28 August 2011

Hati Tetap Bersatu .


Setiap kali aku bangkit dari tidur, aku akan teringatkan kamu. Kamu yang selalu bermain di hati. Senyuman manis mu, berhenti degupan jantung tiap kali melihat, angin mula bertiup kencang membelai lembut pipi, seakan-akan aku terbang ke alam fantasi. Itu tanda aku sedang rindukan kamu. Seharusnya kamu bangga kerna aku adalah peminat setia senyuman mu itu. Kalau aku sedih, senyum tawa kamu lah ubat yang paling mujarab buat aku.

Tuhan telah pertemukan lelaki yang paling magis buat aku. Aku belum pernah miliki lelaki seperti kamu sebelum ini, kamu lain, lain sekali. Hanya kerna itu, aku cuba hargai apa yang tuhan berikan pada aku, jadi aku akan jaga kamu selagi tuhan izinkan aku. Untuk saat-saat yang lalu, banyak benda yang mengajar kita. Mengajar erti cinta, setia, pengorbanan, menghargai dan perih. Semua itu sudah kita lalui bersama.

Kisah kita ibarat filem. Setiap yang kita jalani bersama, pasti kita rakam dan ia akan terus bermain di dalam ingatan. Begitu banyak episode kehidupan. Ada kalanya di atas dan di bawah. Ada kalanya suka dan duka. Pernah kita rasa kisah kita mungkin hanyalah sepenggalan. Mungkin terputus di tengah jalan. Tapi sebenarnya ia tidak semudah itu buat kita. Kamu tahu kan, kalau hati kita tidak bersatu, kita sakit dan tidak kuat untuk jalani semua ini. Dan kerna itu, saat ini, walaupun bermacam dugaan yang kita tempuhi, Allah itu ada, Dia masih satukan hati kita.

Kau telah korbankan sesuatu yang kau rasa yang terbaik untuk masa depan aku. Tapi sebenarnya pengorbanan kau tu hanya buat diri kau dan aku sakit. Tak pernah ada lelaki korbankan hati dan perasaannya hanya untuk masa depan aku. Aku faham, kau buat semua ini, untuk aku. Supaya kelak aku hidup bahagia. Aku mahu tenangkan hati, jadi aku berangkat pulang ke Kuantan. Tapi sebelum aku pergi, aku pesan pada kau, 'Doakan saya selamat sampai. Jaga diri sayang. Saya sentiasa ada disisi awak. Saya takkan pergi dari hidup awak. Saya balik nanti, saya akan inbox awak. Saya akan dapatkan awak balik. Awak tunggu saya, awak jangan pergi mana-mana. Tunggu saya. Saya masih milik awak dan awak masih milik saya. Cinta kita kuat, bukan senang untuk dipisahkan.'

Dua hari aku cuba pertahankan diri. Aku cuba tahan rindu aku pada kau. Memang sakit sebenarnya. Aku cuba jalani hari-hari aku tanpa kau, tapi itu bukan mudah untuk aku. Aku dah cakap pada diri aku, aku cuba jalani semua seorang diri. Tapi aku janji, aku pulang nanti ke Terengganu, aku akan contact kau kembali. Jadi jangan kau risau. Dua hari aku rindu, rindu kau. Setiap saat, bayangan kau bermain di mata. Satu malam ni, aku tidur awal. Jam 12 pagi, aku terbangun kerna aku termimpikan kau. Aku lihat handphone, aku nampak pesanan mesej dari kau, 'I miss u badly. My heart very hurt waiting for u honey, but if u already have someone, forgive me because i disturb u.'  Aku sebak baca mesej tu.

Tiba-tiba, kau call aku dan aku terus angkat. Hati pun terlalu rindu ingin dengar suara kau, sihat atau tak. Tapi kenapa suara kau lain ? Kenapa kau menangis ? Aku dengar tangisan kau, buat aku jadi sebak. Aku tak mahu menangis sebab aku tak mahu burukkan lagi suasana, jadi aku hanya menangis dalam hati. Tak perlu kau kata kau sakit rindukan aku, sebab aku pun turut merasainya. Memang perih, perit sangat. Aku dah kata, walau apapun terjadi pada kita, hati kita tetap bersatu. Aku atau kau tak perlu risau. Selagi tuhan merestui hubungan kita, insyaAllah, kita akan tetap bersama.

Jadi kau kena tahu, tak perlu kau korbankan semua ni untuk aku. Apa yang kau dah berikan pada aku sekarang, itu sudah cukup buat aku dan yang terbaik. Walaupun kau bukan yang sempurna, aku terima apa adanya kau. Ingat kata aku. Kau adalah yang sempurna di hati aku. Aku akan tetap di sisi kau. Bersama kamu adalah yang terindah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.