*Membisu*
Di setiap kali aku nak masuk entry baru, otak jadi blank. Sebab aku tak tahu nak letak title apa. Jadi aku kasik hentam apa saja yang main di fikiran aku. Jari jemari asyik menggedik nak tekan keyboard. Aku dah suruh dia rehat, jangan tekan apa-apa. Tapi dia tetap dengan pendirian, ms]p/,nasju749sjetjw. Eh bahasa apa yang kau tekan ni ? Entah bukan aku yang taip, jari aku yang taip. Tulisan yang tiada motif, tapi mungkin ada maksud tersiratnya.
Hari ini lain sikit dengan hari-hari sebelumnya. Hari Nuzul Al-quran so dapat cuti sekolah. Jadi plan nak bangun lambat. Matahari berdiri tegak aku masih berselimutkan dengan selimut pink berbulu-bulu berpelukkan dengan domo, pujaan hati yang bagi. Aku dah cakap dekat mak, 'Mak, jangan kejutkan aku hari ni, nak tidur lebih masa sikit.' Tapi beberapa minit selepas tu, nafsu tidur dah hilang. Aku cepat-cepat bangun, capai laptop, buka fb then twitter. First tweet hari ni, i said 'Good morning.' Second, 'Untuk kamu, makaseh ya kerna udah bahagia'in aku semalam. Aku ngak akan pernah lupa hari indah kita bersama.' Eh ni apa kes dah buat keluar mood jiwang ? Entah aku tak tahu, bangun tidur rasa nak berjiwang. Lagu-lagu hardcore tu stop dulu untuk hari ni, slow down sikit, nak dengar lagu jiwang. Aku tengah gembira ni.
Lagu 'Memori Berkasih-achik dan nana' berputar di playlist. Tiba-tiba teringat kenangan mula-mula aku kenal kau, 250910. Benda yang tak pernah dirancang oleh aku, tuhan suratkan aku untuk berjumpa dengan kau. Mula-mula cuma punya niat untuk berkawan, tapi last-last kau curi-curi masuk dalam hati aku dan sampai sekarang hati kau tu masih lekat dekat hati aku.
101010 - Tarikh ni bermula lah kisah antara aku dengan kau. Kisah yang mencoretkan dan merakamkan kisah semua tentang kita sama ada pahit atau manis. Kisah yang punya berbagai rasa dan konflik. Kerna wujudnya berbagai rasa itu dalam diri kau dan aku, dan kerna itu jugalah timbul berbagai konflik. Konflik yang sentiasa datang untuk menguji hubungan kita. Menguji selama mana kita mampu bertahan. Tapi setakat ini, Alhamdullillah Allah itu selalu mendengar rintihan kita, kita mampu atasi semua konflik-konflik itu. Itu cuma satu dugaan buat kita.
Walau hati pernah terguris, aku masih bisa melupakannya kerna aku juga pernah buat banyak kesilapan dengan kau untuk hal-hal yang sekian lama, yang masih kau ungkit hingga ke saat ini. Itu aku yang dulu, sekarang lain. Maafkan aku kerna telah robekkan hati kau. Sekarang, kita sentiasa berusaha untuk bahagiakan hati masing-masing. Sekarang aku masih lagi bisa melangkah bersama kau dengan mengukir senyuman di bibir. Terima kasih untuk semuanya, Pelat. Dan aku akan pegang janji aku dengan kau, sewaktu aku ikat janji dengan kau, -Jun, Taman Syahbandar.
*Terbangun dari lamunan* -Bunyi kicauan burung buat aku tersedar dari semua khayalan. Kacau line betul. Baru nak berasmara dengan hati.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.