyataan aku bukan budak bijak. Wait sir, can i be a pirate for a while please ? Seronok kalau jadi lanun, macam kita berkuasa, boleh simpan harta karun banyak banyak dalam lubang tanah hanya perlu minta cacing jagakannya. Itu semua imaginasi sementara aku. Plus, memang hati panas kalau ada binatang yang sibuk nak kacau hidup kita kan. Kalau boleh nak jadi james bond nak tembak sampai mampus binatang berkudis itu. Sigh, what the heck is your problem lah der ? Boleh jalan, masuk lubang lah.

03 April 2010

Downhearted Presbyter ,


 Sigh, baru aku sedar hari ini hari sabtu, sudah masuk bulan empat. Memang seronok kalau boleh kembali kepada zaman hingus meleleh. Tapi kenyataan sekarang sudah makin dewasa. I'm the out of shape. Belum sedar, belum buka buku, esok exam. Am i having a breakthrough ? haha jangan perasan. Cuma harap boleh buat dengan kuasa lemah yang ada pada aku. I need a minute, please. Tragis, sekolah bertingkat-tingkat, bodoh lagi berlapis-lapis. Apa boleh buat, macam cikgu gua cakap, bukan salah ibu mengandung. Saat ini, mak aku cakap tak boleh panaskan punggung terlalu lama dengan menghadap benda ini. Aku harus buka buku. Tidak, itu semua bukan hobi aku. Itu musuh ketat aku. Sorry, i can't stop drooling long enough to form the words lah bebeh. Lupakan, buang jauh jauh. Lagi seronok sebab malam hari tu pergi pantai dengan bapak aku, mak dan sepupu aku. Aku lihat ramai lastik benda biru naik ke atas langit. Menarik, aku beli tiga. Kami lastik benda lampu warna biru itu ke atas. Gila, bapak sedap weh aku cakap. Memang kalau lu semua main memang tak ingat rumah nak balik. Kelakar, ayah aku sengaja lastik benda itu dekat pokok sampai tersekat sebab nak kacau orang dating. Terpaksa beli yang lain punya. Sudah, tutup mulut.