12 August 2011

Keadaan Bukan Sama .


Pejam celik, pejam celik baru aku tersedar sudah dua belas hari umat islam menunaikan ibadah puasa. Masa berjalan begitu pantas tanpa aku sedari. Suasana Ramadan begitu terasa pabila melihat umat Islam beramai-ramai menunaikan solat terawih di masjid-masjid. Bazar-bazar Ramadan yang dikunjungi orang, membeli ibadah puasa untuk dijadikan juadah puasa. Tiap malam pasti bergema bunyi ayat-ayat suci al-quran tanda umat islam sedang menunaikan solat terawih. Bunyi mercun tidak akan pernah terlepas disetiap kali bulan puasa. Tapi pabila sudah tiba saatnya nanti, Syawal menjelma meninggalkan Ramadan. Masing-masing pasti sibuk uruskan baju raya, kuih raya dan macam-macam hal yang berkaitan dengan raya. Masing-masing pasti akan bersemangat untuk raya.

Tapi berbeza dengan tahun ni. Persiapan raya belum selesai semuanya. Kebiasaannya tahun-tahun yang lepas, aku akan buat persiapan awal untuk raya. Tahun ini berbeza. Semangat raya tu kurang dalam diri. Mungkin salah satu sebab aku jadi mangsa SPM tahun ni. Terpaksa berperang habis untuk SPM. Tapi aku rasa macamlah aku berjuang sangat untuk semua tu. Masih lagi dalam angan mencipta seribu impian tapi belum pernah cukup dengan usaha. Dan kerna itulah aku selalu bermain dengan dunia fantasi yang aku sudah tahu hanya merugikan masa aku. Aku tak pernah kisah sebab itu yang boleh buat aku senyum.

Dan untuk tahun ini, berbeza lagi berbanding dengan tahun-tahun yang lepas. Mungkin tahun-tahun yang lepas, hidup aku tidak dilengkapi dengan seseorang yang benar-benar miliki hati aku. Yang lepas, aku beraya dengan keluarga, kawan dan pastinya dengan pasangan aku sendiri iaitu lelaki. Seorang lelaki ? Aku tak pasti, tapi seingat aku mungkin lebih. Jangan kata aku teruk, wajarlah kehidupan sebagai remaja, belum habis lagi untuk berfoya. tapi itu aku yang dulu, bukan lagi sekarang.Masing-masing punya kisah silam tersendiri. Untuk tahun ini, mungkin aku akan beraya dengan keluarga, kawan dan pastinya dengan pasangan aku sendiri. Seorang lelaki ? Iya, pastilah cuma seorang sahaja. Tidak ada lagi lebih dari satu.

Sedikit masa lagi. Mimpi yang indah pasti akan bersama seperti mana yang aku impikan dalam dunia fantasi aku. Seronoknya tidak dapat aku bayangkan. Angin pasti mengikut setiap langkahku dan angin tidak akan pernah lupa merakam setiap perjalanan itu. Mungkin raya tahun ini berbeza dengan yang lepas-lepas. Mungkin aku akan beraya dengan seseorang yang sudah lama aku mencari yang sudah berjaya miliki hati aku.  Dan ya seseorang yang aku cintai. Tuhan, tolong dekati dan sampaikan kami pada hari itu. Jangan Kau jauhkannya dari kami. Amin. Moga hari-hari selepas ini lebih indah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.