29 April 2011

Apologizing To A Certain Past .



Firstly, i want to say  i'm so sorry i'm sorry i'm sorry. Again again and again. Sorry about last night. Something really unexpected was happened for me. Tidak aku meminta ia terjadi, tapi mungkin itu sudah suratan takdir. Dan mungkin tuhan mahu bagi pengajaran pada aku.

Jujur aku cakap, tidak bisa aku menafikannya, walau sepandai manapun aku menipu, tuhan tetap tahu. Jadi aku tak boleh menipu walaupun dengan diri aku sendiri sekalipun. Tiada niat sebenarnya aku nak lakukan perkara itu. Aku takkan sesekali jadi hipokrit. Jadi sumpah aku cakap, aku berani cakap, memang aku tiada niat lain semalam. Kalau memang aku punya niat untuk menipu, aku takkan sesekali bagitahu kau soal itu. Aku bagitahu pada kau tentang itu, tapi mungkin ternyata memang salah aku kerna tidak meminta keizinan dari kau terlebih dahulu. Kalau kau berada di tempat aku ketika itu, kau akan faham. Ya, aku mengaku memang salah aku. Terukkan aku. Tapi disebaliknya, aku nak cakap sumpah lagi, aku tiada niat lain, aku tak menipu, selagi aku boleh jujur, aku jujur.

Aku terima apa kau cakap pada aku. Kau boleh marah aku, memang salah aku. Memang perempuan bila terlalu dilembutkan akan jadi pijak atas kepala. Tapi, tak semua begitu aku rasa. Maaf semalam aku telah menidakkan benda yang betul. Ya, aku terima, aku sudah terima nasihat kau. Aku khilaf. Lastly, i'm sorry for not treating you the way you deserve. Lupakan hari semalam.



26 April 2011

Pengalaman Mengajar Kita .



17 tahun aku hidup, aku dah jalani bermacam hal di atas pentas dunia ni. Baru aku sedar, pengalaman sering mematangkan kita. Tapi masih banyak yang perlu aku pelajari. Mungkinlah.

Pengalaman lama aku dah lama aku kuburkan. Aku berjalan di lorong gelap dulu, apatah lagi tidak bersuluh, gelap, gelap semuanya, kini tiada lagi. Segala rasa pahit manis aku buang. Sepanjang jalan aku melihat luka. Itu semua hanya tinggal sejarah dan takkan pernah sesekali aku menyimpan rasanya di dalam memori kotak aku. Tidak cukup ruang untuk simpan benda tu semua. Sebab ruang yang ada hanya untuk menyimpan situasi sekarang ini.

Saat aku mulai melupakan semua, aku jadi kaget sebentar. Situasi berubah, taufan mulai memecah gelora. Mengapa dan mengapa benda itu semua datang kembali ? Aku terkesima, jadi penasaran. Tidak pernah aku meminta ianya datang kembali ? Sejarah tidak mungkin berulang. Harus dia tahu, aku dah punya kehidupan aku sekarang dan aku sudah selesa dengan keadaan sekarang. Aku sudah jadi manusia sekarang, aku tak mahu diri yang dulu yang tidak pernah kenal dengan erti sebuah kehidupan. Aku akan berlari sejauh yang termampu biar diri aku makin jauh dengan situasi yang dulu. Pernah aku bilang, jangan pernah melangkah masuk lagi dalam kehidupan aku, sesungguhnya aku tidak memerlukannya. Hanya dengan satu sebab, aku sudah penat menggugah diri ini, aku mahu rehat, tidak mahu lagi melihat luka dan tidak mahu lagi menitiskan air mata darah.

Aku khilaf. Salah aku sebenarnya kerna telah pergi jauh meninggalkan semua yang telah terbina. Maafkan aku, aku tidak punya kudrat untuk melawan sakit itu seorang diri. Sekarang aku punya kehidupan. Aku takkan sia-siakannya pabila ada lelaki datang mengajar aku erti sebuah kehidupan. Terima kasih Ogy. Sudah jelas sekarang, kau tahu dengan siapa aku sekarang, bagaimana kehidupan aku sekarang dan harus kau tahu juga jangan kau datang lagi. Sememangnya dunia akhirat diri ini akan membenci kau. Sampai kapan pun.

Jadi, aku takkan menoleh ke belakang lagi. Aku akan sentiasa berjalan ke hadapan. Tidak akan sesekali aku berhenti di tengah jalan. Akan aku lalui liku-liku hidup ini. Peristiwa lama banyak mengajar aku. Sekarang, aku hanya perlu jaga yang satu itu, hanya dia, Muhammad Fauzy. Kau datang telah disuratkan oleh tuhan, lalu mengubah segalanya dalam hidupku. Thank you my angel.

Demi Mahu Cari Public Figure .



Masing-masing sedang cari diri. Setiap orang pasti punya diri. Macam Ulii Azman cakap, ada pro dan kontranya untuk ada identiti sendiri. Setiap orang perlu ada identiti diri. Jangan jadi batak. Tak perlu sangat nak jadi hipokrit depan orang. Betul sangat lah tu apa yang dituliskan Ulii Azman, cari diri kita sendiri, siapa diri kita tapi kadang-kadang benda tu akan jadi berlawanan. Mungkin kita akan jadi terlalu gah dengan identiti diri kita sendiri  sampaikan ia bertukar menjadi satu penyembahan dan kita otomatik jadi perfeksionis. Lepas tu mulalah nak cari public figure. Nak dapat perhatian lebih.

Aku tak mahu bangkaikan sesuatu kenyataan. Ini apa yang aku lihat pada abad ini. Ini statement sebenarnya. Sekarang dah maju dengan dunia teknologi. Tidak kira tua muda masing-masing aku rasa punya Facebook. Benda tu dah memang tersebar luas dimana-mana tempat sekalipun. Memang tak boleh dinafikan lagi. Ni yang aku cuba cakapkan, dalam Facebook, Twitter, Myspace dan mana-mana laman sosial masing-masing semua bajet hotstuff. Ada yang perasan diri hebat, gah, lawa, kacak, famous. Menyampah sebenarnya tengok. Sumpah, masing-masing cuba nak cari populariti murahan. Konon nak jadi macam artis, nak semua orang kenal. Masing-masing cuba plastikkan diri masing-masing.

Susah. Aku tak mahu tulis sebenarnya. Senang aku duduk bersandar dan hanya melihat dari jauh manusia bermain di atas pentas dunia ni. Mesti aku akan gelak sorang tengok gelagat masing-masing. Tapi aku nak tulis juga. Aku tak tujukan benda ni dekat sesiapa, aku hanya mahu tafsirkan. Kalau ada yang terasa, aku minta maaf. Kalau rasa bila baca ni tahi telinga tu berbuih, go and see the doctor lah.

Tuhan lahirkan manusia semua sama. Tak perlulah nak jadi lebih daripada orang, nak bangga diri nanti makan diri, susah. Lainlah kau ni alien nak jadi pelik sikit dari orang lain. Sebab kau bukan manusiakan, hanya makhluk asing yang datang dari planet mana entah. Mungkin itu yang kau nak, so orang akan pandang kau, sebab kau memang pelik dan itu akan buat kau jadi hot. Aku tak nak tulis lebih dekat sini, sebab aku takut nanti sesiapa yang makan cili terasa pedas akan cari aku nak tikam aku. Seram, aku takut sebenarnya. Aku nak jadi lebih aware sebab aku pun bukan bagus sangat. Aku nak lari, aku dah naik menyampah.

21 April 2011

Hati Berbicara ,


Aku nak meraung. Arghhh, hati mula menjerit. Panas katanya, serabut katanya dan benci katanya juga. Hati mula bersungut. Apakah ini ? Sekali lagi hati aku bertanya. Situasi apakah ini ? Hati bertanya lagi. Penasaran.

Tapi aku tahu, walau celaka mana sekalipun kehidupan itu, ia tetap sebuah kehidupan yang realiti. Bukan fantasi. Ada tapinya lagi, aku suka pada imaginasi. Aku suka berimaginasi kepada benda-benda yang boleh buat aku lupa pada masalah-masalah aku. Kalau kau-kau semua nak tahu, imaginasi tu sebenarnya teman rapat aku. Dari sekolah lagi kita rapat. Hebatkan. Aku akan berimaginasi yang sudah pastinya dekat dunia nyata benda tu kita takkan pernah boleh lakukannya. Contohnya, aku berfantasi yang aku bisa terbang. Yang lain takkan pernah biasa buat. Aku ludah apa aku cakap, jijik sebenarnya bila aku cakap soal ini. Jangan percaya cakap aku, aku sebenarnya pendusta paling suci. Aku cakap macam ni sebab sejujur mana aku dengan seseorang tu, dia tetap cakap aku gadis paling penipu penipu penipu.

Aku suka layan perasaan sorang-sorang. Kalau aku layan depan orang, orang cakap aku gila atau mungkin cakap aku ni budak selenge. Aku tak mahu menangis sebenarnya, tapi aku tak kuat, air mata jatuh jua ke pipi. Lantak apa orang cakap, aku peduli apa. Biar kegembiraan yang menutup luka aku. Biar tiada siapa yang tahu. Luaran kau nampak aku senyum tapi dalam apa kau tahu.

Aku rasa sangat jatuh kebelakangan ini. Jatuh tersungkur, ya Allah, sakitnya, sakit sangat. Rasa macam diri dihina, tidak dipedulikan dan bermacam hal yang aku rasa. Itu yang sebenarnya berlaku ataupun itu cuma perasaan hati kecil aku ini. Aku perlukan jawapan itu, cepat, secepat yang mungkin agar bisa aku perbaiki diri ini. Pernah sekali terlintas, perlukah diri ini untuk orang lain ? Rasa macam tidak diperlukan. Ambil pisau bunuh diri senangkan. Bodohkan bila terfikir macam ni.

Kadang-kadang kita dah cuba puaskan hati semua orang. Tapi tak boleh. Percayalah. Memang ada saja yang membenci, mengutuk, menghina, memfitnah dan lain-lain kata negatif. Bak kata Zahiril Adzim, orang yang berjaya tapi ada saja yang tidak berpuas hati dengannya. Terukkan manusia zaman sekarang. Kalu tak kuat, susah nak survive. Biasalah, telan dan senyum walau sepahit mana sekalipun. Hati-hati, dalam tubuh badan aku sebenarnya ada banyak virus. Virus celaka namanya. Sebab tu aku jadi tak tentu arah, bencinya. Okay senyum.

20 April 2011

Situasi .



I do believe in good deeds and karma because what goes around comes back around. Hari-hari yang akan datang takkan pernah sama dengan hari-hari yang sebelum ini. Aku sedang membingkaikan keadaan.

Aku cuba senyum pada awan kerna dia sedang melihat aku. Aku tahu dia rasa apa yang aku sedang rasakan sekarang ini. Aku tahu, keadaan sekeliling memahami aku mengikut mood aku. Aku sedang memegang sebatang pena ingin menyenaraikan seribu persoalan di atas kertas kosong. Seribu tanda tanya yang sedang berkecamuk di dalam fikiran aku. Aku jadi penasaran. Situasi apakah ini sebenarnya ?

Hai aku seorang gadis, orang cakap aku kasar. Hai lagi, aku memang seorang gadis, tapi dalam diri aku lembut sebenarnya. Manusia memang suka menilai seseorang dari segi luaran dan tulisan mereka. Salah sebenarnya, nilailah dari dalam diri seseorang. Itu diri kita yang sebenarnya. Jika aku bukan seorang gadis, sudah lama aku tewas tersungkur dalam dunia fana ini.

Dengan siapa aku harus aku berbicara. Kalau bintang mampu berkata-kata, pasti hati tiada gusar. Ros putih yang gugur disisi, aku kutip aku genggam aku lunyaikan. Aku bingkaikan satu keadaan. Tapi aku tak pandai huraikannya. Pelbagai ceritera yang berlaku dalam kisah hidup aku. Aku terkesima. Mengapa aku, bukan orang lain ? Telah sampai waktu konklusinya, belum terjawab persoalan aku. Aku menunggu ya Allah jawapan-Mu.

10 April 2011

Lelakiku ,



" Lelakiku . Engkau cintaku , tak mungkin bisa bila aku jauh darimu . Bisa gila , ku pasti sedih . Ku cinta engkau , cinta pada lelakiku . "


Berikan aku pena untuk aku tuliskan cerita. Semua kisah antara aku dan dia. Ada cerita tentang masa yang indah, saat berduka dan saat tertawa. Walau habis dakwat, kisah itu takkan tamat, kisah itu takkan tersekat, akan aku tetap coretkan cerita itu. Takkan ku berhenti menjaga indah itu, ia tetap satu. Aku duduk mengingatkan kembali pertemuan kita. Sungguh aku bersyukur kepada Allah kerana telah mempertemukan aku dan dirinya. Hanya dia lah yang mengubah segalanya hidupku. Kau yang datang memberi warna yang dulunya pudar.

Bicara tentang hati, sampai bila takkan terhenti. Genaplah enam bulan perhubungan antara aku dan dia. Satu perhubungan yang serious yang tidak pernah aku buat dengan mana-mana lelaki sebelum aku mengenali dirinya. Mungkin kerna hati ini sudah dimiliki olehnya. Mungkin hati ini hanya mencintai dirinya. Mungkin hati ini hanya mahukannya.

Aku akan terus berlari mengejar cinta ini agar ia takkan pernah pergi jauh dari aku. Agar ia takkan pernah hilang. Aku akan berlari di atas titian tali yang halus ini dengan berhati-hati agar ia takkan pernah putus. Akan aku warnai dan terangi di setiap langkah aku. Walau segelap manapun langkah aku, akan aku suluhkannya walaupun terpaksa menggunakan sebatang lilin.

Hati ini berkata benar. Tidak pernah menafikannya. Diri ini bahagia sejak mengenali dirimu. Hanya kamu yang terbaik yang pernah aku punya. Terima kasih di atas kebahagiaan yang telah kau berikan. Terima kasih Ogy. Maafkan aku jika aku tak bisa membahagiakan mu. Tapi akan aku selalu buat yang terbaik untuk dirimu. Terakhir, berharap Allah berkati perhubungan kita. Moga perhubungan ini kekal hingga hujung nyawa jika memang Allah sudah suratkan untuk kita berdua. Amin.

You're the only one

03 April 2011

Muka Topengkan Syaitan .


Hebatnya manusia jenis macam ni aku tengok. Muka dia memang tak boleh blaahh aku cakap, kacak jelita semua bagi dekat dia sebab muka bertopengkan syaitan. Siapa tak mahu tengokkan. Tapi kalau aku diberi peluang tengok muka jenis macam tu, aku bagi borang rejected awal-awal sebab aku tak mahu muntah darah nanti. Susah orang lain nak bersihkan muntah tu. Lainlah ada orang yang sanggup jilat semula muntah aku tu. Lazatkan.

Hati ni dah mendadak mahu keluarkan apa yang tersirat. Ibarat letusan gunung berapi yang keluarkan lavanya. Aku bukan nak tambah dosa, kutuk orang sana-sini, cakap belakang sana-sini, tapi dah benda terjadi depan mata, insan mana yang tak sakit mata tengokkan melainkan dilahirkan buta. Itu lain cerita pula.

Dunia makin hari, makin maju ke depan. Tapi manusia makin hari makin banyak yang hipokrit. Makin banyak topeng-topeng bermukakan syaitan jual dekat pasar-pasar malam. Memang laris, memang laku, ramai orang beli tanpa kenakan bayaran. Manusia sekarang hipokrit sana-sini. Menyampah bila tengok. Depan pijak semut memang tak mati, tapi bila belakang pijak gajah boleh mati. Depan orang, perasan diri bagus. Tapi bila belakang perangai macam hantu.

Sudahlah. Penat mungkin aku rasa buat kerja terkutuk macam tu. Ambil borang berhenti kerja, ambil alih kerja lain pula. Yang aku rasa baik untuk diri kau. Maaf jika aku terlebih cakap. Tiada niat nak kutuk sesiapa, tapi aku cakap apa yang aku nampak. Aku tahu, aku pun tak sempurna seperti kau-kau semua.