17 September 2011

Pejamkan Mata .


Tuhan, tolong hentikan waktu agar aku bisa terus tertawa bersama dia. Aku cuma minta ini sebab aku takut akan suatu hari nanti. Kerna aku takut nanti kebahagiaan yang aku ada sekarang akan lenyap. Takut semuanya hilang tanpa kata macam angin yang berlalu pergi. Dan aku takut senyum tawa aku yang aku punya sekarang akan bertukar menjadi muram nanti. Tapi aku tahu kebahagiaan itu takkan selalunya pernah kekal. Di dunia ini tiada yang abadi. Tapi aku juga tahu tuhan selalu ingin melihat hambanya bahagia. Itu yang aku semaikan dalam hati ini.

Tuhan, aku pinta lagi. Tolong sampaikan isi hati aku pada dia. Agar dia tahu cuma dia yang aku punya. Kekasih, tolong pejamkan mata hanya untuk sesaat. Aku mahu kau tahu, aku tak pernah merasa sendiri. Kau sering ada buat aku dan tuhan juga ada buat aku. Aku berasa sangat tegar dan kuat. Dan aku juga mahu kau tahu, sejauh manapun aku pergi, seramai manapun orang yang aku jumpa, aku cuma nampak kamu. Sebab hati aku kamu sudah kunci dan orang lain tidak boleh ceroboh lagi.

Aku adalah penguasa atas perasaan aku sekarang dan sampai bila-bila. Aku bisa milih untuk merasa kebahagiaan kapan pun. Sungguh aku merasa beruntung, atas apa yang aku miliki. Aku belajar bersyukur agar aku dapat mudah kebahagiaan. Aku mahu kau tahu, kebahagiaan tiada diluar, tapi di dalam hati aku. Biar aku yang merasa, sebab itu yang kau berikan untuk aku.

Kehidupan adalah suatu rahsia terbesar alam yang tidak bisa diteka, hanya kuasa dari sang pencipta. Kita manusia yang perlu cuba memahami erti kenyataan, kerna kita manusia perlu tahu yang selamanya tak indah. Itu sebab, aku takut akan suatu hari nanti. Takut kamu bukan jodoh aku. Walau apapun terjadi kelak, kita harus menerima apa saja. Kerna keinginan kita dalam apa saja hal, bukan tentang seberapa tingginya, bukan juga tentang seberapa besarnya, tapi tentang perjuangan dan usaha meraihnya. Kerna itu aku mahu belajar erti bersyukur biar aku dapat hargai kebahagiaan yang aku ada.

Masa depan jauh lebih penting dari masa lalu. Aku ikhlaskan semuanya demi kebahagiaan aku. Kalau boleh, tiap detik aku cuma kahu katakan, 'Aku cuma sayang kamu bodoh. Cuma kamu yang bisa buat aku tertawa riang. Percaya kata aku.' Walaupun aku selalu sakitkan hati kamu, aku harap kamu pernah rasa bahagia disamping aku walaupun cuma satu detik. Aku toleh kearah susuk tubuh yang tegap itu, kau berdiri di situ. Tanganmu kusambut dan kukucup, dahiku kau cium dengan lembut. Aku bahagia. Kalau kau tanya aku, jika kau boleh berjalan di sisi aku. Dan lantas aku menjawab, mungkin kau boleh menemani di setiap perjalananku.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.