29 May 2011

Acting On Her Feelings .


Sometimes i always think that i had this enough. With all these fights, these curiosity, the anticipation of worst. I always think there's no more reason left for me to stay. I hardly to explain. Silent is the best medicine. Tapi sebenarnya aku silap. Aku tak mampu pendam ini semua seorang diri. Sakit, sakit yang teramat sangat. Rasa perih sekali, macam rapuh semuanya.

Benarlah kalau aku kata, life have no instructions. So yes, i've made mistakes. Dan aku rasa semua orang pernah buat silap sebab manusia dikurniakan tuhan bukan semuanya sempurna. Kalau masa boleh diundur, i'll be a good girl. Aku akan perbaiki semua kesilapan yang pernah aku buat biar selepas semuanya dibaiki, boleh jalani kehidupan dengan selesa. Tanpa seksa diri lagi dengan memikirkan hal-hal yang cuma menyakitkan dan memeritkan.

Perasaan aku tika ini, aku rasa hanya tuhan yang memahaminya. Situasi aku sekarang ini biarlah ia berlalu pergi begitu sahaja. Antara aku dan dia biarlah tuhan sahaja yang menentukannya. Aku tak mahu berharap lagi. Yang pasti, aku hanya perlu bangun  melupakan semuanya dan perlu jalani kehidupan aku yang selepas ini. Mungkin bersahabat lebih baik, itu mampu buat masing-masing tersenyum. Walaupun kita tidak saling memiliki, tapi aku masih tetap gembira menjalani semua liku-liku ini kerna aku masih punya keluarga kau. Aku saling berhubungan dengan keluarga kau, sebab keluarga terlalu baik untuk aku. Keluarga kau mampu buat aku ketawa. Aku dah anggap seisi keluarga kau macam keluarga aku sendiri. Jadi mustahil lah kalau aku nak anggap kau musuh aku. Seperti aku cakap, kita tak mampu jadi macam dulu lagi tapi kita hanya mampu bersahabat. Ya, kita bersahabat.

I might not be the happiest girl in the world right now, but i am happy in my own way. It saddens me that he couldn't stay in my life, but i have learned to accept reality. Mungkin aku tak bisa memiliki semua yang aku harapkan, but i do have enough to keep me alive and satisfied. There's nothing that could possibly change that and so i just have to live with it. But its fine by me, cause people move on. Like my bestfriend said, i've to move on. Tapi sekarang aku dapat rasa yang aku sudah jatuh tersungkur. And now, i have thought of a problem and the solution.

27 May 2011

A Habit Of Looking Back ,


Pastinya kita semua akan sebut benda yang sama, time changes things. Dan kita akan duduk lalu memikirkan bagaimana sesuatu situasi boleh berakhir begitu sahaja. How we lost our heart to someone and never got it back. Satu saat dimana pergi entahnya rasa. Perempuan yang tangannya terkapai-kapai pinta pertolongan yang sedang terpinga-pinga meminta jika ada manusia yang mampu mengambil sebilah pisau untuknya lalu membelah jiwanya kepada dua.

Satu simpan di dalam peti besi lalu kuncinya pakai mangga emas dan seterusnya sorokkannya di sebuah pulau yang tiada siapa pernah singgah terakhir tanamnya dalam-dalam biar lanun tidak tahu itu bukan harta simpanannya. Kerna itu harta aku. Dan hati yang sebelah lagi biarlah aku yang simpan. Prepare untuk aku. Mana tahu jiwa yang sebelah ini mampu menguatkan jasad untuk bergerak lebih pantas daripada masa. Supaya aku boleh jenguk pada masa hadapan, apa yang akan berlaku biar aku boleh baiki semuanya pada masa sekarang ini kerna aku mahukan hidup yang lebih sempurna kelak.  Biar tiada lagi kesilapan.

Aku, akan nyatakan sesuatu. I have a habit of looking back at old things as god probably already know. Aku tahu, akan aku rungkaikan sendiri, aku memang tak pernah mahu beralih ke muka surat baru. While everyone else has already started a new book and burned their old one to ashes. Aku fikir, its incredible. Bagaimana orang lain memiliki kemampuan melupakan kenangan begitu mudah. Berkali-kali aku cuba, tapi payah. Payah benar untuk aku lakukan itu semua. Makan masa aku rasa, mungkin agak lama.

Tuhan lebih kenal aku, lebih faham aku. Dan aku pula lebih kenal dia. Buruk semua bagi pada dia and now i'm saying he's a bad person but well lets just say its who he was that makes it hard for me to forget him. Semua tentang kita. Benarlah apa orang kata, kita hanya merancang, tuhan yang tentukannya. Jangan ingat apa yang kita rancang, semuanya akan jadi hak milik kita kelak. Betulkanlah apa yanq ada di depan mata, untuk masa depan yang lebih sempurna. Salah betul bukan kita yang tentukannya, itu kerja tuhan. And now, i quietly know that there was going to be a day where all the words and promises will go down the drain, just like what happened to me.

25 May 2011

Trapped With No Way Out .


Hidup bersama kenangan yang belum mati bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi sesuatu kenangan yang baru sahaja berlalu pergi. I guess i was supposed to fall for that trap. I haven't doing much of that lately. Maybe i'm fixing myself to get immune to pain because recently, I haven't been getting any of that. Any of anything, in fact not relief, not guilty, not satisfaction, not sadness and sure as hell not pain. Dan yang paling menakutkan aku, not feeling.

Tapi itu semua ke yang aku mahukan ? To lose my sensitive side, to become cold-hearted ? Now that i got it, i'm not sure if it's a keeper. Because laughing after realizing i'm hurt is simply anomalistic. I just want to, merasai kembali. Feel again. Sekarang aku takut, takut sekali. Takut kerna kenangan yang baru pergi akan sentiasa datang kembali sampai buat aku rasa sayu. I'm scared of these feelings that suddenly appeared and no matter how hard i tried to fight it, i realized i was only lying to myself, dan sekarang aku tak tahu macam mana nak tempuhinya.

Perempuan yang cacat disebelah jiwanya. Akan tetap berdiri walaupun bengkok. Sering menipu diri sendiri dengan mencipta seribu alasan dan jawapan hanya semata-mata ingin memujuk hati yang telah mati. Soalnya, sampai kapan ? Dan itulah aku sebenarnya. It won't heal anything, it won't take back any action. It won't rewind time. Aku kuat, tuhan bagi aku kudrat untuk lawan semua ini. Tuhan takkan menguji umatnya kalau umatnya tidak mampu. So, i've trained myself to walk away from anything that i know would only hurt me.  Its time to save myself from the heartbreak. Dan itu yang sedang aku cuba lakukan. Like i said, its not what i want. But i know its for the best. Aku akan cuba tidak akan mengeluh lagi.

22 May 2011

Kalau Aku Kata ,



Situasi sekarang memang aku tak boleh nafikan lagi. Kalau aku kata aku sedang risau, ya pastilah aku memang sedang risau. Kalau aku kata aku sedang rindu, itu sememangnya aku rindu. Dan kalau aku kata aku sepi, sudah pastinya memang aku sepi. Semua perasaan tu sedang menguasai diri aku. Aku bukan siapa-siapa yang punya kuasa nak lawan semua itu. Maaf, aku tak mampu.

Kini, di kala hening malam, aku tak bisa lihat lagi bulan purnama yang indah itu. Bintang tidak lagi bersinar kerna semua sudah aku petik untuk hapuskan perasaan sayu ini. Aku simpannya di dalam hati supaya ia bersinar. Walaupun semua itu tidak kelihatan indah lagi, aku tetap pergi berbicara dengan sang bulan purnama itu. Aku katakan padanya, aku luahkan semuanya, aku tanya pada bulan itu, bila kau akan jadi sang bulan purnama yang indah macam dulu lagi ? Bulan itu jawab, 'Jangan kau risau, pasti satu hari nanti tuhan berikan sesuatu yang tak terhingga pada kau.' Aku diam, aku melangkah pergi. Di dalam langkah aku itu, aku fikir, bila waktu itu akan tiba.

Susah benar mahu aku ungkapkan ini. Aku rasa macam pelik kerna kadang-kadang sesuatu benda yang aku lihat akan teringatkan aku tentang semuanya. Hati ini terasa lain. Kalau bicarakan tentang hati aku, mungkin cuma aku dan tuhan yang bisa fahaminya. Apa lagi yang perlu saya ungkapkan. Apa lagi, apa lagi. Semua itu sedang asyik bermain di benak fikiran aku. Biarkan saja.

21 May 2011

Faces .



Demi tuhan, aku tidak bisa lagi menipu diri sendiri. Dengan apa yang aku rasakan di dalam hati ini. Aku tak boleh lagi lari sejauh mungkin. Kerna ini sudah suratan daripada Ilahi yang tetap aku harus hadapinya. Aku harus terima ini walaupun cuma aku yang faham apa rasa aku sekarang ini. Kadang-kadang orang disekeliling kita tidak akan pernah faham apa situasi kita walaupun mereka ada bersama kita yang tidak pernah berhenti memberi kata semangat dan pertolongan. Mereka tidak akan pernah faham. Betapa lumatnya hati ini. Ini semua perlu masa. Akan aku cuba buang perasaan sakit ini.

Sebenarnya aku tak mampu. Aku cuba menelan lumat apa yang aku rasakan hingga hancur. Tapi aku tak bisa. Airmata tetap jatuh bercucuran di pipi yang sedang membasahi hati. Aku masih tidak kuat, aku tak mampu nak berhadapan dengan public. Tapi aku tak boleh jadi dungu, aku harus bangun. Aku perlu gembirakan hati ini walaupun aku terpaksa jadi hipokrit. Walaupun kali ni aku perlu bohongi diri aku sendiri. Sebenarnya ia hanya palsu. Tidak pernah sama dengan apa yang aku rasakan. Aku cuba jadi robot, menimbun luka dengan sejuta cerita dan senyum penuh dengan kepuraan.

Tidak boleh aku nafikan, perasaan rindu itu akan selalu ada tambahan pabila keseorangan. Macam-macam hal akan bermain di anak otak aku. Betapa hebatnya perasaan tika itu dan betapa sebaknya dada tika itu. Mungkin masa itulah masa yang sesuai untuk aku tangisi semuanya. Pada masa itulah aku perlu puaskan semuanya walaupun terseksa. Kerna aku tak boleh pandang belakang lagi, semuanya sudah berlaku, tidak perlu sesali dan sudah tiba masanya aku berlari ke depan. Aku tahu, dengan apa yang terjadi ada hikmahnya. Dengan apa yang telah terjadi dalam hidup aku, itu semua pengalaman buat aku. Kerna pengalaman mematangkan aku.

Sukar diucap dengan kata-kata. Mainan emosi yang paling perit. Untuk berhadapan dengan itu semua, perlukan dorongan. Dan yang paling penting sekali, harus ada ketabahan hati. Kehilangan memang adalah sesuatu yang sakit. Kerna amat perit dirasai dan sedih didengari. Tapi aku harus merelakan semua. Apa yang perlu aku ingat adalah redha. Aku harus sabar dan kuatkan hati walaupun dugaan yang diberikan-Nya begitu berat untuk aku lalui. Aku tak perlu risau lagi, disebalik dugaannya, rahmat sedia menanti. Hidup ini kadang-kadang berada di atas, dan kadang-kadang berada di bawah. Kebahagiaan itu ada, tapi duka juga akan tetap bersama. Aku tahu, tuhan sentiasa akan berikan yang terbaik untuk umatnya. Tuhan juga tidak akan pernah lupa akan umatnya yang jahil dan lemah seperti aku.

16 May 2011

Selamat Hari Teacher .


Okay, aku baru selesai mandi. Sebab aku tak nak bau hapak. Aku nak ceria pagi ni walaupun hakikatnya hati ni tengah gelisah. Tak nak banyak cakap, cuma nak ucap Selamat Hari Guru buat guru-guru yang telah banyak korban ilmu untuk pelajar-pelajar demi kejayaan pelajar. Terima kasih guru. Tanpa guru, mungkin kami semua tak mampu berdiri tegak. Tanpa ilmu yang kau telah curahkan pada kami, siapalah kami di atas muka bumi ini. Happy Teachers Day.

11 May 2011

Mood Sejajar Dengan Cuaca .


Aku lihat awan mendung. Ribut kuat, guruh lagi. Lama tak kelihatan benda tu semua. Agaknya benda tu datang sebab marah pada aku. Ini semua ada petanda, isyarat daripada tuhan. Aku tengah serabai, dah lama tak mandi, badan aku bau rokok. Busuh noh, macam orang yang tak terurus. Lebat hujan, aku buka tingkap, aku intai suasana sekeliling aku. Aku nampak sepasang burung tu bertenggek atas pokok, sedang berteduh agaknya. Baru aku tersedar, burung tu sedang lihat aku, apakah yang terlintas difikirannya agaknya ? Okay, aku jadi penasaran.

Aku terduduk sebentar. Aku rasa sunyi, suasana tika itu sensitif sangat bagi aku. Aku pasang lagu kuat-kuat, aku layan lagu hardcore. Fikir sejenak, jauh aku merenung, apa sebenarnya yang nikmat sangat soal kehidupan ni ? Aku tergigit lidah sendiri, sebab tak mampu nak jawab soalan ni. Aku sedang memegang sebatang pen dan sehelai kertas. Aku nak coretkan sesuatu, tentang apa dan mahu apa sebenarnya aku dalam hidup aku. Aku dah list semuanya. Rupanya aku mahukan kejayaan dalam hidup aku, bukan hidup hanya untuk sia-siakan semuanya. Aku nampak buku matematik tambahan, tapi benci benar aku pada subjek itu. Ada tapi lagi, aku tetap ambil dan buka buku itu. Aku lihat banyak nombor dalam buku itu, dan baru aku tahu senangnya nak sebut nombor-nombor itu semua. Aku cakap ni sebab aku pernah belajar pasal nombor masa tadika dulu. Aku masih ingat dan sampai sekarang. Sekarang apa yang aku mahu lagi, benda mudah aku tak mahu cuba. Aku ketepikan benda alah macam tu, bodohkan aku.

Hujan makin lebat. Angin makin kuat. Dan aku masih lemah. Dalam diri, aku lesu. Nak biarkan sahaja semua.  Harus bagaimana lagi aku perlukan ? Aku buntu. Biarlah angin yang membawa rasa ini pergi. Tapi bodoh lagi akn aku kalau biarkan takdir yang menentukan semua. Konon aku nak berdiam diri. Diamkan semua. Memeluk tubuh dan hanya mampu tersenyum. Taktik bodoh aku terpedaya lagi.

Tangan aku sedang terkapai-kapai. Ada sesiapa yang melihat ? Aku perlukan bantuan tangan dari mana-mana pihak. Aku turut mahu jadi seperti yang lain. Bisakah aku ? Aku pasti, kalau ada tangan yang cuba datang menghulur. Aku tak mahu tewas. Sebab contoh kalau besok aku mati, aku akan menyesal kerna aku tak gunakan sebaiknya nikmat kehidupan yang tuhan berikan.

Jadi kalau aku mati dengan penuh penyesalan, aku akan mohon pada tuhan supaya hidupkan aku semula biar aku bisa ubahkan semuanya kembali. Tapi itu semua mengarut, takkan mungkin pernah terjadi. Dan aku tahu, hebat atau tidak hebat, kuat atau tidak kuat juga hanya sebuah kondisi yang mampu memberi kita kesempatan  untuk terus belajar dalam kehidupan ini.

03 May 2011

Manusia Hanya Ada Dua Niat .



Dekat atas dunia ni, pelbagai jenis manusia yang ada. Yang punya pelbagai bangsa agama dan budaya. Tapi antara semua tu, cuma ada dua niat. Niat jahat dan niat baik. Susah nak kenal pasti benda ni dekat seseorang sebenarnya. Lihat dari dalam baru tahu seseorang tu jahat atau baik. Malaikat atau syaitan.

Kadang-kadang, kita tengok muka yang macam malaikat tu adalah syaitan sebenarnya. Tengok luaran semua baik, kira disegani ramai lah kan. Ramai datang dekat kau kan, nak kawan dengan kau, sebab kau baik. Tapi sebaliknya. Bila buka spotlight sikit, tergamam, melopong biji mata semua. Busuk lah noh, busuk betul hati kau. Kotor betul hati kau, berkarat, banyak niat jahat dalam diri kau. Macam mana kau diterima bumi terus stay atas dunia ni ? Aku hairan.

Kadang-kadang, yang kita tengok muka macam syaitan tu adalah malaikat sebenarnya. Luaran kau nampak macam iblis, lepas tu kau disingkirkan public. Kasihan dekat kau. Bila public susah, kau jua yang datang berlari nak tolong mereka. Situasi dah mula berubah. Semua melopong biji mata lagi, terkejut, sebenarnya kau punya niat baik. Walaupun muka kau nampak macam perogol bersiri.

Sebab tu aku nak cakap, jangan nak nilai seseorang tu melalui tulisan mereka. Jangan sangka air yang tenang tu tiada buaya. Selongkar dulu hati seseorang, bila dah kenal pasti, baru kau boleh tentukan apa yang kau harus buat. Tuhan jadikan manusia ni semua sama, jangan  nak risau sangat. Tapi yang cuma membezakan, masing-masing punya niat jahat atau baik. Aku cakap ni untuk umum, bukan untuk someone.